Nuffnang Ads

28 February, 2014

Cikgu Gitar yang kacak… Aummm

Salam,

Sesuatu sangat title entri ni. Oh well, gua dah start masuk kelas gitar, dah lepas 4 kelas and Alhamdulillah, bolehlah sikit main dari dulu tangan dan jejari serba keras dan serba tak kena masa memetik gitar. Owh, I just love guitar. Entah sampai bila suka. Gua start kelas ni dalam bulan 1 sebenarnya tapi memandangkan banyak benor aktiviti so slalu la tukar-tukar and cancel. Tu yang dalam masa 2 bulan, baru habis 4 kelas. And, kelas gua setiap khamis sebenarnya. Bayaran, RM100 sebulan. Kelas ni gua pergi sekali dengan Dila.

Dari zaman sekolah lagi gua memang nak sangat pandai bermain gitar. Masa tu zaman susah, jadi gua takdalah demand cakap nak masuk kelas muzik kat bapak gua. takuttt and tak sampai hati. Cuma yang boleh gua buat adalah berangan bermain gitar menggunakan raket badminton tatkala mendengar dendangan lagu dari band favourite gua. Haha… sedeeehhh! Selain tu, gua bertuah mempunyai kawan-kawan sekolah yang kaki jamming. Jadi, adalah few times gua follow bila diorang pergi jamming. Zaman tu, gua sangat suka dengan lagu Oasis – Don’t Look Back In Anger (even sekarang pun gua still tak bosan dengar lagu ni). Part paling terharu, masa gua tak boleh joined jamming session, diorang akan ingat gua. hahaha. “Ok, main lagu Zana plak.” Auwwww, bila diorang cerita balik part tu, eh eh terharu lak rasa. Suka gua nak over-over sebab tau gua adalah kesayangan. Hahaha. Gua sorang perempuan yang join jamming dan lainnya semua lelaki. Tak kisah. Sebab mentaliti kami di zaman itu tidak seperti budak sekolah zaman sekarang yang serba menakutkan knowledge in sex diorang. You know and I know lah kan. Lagipun bapak gua tau gua pergi jamming bersama lelaki-lelaki ini. Mula-mula jadi penonton je, lama-kelamaan gua disuruh menyanyi. Ya hampunnn, masa tu dah lah gua pergi karaoke pun tak. Paling hebat pun menyanyi kuat-kuat dalm jamban. Menggeletar bibir nak menyanyi. Hahaha. Tapi gua kan gigih, feeling-feeling diri ni adalah Avril Lavigne, tak pun Gwen Stefani, so menyanyilah jugak walaupun hancur.

Eh, panjang plak cerita lain. Tadi nak cerita pasal cikgu gitar kan. Gua belajar gitar dengan Noah, salah seorang ahli band Indie Mice. Gua pun tak pernah tau Indie Mice sebelum ni tapi  dah mengenali cikgu gitar ni, then adalah layan few lagu dari Indie Mice. Best jugak, since Malaysians kan suka lagu-lagu dari Indonesia. So, taraf muzik mereka adalah seangkatan. Senang telinga untuk menerima.

Gua punya minat untuk pandai bermain muzik adalah sungguh deep. Gitar adalah favourite. Tapi, kalau ada minat yang deep gila, tapi bakat tiada, cemana? Berbanding orang yang ada bakat, tapi minat kurang. Memang gua sangatlah panas bontot dan tak keruan. Eh korang tau tak, gua hari-hari practice 4 chord basic dengan strumming. Beginner seperti gua yang takda basic pasal gitar, tangan terketar-ketar nak tukar chord. Haha. Tapi slowly by now, bolehlah berbanding hari pertama belajar.

Tadi kan gua kata hari-hari gua practice kan, Dila yang tak practice langsung kan, dia boleh main dengan geletar yang kurang. Noah ajar sekali, terus dia boleh strumming exactly macam yang Noah ajar. T______________T

Gua happy untuk dia tapi sedeh untuk diri sendiri. Cemana eh nak pandai main gitar? Memang orang kata pelan-pelan, nanti bolehlah tu. Minat Dila pada gitar tidaklah se’deep’ gua. Dila sendiri lebih berminat pada piano ataupun keyboard. Bak kata Noah, “ Dila, awak ada bakat tau. Jangan sia-siakan.”

Ok. Gua?

Not an ahli muzik yet,
Zana

27 February, 2014

Throwback: The Last 20’s Celebration: Officially 29 y/o

Salam,

Gua baru perasan rupa-rupanya gua takda cerita pasal ni lagi. Hahaha. Biasalah mood memanjang ke laut nak mengupdate blog. Takda lah celebration sangat. Cuma rasa bahagia dikelilingi kawan-kawan gua yang tak berapa nak ramai tapi cukup menyayangi dan menghargai keberadaan gua. Auwww, thanks korang. And biasalah gambar tak berapa nak banyak amek sebab gua tidaklah tegar sangat sebagai seorang blogger. 

Victoria Station, Jalan Ampang (gambar curi dari IG Zaza)
On the day itself, Zaza paksa gua pilih nak makan apa dan di mana. Alahai, segan plak gua padahal gua tak kisah tapi tekak ni terasa-rasa and terliur-liur nak makan steak. Hahaha. Mengada sangat taw. Memandangkan hari bekerja, VS Jalan Ampang paling dekat. Sebab gua tak pernah makan VS. hahaha. Makanan adalah not bad tapi service adalah very bad. Tak habis makan lagi, without tanya, dia main angkat je pinggan. Haizzzz... Thanks Zaza for the treat. Really appreciate it. Love you since I knew you looongggg ago.

Chillis, KLCC
Esoknya plak, Dila lepak dengan gua after work. Dila turun KLCC and moh ke Chillis. Gua dapat jam tapi gambar lupa nak amek. Sebab dah merasa steak, so gua amek set ayam je kali ni. Apa ntah nama set tu. Daappp. Lepak sambil bercerita. Owh, i love you sista. Dari zaman kolej, she's been so kind to me. Tak pernah membezakan gua. Tetap sayang gua dan hormat gua. Memang dah anggap macam adik sangat budak kecik ni sebab dia matang, and sometimes ada masalah gua senang mengadu dengan dia and she'll calm me down. I know she will be around me if ever I need a shoulder to cry on. Eh, thanks for the treat. Looking forward to the next trip together again.

Seoul Garden, Paradigm Mall

On the weekend, hari Sabtu (tak ingat tarikh) Salmi dah booking gua siap-siap. For my birthday treat, ke Seoul Garden yang first time gak gua try. Keh keh keh. Apsal sedeh sangat manjang je first time ni. Haizzz… sekurang-kurangnya gua mengaku kan. Janji nak jumpa jam 4 petang kat Paradigm Mall ni. Gua gigih drive sorang since MK kerja hari tu. Cari jalan ke Paradigm pun cabaran sebab jalan masuk ke parking macam mencabar gak lah. Hahaha. Bangang plak rasa. Waze tetap penyelamat sebab siap kasi jalan menuju ke parking. Makanan adalah sedap sebab gua memang skip lunch and amek light breakfast je hari tu. Hampir 3 jam lepak sambil masak sambil bercerita. Eh, kenyang sangatlah perut masa tu. Sambung lepak malam tapi gua patah balik ke Ampang nak amek MK lepak sekali. Janji jumpa balik area Rasta and lepak lagi sampai 11 malam until dapat happy news. Salmi baru buat pregnancy test and it was positive. I am one happy friend bila dengar berita tu. Kira diantara yang terawal tau lah. Penantian one year plus dia dengan Syuk akhirnya tercapai. Congratulations! Happy sangat bila kawan-kawan happy. Tak sabar nak buli baby baru. Thanks bebeh for the treat.

Heh, hari ahad plak dah janji dengan si Odiq. Bersteamboat lagi di Hotel Royal plak. Lama tak catch up session dengan minah ni. So pergi berempat dengan MK and Teratai (kawan Odiq). Mabuk stemboat gua minggu tu. 2 hari berturut-turut melayan steamboat tapi gua tak kisah. Sedap je gua telan. Semua gua suka. Hehehe. Ni geng keras zaman kolej. Diantara kawan yang terawal masa gua di kolej. Alhamdulillah, sampai sekarang still contact and lepak-lepak adalah acara wajib sambil ber’busy-body’. Haizzz, geng makcik-makcik sangat. Terima kasih sangat-sangat belanja gua. Gambar tak dan nak amek sebab biasalah bila nampak makanan terus rasa berdebar-debar, cemas, tak keruan semua ada. Alasan je semua tu. Tapi memang tak sempat je.

Buat lain-lain yang wish birthday gua yang ke 29 hari tu, terima kasih banyak-banyak. Yang belanja makan, belanja wayang, belanja minum, ehhh, semua gua hargai. Org kata, the thoughts that count. Seriously, even without the treat, tetaplah gua hargai semua wish dan ingatan kat gua. dah umur-umur macam ni kan. Hahaha. Age is just numbers uols. Jiwa gua tetap muda dan rock! Eh eh… tiba-tiba je ni.

To All,
I WILL ALWAYS LOVE YOU TO THE MOON AND BACK. MUWAAAAHHHHH.

I am one happy girl,

Zana
11/11/1984 - ??????
:)

26 February, 2014

Kisah Seram: Hantu Rumah Sewa

Salam,

Ni gua nak cerita kisah berlaku zaman gua belajar dahulu, 2007 kot. Kejadian ni masa gua lepak umah sewa bestfren gua, Zaza. Masa tu cuti weekend. Biasalah cari tempat bergembira and lama pulak tak jumpa si Zaza ni. Zaza ni duduk dengan students and kalau weekend memang rumah tu dia akan duduk sorang-sorang sebab semua balik kampung. Penghuni rumah tu ramai gak. Tak silap gua dalam 8 orang lebih kurang termasuk si Zaza ni. Rumah jenis teres dua tingkat.

Hari sabtu, gua dengan Zaza keluar ke Bukit Bintang, biasalah untuk budget tak banyak tapi hati melonjak nak shopping, BB la tempatnya. Sampai rumah pun sekitar jam 11 malam. Memang sunyi je rumah sebab dah sedia maklum semua balik kampung. Buka lampu tingkat bawah, and menuju ke bilik Zaza kat atas. Biasalah kalau dah pompuan ni, dah beli baju harus balik tak sabar-sabar nak mencuba kan. Gua sejukkan badan sekejap dan nak mandi. Sebab keluar dari pagi kot.

Bilik air Zaza ni bersambung dengan bilik sebelah. Tapi manalah gua nak kepochi nak bukak and jenguk kan. Mandi je lah macam biasa. Lepas mandi, berkemban dengan kain batik, gua ternampaklah si Zaza ni still mencuba-cuba baju lain yang dia beli. Gua malas nak pakai baju tidur dulu. Sembang-sembang, and tiba-tiba Zaza duduk sebelah gua and peluk lengan gua. Menggeletar plak tu.

Zaza: ko dengar tak bunyi tu?

Gua: Bunyi apa?

Zaza: Ada bunyi kat bawah.

Gua: Housemate ko balik lah tu. Relaxlah.

Zaza: Taaakkk. Aku tau diorang takkan balik malam ni. Esok ahad kot.

Gua: Alaahhh, adelah tu tertinggal barang ke apa ke.

Zaza: Taaakkk. Aku taulah budak rumah aku. Tolong Na. Aku takut.

Si Zaza ni dah menangis-nangis dah ketakutan. Gua cuba tenangkan diri padahal dag dig dug jantung gua boleh tahan. Tak pernah kot gua lalui situasi macam tu. Cuba tenangkan si Zaza ni, sebab gua fikir kita kena tenang dan mengawal keadaan dan bukan keadaan mengawal kita. Suruh Zaza istighfar dan mengucap dan baca apa-apa surah yang kami masing-masing tahu. Tapi, dalam keadaan macam tu, memang tunggang-terbaliklah apa-apa pun yang dibaca.

Yang bestnya, terdengar plak derapan kaki naik tangga. Sebijik macam kaki manusia so gua a bit tenang lah jugak sebab memang gua yakin housemate dia yang balik. Gua bisiklah cakap konfem la housemate dia, tapi Zaza ni still menangis dan geleng-geleng kepala. And dengar plak bunyi gugusan kunci jatuh betul-betul depan pintu bilik si Zaza ni, tapi masa tu pintu bilik memang dah kunci since kitorang masuk bilik tu. Gua dan Zaza masing-masing terdiam, mata gua duk perhatikan bawah pintu kot-kot kalau nampak bayang-bayang, sah lah manusia kan. Itu firasat gua jer lah. Tapi memang takda bayang-bayang pun okay.

Zaza: Ko dah kunci pintu bilik air bilik sebelah?

Gua: Aku memang tak usik. Kalau ko dah kunci, kunci lah tu.

Zaza: Aku takutlah Na.

Elok je lepas tu, dengar pintu bilik sebelah macam terbukak. Gua dengan Zaza dah berpandangan.

Gua: Aku dah cakap housemate ko balik tu.

Tiba-tiba terdengar pulak pintu bilik air bilik sebelah macam ada orang pulas tombol. Tau kan yang bunyi bila kita terkunci bilik and try pulas-pulas tombol berharap tiba-tiba tombol kunci tu terbukak ke. Serius gua memang takut dan masing-masing muka gua dengan Zaza ni pucat. Kalau toreh pun takda darah kot. Sebab lama plak menatang tu main pulas-pulas tombol and “GEDEGANGGG”. Bunyi batu kena tingkap bilik. Nasib tak pecah. Terus bunyi tu stop.

Rupa-rupanya boyfren si Zaza yang campak batu ok. Dia bagi salam depan rumah dah lama tapi takda orang jawab padahal rumah terang-benderang and moto Zaza ada depan rumah. Tu yang dia pergi belakang, Panggil-panggil pun tak dengar. Campak batu la solutionnya.

Then, benda tu dah tak kacau. Stop macam tu je. Heh.

Tak seram eh? Gua rasa seram je. Ok fine. Ke korang tak cukup penghayatan. Choiiii. salahkan orang. Eh, dah lah. Tengah kerja ni.

Love,
Zana


25 February, 2014

Weekly routine

Salam,

As usual, macam weekly routine plak sekarang, Sabtu is dating day for me and MK. Usually, just kuar makan-makan, jalan-jalan, tu yang ada entri gua sampai ke Bukit Tinggi tu. Hehehe. Tengok wayang berdua macam lama dah tak pergi sebab macam sekarang movie banyak yang tak berapa nak syiok. Kadang-kadang plak, gua malas balik awal dari kerja, so hentam sajalah tengok apa-apa cerita yang available masa balik kerja. Nak elakkan jammed actually. So spent duit kat TGV KLCC. Sorang-sorang pun takda hal. Cumanya hari tu gua layan movie ‘That Awkward Moment’. Haizz, memang 18SX sampai termalu sendiri melayan sorang-sorang. Hahaha. Dah lah pakai tudung tapi melayan cerita lucah. Sorang plak tu. Sesuatu sangat. Pfffttttt.

Sabtu lepas macam biasa keluar dengan MK. Lunch and menuju ke Kenanga Wholesale Centre (KWC). Berjalan dari satu tingkat ke tingkat yang lain, lengang jer. Kereta kemain penuh kat parking. End up, cuma beli cermin mata sorang satu. Sebab gua pun tak tau nak beli apa. Rambang mata? Hurmm, takdalah sangat. Sebab gua bukan kaki shopping pun. Dekat KWC pun gua dah habiskan dalam 3 jam. Then ke Tesco Ampang sebab gua nak beli groceries. Penuh troli. Hahaha. Sebulan punya stok untuk gua dan Lynn. Singgah rumah gua sekejap, hantar barang-barang, then dinner kat Pandan Indah. Before 11pm dah sampai rumah. Hoi! Bosan kan tapi gua seronok je sebab ada MK. Hari lain masing-masing busy. Ahad pun si MK kerja, and sabtu memang masa untuk gua. jadi, moh la keluar puas-puas dengan kekasih hati. *guling-guling kegelian*

Ahad memang dah set appointment nak keluar dengan Zaza. Ni lagi sorang. Kepayahan nak berjumpa. Haha. Al-maklumlah orang dah berkeluarga memang kena plan awal-awal. Dah 3 minggu tangguh nak jumpa, and ahad lepas jadi jugak. Itupun sekejapan je. Settlekan ‘zapp-zapp’ session, and lunch. Chinese muslim restaurant. Makanan pun not bad. Gua pick up Zaza kat rumah around 11am, before 3pm dah hantar dia balik. Hahaha. Takpa, janji catch up new stories. Masing-masing berlumba nak bercerita. :p

Cuaca panas sekarang ya hampunnn. Tapi gua suka. Cuma tidur malam gua kena mandi dulu baru dapat tidur dengan nyenyak. Kipas pasang paling kuat. Berkipas je la. Nak ber’aircond’ macam tak perlu sebab rumah gua tidaklah begitu panas. Rumah sewa lagipun, rugi pasang aircond. Rumah sendiri takpa.

Haizz, entri takda isi seperti biasa tapi nak jugak update. Hahaha. Rindu plak nak menulis. Idea kurang. Sekarang duk memikirkan nak buat apa untuk birthday MK next week. Nak buat surprise, tapi cemana? Hadiah gua postpone ujung bulan 3. Ngeh ngeh ngeh. Banyak komitmen bulan ni. Tapi nak gak celebrate dengan dia. Simple kek pun jadilah. Janji ada. Ahhh, nanti tengok apa jadi. Kang gua rajin, gua update sini. Ok, bye.

Lerp me,
Zana

19 February, 2014

Secret Recipe: Caramel Oreo Pudding Mudah

Salam,

Mood gua baik hari ni. Jadi nak berkongsi resepi. Alhamdulillah, dah 3 kali buat dan 3 kali jugak licin. Hewhewhew. Resepi of cos dapat dari internet and gua menderhaka sket campurkan oreo. Konon kreatif sangat la kan. But it turns out, superb! Heee… Bukan gua puji. Tapi sebab ada kawan kepada kakak gua ni siap PM gua di FB semata-mata nak dapatkan resepi. Terliur-liur dia teringat, katanya. Kembang semangkuk buntut gua. Haha. Btw, resepi ni asalnya dari cik Fatin Liyana. Tengkiu cik Fatin.

: Bahan-bahan :

Caramel Sauce
2 senduk gula
1/4 cawan air

Pudding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis (kurang pun boleh sebab oreo pun manis dah)
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla (kalau takda pun takpe)
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air
1 bungkus Oreo (yang jenis biasa krim putih tu)

: Cara-cara :

Caramel Sauce
1. Gunakan pan, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api
3. Tuangkan caramel sauce kedalam bekas mould pudding.

Pudding
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan degil agar pudding anda cantik.
2. Ambil periuk, masukkan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih dan agar-agar larut, dan masukkan bancuhan tepung tadi.
3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan perlahankan api.
4. Tuangkan separuh adunan pudding dalam bekas mould yang berisi caramel sauce tadi.
5. Patah-patahkan oreo ke atas adunan di dalam mould sampai habis.
6. Tuangkan keseluruhan pudding sampai habis.
7. Biarkan di room temperature seketika sebelum masukkan dalam fridge.
8. Dah sejuk, ambil bekas / pinggan dan terbalikkan pudding anda.




Selamat mencuba.

Masterchef,

Zana

18 February, 2014

Annoying

Salam,

Kat tempat kerja gua ni adalah few yang #annoyinggilanakmati. Yang lelaki sorang ni akan bercakap macam satu bangunan boleh dengar suara dia. Which I dunno why dia behave macam tu. Gila apa nak cakap kuat-kuat, gelak kuat-kuat padahal orang tu just 1 meter away from u je.

HAHAHEHEHAHAKHAKHAKHAKHEHAKHEHAKHAKKK...

Somehow gua rasa gelak tu dibuat-buat to attract people. Attract ke???

Sorang lagi, si perempuan ni. Sama gak. Suara lembut tapi cakap pun kuat-kuat. Elok sangat duduk sebelah-sebelah. ANd selalu gua dengar dia tak puas hati dengan orang ni, orang tu. Woii, dah kenapa kau. Dan yang buatkan gua rasa nak up entri ni is because NOW diorang having lunch at round table sebelah je meja gua ni. Gua tak kisah. BUT, this girl nak jugak cakap banyak-banyak kali and kuat...

"EDAPPPPNYEEE...."

Comel sangat ke sebut macam tu???

"EDAPPPPNYEEE...."

Hahaha...bangang btol rasa up entri ni. Ok, chow.

Gambar ihsan Google, of cos!


Gua yang tengah annoy,
Zana

Cerita Bukit Tinggi, Pahang

Gua mintak maaf sebab gambar dalam entri ni tunggang terbalik, padahal masa gua kasi watermark tu elok je, masuk dalam ni, terus tak elok. Pandai-pandailah julingkan mata ye tengok gambar-gambar dalam ni. :p

Salam,

Gua rasa benda ni berlaku 2 minggu lepas kot. Seminggu selepas gua balik dari Kuching. Ini sebenarnya trip tiba-tiba namanya. Takda angin, takda ribut, MK called pagi tu ajak ke Bukit Tinggi. Gua terus “JOM”. Hahaha. Psiko apakah ini pantang diajak berjalan, laju sahaja gua setuju. Cis!

Zasss sangat bersiap dan tersengih-sengih keluar pintu rumah. Jiran nampak confirm ingat gua gila sengih-sengih tiba-tiba. Excited sebenarnya. Gua ajak Lynn, tapi dia pun dah ada plan lain. So, let’s dating berdua dengan kekasih. Auwww…

Dokek bhona Bukit Tinggi ni ghupanyer. Haha. Less than an hour dari Ampang. Suka. Sampai-sampai je angin sejuk.  Ahhhh, nyaman. Ye laaa, lu pun tau kan cuaca panas melampau di Malaysia sekarang. Kemarau okay. Banyak tempat dah takda air.

Sampai je sana, dikenakan bayaram RM12 each. And then cari parking dan pelan-pelan jalan nak tunggu shuttle bus ke puncak. Tak lama lepas tu, shuttle bus pun sampai and terus naik. Sengih-sengih sambil ber’selfie’ dengan MK yang melayankan saja perangai gua ni. Haha. Biarlahhh. Pre-honeymoon katanya. Haruslah gua mengada-ngada sikit. Sikit je taw. Haha. Sampai di hentian, gua terpinga-pinga nak turun ke tapi MK yakinkan kata jap lagi bus ni akan naik puncak, ni belum puncak. Gila apa nak panjat, tinggi tuuu, katanya. Tunggu sampai bus dah penuh. And guess what? Bus tu meluncur turun ke tempat kitorang mula-mula naik tadi. Damn! Gua jeling MK, dia dah gelak-gelak. Malu kot gua. Mana nak letak muka. Hahaha, and of coz lah gua tak spoilkan percutian berdua ni so haruslah sengih dan teruskan gak berjalan dulu di kawasan bawah tu. Alaa, yang bangunan cantik yang feeling-feeling di oversea tu. Haha. Shuttle bus akan bergerak lagi setengah jam. So, marilah mengambil gambar gedik-gedik sambil menyaksikan pemandangan yang indah. Aaahhhh, nyaman.









Lepas setengah jam, marilah hop on balik shuttle bus tu. Masa ni gua dah berdebar-debar nak memanjat bukit. Hahaha. Biasalah, gemuks nak panjat bukit yang alahai lah tingginyaa bagi gua. tapi gigihkan gak la memanjat. Dah alang-alang sampaikan. Tu pun pancit berapa kali entah. Biasalah badan jenis tak exercise camni. Hikhikhik. Meh layankan gambar dulu. 

Japanese Tea Garden ni.

Japanese house kot.




Tatami Spa


Ni dah kat Botanical Garden.





Gua dan MK spend less than 4 hours kot kat sana. Animal farm ke, tempat kuda langsung tak singgah. Well, knowing MK, memang gitulah dia. So gua ikutkan sahaja. malas nak komplen banyak. Some more, penat memanjat tak habis. Kang bergaduh pun penat. Haha. Baik diamkan je.

Bila meninggalkan Bukit Tinggi, MK drive dan masuk jalan ke Kuantan. Waahhhh, surprise apakah menanti. Kenapa tak amek jalan pulang ke KL?Ahaks, drama sangat. Rupa-rupanya nak bawak gua ke Bentong dan rasa aiskrim famous katanya. Not bad, sedap gak lah. At least jauh perjalanan sikit. Haha. 

Inilah kedai aiskrim famous tu.
Balik KL gua drive dan MK yang demam dah berdengkur sampailah ke Ampang. Haha. Awal okay. Pukul 6 dah sampai. Perghhh. Puas berjalan, hati banyak gembira, badan banyak penat. Malam tu, tidur lena tanpa mimpi. 

Xoxo,
Zana

17 February, 2014

Ann1versary? 17.02.2013 - 17.02.2014

Salam,

Geli plak rasa nak menaip entri ni. Tapi untuk kenangan gua sendiri takpe kan? Hahaha. Hari ni genap la setahun gua 'berkawan' dengan MK. Gaduh tak payah cakap la, kasih sayang tetap berbunga-bunga, jatuh bangun gua or dia, masing-masing cuba bersabar walaupun sabar itu ada had jugak, alhamdulillah berjaya lalui setahun dah. Kalau ditakdirkan jodoh gua bersama MK, gua terima. Kalau tidak, gua tetap redha dan percaya ada seseorang yang even better for me.

Gambar cilok dari Google.
As of now, gua cuma berdoa yang hubungan ni berkekalan sebab MK banyak bersabar dengan perangai mengada-ngada gua, bawak gua jalan-jalan and explore banyak tempat baru bersama-sama, masak untuk gua dengan penuh kasih-tayam, ehhh, banyak lagi lah. Hahaha. Thank you Abang. Auwww.... *muntah hijau*

MK & Me,
Zana

14 February, 2014

Teater 'Awek Chuck Taylor'

Salam,

Teater ni gua tonton semalam bersama MK, Eni dan Dila. Supposedly gua pergi berdua je dengan MK as our ulangtahun ‘persahabatan’ gift beberapa hari lagi. Tapi Dila dan Eni pun nak mengikut, so mari angkut sekali. Tiket gua dapat bernasib baik masa gua browse sebulan yang lepas, dan zasss terus beli. Owh, semalam merupakan show yang pertama, and we were lucky being the first yang menonton teater tersebut.

Well.. Well.. Well.. What can I say? Gua kasi 3.5 stars. The performance was awesome. But not as what I expect it would be. Maksud gua, cerita macam tergantung. I personally read the novel. It was based on true story of the author, Nami Cob Nobbler. Pelakon-pelakon semua memang superb, memang diorang gambarkan seperti apa yang gua bayangkan dan baca. Mungkin penonton yang belum membaca novel itu akan fikir pengakhirannya Hafiz dan Mira berpisah tapi yang dah baca novel tahu yang diorang tak berpisah lagi. Ok, gua rasa yang dah menonton teater ni yang dah membaca ‘Awek Chuck Taylor’ tahu apa yang gua maksudkan.

Full version teater ni akan diadakan pada Mei 2014. If we were lucky enough to get the tickets again, yes we will definitely come to watch the full version plak. Teater ni merupakan teater pertama yang gua tonton. Walaupun zaman sekolah dulu gua agak aktif berlakon teater, masuk pertandingan sana sini, sampai sekolah gua mewakili Sarawak ke pertandingan teater di Shah Alam, tapi habis je pertandingan selalunya gua tak masuk dewan nak tengok sekolah lain belakon. Haha. Tak tau plak kenapa. Habis je part kitorang, selalunya, lepak belakang stage jer sambil peratikan sekolah lain bersiap, or else, gua pergi melawat-lawat kawasan. Masa nak umumkan  pemenang baru gua masuk dan tunggu. Ok, dah melalut. This is not about me. It supposed to be Awek Chuck taylor. Maaf.

Ini cilok dari Google.
Seriously, gua suka character Mira dalam teater ni. Memang watak dia bawak tu memang as I could imagine Mira could be. Macam apa yang gua baca dalam novel Awek Chuck Taylor. Owh, masing-masing punya citarasa kan. She’s my favourite after all.
So untuk korang yang belum or berminat nak membaca novel ni, boleh beli dengan Lejen Press. Moh gua share details di bawah:


Gua dah lama gak jadi silent reader untuk blog Nami. Lama tak lama sangat la. Tapi before novel Awek Chuck Taylor terbit jadi buku. So, kira consider as newbie lah. Untuk korang yang nak baca gak penulisan Nami, meh gua share tumblr Nami.


Gua follow penulisan Nami semasa zaman dia menulis di http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/ tapi sekarang dah tutup, untuk invited reader sahaja.

Untuk Nami,
Jangan berhenti menulis.

Sekian.

Gua,
Zana


13 February, 2014

Kisah Januari

Salam,

Hamboi… tak beragak tajuk. Takdalah kisah best sangat pun. Kisah gua ni kebanyakannya makan, jalan, makan, jalan jer. As itu sajalah kegemaran gua. Woah, kegemaran sangat. Hikhikhik. Ni trip ke Kuala Selangor bersama kesayangans. Siapakah? Bersama MK dan Lynn (housemate gua). last minute je punya plan ni, tapi fun gila. We did enjoy ourself.


Gerak pun masa matahari dah mencanak atas kepala. Zasss je bersiap, pick up MK dank e Kuala Selangor lah kami. Apa-apahal makan dulu. Of cos ke restoran kegemaran, Riverview Seafood. Korang kena gak try makan kat sini. Lokasi? Pasir Penambang. Alaa, Waze kana da, gunalah teknologi yang hado yer.

Cuaca cerah dan cantik je hari tu. Lu tengok awan tu. 

Special steam bawal. TERBAIK!!!

Omelette oyster

Sayur campur masak telur masin. Meleleh.

Chinese bread. Kena makan dengan ketam bawah ni.

Fresh milk crab. Telan lioq lagi. Haizzz...
Selesai bersantap, mohla berjalan-jalan di kawasan sekitar. Hehe. Bukit Melawati lorr. Kena naik shuttle bus. Bayaran RM5 per person kalau tak silap. Sebelum naik tu, gua beli kekacangs sebab nak kasi makan sama siamang. Wooohhhooo…. Memang banyak gila, tapi jinak. Pakej siap panjat bahu okay. Terjerit-jerit gua. haha.. gambar siamang banyak tapi dalam phone Lynn. Takda kat gua. Heuheu. 

Puas dah bergomol bersama siamang, baru pukul 4.30 petang, jom layan sunset di Pantai Remis. Cuaca panas lagi. Feeling jap tepi pantai berjalan dengan MK. Perasan diri tengah honeymoon di Bali, bejalan di persisiran pantai. Haha. Phuiii, berangan lebih. Biarlaaaa!!!  Gua memang suka berangan. Mana tau jadi kenyataan kan. Hahaha. Tapi kan korang, kalau macam tu, memang perasaan dia lain macam sikit kan? Ke gua je macam tu? Hikhikhik.

Telan lio lagi. Dia punya pencicah tu, peerrrggghhhh... memang ini yang sepatutnya dicontohi wahai peniaga kerang sekalian alam. menangis kesedapan. eh? Sesuatu sangat. Bye!

The view. Owh, tenang!

Sunset. Hati ada sinyummm.

Suasana... owh, love!

Ok, dah habis. Bye.

Xoxo,
Zana

12 February, 2014

Trip to Padang, Indonesia

Gua mintak maaf sebab gambar dalam entri ni tunggang terbalik, padahal masa gua kasi watermark tu elok je, masuk dalam ni, terus tak elok. Pandai-pandailah julingkan mata ye tengok gambar-gambar dalam ni. :p

Salam,

Ehek! Ehek! Gua sebenarnya tak tau nak mulakan dari mana. Gua juga segan nak bercerita lebih-lebih sebab entri gua ke Jakarta-Bandung-Jakarta dulu tu, tergantung. Hihihi. Jangan marah eh. Sebab tuan blog ni busy bebenau. Tu belum campur lagi part malas yang kerap datang. Ni angina kus-kus sikit, apa kata gua bagi info and then share gambar, boleh kan begitu? Ah, bolehkan sajalah.

Trip ni adalah pada 23 Januari 2014 dengan AirAsia. Asalnya nak pergi berdua je dengan Dila tapi last minute kawan dia nak follow, ok kan saja. Ni adalah trip paling jimat bagi gua. Sebabnya? Dila tu memang mak dan ayah dia orang sana, then saudara-mara memang ramai di sana, so hotel tak perlu. Kita duduk je rumah mak Dila and nenek dia. Dua rumah yang berlainan okay tapi dalam satu kampung yang sama. Gua takda hal. Lagi suka kalau boleh live like local ni. Sebab boleh lah dapat tahu banyak tentang kehidupan diorang ni.

Trip ni memakan masa 4 hari 3 malam. Malam pertama di rumah nenek Dila, dan 2 malam berikutnya di rumah mak Dila. Transportation? Kitorang sewa Avanza dengan harga Rp1juta iaitu bersamaan RM250 untuk 4 hari. Memang jimat. Itulah untungnya kalau ke sana dengan orang yang berasal dari sana. Kalau nak bersupir (read: driver) confirm tak dapat harga tu. Tapi kalau korang baru-baru lagi di sana, gua nasihatkan amek je la supir sebab jalan dia complicated jugaklah.

Makanan juga tak susah korang. Dah duduk dengan family ni, makanan diorang yang masak sebab excited nak tetamu rasa masakan Minang. Walaupun jauh di sudut hati, segan huwooo. Macam susah-susah je. Tapi telan gak. Tiap-tiap pagi gua sarapan nasi and lauk Minang. Kalau duduk sebulan, confirm semua baju dah tak muat. Some more, makanan yang dijual di tepi-tepi jalan pun gua agak yakin di sini jika dibandingkan dengan di Jakarta dan bandung. Sebab nampak bersih.

Perjalanan mengambil masa 45 minit je dari LCCT.


Dah sampai. Masa ni tengah tunggu kereta sampai.

Minangkabau Airport, Padang.

Nasi Padang. Ni masa singgah makan masa nak ke Bukit Tinggi. Perjalanan sejam lebih je.
Makan untuk 3 orang termasuk air sekitar Rp127000. Dalam RM30 lebih lah.Which gua consider as murah lah untuk rasa dan suasana restoran ni.

View belakang rumah nenek. Kalau tengok real, macam lukisan. Ada gunung, sawah padi. Cuaca: Dingin nyaman. Loike. Tenang sangat.

Dila dalam misi memanjat pokok jambu.

Nama tempat ni Taruko. Mencabar gak jalan nak ke sini. Tapi bila sampai, worth it. View yang cantik juga menenangkan. Sambil gua menghirup hot choc yang rasa milo, heuheuheu.

Simbolik di Bukit Tinggi. Ini namanya Jam Gadang. Kiranya tempat tumpuan jugak lah.

Motif? Feeling berlakon cerita ' Ada Apa Dengan Cinta' beli kacang rebus. Tapi, sedap. Sama je macam kacang rebus kita. :p :p

Menyinggah beli sate Padang nak makan sekali dengan family nenek. ;) ;)

Puncak Lawang. Ini adalah sangat-sangat tidak dapat dilupakan.

Super LOVE! Gua memang jenis suka tengok view yang cantik. Perasaan sukar nak gambarkan. Puncak Lawang.

Another view of Puncak Lawang. Lepak sini dua jam lebih layan perasaan, kosongkan fikiran, sambil memerhatikan ciptaan Allah SWT. SubhanAllah, cantik sangat. Perasaan yang sukar gua nak gambarkan.


Danau Maninjau. Inilah dia tasik yang tengok dari atas Puncak lawang. Lepak sini sambil main pool. Hehe. Live like local la katakan. Huehuehue.

Martabak brownies adalah terbaik.

Ini roti bakar. K bye!

The making of martabak Brownies. Flavour? Choc cheese. 

Murtabak Mesir. Gua makan dua. Zeriuzly sinfully sodap!

Beli perfume sini, baunya tahan sama macam perfume ori. Gua lupa nama kedai. Tapi, 3 botol gua sebat.

Suka sangat rumah ni. Rumput dia bila pijak macam karpet. NI salah satu rumah di kampung Dila.

Nampak rumah putih tu? Itu rumah mak Dila. Belakangnya sawah padi. Cantik sangat view dia.
Ini view dari dapur. Hari-hari dapat tengok view macam ni, tenangnya rasa hati. Alhamdulillah diberi kesempatan. 
Close up rumah. Cantik kan? Terus gua feeling-feeling berlakon sinetron Malin Kundang. Why Malin Kundang? Sebab lagenda dia asalnya dari Padang.
Gambar-gambar ni semua yang ada dalam camera gua. Kebanyakannya dari camera Dila tapi belum sempat transfer lagi. Kalau korang ada pertanyaan, jangan malu-malu email gua ok. InsyaAllah, gua membantu apa termampu.

Ok bye,
Zana