Gua mintak maaf sebab gambar dalam entri ni tunggang terbalik, padahal masa gua kasi watermark tu elok je, masuk dalam ni, terus tak elok. Pandai-pandailah julingkan mata ye tengok gambar-gambar dalam ni. :p
Salam,
Salam,
Gua rasa benda ni berlaku 2 minggu lepas kot. Seminggu
selepas gua balik dari Kuching. Ini sebenarnya trip tiba-tiba namanya. Takda angin,
takda ribut, MK called pagi tu ajak ke Bukit Tinggi. Gua terus “JOM”. Hahaha. Psiko
apakah ini pantang diajak berjalan, laju sahaja gua setuju. Cis!
Zasss sangat bersiap dan tersengih-sengih keluar pintu
rumah. Jiran nampak confirm ingat gua gila sengih-sengih tiba-tiba. Excited sebenarnya.
Gua ajak Lynn, tapi dia pun dah ada plan lain. So, let’s dating berdua dengan
kekasih. Auwww…
Dokek bhona Bukit Tinggi ni ghupanyer. Haha. Less than an
hour dari Ampang. Suka. Sampai-sampai je angin sejuk. Ahhhh, nyaman. Ye laaa, lu pun tau kan cuaca
panas melampau di Malaysia sekarang. Kemarau okay. Banyak tempat dah takda air.
Sampai je sana, dikenakan bayaram RM12 each. And then cari
parking dan pelan-pelan jalan nak tunggu shuttle bus ke puncak. Tak lama lepas
tu, shuttle bus pun sampai and terus naik. Sengih-sengih sambil ber’selfie’ dengan MK yang melayankan saja
perangai gua ni. Haha. Biarlahhh. Pre-honeymoon katanya. Haruslah gua
mengada-ngada sikit. Sikit je taw. Haha. Sampai di hentian, gua terpinga-pinga
nak turun ke tapi MK yakinkan kata jap lagi bus ni akan naik puncak, ni belum
puncak. Gila apa nak panjat, tinggi tuuu, katanya. Tunggu sampai bus dah penuh.
And guess what? Bus tu meluncur turun ke tempat kitorang mula-mula naik tadi. Damn!
Gua jeling MK, dia dah gelak-gelak. Malu kot gua. Mana nak letak muka. Hahaha,
and of coz lah gua tak spoilkan percutian berdua ni so haruslah sengih dan
teruskan gak berjalan dulu di kawasan bawah tu. Alaa, yang bangunan cantik yang
feeling-feeling di oversea tu. Haha. Shuttle bus akan bergerak lagi setengah
jam. So, marilah mengambil gambar gedik-gedik sambil menyaksikan pemandangan
yang indah. Aaahhhh, nyaman.
Lepas setengah jam, marilah hop on balik shuttle bus tu. Masa
ni gua dah berdebar-debar nak memanjat bukit. Hahaha. Biasalah, gemuks nak
panjat bukit yang alahai lah tingginyaa bagi gua. tapi gigihkan gak la
memanjat. Dah alang-alang sampaikan. Tu pun pancit berapa kali entah. Biasalah badan
jenis tak exercise camni. Hikhikhik. Meh layankan gambar dulu.
Japanese Tea Garden ni. |
Japanese house kot. |
Tatami Spa |
Ni dah kat Botanical Garden. |
Gua dan MK spend less than 4 hours kot kat sana. Animal farm ke, tempat kuda langsung tak singgah. Well, knowing MK, memang gitulah dia. So gua ikutkan sahaja. malas nak komplen banyak. Some more, penat memanjat tak habis. Kang bergaduh pun penat. Haha. Baik diamkan je.
Bila meninggalkan Bukit Tinggi, MK drive dan masuk jalan ke Kuantan. Waahhhh, surprise apakah menanti. Kenapa tak amek jalan pulang ke KL?Ahaks, drama sangat. Rupa-rupanya nak bawak gua ke Bentong dan rasa aiskrim famous katanya. Not bad, sedap gak lah. At least jauh perjalanan sikit. Haha.
Inilah kedai aiskrim famous tu. |
Balik KL gua drive dan MK yang demam dah berdengkur sampailah ke Ampang. Haha. Awal okay. Pukul 6 dah sampai. Perghhh. Puas berjalan, hati banyak gembira, badan banyak penat. Malam tu, tidur lena tanpa mimpi.
Xoxo,
Zana
No comments:
Post a Comment