Nuffnang Ads

31 March, 2014

Dua weekend (Part 2)

Salam,

Hoih.. now ada masa sikit, laju-laju mengupdate minggu lepas punya aktiviti plak. Aktiviti bermula selepas waktu kerja Jumaat (28/3/2014) lepas. Eh, korang jangan ingat aktiviti gua best sangat. Padahal membosankan je pun tapi saja je nak share. Kehkehkeh. Kak Boom mintak tolong gua teman ke rumah Mak Lang dia kat Keramat. Since dia tak drive haritu, gua paksa suruh jalan kaki ke KLCC sebab gua drive setiap Jumaat sampai KLCC. Pergi Keramat and hantar Boom2 ke LRT Sri Rampai padahal boleh je drop kan dia ke Setiawangsa tapi malas. Nanti gua bosan drive sorang walaupun dekat and beza 1 stesen je. Hahaha.

Sampai rumah mandi-mandi Lynn ajak ke uptown Shah Alam. Bersemangat gila minah tu. Gua layankan je sementara ada mood. Malam Sabtu katanya. Enjoy la. Tapi first nak pergi bubur dulu kat Kampung Baru. Kehkehkeh… uptown Shah Alam la sangat. Lepas makan bubur, si Lynn dah menguap-nguap dah. Terus balik je. Pusing Bukit Bintang jap saja nak mencuci mata. Hehehe. Sampai rumah, terus masing-masing good night. Gua salahkan factor usia.

Sabtu plak, gua terjaga pukul 10, tengok Lynn tengah masak French Toast. Bahasa melayunya, roti telur. T___T.  Lepak depan TV sambil layan nescafe panas di hari Sabtu, adalah heaven. Pukul 12, Lynn dah siap, gua terhegeh-hegeh lagi baru nak mandi. Hahaha. Nak beli groceries kat Mydin USJ. Tempat favourite Lynn. Sampai sana, aduaiiiii. Ramai gila orang. Selalunya kitorang keluar rumah pukul 9 am tapi sabtu lepas terlewat plak. Lagi-lagi cuti sekolah dan hujung bulan. Redah je laa. Capai sana, capai sini, then bayar. Beratur panjang tak hengat. Tapi ada kejadian. Masa tu Lynn jalan-jalan cari kaunter yang orang kurang beli barang and lambai-lambai suruh gua tukar kaunter. Gua gigih tolak troli yang penuh ke tempat Lynn. Sampai je, tengok dah ada orang belakang dia dengan troli separa penuh. Buat muka selamba, gua pergi kat Lynn. Tak lama lepas tu, minah-minah tu blah. Dah dalam kereta, baru Lynn cerita, dia dengar minah tu membebel. “Main booking-booking plakkk”. Katanya. Luckily gua tak dengar. Kalau dengar, gua nak pandang muka sekor-sekor pastu nak cakap, “Kenapa? Ada masalah?”. Tu nasib baik je tu gua tak dengar. Bahahahaha. Tapi lantaklah. Pandai-pandailah nak hidup. Kehkehkeh.

Settle di Mydin, pecut ke Equine Park plak. Nak ke kedai Bedah kawan si Lynn. Layan kedai siam pukul 4pm. Lunch takda so marilah early dinner. Pla Pla Seafood. Cari kat Facebook. Makanan siam yang sedappp. Haritu kitorang order sup ekor, ayam paprik, sayur campur, and sotong goreng tepung. Licin makan berdua dengan Lynn. Lepak sampai pukul 6 then bergerak ke Putrajaya. Melayan hot air balloon. Sampai-sampai je banyak dah dilepaskan. Then jalan-jalan beli t-shirt, pastu gua join games kat booth captain America. Kena tembak kat tengah logo Captain America. Sorang dapat dua shot. First shot tepat tengah, semua dah macam “Woaaahhh”. Kagum. Hahaha. Tak payah kagum sangat sebab shot kedua terus peluru lari. Nasib je tu tapi tetaplah gua rasa hebat. Hahaha. Dapat badge Captain America satu. Bangga. Ko hado?

Konon nak tunggu ada show apa entah Lynn cakap. Glow light ke apa. Something macam tu la bunyinya. Tapi dah hujan makin melebat, bergerak pulang je lah. Dah lah parking jauh, dan gua on my first day period plak masa tu. Syabas! Balik pun masing-masing mandi and membongkang. Hahaha. Jiwa tak cukup muda dah ni.

Ahad gua bangun seawal 6 pagi sebab Panthro dok menggesel and mengiau. Serba tak kena. Dunno why. Eh, Panthro tak balik lagi tau. Masuk 3 minggu dah. Entah papa dia tak nak ke apa. Tapi dia keep contact gak la tanya pasal Panthro. Asyiklah delay so takpelah. Gua okay je sebab dah sayang kat Panthro ni. Ok, sambung. Bangun and masukkan Panthro dalam cage. Manalah tau nak terberak ke apa. Gua pulak buat laundry siap-siap sebab kan catuan air and ahad tu supposedly tutup air dah and biasanya diorang tutup pun dalam 10am above. Campak-campak baju kotor dalam mesin and biar je. Later bangun baru sidai. Hehehe.
Masuk bilik gua sambung tidur. Panthro gua biarkan. Around 9 bangun terus sidai baju and mandi puas. Yelah, kalau time period memang manjang tak selesa especially dalam 3 hari pertama kan. Lagi-lagi air plak dah nak tutup. Better mandi siap-siap. Owh, Lynn plak gigih ke Putrajaya semula. Sebab tak puas hati tengok yang hari sebelumnya. Dia nak tengok benda tu naik. 7.30am dah keluar rumah. Fuhh! Aroun 12pm camtu Lynn called ajak lunch. Gua okaykan je. Siap dan zass turun. Lepas lunch ke saloon. Semua unplanned. Lynn gunting rambut and gua buat treatment je, lama kot tak manjakan rambut. Termakan pujukan hairstylist tu, terus Lynn buat rebonding kau. Lain gila. Kalau tak style dia tak habis-habis dengan cap. Kali ni, tak dapek lah kot. Kang patah rambut. Cap itu lambang identity katanya. Ahahaha. Gelak je gua dengar.

Entah apa masalah cepat je rasa lapar lately. Padahal 12.30 dah makan, settle saloon gua lapar balik. Hahaha. Mari ke TooWooMba di Setapak. Gua amek Striploin Steak and Lynn layan Lamb Chop. Owh, sedap gilaaaaa. Just the taste that I want. Over gila. Nanti entri lain gua cerita pasal TooWooMba ni. Owh, dah 3 kali pergi memang rasa dia maintain sedap. Harga adalah sangat-sangat reasonable. Ok, more info nanti gua cerita.

Lepas makan, balik. Gua siap-siap iron baju kurung sampai 5 pasang. Sebab tu kalau Sunday gua suka duduk rumah or else keluar pun, gua akan make sure gua balik before maghrib. Banyak benda boleh buat dan banyak masa untuk rest. Lynn masuk tidur pukul 9pm. Lagi awal. Hahaha. Tapi end up pukul 12 jugak gua masuk tidur but still….. pagi gua rasa fresh. Legaaaa. Eh, dah nak berakhir Monday ni, 4 more days for weekend. Tak sabar.

Oklah, tata.

P/s: MK kena kerja sabtu lepas sebab tu masa gua spent dengan Lynn je. Hahahaha.

Xoxo,
Zana

Dua Weekend (Part 1)

Salam,

Bahahahaha… kalau rajin mengupdate, kemain hari-hari gua update. Sampaikan sehari 2 ke 3 entri keluar. Bila tahap malas, rasakan terus 2 minggu tak update. Gua busy actually. Kejap ke tower 2, kejap ke tower 1. Everyday macam tu. Eh, gua keja di KLCC. Untuk yang tak tau ler. Yang dah tau, abaikan statement tadi. Kalau weekend jangan ditanya lah. Memang gua tak update punya unless datang mimpi tiba-tiba je tu. Adalah muncul di hujung minggu. Hehehe.

Last 2 weeks apa gua buat eh? Sabtu (22/3/2014) ke Taiping sebab nak attend 2 kenduri. Travel bertiga dengan Boom Boom and MK. Balik hari jer, tapi jammed ya ampun. Kejap clear, kejap jammed. Hoih, end up 5 jam masa habis atas highway. Dengan panas lagi, siap gua berjubah hitam nak attend kenduri. Hahaha. Gigih gila. Jam 5 dah bergerak balik KL. Takda jalan-jalan pun di Taiping. Tak menyempat sebab hati dah nak balik je rasa. Masing-masing kepenatan. MK drive until RnR Tapah. Gua dengan Kak Boom dah bawak baju siap-siap so mandi dengan puasnya. Fuhhh, fresh gila rasa. Sebab masa tu nak jimat air laaa sangat. Kan tengah krisis air. Mandi siap-siap kat RnR then balik tak payah membazir air. Heh. Pukul 9 baru sampai KL. Lega nampak bangunan KL jangan cakaplah. Relief gila. Hahaha. Sakai!

Dan gua tak tau si Kak Boom tu mana dapat tenaga. Dia siap boleh kuar balikjumpa kawan-kawan and balik 2.30am. gua hantar MK balik, singgah makan jap and by 10.30pm dah sampai rumah. Memang gua tak sedar langsung bila Kak Boom sampai. Sedar-sedar tengok dah berdengkur. Tu pun gua sedar sebab sakit perut. Sakit gila seolah-olah peranakan mengeras camtu. Dalam mamai-mamai tu, gua ingat gua nak membuang. So ke toilet, lama duduk membuang tapi sakit tak hilang-hilang. Keluar bilik air, terus berbaring dekat katil Lynn. Owh, masa tu Lynn kat kampung. Lepas 10 minit, tak hilang gak, gua decide nak cari painkiller dalam fridge. Bila bangun je, tertunduk-tunduk gua berjalan menahan sakit. Tak jadi ke fridge terus ke bilik gua, and kejut Kak Boom. Mintak tolong carikan painkiller. Dalam mamai tu dia bangun cari painkiller, tapi takda. Apa ke malang nasib. So ada Panadol 650 tu, dia kasi and gua telan 2 biji. Kak Boom capai bantal, sambung tidur kat hall sebab nak kasi gua rest. Masa tu rasa tak boleh nak kena kipas. Siap pesan kalau sakit lagi, dia nak bawak pegi hospital terus. Gua cakap tunggu dulu. Tengok dalam 2 jam lagi cemana. If sama gak, no choice. Gua akan ke hospital gak. Alhamdulillah, selepas makan ubat beransur-ansur kurang rasa sakit kat peranakan tu. Dan gua still wonder why.

Masa sakit tu kan, kan gua baring bilik Lynn, masa tu si Oli tengah tidur atas meja. Terus dia bangun merenung gua, cuma gua tak mampu nak tegur je. And masa lepas gua makan ubat, Oli masuk bilik, naik atas tilam dan mengiau. Yang gua mampu cakap, “Oli, sakit sangat Oli.” Merintih kot masa tu as if Oli faham. Oli ni jenis akan tidur atas karpet je kalau alam bilik gua. ni siap dia naik atas tilam gua. Sekali tu gua nampak dia dah keluar bilik, and gua pun dah terlelap. Tak lama lepas tu, gua terjaga sebab rasa Oli picit kat kawasan yang sakit tu. Oh, terharu gila gua yang Oli faham. Tau kan cara kucing picit cemana. Dia tekankan kaki dia yang depan tu silih berganti kiri dan kanan. Dia punya effort nak kurangkan sakit gua masa tu, adeh, nak menitik air mata rasa. Walaupun tak rasa apa. Gua usap kepala dia dan cakap thanks. Oli beralih tempat baring dekat sebelah gua dan peratikan gua. Terus gua usap kepala dia lagi. Memang good girl sangat Oli ni walaupun garang. At last gua terlelap dan tejaga pukul 8. Oli ada lagi sebelah. Betul-betul dia jaga gua masa tu. Alhamdulillah, gua rasa syukur sangat walaupun hanya seekor kucing, tapi besar rahmat Tuhan beri bila kita sayang binatang ni. Menjadi peneman bila saat gua perlukan.

Ok, dah abis ceta pasal kucing satu perenggan. Hahaha. Gua terjaga cari tukang urut plak. Teringat Yati pernah bagi contact number ada sorang akak Indon ni. Pandai mengurut katanya. So, gua contact and set appointment nak jemput akak tu ke rumah. Akak tu duduk area Ampang. Sesat-sesat gua cari rumah kakak tu. Hahaha. Janji pukul 10, 11.30 baru jumpa tempat akak tu tunggu. Dia bagi direction pelik-pelik. Klinik Warta, ada signboard kucing besar, orang jual goreng pisang. 10 kali kot gua call dia tanya itu ini. Ke lebih 10? Tak ingat. Hahaha. Menangis nak cari. Masa tu ajak Yati sekali sebab dah alang-alang kat kawasan rumah dia. Amek Yati dan cari rumah akak tu. Fuhh, jumpa jugak. 12pm sampai rumah then akak tu urut gua dalam sejam lebih. Lega gila rasa badan, memang sedap akak tu urut. Tak sakit sangat dan melegakan. Tapi kawasan sakit tu akak tu cuba gak lah nak urut tapi gua ni badan je besar tapi takut sakit. Hahaha. Dasarrrr.

Petang tu just lepak kat rumah je. Makan ubat dan tertidur. Memang nak rest kaw-kaw je rasanya. Satu lagi lupa nak cerita. Gua dengan Kak Boom sama-sama kena cirit birit. Hahaha. Hikmah kitorang jimat air mandi kat Tapah. Air yang nak dijimatkan boleh buat berak. Hikhikhik. Entah berapa kali ke toilet masing-masing. Gua tertidur awal malam ahad tu and sama gak dengan Kak Boom. Isnin dah rasa lemah gemalai, terus mc sama-sama. Duduk rumah je pun sebab masing-masing lemau. Belah petang baru keluar amek mc dan ubat.

Ahahaha… dah mula dah malas ni. Kita sambung part 2 untuk weekend lepas nanti eh. Nak sambung keja jap. Hehehe.

Xoxo,
Zana

14 March, 2014

Gaji is PNC, you know?

Salam,

Entah kenapa gua jadi berangin and marah gila bila find out yang ada orang dapat tau gaji gua berapa. Maybe it’s not a big deal for others. Tapi gua memang tak suka. Tambahan, orang tu tak kenal rapat, mesra jauh sekali. Haishh… bila gua tanya, katanya dia menembak, tapi isu gaji ni is very sensitive taw. I hate diz feeling. Entah barua mana yang menyampaikan maklumat. Pastu bila dia konon kata anggap gaji tu adalah ‘tembakan’ yg tepat, makanya mulalah perangai membanding-bandingkan. Fuck. Again, I zeriuzly hate diz feeling.


‘nuff said.

Gua’

Zana

13 March, 2014

Mr. Panthro

Salam,

Haaa, sapa pulak Mr. Panthro ni??? Jeng... Jeng... Jeng... A fren of mine si Boyd a.k.a Boy mintak tolong jagakan his little (not so little actually) cat named Panthro. He will be away for a week, risaulah tu takda sapa nak tengokkan Panthro and semua kawan-kawan dia yang lain busy and ada hal lain during weekend. Gua pun since this weekend takdalah pegi mana selain Sabtu jumpa MK, ahad gua free dah. Somehow, me and Lynn pun about to adopt a new cat end of this month so we thought this will be a good practice la kononnya for Oli. Hihihi. Padahal gua dah geram sangat dah dekat si Panthro ni. Boyd tunjuk gambar pun gua dah, OMG Comel Besar Gedabakkkk si Panthro ni, and terus bagi persetujuan nak jaga for 1 week.

Owh, Panthro dihantar ke rumah gua semalam. Since si Boyd tak sempat nak beli pasir and makanan, he gave me RM100 to buy the food (Panthro only makan Tuscan, damn mahal selera ko nak) and pasir yang jenis abu kayu tu. Eh, cat lover surely know la jenis pasir (bukan pasir…hahahaha!) macam abu kayu tu.

Yang kelakarnya si Panthro by the time nampak Oli terus nak kawan, suara manja but si Oli ni plak terus marah. Memanjang je suara garang keluar. Hahaha. Kelakar kot, jual mahal kaw kaw punya. Owh, by the way, Panthro ni jantan and Oli betina. Panthro suara kemain manja panggil Oli pun Oli tak nak kawan. Rasanya for few days kot nak sesuaikan Oli dengan kawan baru. Nanti-nanti okaylah tu. I hope so.

Haihhh, Panthro manja kemain kot dengan semua orang. Kalau lepak kat lantai, kemain melunjur kaki depan and belakang. Haihhh…. Layanla gambar Panthro buat tatapan…

Letak dalam cage masa gua dan Lynn pergi kerja. Kang Oli buat serangan, haihh jenuh menjawab dengan Papa Panthro kang.

Suka buat gua cemas, nganga lama-lama macam tu. Tak tau motif dia ni.

Mengenang nasib terkurung. 

Pagi tadi punya. Ketiduran di bilik gua.

Masa mula-mula sampai, kemain muka cuak tapi lama-lama dah okay.

Bosar wohhh.
Gambar tak tersusun, biarlah. hahaha. Dasar Pemalas sangat ni. Kikikiki... K bye!

Xoxo,
Zana

10 March, 2014

Kecewa

Salam,

Bukan apa, gua nak lahirkan kekecewaan yang gua rasa bila terbaca komen-komen di laman sosial. Yang mengupdate status yang tak betul. Kononnya ada saudara terdekat kerja pilot MAS la, orang kuat dekat MAS la, dekat dengan menteri ini menteri itu, berkawan dengan penyiasat la, and the list goes on and on. Sigh…

Gua dah jadi sampai satu tahap hanya scroll dan scroll mana tau ada yang gua rasa boleh percaya, then gua baca sampai habis. Yang menjengkelkan, kita tolak ke tepi. Biarkan. Dengan kaum-kaum bangang yang tak reti menjaga hati dan perasaan ahli keluarga mangsa. Sesedap jari menaip menyalahkan pihak itu, pihak ini. Membuat spekulasi tersendiri yang memedihkan ulu hati bagi keluarga mangsa yang berdepan dugaan MH370 ini. Ada yang membuat insiden MH370 sebagai bahan jenaka. Lain pulak yang mengeluarkan kenyataan di status laman sosial masing-masing membodohkan semua pekerja dan pihak MAS. Eh eh, walaupun gua bukan ada family kerja kat MAS, tapi bila melihat tuduhan melulu tanpa usul periksa, sapa yang bodoh sebenarnya? Sampai mengeluarkan status tak nak naik MAS, bangang ke apa? Lagi best konon kata tak nak ke Beijing? Hahahahahahahahahahaha. Lu memang bodoh. Nampak sangat BIMBO nya. Apa salah MAS? Apa salah Beijing? Ke otak lu yang salah sekarang ni? Sigh…

dari bahasa je pun dah tau dari mana. :)
Kasar sangat bahasa lu. Ini memang gua konfem otak BIMBO. 100% gua konfem.
Amboiii... jentik jari tu baru tau.
 
Takpaa.. Awak pun memang dah tak laku. pasni mesti orang ingat keBODOHan awak ni. Kesian..
Haa... Tu dah mintak maaf tu. Baguslah. Tapi, lain kali be more sensitive okay.
And kalau sesiapa baca WhatsApp bawah ni daripada seorang anak kepada ibunya yang berada di dalam pesawat MH370, ramai yang mengalirkan airmata.


Kesian kan? Sedih kan? Tapi tahukah anda bahawa this goddamn whatsapp adalah FAKE??? Orang lain susah hati dan bersimpati siap mengalirkan airmata tapi this fella sesedap bontot create account twitter dan create cerita hanya untuk meraih publisiti? FUCK.

Read HERE for more info of the fake account.

Sigh.

I know you care but please make it the right way.

Xoxo,
Zana

#PRAY4MH370

Salam,


Gua turut merasa kesedihan insiden MH370. Teringat lagi, pagi sabtu (8/3/2014) gua bangkit dari tidur terus scroll Facebook dan terbaca berita mengenai MH370 lost contact dengan pusat kawalan udara Subang. Berderau rasanya bila MH370 yang sepatutnya tiba di Beijing jam 6.30AM tidak sampai seperti dijadualkan, dan sampai sekarang tidak tahu ke mana perginya MH370. Dari sabtu lagi gua menunggu dan menunggu update terbaru mengenai insiden kehilangan MH370.

Sedih.

Ya, gua boleh merasakan kesedihan dan kerisauan ahli keluarga mereka. Doa dari gua dan semua akan terus ada bersama kalian. Tak dapat gua nak bayangkan sekiranya gua berada di situasi ahli keluarga mangsa. Entah hidup, entahkan mati. Sebak gua rasa. Hebatnya dugaan dari Allah SWT untuk mereka. Tempiasnya turut kita merasakan.


Hentikan spekulasi, hentikan sifat tuding jari mencari kesalahan yang lain. Pasukan keselamatan kita dengan bantuan Negara-negara hebat yang lain sedang berusaha mencari mangsa. Lautan luas untuk diduga. Bukan satu kerja yang mudah. Sama-samalah kita berdoa. Semoga semuanya baik-baik sahaja. InsyaAllah. Amin.



Love,
Zana

06 March, 2014

Luahan ke?

Salam,

Nak buat luahan. Tapi fikir banyak kali. Tak payah lah. Cumanya hati nak menulis walaupun penulisan gua tak seberapa dan selalunya kosong. Takda orang baca pun gua tak kisah. Janji sini salah satu medium gua nak bercerita to be reminded of benda yang gua dah buat.

Nak berterus terang? Perang jadinya nanti. Gua mengalah je walaupun dalam hati banyak nak diluahkan. Ikut hati, mati. Biarlah. Haizzz, gua pun ada perasaan juga.

Zana

05 March, 2014

Sembang Kosong

Cerita 1 – Pillow Talk with Adam Al-Luqman

Kisah berlaku di kala gua lari tidur di Gombak 2 malam lepas.

Adam: Udak Ana tau tak nama guru kelas Adam sapa?
Gua: Sapa?
Adam: Puan Rohaidah. Nama ketua kelas Adam tau tak sapa?
Gua: Sapa?
Adam: Tekalah.

Foine. Sememangnya kita sekelas Adam.

Cerita 2 – Lepak menonton TV dengan bapak Adam

Bapak Adam: Eh, mana iPad aku?
Gua: Atas meja makan kot. Tadi Maya yang main.
Bapak Adam: Aku ingat nak face mask.
Gua: Apa face mask?
Bapak Adam: Alahh, yang untuk bercakap tu lah. Tolong amek jap.
Gua: Face mask? Cemana tu?
Bapak Adam: Yang untuk bercakap tengok muka orang tu laaa.
Gua: Owh, FACETIME!
Kehkehkeh.

Notes:
Udak Ana – panggilan anak-anak buah gua. Udak tu macam Uda lah kalau di sini. Kat Sarawak, panggilannya Udak.
 Maya – adik kepada Adam.

Xoxo,
Zana

That ANNOYing man

Salam,

Adelah gua kenal sorang mamat ni dlm wechat tau, saja accept request orang add gua sebab kadang-kadang gua bosan..nama Mr. R (nak namakan ala-ala panggilan boyfren Hanez Suraya yang tengah hangat kes nya ittew)...umo 39, duda takda anak, ade kedai makan sendiri kat ***** (dia kata dia boss, foine). Mamat ni zeriuzly poyo nak mampus, rasa dia hebat sgt, ckp dgn gua pun mcm ala-ala ustaz bagi nasihat itu ini, konon kenalan tahap2 menteri sbb dulu penah escort menteri nama ****** katanya etc (whateverrrr).

pagi tadi tgh sedap2 tdo dgr la bunyi msg bertalu2 masuk..annoying laa...
sekali gua bukak, ada org create group nama "lady" dan di dalamnya adalah semua kenalan2 perempuan Mr. R tu...annoying nak mati kot siap create group...dlm hati gua dh menyumpah "kimek"
semua dok tny ape ni...ape ni...etc....pastu dia kua dr group...which is double 'kimek'
pastu gua wechat la Mr. R terus sound..

"motif buat group? to tell ppl that u are such a useless loser? or else nak bgtau u ada ramai kenalan perempuan? i tak impress langsung benda tu. nmpk sgt u ni takde life. get a life!"

pastu dia reply laa... “u tak tny apa2 terus sound i etc...”

gua ckp la....sebab dia tak respect my privacy
tiba-tiba bangun dapat message dr strangers yg gua tak kenal..
pastu dia kata jap..and then call
then konon2 dia ckp la dia sbnrnya nak broadcast n tak sangka plak jd mcm tu...jadi group la apa lah
pastu dia say sorry, gua pun macam hmm, ok..

eh, siap boleh tukar nama group jadi "lady", cibai apa tu???
memang niat buat group la kan..
tp tu semua pendam dlm hati, takde masa gua nak berbalah..
pastu dia cakap tak berkenan perangai gua...so tak yah kawan pun takpe sbb gua main sound je la apa la...
gua pun ok...tak kisah.

pastu dia ckp, “i rasa u boleh blah la...”
gua ckp balik dgn tenang...”ok, u pun boleh blah...”
pastu dia mengamuk... “eh kau boleh blah la...butuh kau...”
terus dia letak fon n gua tersenyum puasssss
umo dah 39 tapi tak boleh terima kenyataan..maybe dia ingt gua akan cakap..”eh, jangan laaa...i nak lagi kawan dgn u...kawan dgn i please...”

itu je nak cite
ntah tak paham gua mamat tak matang ni..
seyes poyo nak mati...sbb kan nt konon2 ckp sebulan skali dia suka travel waktu malam ke PD laa genting laa...and pagi-pagi patah balik. .
pastu ckp dia mcm suka sgt travel mcm tu...dlm hati gua...ek eleh...benda tu zaman muda mudi gua dulu slalu je gua buat merayap malam2 ke PD la genting laa...dia baru nak start ke...tp gua diam je laa...malas nak peduli sebab gua fikir, biarlah..
pastu dia penah tanya gua ade bf ke..gua mengaku la ade..pastu tanya bf u ok ke...gua ckp la ok je, lagipun gua bukan ade pape dgn dia (Mr. R) buat apa nak takut...kawan je kot...
tu dia ckp, "i bukan apa...kang tiba-tiba bf u ngamuk ke apa ke...just for your info, i kenal rapat dgn ketua polis negara yg lama tu...dulu pun i penah escort dia"
masa tu gua sound gak...."motif nak cerita semua ni?"
dia kata, "just for ur info...just in case boyfren u mengamuk nak serang i ke apa ke"
bodoh.

Me is not loike,
Zana

Cerita bersambung-sambung

Salam,

Sabtu lepas macam biasa keluar dating dengan kekasih hati *muntah hijau*. Ke mana? Pusing-pusing cari kedai makan nak lunch, singgah workshop jap nak check balik brake kereta gua tu, and jom ke Genting since jerebu dan panas gila duduk KL. Owhhh, nyaman sungguh kedinginan cuaca di sana. Kalau memanjang sejuk camtu, alangkah seronoknya bumi Malaysia ni. Hahaha. Dunia nak kiamat agaknya kalau tiba-tiba dingin macam tu.

Ok, sampai Genting pun dah hampir pukul 3 petang. Sampai-sampai je si MK dah nak power nap. Stop kat public place dekat-dekat Batu Berayun tu, si MK dah tido. Gua pun melepak dengar lagu. Kasi chance MK rest jap sebab malam sebelum tu tak cukup tidur katanya. Malas nak bergaduh so layankan sahaja. 45 minit je dia tidur. Bangun je terus ke parking First World dan jalan-jalan indoor First World sambil melayan show magic Fantastica 2. Kagum kejap. Then sambung jalan lagi, window shopping. Pusing dua tiga kali gua dah lapar balik. Hahaha. Orang gemuk memang selalu lapar.

Berjalan ke Oldtown dan gua ni kan dah nak masuk 2 bulan tak makan nasi lemak, terus order nasi lemak. Heuheuheu. Sedap sangat dapat nasi lemak panas masa sejuk-sejuk. Sambung jalan balik dalam indoor and pukul 7 dah nak gerak balik. Apakah rasa macam lama tapi rupanya kejap je? Hahaha. Adakah sebab berjalan? Terus balik jer. Hantar MK ke Ampang, sebelum pukul 9pm gua dah sampai rumah.

Fuhhh! Memang nasib gua sampai awal sebab malam tu dah nak start catuan air okay and kawasan gua adalah tersenarai. Gua tadah air dalam apa-apa bekas yang ada. terus mandi puas-puas malam tu. Jam 11 dah tutup air okay. Kekejaman apakah??? Memang nasib baik balik awal and sempat simpan beberapa bekas. Cukuplah buat pakai apa yang perlu. Tapi by the time isnin petang dah kering. And dengar khabar air cuma akan dibuka jam 4pm Selasa. Again, kekejaman otak Israel sangat macam ni. Cakap tak serupa bikin. Bosan. So, larilah ke Gombak ke rumah abang gua. nasib baik sana ada air. Puas gua dapat mandi kalau tak badan rasa lemau je sebab mandi tak cukup air. Faham tak? Ok, abaikan.

Dengan jerebu dan cuaca tak menentu sekarang. Gua takut gak. Lain sangat rasa cuaca sekarang. Penas melampau, hujan pun kadang-kadang. Memang terasa sangat sekarang ni kemarau.

View dari 42nd floor. Jerebu tebal gila.
View dari 81st floor. Lebat menggila hujan sampai apa pun tak nampak. 
Eh, dah lah. Tiba-tiba ada kerja. Later sambung.

Love,

Zana

04 March, 2014

MK is 31. 03/03/1983 – Part 2

Salam,
 
Amboi… siap part 2 bagai. Kemainnn. Hehehehehe… tak payah nak cebik-cebik bibir sangat. Menyampah lettew. Gua tak kisah. Korang cebik-cebik pun gua tak nampak. Tak suka, sila klik pangkah. Hehe..
Kisah yang semalam tu kan, gua dah bagitau MK siap-siap yang gua nak jumpa dia untuk spend sikit masa malam birthday MK tu sama-sama la kiranya. Dah minta maaf bagai ni sebab cakap tak dapat nak bagi apa-apa. MK yang selalunya tak mintak apa-apa pun dari gua tetap being cool dan tak kisah pun (dalam hati siapa tahu). Huehuehue.

And knowing MK for more than a year now, MK dulu orang susah dan MK pernah bagitau yang dia tak pernah celebrate birthday and tak pernah dapat kek sendiri. Alahai, sedih sangat tu. Memandangkan gua prihatin, gua pun nak lah juga happykan kesayangan gua ni walaupun tak seberapa.

Jumaat lepas gua dah survey kek kat Bisou KLCC. Ada lah the whole cake tu harga memang reasonable la, and gua dah target nak belikan kek Red Velvet untuk MK. Being me yang degil nak mampus ni, gua tak nak booking dulu sebab gua tak confirm nak buat hari apa birthday tu and last minute gua baru decided nak celebrate on the same day. Apalah maknanya nak belated belated while boleh celebrate on the same day kan. So gigih gua keluar dari opis around 3PM lari kejap kat Bisou nak belikan and guess what? Sold out okay. Adoiii, bukan rezeki MK lah kek tu. Gua dah kecewa sebab gua memang peminat nombor 1 Bisou and gua nak jugak kasi kek favourite gua kat dia since si MK ni jenis tak kisah. Owh, and since dia tak pernah makan Red Velvet. Kihkihkih. Kesian… end up, gua belikan cupcake Blue Velvet untuk diri sendiri je. Hahaha

Ok, since gua pun dah memang niat nak juga belikan kek untuk MK, Cake Sense will be my second choice. Sempat jer gua menyinggah masa on the way nak balik. Haha. Walaupun a bit kecewa sebab tak dapat nak belikan Bisou tapi not bad gak kek kat Cake Sense. Kalau tak silap, gua pilih Red Berry. Sebab bosan rasa-rasa common kek ni. Ada vanilla, chocs, mocha, etc. tapi since Red Berry ni nampak menarik di mata gua, so bungkus satu and menggigih bersesak dalam LRT sambil mempertahankan kotak kek gua. hahaha. Dibuatnya terbalik, nangis. T___T Nasib baik selamat.

Gua pulang ke rumah, rest jap and hampir pukul 9 baru gerak pick up MK dari tempat kerja. Haruslah gua menyorok kotak kek bawah bantal yang memang ada dalam kereta. Memang MK tak perasan. Kononnya nak pergi makan dulu tapi MK dah sakit perut. Singgahlah rumah MK kejap, kasi dia masuk toilet and gua tunggu dalam kereta. Gua yang takda plan apa-apa, nampaklah mak si MK masih bangun, and ‘kaaaccchinnngggg!!!!’. Kan best kalau celebrate sekali dengan mak MK kan? Terus gua keluar jumpa mak dia and cerita plan. Mak MK sporting, so ok kan saja lah plan gua. gua siap-siapkan kek kat dapur, pasang lilin and dengar suara MK tengah bersembang dengan mak dia. Gua keluar dari dapur bawak kek, mak MK yang cakap ‘SURPRISE’. Hahaha. Tersengih-sengih MK dapat kek. Hoi, sukanyaaaa.

Cantik kan kotak dia? ahahaha. Kotak pun gua kagum okay.
Red Berry nama diberi. Sedap. Tak muak sebab tak banyak icing.


Birthday 'boy' yang happy.


Siap tahap cair dah lilin lama sangat sebab sibuk nak amek gambar. Hahahaha.
At least gua dah make someone happy, so gua happy. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki MK. Love you to the moon and back. Auwww. Tata.

Love,
Zana

03 March, 2014

MK is 31. 03/03/1983

Salam,

02/03/2013 @ 11.58pm.
...
Gua:  Hello. Hai sayang, buat apa?

MK: Tengah tengok TV. Tunggu awak call.

Gua: Waaahhh, saya baru sampai rumah. Tadi lepak dengan Yati.

MK: Hmm, ok. (ini adalah normal. Dia bukan busy body nak tau apa gua buat the whole day. Kalau gua nak cerita then gua cerita je)

Gua: Tau tak, tadi kan….bla…bla…bla…

MK: Eh, nape plak camtu…bla…bla…bla… (ok, memang selalu camtulah conversationnya. Dia akan tanya bila cerita dah bermula)

03/03/2013 @ 12:03am.

Gua: Ada sesuatu nak bagitau. Tapi, jangan marah.

MK: Apa dia? Tak marah, cakap je.

Gua: Janji tak marah?

MK: Tak lah. Apa dia?

Gua: Takpelah. Nanti je lah cakap.

MK: Huh. Cakap je lah.

Gua: HAPPY BIRTHDAY TO YOU. HAPPY BIRTHDAY TO YOU. HAPPY BIRTHDAY TO BABY. HAPPY BIRTHDAY TO YOU. (I sang happily)

MK: Thank you sayang. Abang dah tau dah.

Gua: Cemana tau? Saya ingat awak fikir saya lupa.

MK: Heh… Tak pernah lagi awak lupa tarikh.

Cis sangat!

FOINE!
Xoxo,
Zana

Terharu

Salam,

Sedar tak sedar dah masuk bulan March. Hoi, apesal kejap sangat rasa ni hoi? Heuheuheu. Sebenarnya nak cerita keterharuan yang terbuku dalam hati sampai sekarang. Gua ceritakan di perenggan seterusnya okeh.

Ceritanya macam ni, selama gua bekerja ni, Alhamdulillah gua adalah bagi sedikit dari pendapatan gua kat mak. Tiap-tiap bulan kirim kat mak je. Kat bapak gua, takdalah pulak sebab gua fikir bapak gua ada duit pencen dan juga dia kan bukak kedai kat rumah, jadinya dia ada duit sendiri. Entah macam mana gua tergerak hati nak bagi duit kat bapak gua bulan lepas, sebab gua fikir kalau dalam islam sendiri menyatakan, kita mesti utamakan mak dalam apa jua perkara, and macam manapun mak kita tu layan kita, baik atau buruk, dia tetap mak yang dah melahirkan kita. Gua sudah bekerja 5 tahun, duit bulanan yang tak seberapa dari gua, gua hulurkan selalunya pada mak, dengan bapak gua, cuma di hari raya baru merasa duit dari gua.

Gua sendiri ada rasa malu bila amount yang gua kirimkan tu adalah terlalu sedikit berbanding apa yang bapak gua bagi nak membesarkan gua, menyekolahkan gua, dan cuba menyediakan keperluan gua untuk mengenggam segulung ijazah. Tapi, gua nekad nak bagi dan mendiamkan diri. Biarlah bapak gua tak tahu gua ada mengirimkan duit. Gua Cuma mendiamkan diri sehinggalah jumaat lepas gua dapat panggilan dari bapak gua.

Bapak:  Assalamualaikum. Ko dah balik kerja?

Gua:  Waalaikumsalam. Sudah bapak. Tengah menunggu turn nak masuk wayang. Kalau balik sekarang pun, jalan jammed gila.

Bapak:  Owh camtu. Bapak nak tanya ni. Selama ni ko ada tak kirim duit kat mak ko?

Gua:  Ada. Tapi takdalah banyak sebab lately ni pun sesak sikit. Sebab tu takda bagitau mak apa-apa sebab segan bagi tak banyak. (malu taw kena mengaku macam ni)

Bapak: Eh, bapak tanya je. Nak tanya lagi. Ko ada kirim kat bapak tak?

Gua:  Erm, ada. tapi tu lah. Orang bagi tak banyak. (entah mengapa gua rasa sedih sebab segan tak bagi banyak)

Bapak: Jangan cakap macam tu. Terima kasih sebab ingat kat bapak. Bapak tak mengharap, cumanya bila pergi bank, terkejut sebab ada duit dalam tu and tak pernah-pernah dapat duit yang tak diketahui. Selalunya bapak tau berapa balance duit dalam bank tu. (suara bapak gua happy)

Gua: Yelah, orang pun dah mula nak bagi kat bapak. Cuma tu lah, amount nak bagi tak banyak. Kalau dapat bagi banyak, orang bagilah banyak.

Bapak: Bukan jumlah yang jadi ukuran. Ingatan itu yang penting. Alhamdulillah. Bapak doakan rezeki ko murah. Terima kasih sangat sebab bagi duit kat bapak. Berkat duit kita dapat kalau kita ingat kat mak bapak.

Gua: Eh, takda apa sangat apa yang orang kasi tu. Sebab memang sikit.

Bapak: Takpe, bapak berterima kasih sangat kat kau. InsyaAllah, murah rezeki ko nt.

Macamtu lah lebih kurang perbualan gua dengan bapak gua. gua pun tak tau berapa kali ucapan terima kasih bapak gua kasi. Erm, tapi gua happy bila dia happy walaupun kiriman gua tak seberapa berbanding pengorbanan ibu bapa gua selama ni. Tapi bila dengar suara happy dari bapak gua, gua sendiri happy dan terharu sangat. Sampai macam tu sekali penghargaan dari bapak gua dengan pemberian dari anak. Alhamdulillah, syukur ya Allah.

Entri ini ditulis bukan nak menunjuk-nunjuk. Gua Cuma nak kita sama-sama amek manfaat dan iktibar. Kita ni bila berjaya sikit, jangan sampai lupa pada tanggungjawab pada mak bapak walaupun gua terkhilaf jugak sekali-sekala tapi Alhamdulillah diberi kesedaran. Kalau kita tak kedekut dengan mak bapak, insyaAllah Tuhan juga tak akan kedekut nak kurniakan rezeki pada kita. Rezeki juga datang dari segala sudut. Rezeki gaji naik, rezeki kerja baru, rezeki anak, rezeki beli rumah, dan macam-macamlah. Semuanya dari Allah SWT. Dunia ni pinjaman je untuk kita.

Bukan ustajah pilihan,
Zana