Nuffnang Ads

18 April, 2013

Siapakah beliau???

Salam,

Gua stress buat kerja di office sekarang. So rasanya nak distract mind kejap, then marilah mengupdate blog. Hehehe. Sekarang, semasa entri ini ditulis, jam menunjukkan pukul 6.53PM, maknanya gua masih lagi tidak balik ke rumah. Dan kerja gua masih berlambak sekarang ni tapi disebabkan otak gua dah tepu dan kesihatan gua yang terganggu serba sedikit now, jadi moh cerita-ceriti sket.

Semalam balik dari berkerja (semalam pulang awal sikit yerr), gua rodger Zaza, kot-kot ler dia tengah free kan and luckily dia free dan pulang awal juga. Zaza fetch gua dan biasalah aktiviti makan didahulukan. Kehkehkeh. Zaza ajak gua ke Cozy Place kat Menara Great Eastern, Jalan Ampang. Oh well, tempat dia memang cozy wa cakap lu. Sampaikan we spent almost 2 hours kat situ pun boleh gua tak perasan. See?? Dapat tempat duduk paling hujung, ditambah lagi tepi tingkap dan tiada sesiapa duduk berdekatan kami, so let’s gelak terkekek-kekek. Few weeks gak tak jumpa si Zaza ni kot. Tak ingat bila last time gua jumpa minah ni. Sesi luahan perasaan dan sesi mengupdate story kehidupan masing-masing. Haha. Biasalah pompuan khenzzz.. Walaupun almost everyday bersembang di Google Talk, still TAK SEMUA cerita update taw. Lu tengok betapa banyaknya cerita dari pihak perempuan. Haipp!!! Lu jangan ingat kitorang gossip artis. Tak masuk list. Cerita life masing-masing lagi penting. Hahaha.

Yang kelakarnya, masa kitorang berjalan ke Cozy Place ni, ada shooting apa entah dalam tu, and gua dengan confident, “Owh, shooting cerita Tamil.” Zaza toleh dan mengiyakan. Hahaha. Vangang taw masing-masing disebabkan nampak ada crew berbangsa India di situ. Pastu rupa-rupanya kitorang masa tengok tu tengah turun escalator, then salah turun. Alaa, sesapa pernah sampai Menara Great Eastern confirm tau lah escalator dia cemana. Satu yang panjang and satu yang rendah. Yang panjang tu macam lu dari level 4, terus turun level 2. Pastu yang pendek tu satu persatu la kira, dari level 4, turun level 3, then level 2, then seterusnyalah. OK faham? Tak? Lantaklah. Baca lagi sekali. Hahaha. Ok, jauh dah menyimpang ni. Pastu kitorang naik balik escalator pendek nak ke level 3 sebab Cozy Place tu level 3 kalau tak silap, then nampak secara dekat la shooting tu. Pastu Zaza cakap, “Hoi, memandai je ko. Bukan cerita Tamil la. Aku kenal pelakon tu.” Hahaha. Gua ni jenis TV pun jarang bukak. Kehkehkeh. Dan pengetahuan Zaza lagi extra dari gua taw. Jangan memain. Hehehe.  “Itu pelawak NTV7 laaa.” Gua was like, HUH??? SAPA PLAK?? Hahaha. Sekali Zaza tunjuk, SAH! TAK KENAL!! Sapa weh??? Gua Cuma tengok dari belakang then Zaza cuba describe pasal mamat tu. Still, gua tak kenal. Hehehe. Sebab pelawak/pelakon tu membelakangkan kami. Dari belakang = botak, badan berisi. Depan tak nampak. So, gua teka, Harith Iskander?? Free-free dapat ‘bodoh’ dari Zaza. Hahaha. Gua tak kenal weh. Help!!!

Then, sambung aktiviti makan tanpa mempedulikan pasal shooting tadi. We had the same dish. Tengah-tengah bulan kan. Plain water and kway teow. Tengah bulan la sangat as kway teow tu cost us RM9.90 each taw! Total bill for two RM20.70. Hehehe. Cheapskate?? Whateverrrrrr~

Habis je makan dan bersembang, terpaksa balik sebab laki si Zaza dah call mintak laporan lokasi, so let’s balik. Nak cari ATM plak sebab masing-masing perlukan cash. Jengjengjeng. Guess what? Terjumpa laa mamat pelawak/pelakon yang Zaza cakap tu. Tengok depan-depan, serius weh, gua tak kenal. Ketinggalan zamankah gua?? sebab gua dah cuba google and cuba macam-macam keyword still tak dapat image yang gua capture dari anak mata gua sendiri semalam. Damn. Sampai sekarang gua tertanya-tanya, siapakah beliau???

Haish,
Zana

17 April, 2013

Trip to Jakarta - Bandung – Jakarta (Part 2 – day 2 – Bandung)


Salam,

Hoitttt… lama nak menyambung entri ni kan. Busy dengan kehidupan duniawi, well.. macam ni laa. Dok menangguh-nangguh di air yang keruh. Fulamakkk. Tiba-tiba keluar pepatah.

Well, moh ler kita sambung entri Indonesia trip. :p

Day 2 – seawal jam 7 pagi (waktu Indonesia) gua dah bangun, mandi dan bersiap-siap. Yelah, hari kedua semangat memang membara nak berjalan di tempat orang ni. 7.50am dah terpacak ke cafĂ© hotel nak claim breakfast free. Huhu. Makanan not bad. Ada nasi putih, ayam goreng, and sayur apa entah, gua tak ingat. Kehkehkeh. Yang gua tau, breakfast masa tu super sedap sebab gua memang tengah kelaparan yang amat. Dan seharusnya perut diisi kenyang-kenyang. Ye lah, kata nak berjimat so kasi full itu tank supaya boleh bertahan sampai ke petang. So belanja untuk makan di luar boleh lah kurang. :p

Meriah mak ngah. Breakfast gua. hehehe
Supir yang pada mulanya kami telah deal pada sebelah malam iaitu Pak Iwan adalah mengecewakan. Janjinya jam 8 pagi, tapi sampai ke 8.30am, tiada panggilan telefon. Gua dah mula hanginn. Gua call, off plak phone. Damn! Gua amek keputusan nak call balik supir yang hantar kitorang ke hotel pagi sebelumnya. On the spot, si Doni (supir semalam tu) datang rescue. Setibanya Doni ke hotel, gua dan Kak Boom terus deal nak ke Kawah Putih, dengan bayaran 450,000 rupiah untuk seharian punya trip. Sepanjang perjalanan, hujan lebat dan agak merisaukan, dengan jalan berliku-liku, segala onak duri ku ranjaui, ahhh…apakah ranjaui wei??? Ok, sambung. Sampai di Kawah Putih, gua dan Kak Boom terus membeli baju hujan paling murah. Murah-murah pun kena hentak 35,000 rupiah seorang. Lebih RM10 hokayyy, untuk baju hujan yang kalau harga kat Mydin Cuma RM1 kot. T____T. ahh, takpe, demi Kawah Putih, gua gagahi jugak sebab sangat teruja tatkala menatap gambar-gambar bloggers lain yang dah sampai. Gua was in Kawah Putih too!!! :p But too bad, cuaca masa tu memang hujan lebat, so tak nampak apa-apa. Bau sulphur yang kuat agak menyesakkan dada. Gigih gua dan Kak Boom mengambil gambar sebanyak mungkin walaupun view adalah mengecewakan di musim hujan, tapi kena gak gigih. Bukti weh! Hahaha. Pengungjung Kawah Putih ini juga agak ramai pada masa kitorang sampai. Oh ya, nak naik ke Kawah Putih ni, kena naik Ontang-Anting. Ada bayaran lain juga yer kawan-kawan. But, trust me. Sesiapa yang ke Bandung, sila lah ke Kawah Putih. Sejujurnya, gua akan ke sana lagi dan akan gua pastikan cuaca adalah baik semasa ketibaan gua ke Kawah Putih nanti.

Dah sampai pun. Wisata Kawah Putih~

Pilih-pilih arah yang betul.

Check price here. Untuk yang nak naik ontang-anting.

Pengawal. kot?


Kaunter tiket. 

Haaa... inilah ontang-anting tu. Huhu. Laju gilaa okay!

Dari sini panjat sendiri. Hehe. Tak tinggi sangat tapi buat orang macam gua yang tak fit, mengah gak la.. :p

Pengunjung lain. Hehehe

Kalau cuaca cerah lagi santek tauuuu....


Selesai semuanya, gua menyusulkan kepada Doni yang gua nak balik bertukar baju di hotel terlebih dahulu. Pejalanan 2 jam dari menuruni bukit dari Kawah Putih membuatkan gua dan Kak Boom terlena seketika. Dibuatnya si Doni ni ada niat jahat, confirm kena jual, tapi Alhamdulillah, dapat budak sebaik Doni ni, pun dah syukur.  Ketahanan nasi yang gua sangkakakn gua dah makan banyak pada sebelah pagi hanya bertahan sehingga 5 petang. Tenaga dah banyak pakai dah woi. Kak Boom dah survey tempat makan dan kami ke Sangkuriang Resto. Haa, masa ni wife si Doni baru pulang dari kerja dan join sekali makan di Sangkuriang Resto ni. Suasana agak tenang sebab baru pukul 5.30pm kot. So tak ramai lagi pengunjung berada di situ.

Moh makan moh. Lunch + Dinner

Menarik kan?? I loike!

Ikan Gurame bakar. Soooo sedappp!~

Tak ingat nama dia tapi ni daging. Hehe

Hoi, tempe laa!!!
Selesai menghappykan perut masing-masing, kami ke Factory Outlet yang sememangnya berlambak di Jalan Dago. Pilihan kami adalah Grenade F.O. tapi gua sekadar mencuci mata sebab memang tiada niat untuk bershopping untuk trip kali ni. Kemudian, ke Kartika Sari di mana brownies adalah wajib dibeli dan dibawa pulang. Hoho. Lebih 300,000 rupiah juga gua berhabis di sini. Semuanya semata-mata membeli buah tangan untuk kesayangan-kesayangan gua. Gua dan Kak Boom masing-masing membawa sekotak besar seorang untuk dibawa pulang. Walaupun baru hari kedua kami di bumi Bandung ini, tapi brownies ni memang tahan, so tak payah risau takut rosak.

Hari dah mula menggelap dan kami meminta Doni menghantar kami ke Cihampelas Walk lagi. Kali ni gua sekadar hendak berjalan-jalan sambil membeli barangan di Guardian kerana perbezaan harga Guardian di sana adalah sangat ketara. Bayangkan gua membeli Ellips Hair Vitamin sebotol besar, ada 50 biji dalam botol tu, hanya RM12!! Murah kan? Walhal di sini untuk 6 biji je dah RM4 lebih. So, berhabisan tak berhabisan sangatlah di sana. Sekadar membeli apa yang gua hajati. Deodoran spray Rexona pun RM4 juga di sana. Di sini? Tetttttt. RM10 gak kot. Mungkin tenaga kerja di sana adalah murah so barang-barangnya adalah terlampau murah, itu adalah penafsiran daripada gua. Hikhik!

Gua dan Kak Boom memang kehausan dalam bab-bab hiburan. Jadi, live band di TSD Bistro di Ciwalk adalah pilihan kami. Memang terbaik. Anak-anak muda yang ganteng, memang menjadi hidangan mata pada kami malam itu. Waaahhh, ayat tak boleh blah! Tapi gua sangat mengagumi bakat-bakat anak muda ini. Go Bandung Go!!!  Asyikkk dengan penghayatan lagu dari mereka.

Belah kiri tu Hot Choc gua punya, belah kanan tak tau apa nama. Tak ingat. Hehe.

Ganteng-ganteng hokay. Yang menyanyi tu pengunjung macam gua gak tapi dijemput menyanyi tapi sekali dia tarik, fulamakkkk!!! Saya undi anda!!
Malam itu memang menyeronokkan bagi kami. Pulang ke hotel dengan seribu kepuasan. :)~ Tunggu sambungan hari ke tiga nanti yea. Ontah la bilaaaa... Gua try habiskan secepat mungkin. Uhuk. Dah demam ni. K bye!

I Love You in Bandung,
Zana

05 April, 2013

Something that you need to make your tummy happy?? It's called Kek Lapis Sarawak :p

Salam,

Eh eh... tiba-tiba kek lapis Sarawak kan? So, since gua ni asalnya dari nun jauh di Sarawak, gua take this opportunity untuk menjual salah satu specialities orang-orang Sarawak ni. And.. and.. bukan gua yang membuatnya yer kawan-kawan sekalian. Ini adalah hasil kerja tangan dan dibuat dengan penuh kasih sayang oleh makcik gua, tapi dia sendiri duduk di Kuala Lumpur, dan gua membantu mempromosikan hasil kerja tangan beliau. Cehwah. Moh layan gambo.


Mempunyai lapisan coklat Cadbury.

Ini memang rasa cheese yang menggiurkan dan juga rasa blueberry.

Ini kegemaran gua! Hoittt, tempting!!~

Bentuk yang cantik dan rasa yang yummss yumsss yummy!

Salah satu kegemaran juga. Hehe~ Dappp...

Ini memang kegemaran sekian alam rasanya. Tradisi kek ni. Dia ada asam candy yang bentuk duit tu. Tak reti gua nak describe. Best seller.

Saiz Kek (8'x2'x2.3' inch) atau (1/4 Loyang) - RM30 (termasuk kos penghantaran)

Untuk tempahan, sila hantarkan email ke gua di:

zanariah.d@gmail.com

dan nyatakan butiran berikut:


Jenis Kek: 
Kuantiti:

Nama:
Alamat:
No. Telefon:

dan gua akan mereply email korang-korang sesegera mungkin. Kek akan dipos menggunakan PosLaju.

Dan lagi... sila Like and Share page Kek Lapis Sarawak by clicking on this --> LINK.
Nak tempah melalui FB pun boleh juga. Gua mengalu-alukan.


Xoxo,
Zana

01 April, 2013

kosong

Salam,

Entah apa gua rasa. Sedih. Gua dah penat nak menangis. Lelah. Semua ada. Entahlah. Apa plak patut gua lakukan sekarang.



Another day for me to survive and try to cure my heart. Doakan gua. Please..


:(,
Zana