Nuffnang Ads

13 September, 2012

Pengejar Helang – Part 2


Salam,
Haa.. korang layanlah gambar-gambar day 2 gua dan rakan-rakan sepanjang berada di Langkawi, mei lepas. Maaf, entri tak dapat nak panjang-panjang lagi Cik Yah. Sebab gua agak membusykan diri, lately. Layannnn…
Pagi hari kedua, sini tempat mula-mula yang ditujui. Panasnya time ni, ya ampunnn.. menggigit-giti kulit gua dek kerana panas yang amat time ni. Tapi, gua gagahkan gak pergi demi si Helang. huehuehue
Pemandangan sekitar Helang Gergasi.

Lunch time. Kami ke kedai ni jam 2.30 petang. Ramainya orang masa ni. Sedap. Harga gua tak ingat. Rm4 kot. Murah~ Lalalala

Sekadar menyinggah katanya. Tapi gua bawa balik berbotol-botol nak kasi family gua. =)

Oh yea.. Ini memang terbaik. Lokasi terletak di tepi jalan antara Pantai Cenang dan Kuah. Time panas-panas dan matahari tegak di kepala, perrghhh... TQ Kak Bedah. Nyaman~

Terasa sangat dialau-alukan masa ni. Banyaknya "Selamat Datang ke Kota Mahsuri" punya signboard.

Inilah makam Mahsuri.

Rumah-rumah yang terdapat di dalam Kota Mahsuri.

Gua pun tak tau ni apa. Seperti alatan muzik. Layann..

Lukisan.

lagi lukisan dan gambaran yang terdapat di Kota Mahsuri. Lokasinya, dalam rumah yang dikatakan rumah Mahsuri (kot). :p

Gambar tak clear sebab kurang pencahayaan.

Need I say more? Huhu..Gambar telaganya ada, tapi gambar tak senonoh makhluk 3 ekor di tepi telaga, posing ala-ala American Next Top Model tepi kolam renang, so maaf, tak nak upload! Hehe


Shopping timeeee. *Gambar ihsan google*. Petang tu jugak kami ke 2 tempat di atas. Gua beli dinner set jenama Corelle untuk Zaza di Idaman Suri. Murah yang amat. 40% lagi murah dari di luar. And, chocolates? Yeayy, dibeli di Haji Ismail Group. Murah?? Yes, murah yang amattt! Really worth it.

 Itulah serba-sedikit cerita hari kedua kami di Langkawi. Tunggu sambungan Part 3 plak.

Pengejar Helang,
Zana



10 September, 2012

Cikgu Lubong, Jelita dan err... kami

 Salam,
Korang jangan gelak pulak. Memang nama cikgu tu CIkgu Lubong. Cikgu Lubong merupakan guru disiplin dan kegarangannya terserlah di muka. Serammm… Cikgu Lubong ni tak pernah mengajar kelas kami sepanjang berada di Tingkatan 1.
Dan, Jelita ni merupakan pelajar kelas 1C. Gua tak berapa mengenali beliau. Tapi, Zaza kenal minah ni sebelum gua. Sebab tu jugak gua kenal, sebab Zaza kenal. Hehe.. dan minah ni memang terkenal dengan kenakalannya di kalangan cikgu-cikgu sekolah.
Nak dijadikan cerita, one fine day, cikgu yang sepatutnya mengajar kelas kitorang pulak, mc. So, takda cikgu yang mengganti, kitorang melakukan aktiviti bebas, di mana gua teruskan dengan aktiviti gossip gua bersama Zaza. Tiba-tiba, perut pulak lapar, dan terbayang jajan-jajan di kantin sekolah. Poket sudah kempis dek dah berbelanja masa rehat. Gua dan Zaza dengan muka tak malunya berjumpa dengan classmate kitorang ni yang terkenal berpoket tebal.
Gua: Tobek, ko nak apa-apa tak? Kitorang nak ke kantin.
Tobek: Haaa…elok sangat lah tu. Aku nak asam. (dalam hati gua memang dah agak)
Gua: Banyak mana ko nak? Berapa bungkus?
Tobek: Yang bungkus 50sen tu, belilah dua.
Zaza: Bolehhh.. tapi, kasilah kitorang upah. Penat beli tauu..
Tobek: Korang nak apa?
Gua: Aku nak air coke dalam plastic 50sen tu, ngan kacang.
Zaza: Aku nak air gak ngan keropok.
Tobek: Owh, amek lah.
Duit RM3 bertukar tangan. Senang berurusan dengan Tobek ni. Dia tak kedekut.
Dengan senang hati, gua dan Zaza melangkah menuju ke kantin. On the way ke kantin, bertembung dengan Jelita.
Jelita: Wehh, korang nak ke mana tu?
Zaza: Ke kantin laahhh. (bangga)
Jelita: Eh, aku nak joinlah. Tadi aku nak pergi. Tapi takut kantoi.
Gua: Jom lah.
Terhendap-hendap kitorang di belakang dewan sekolah. Belakang dewan sekolah merupakan shortcut untuk ke kantin sekolah di mana jarang-jarang cikgu akan lalu di kawasan tersebut. Jelita jalan dulu, diikuti Zaza dan gua di belakang. Elok jer timing kitorang sampai di tengah bangunan dewan, muncul Cikgu Lubong. Semua terkaku termasuk Cikgu Lubong. Mungkin tidak menjangkakan untuk terjumpa kami di situ dan pada waktu tersebut.
“Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii…” Itu ayat yang keluar dari mulut Jelita. Seakan-akan otak yang cepat bertindak-balas dengan arahan dari Kapten Jelita, sepantas kilat, kaki gua dan Zaza dah melangkah seribu, lintang-pukang kembali ke kelas. Jelita sudah tidak kelihatan, menyusup di celah-celah bangunan, kembali ke kelas agaknya. Gua tak berani menoleh ke belakang, takut dicam oleh Cikgu Lubong. Sayup-sayup kedengaran suara Cikgu Lubong menjerit ke arah kami, “KAMU JANGAN INGAT SAYA TAK KENAL KAMU YER! SIAP KAMU!”. Langkah semakin panjang untuk menyelamatkan diri.
Gua dan Zaza Berjaya masuk semula ke kelas tanpa dikesan oleh Cikgu Lubong. Gua pasti Cikgu Lubong tak mengesan kami masuk kelas sebab gua nampak dia berlari pantas terus menuju ke kelas 1C. Lega. Sekurang-kurangnya kami selamat. RM3 gua serahkan kembali pada Tobek tanpa menyatakan sebabnya.
Kurang dari 5 minit, gua dan Zaza menarik nafas kelegaan dan duduk bersebelahan membaca buku (cover line jer padahal jantung berdangdut). Tiba-tiba…
“KAMUU!!YANG DUA ORANG BELAKANG TU, KE SINI!!!” suara bagaikan halilintar membelah bumi, serentak gua dan Zaza berpandangan dan menoleh ke arah suara itu. Masing-masing pucat tapi tidak berganjak. Demi terpandang sahaja Jelita yang sudah menundukkan kepala di sebelah Cikgu Lubong, masing-masing menikus.
“Zana, Zaza.. Cikgu Lubong panggil korang.” Suara sumbang siapakah itu yang menyebut-nyebut nama gua dan Zaza itu. Lu memang cissss!!! Gua bangun, diikuti Zaza. Berjalan ke hadapan dengan muka berpura-pura tenang.
“Ada apa cikgu panggil kami?” Gua sendiri tak pasti bagaimana gua mempunyai keberanian menyoal Cikgu Lubong seolah-olah tidak bersalah.
“Kamu jangan nak berpura-pura. Ikut saya!!!” Gua pandang Zaza dan tersengih. Taktik tak jadi rupanya. Kami membontoti Cikgu Lubong ke makmal sekolah. Berdiri di hadapan kelas pelajar tingakatan 2 sungguh memalukan. Jatuh saham siot!!! Tambahan, kami semacam tahanan di hadapan kelas. Cikgu Lubong meneruskan pengajarannya dan kami??? Terus berdiri semacam tidak wujud. Haizzz!!! 
Selesai memberikan latihan untuk pelajar tingkatan 2, Cikgu Lubong meminta kami menunggu. Beliau kembali ke bilik guru dan nahhh… seorang mendapat 10 mata demerit kerana pergi ke kantin waktu pembelajaran dan melarikan diri dari cikgu disiplin. Hukumannya, kena mencuci tandas pelajar selama seminggu bermula keesokan harinya. Sungguh tidak feel hukuman tersebut. Gua sudah ceritakan bagaimana keadaan jamban pelajar sekolah tersebut kan? Korang bayangkanlah sendiri. 
Keesokannya, pagi-pagi lagi Jelita mencari gua dan Zaza di kelas.
Jelita: So, cemana korang? Nak jalankan hukuman tak?
Zaza: Busuklah jamban tu. Serius tak sanggup. Geli.
Gua: Rileks…rileks.. apa kata kita tunggu sampai Cikgu Lubong panggil?
Jelita: Elok gak tu. Aku pun geli weh.
Zaza: Haa..okay..apa-apahal kita bertiga yang terlibat. So, takda lah cuak sangat.
Sampai ke sudah, Cikgu Lubong tidak memanggil kami. Selamat dari menjalankan hukuman yang paling gua tak sanggup.. Phew~ 
To be continue…

Zana