Nuffnang Ads
19 August, 2016
Life Wish List checked!
ada tak korang rasa tertipu dengan aku? konon laaa nak rajinkan diri update blog?
ahahaha... kalau bgtau alasan busy nampak sangat dah lapuk alasan tu kan?
kemalasan... sokmo kemalasan weh..
cemana aku nak hindariitu semua, padahal tahun ni nak sangat aku kongsikan trip aku ke jepun aritu dengan korang.
tapi, baru-baru ni pulak aku fly ke Singapore.
first solo trp katanya.
singapore je pun, tak mencabar sangat kan?
tapi kan, aku debar la jugak sebab lama sangat aku tak jejakkan kaki ke negara sebelah ni.
trip dua hari... demi aku nak p menonton konsert Weezer.
ya ampunn, best dia susah nak dikhabarkan.
perasaan dia tetapla debar sana sini.
hahahaha. gelaklah aku sebab nak pergi singapore pun siap debar kan?
tapi kan, memang takde pun tujuan nak berjalan-jalan sebab aku set mind memang nak ke konsert.
jimat laaa duit. namapun konsert tengah bulan.
nak ke LA aku tak mampu, so bila weezer nak datang singapore, aku jadi di antara yang terawal beli tiket rasanya.
gigih tak gigih? gigih laaaaaaa....
al-kisahnya aku beli tiket bulan march lepas, itupun si Boom2 yang tagged aku di facebook.
owh, terus berdebar, and fikir lepas didarab dengan currecy, harga dia menelan air lio.
tapi aku fikir, kang kalau ke LA, lagi mahal. hahaha..
so ko kena pilih la wahai Zana... baik ke singapore since weezer dah ade date nak ke singapore..
aku pejam mata and swipe credit card, and since masa tu aku fikir akan pergi sana secara solo,
makanya tekan tiket paling murah. 112SGD harga dia. tak fikir panjang kann...
padahal susah nak jumpa, apalah sangat tiket 158SGD tu kan...
nak lagi best? belila siap dengan meet and greet 198SGD itu.
ehh...tak ye...pastu aku fikir, ikut kemampuan (pujuk diri).
hehehehehehe....
lepastu aku settlekan transportation, nak naik bus kang aku boring kesorangan.
tengok tiket flight semua rm300 above untuk return.
tunggu and tunggu ade plak promo AirAsia. rm180 untuk return.
eh, beli je laaa. sekali lagi pejam mata and beli.
tinggal nak booking hotel pulak.
uiiyyy, punyalah tak tau nak pilih mana, sebab taknak hostel...
aku nak privacy. aku cari single room.
aku duduk kat Aliwal Park Hotel.
rm179 per night. eh murah dah tuuu...
tapi tak payah laa fikir nak hotel mahal sokmo, padahal guna utk tdo je.
ahahaha. kalau ade fulus banyak, aku duduk je hotel rm1k satu malam.
semua setel and tinggal nak pergi je.
malam sblm nak pergi tu, caya tak aku tak boleh tido?
sebab aku excited nk tgk weezer.
live weh. lama dh aku idamkan since i was 14.
tercapai gak hasrat aku.
syukur ya Allah.
banyak dah Allah kasi impian aku menjadi kenyataan.
cepat or lambat jer. harus aku bersyukur. alhamdulillah...
changi airport kemain besar. dengan kaki aku yang tercedera, terhincut-hincut aku berjalan.
hahaha...cari free wifi. aku taknak roaming. mahal.
being a cheapskate, aku pakai free wifi. update family aku dah sampai.
cari pplak MRT ke city, sebab nak ke Aliwal Park hotel tu,
kena turun kat stesen Lavender.
aku pergi machine, macam untuk topup card je.
gigih beli (sebenarnya rugi)... SGD12 harga kad termasuk topup dalam tu SGD7.
oklah tu. konon boleh la ke mana-mana lepas tu.
rupanya ada dia hanya jual tiket yer. sebab nak ke Lavender tu SGD1.58 je dari airport.
takpelah, sampai Lavender, aku berjalan dalam 600meter ke hotel.
check in and rest sekejap.
pukul 4pm aku dah keluar seret kaki ke Suntec Convention centre.
eh...jauh okay. almost 2km, denagn panas terik.
but luckily singapore ni yang aku suka, memang terasa safe bila berjalan.
bersih satu hal. and dia banyak tempat redup aku nak berjalan.
berbekalkan offline map, aku sampai jugak tempat tujuan.
masa nak naik ke convention centre dia, ada sorang minah Indonesia tegur aku.
and berkenalan lah dengan Meita dari surabaya.
dia pun datang solo demi weezer.
dia beli tiket siap meet and greet. jealous.
sembang sampai ke depan pintu masuk, dia pergi register untuk meet and greet,
while aku berlegar-legar peratikan orang.
sempat aku sambar sehelai t-shirt weezer 50sgd. kot-kot menang lucky draw,
dapat join meet and greet okay. tapi aku kalah. 50sgd melayang. oklahh tu dapat t-shirt.
pujuk diri lagi.
tapi kan, aku adalah kenal sorang mamat dar FB aku, kitorang janji nak jumpa di sana je la.
boleh plak masa nak beli t-shirt aku terjumpa, sebab dia kebetulan nak beli jugak t-shirt tu.
dia dah jumpa sorang lagi mamat yang datang solo dari penang.
zul and tarmimi. lepas beli t-shirt aku blah.
sementara tunggu pintu bukak, aku lepak minum starbucks.
sorang. zul and tarmimi dah tak nampak bayang. aku ttak kisah pun.
haus dah hilang, aku seret kaki tunggu pintu bukak.
macam biasa, security checked bags etc.
tiket tak check pulak.
aku masuk dalam, tengok tak ramai lagi orang dalam tu.
crew members plak masa tu cakap, "for standing area...faster faster...still plenty of space.."
aku buat selamba and masuk standing area padahal aku seating area sepatutnya.
sedang berlegar-legar amek gambar, dengar orang panggil aku.. "zana..zana"
si tarmimi and zul rupanya. hahahaha...tersengih-sengih aku macam kerang busuk.
diorang tau aku seating area, terus tanya cemana aku masuk..
aku cakap diorang tak check. so lepak dengan diorang laa..hahaha...
seronok sebab ada geng. berdebar tak yah cerita laaa...
excited semacam. kaki jangan cerita penatnya.
dari pagi journey aku sampai dah masuk tempat konsert.
bila kenangkan balik, wow sungguh diri ini. dengan kaki aku yang injured tu.
anyway, aku dapat row kedua depan bassist dia, Scott Shriner. the greatest view.
konsert start aku dah tak peduli orang. enjoy myself to the fullest.
menyanyi and bersorak bagaikan dunia ini aku yang punya.
well, i never thought that i would be liddat.
i thought everything would be awkward, but hey...weezer okay..
gila ko nak awkward..padahal kata dah kenal since 14tahun.
and yeaaaaa...aku enjoy, aku happy...everything was perfect that night.
syukur dapat standing area, syukur dapat kenal few peoples with the same interest.
i can never thank them enough. baik dua-dua.
siap balik and hantar depan hotel walaupun hotelku jauh. hahaha.
lepak makan kat Kampung Glam Cafe.
bercerita pasal weezer sampai 1am, it was fun. walaupun konsert sangat la pendek time dia.
aku kecewa, sedikit.
tapi pastu fikir, janji dapat tengok live, and aku ulang lagi...with the greatest view and great peoples.
tak sampai sejam setengah. sekejap kan?
but aku harap diorang datang lagi next year.
wherever, whenever, i'll be there. gitu.
sekitar asia lerrr maksud aku. dekat-dekat dengan malaysia ni.
aku tidurr dengan senyuman malam tu.
penat takyah cerita. hahaha.
bangun lambat, check out and terus ke airport.
nasib changi sediakan free osim foot massage.
i need that. sejam aku urut kaki.
masa tengah tunggu flight pulak, aku layan handphone,
tiba-tiba dengar budak kecik belakang aku nyanyi lagu 'california kids'.
pantas aku menoleh..eh eh, budak sangat ni...
sebelah dia mak dia pandang aku terus...and aku tegur...
'dia baru nyanyi lagu weezer ke?'
ko nampak tak demam weezer aku tak habis lagi?
hahahaha...start dari situ aku kenal dengan Hazel, mak nya kepada Ilhan.
and Ilhan just 8 years old. tapi diorang tak dapat masuk sebab limit age is 10 years old.
hazel bagitau yang husband dia peminat tegar weezer..
so husband dia pergi konsert while hazel and ilhan jalan-jalan...
kesian ilhan sebab dia nak sangat tengok weezer. but sokay dik, your time will come.
the coolest kid i ever met. gituuu...
apa-apa pun, walaupun mendapat injury masa kat KLIA lagi...
nantilah aku cerita.. tapi experience bergerak solo..
and kenal kawan-kawan baru memang the best feeling ever.
still contact them, through facebook.
eh, kalau nak tengok videos and gambar-gambar..
silalah ke facebook aku: Zana Cho and instagram: zanacho.
and tak dapat aku nak gambarkan, betapa happynya aku....
syukur alhamdulillah.
Love,
Zana
14 January, 2016
2016 - azam?
29 May, 2015
That someday is today
Salam...
Eceh... Tajuk kemain lagi. Happy jumaat semuanya. Hiks.
Hari ni aku decided taknak gi keja. Awal2 pagi dah msg boss nak cuti. So menung punya menung entah cane around 12pm aku langkahkan kaki ke lrt and tanpa tujuan naik lrt ke kl sentral. Dengan aku yang tak tau nak ke mana, mencuba untuk pusing2 Nu Sentral mall tapi tiba2 plak kaki aku ke stesen monorel. Ok, layankan. Aku naik monorel ke Bukit Bintang. Dah lama rasanya aku tak jejakkan kaki ke area sini, masa zaman U dulu rajinlah gak aku merayap ke sini.
Memang aku takda tujuan nak ke mana cuma berpusing2 dlm Sg Wang. Bosan. Langkahkan kakinke lot 10, juga bosan. Ehhhh, apa yang tak bosan pun aku tak tau. Takda apa yang aku nak beli. Jalan je lebih. Singgah Famous Amos sebab tergoda bau cookies dia and membeli jugak. Buat rasa kat tekak je.
Entahlah kenapa dari dulu lagi aku ni semacam takda nafsu sangat kalau it comes to shopping. Untung bakal suami. Eh? Tapi seriously, cuba gak diri ini nak shopping and tengok2 baju ke seluar ke, hmmmm.... Takpelah. End up aku langkah keluar and tak masuk memana kedai dah.
Pusing2 luar lot 10 sampai ke fahrenheit dah aku ni ha, patah balik plak. Entah nak ke mana. Blur.
End up sekarang aku lepak minum kat starbucks sambil melayan biskut Famous Amos aku. Not interesting story cumanya aku terbayang kalau ada kat negara orang and aku jalan2 macam ni. Gitewww. Terus feeling feeling pusing new york sorang. Keh keh keh!
P/s: masa update blog ni aku kat starbucks, balik umah tgk byk gile typo smp aku sendiri x paham. Updated!
Xoxo,
Zana
04 February, 2015
Selamat Tahun Baru 2015
21 October, 2014
Short Update!
Salam,
Lama rasanya gua tak bersiaran di sini. Busy sangat, seriously. Busy mengadap kehidupan sebenar. Hahaha. Poyo sangat bunyinya. Busy kerja, busy dengan badminton, busy dengan kawan-kawan yang tak jenuh mengajak melepak. Alhamdulillah, banyak masalah yang berjaya gua lupakan and sentiasa fikir positif.
Anyhoo, malam ni gua mulakan longggg journey naik KTM jarak jauh dengan Ajid. Why KTM? Sebab lebih murah, dan gua teringinnnn nak experience sendiri naik KTM berjarak jauh. Destinasi? Atas sikit dari sempadan, Hat Yai. Nanti gua rajin gua kasi live update. Kalau tak, jenuhlah menunggu. Cerita Taman Negara gua still tak boleh bukak hard disk nak upload gambar. Next time ye.
Kawan-kawan gua ramai dah memulakan journey. Gua tak nak ketinggalan lerrr. Nak jugakkk merancang short trip macam ni. Kak Boom dah selamat berangkat ke Siem Reap pagi tadi. Hafiz dah selamat ke Incheon last sunday. Hopefully me will enjoy every moment of it. And so do you, enjoy your long weekend ni. Hiks!
And so, gua janji short update kan? Betul-betul short ni. Baju pun tak pilih lagi ni and gua cuma ada sejam nak mandi and siap serta packing. Dasaarrrrr. Hahahahaha.
K bye.
Xoxo,
Zana
11 September, 2014
Cerita Taman Negara nanti eh...
10 September, 2014
haaa..gapo dio?
04 September, 2014
Sikit punya hapdet!
27 August, 2014
Allah Selamatkan Kamuuuuuu, Boom Boom!
Tak da masa banyak nak update cuma nak mengabadikan ucapan SELAMAT HARI JADI kepada Kak Boom. Adalah beberapa entri gua tulis pasal Kak Boom ni, my ex-housemate semasa tinggal di Equine Park satu masa dahulu. Dan pernah beberapa kali travel bersama-sama tapi langkah dia jauh dari gua. Takpe, gua slow-slow dulu travel ni. Kasi can dia explore. Huhihe.
To Kak Boom,
Ayat ni memang sesuwai untuk ko --->Age is strictly a case of mind over matter, if you don't mind, it doesn't matter. Happy Birthday! p/s: aku tau ko mana ada kisah! hahaha.
Nah, pic birthday girl di bawah.....
![]() |
| Ini masa pergi Langkawi hari tu. |
19 August, 2014
Macam-macam cerita
08 August, 2014
s0meb0dy that i Used t0 kn0w
04 August, 2014
After Raya
23 July, 2014
Raya is just around the corner
20 July, 2014
Let's Travel
Salam,
Tau tak betapa kuatnya keinginan gua nak berjalan dan explore dunia? I'd prefer backpacking style as gua sangat suka nak melalui kehidupan harian penduduk di tempat yang gua nak pergi. And, selain ehem...jimat kos. Hahaha. Tempat yang gua pergi pun tak seberapa nak banyak lagi so tak boleh nak cakap gua ni traveller tegar. Haha. Nahhh, itu bukan penyebabnya tapi sumpah nak explore dunia ni habis-habisan. Nak mulakan dengan negara Asia. Gua tak tau apa yang stop gua sekarang dari buat benda yang gua nakkan sangat-sangat. Ahhh, kena ada tabung travel dah ni. Telan liur je tengok orang pergi tempat best-best. Gua pun nak gak. Ikat perut n simpan duit. Let's travel, peepolssss.
Love,
Zana
11 July, 2014
Behujung Minggu (Part 2)
09 July, 2014
Jejak Kaki ke Bazaar Ramadhooonn
08 July, 2014
Behujung Minggu (Part 1)
04 July, 2014
Berapa hari dah puasa...
01 July, 2014
Kepala ringan
![]() |
| Rambut asal panjangnya macam ni. Tapi ni cantik sangat, rambut gua messy je and gua selalu ikat rambut. |
![]() |
| EXPECTATION. |
![]() |
| REALITY |






