Nuffnang Ads

18 July, 2013

Secret Recipe: Sup Ayam si bujang

Salam,

Bertemu kembali. Hehe. Dah hari ke-9 puasa untuk tahun 2013 ni kan. Gua baru nak share menu gua pada hari pertama puasa aritu. Gua kan suka citer benda dah basi?? Hahaha.. ada aku kesah? Ok ok.. tak mau buang masa. Jom zass saja ke bahan-bahan yang super mudah.

Bahan-bahan:

Bawang putih
Bawang merah
Bawang besar
Cili padi (tak nak pakai pun boleh)
Halia
Rempah tumis (bunga lawang and kayu manis tu) p/s: kalau ada yang jual sepeket sekawan tu, lagi sonang
Ubi kentang
Tomato
Ayam
Garam
Bahan perasa (ikut laa nak pakai aji no moto ke, pasti sedap ke, tak kisah)

Cara-caranya:

Cuci ayam bersih-bersih, then letak dalam periuk berisi air, terus letak atas api kat dapur. Potong ubi kentang ikut suka nak bentuk macam mana, gua potong 4 je sonang, then campak. Cuci rempah tumis bersih-bersih then campak. Pastu, bawang putih, bawang merah, halia dan cili padi tu tumbuk sampai paras ko suka mana, nak lumat ke tak lumat ke, mana-mana pun okay.Then campak dalam periuk, gaul. Potong tomato (belah 4), then campak. Gaul-gaul sampai ubi kentang empuk, masukkan garam secukup rasa dan bahan perasa sedikit. Bahan perasa jangan banyak-banyak kang orang pening sebab terlalu banyak bahan perasa. Macam gua, gua letak memang sikit.



So, siapla sup ayam bujang. Lawannya, cili padi tumbuk dengan seulas bawang putih sampai lumat, then masukkan kicap. Fuhhh, bertambah nasik gua.

Resepi ni gua belajar dari bapak gua. memang simple nak mampus. Tak payah pakai minyak. Menyihatkan. Dulu zaman belajar, selalu gak buat. Hahaha. Makan ramai-ramai dengan nasik panas-panas. Fuhh, berpeluh.

Oklah, ada masa lagi, gua update. Selamat menjalankan ibadah puasa.

Xoxo,
Zana



10 July, 2013

Salam Ramadhan

Salam,

Wahhh waahhh waahhh.. sana sini jer gua tengok blog update mngucapkan selamat berpuasa, dan tak kurang juga belum habis 1 hari berpuasa dah share pic makanan. Menciii taw! Gua dah lah terduga hari ni. Hahaha. Tapi takpe. Office gua boleh balik jam 4 ptg, yeahoooo. Semangat gua bangun awal pagi nak masuk kol 8am. Takpe, janji balik awal.

Owh, semalam gua lepak umah MK, saja menjenguk maknya sambil makan durian. Adei, dapnya durian. Sembang-sembang kejap, maknya si MK minta diri nak naik bilik nak mandi. Gua lepak dengan MK sambil melayan movie dalam lappy dia. Gua ingat nak balik rumah awal, konon-kononnya sebab nak bangun awal kan, almaklum bulan posa masuk kol 8am, then si MK dok la menahan gua lepak duluuu. Ok, kita turutkan.

Rupa-rupanya dia nak masakkan gua nasi goreng. Waaahhh, terharuuu. Gigih taw masak malam-malam sebab nak kasi gua sahur walaupun more to supper. Hahaha. First time taw rasa air tangan suami  buah hati. Yang menyampahnya, baru suapan pertama, tak kena lidah lagi nasik tu dia dah cakap, "Ye laaaa, tak sedapp. Orang tak pandai masak." Eh eh, tiba-tiba sentap padahal gua tak sempat lagi merasa apa-apa kat lidah. Hahahaha. Pastu gua pujilah sedap, siap tambah 3 kali okay. Adeh, kenyang perut. Walaupun kurang masin jer, tambah sikit garam, then perfect la nasik tu. Tapi, tak berani nak cakap, ye laa, gua tak cakap pape, dia dah sentap. Demm. Baik gua diamkan and puji-puji nasi goreng dia sedap, siap request nanti lain kali nak suruh masakkan lagi. Tapi entah, gua okay jer makan semalam sebab kesedapan terasa or mungkin dipenuhi kasih sayang si pembuatnya? Hahahaha... *muntah ijau*

Last-last gua balik jam 1.30pagi okay. Gua paksa suruh hantar. Hehe. Dah lewat and then gua dah mengantuk. Bahaya drive, then balik siap-siap kunci jam konon nak sahur dengan air masak jer kan. Hahahaha, takda maknanya. Terlajak terus.

Owh, gua kena akhiri sekarang entry ni, tiba-tiba ada hal. Papepun korang, gua ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Maafkan sekiranya blog gua ada tercaci, termaki, terguriskan hati dan perasaan korang. Okay. I love you all my silemt readers. Waaah, feeling sangat. Tata.

Saya berpuasa juga,
Zana

09 July, 2013

sony xperia L ~ new bestfren!



Salam,

Ingat tak hari tu gua cakap akan rajin mengupdate blog? Know why? Hehehe… sebabnya gua dah ada medium nak mengambil gambar. Klik sana, klik sini… zassss, masuk Instagram. Hiks, ye laa, gua bukan beli yang canggih-manggih punya camera, gua beli phone jer setelah sekian lama gua berfikir. Camera lama dah kena rompak masa kes pecah rumah dulu tu kan.

Bila ada camera ni gua jadi rajin mengambil gambar dan terus ke Instagram gua je. Dulu takda phone pintar takda plak sibuk berInstagram bagai. Hiks, sekarang baru gua tau feel dia macam mana. Well, sukaaaaaa sangat. Sebab apa taw, apa yang kita buat tang tang tu kan, kita boleh zass je upload, so pic tu dah edit lawa-lawa (lawa ke??), nanti in future leh tengok balik. Wahhh, dah ada kenangan tercipta di situ. Senyum senang. Eh, tiba-tiba..

Owh, gua buat entry ni sebenarnya nak kenalkan kawan baik terbaru gua. Sentiasa ada di sisi gua, tak kira siang atau malam. Erk, over sangat plak. Ok ok, penat merapu meraban, kenalkan…

MR. SONY XPERIA L

Pilihan hati gua haruslah hitam.

comes with 3 colours. Merah pun lawa, tapi gua tetap suka hitam
 So far gua menjadi pengguna phone ni dah sebulan dah and it was really awesome. Tapi biasalah, mana ada semuanya perfect kan, jadinya ada la few benda yang gua boleh maafkan. Tapi part battery dia memang gua suka, tahan lama kot. Takdalah macam lu dok main-main je phone lu tapi battery tahan sampai 3 hari. No no. kira macam gua pergi kerja pukul 8, battery fully charged 100%, pakai sikit-sikit whatsapp, we chat, check FB, sms, call kejap-kejap, bila time balik pukul 6, battery ada lagi 80%. Kira wow gak la kan. Tapi, memalam sebelum tidur kena charge gak la sebab belah malam la gua aktif gunakan phone. 

Selain tu, tang camera dia pun lawa. 8MP punya camera, sudah mampu buatkan gua sengih kerang busuk. Front camera juga ada, tapi tidaklah 8MP gak. Melampau la kalau 8MP. Hehehe.  VGA jer. Pastu camera dia ada banyak features gak. Dia ada geo-tagging, touch focus, face and smile detection, image stabilization, HDR, sweep panorama dan macam-macam lagi.
Sekarang ni,si MK rajin betul pegang phone gua. Walaupun takde apa, kang skandal lama yang still simpan number, dok tengok gua ada dalm Whatsapp ke, terus zass anta message kat Whatsapp, tak ke naya, kang meletus plak perang padahal orang tu Cuma bertanya khabar. Haha, takpe dia pegang phone gua sebab dok kemaruk main game, fuhh, sabar je laa.

Eh, dah tak tau nak menaip apa. Tiba-tiba hilang mood. Erm, untuk review pasal phone ni boleh chck kat GSMArena. Haha, gua malas plak nak copy link. Adoii..

Me,
Zana

03 July, 2013

XPAX USER, IT'S TIME TO RELOAD!

Salam,



Waaahhh, belum apa-apa, kemain terus up entry berupa quiz. Quiz ke? Hehe.. Bukan apa, gua dengan bangganya menyatakan gua adalah pengguna setia CELCOM, and then dengan bangganya gua up entry ni nak bagitau gua dah gunakan CELCOM more than 8 years okay, tengok tak betapa setianya gua? Sebelum ni adalah menggunakan "teettt" and "tuuuttt" punya line, tapi macam mahal je rate dia. Tak taulah untuk korang, tapi bagi gua, agak MAHAL okay. So, sekarang gua setia dengan CELCOM memandangkan rate dia untuk membuat panggilan adalah sangat murah. Ini honest ok, bukan mengipas. *flip hair*

Okay, sebenarnya gua nak bagitau kalau korang ni merupakan pelanggan CELCOM seperti gua (waaahhhh sangat, gimme FIVE! *ok, tetiba sangat nak gimme 5 bagai, phuii*), korang pun ada peluang memenangi hadiah berupa jam tangan bernilai RM10RIBU setiap hari. SETIAP HARI okayyy... Caranya? Mudah sangat.

1. RELOAD RM10 2 KALI SEHARI; atau
2. RELOAD RM30 SEHARI SEKALI

Mudah kan?? Gua ni memang jenis selalu mereload phone gua tu. Wink Wink. Terbayang jam tangan RM10,000 di tangan. Tak pun, tiba-tiba tuah badan menang jam tangan bernilai RM30,000 ke kan. Eh? Gua mentioned RM30,000??? Yes! Pada hari istimewa, akan ada jam tangan bernilai RM30,000 untuk dimenangi. Siapa agaknya yang bertuah tu?



So people, it's time to reload. Kot-kot la menang kan? kan? kan? Caranya mudah sangat. Ikut je steps yang gua mentioned atas tu. Ok, takpe. Gua baik hati, kopipes semula di bawah ini:

1. RELOAD RM10 2 KALI SEHARI; atau
2. RELOAD RM30 SEHARI SEKALI

Hahaha. Semangat gila gua up entry ni, dengan harapan korang pun bersemangat bersama-sama gua sekali. Fuuhhh. Ok all, later sambung. Gua nak mereload jap. RM30 zassss untuk 2 entry. Harap-harap menang. Amin.

For more info, meh klik SINI.

I AM ONE PROUD X-PAX USER,
Zana