Nuffnang Ads

Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

11 July, 2014

Behujung Minggu (Part 2)


Ok, sambungan dari PART 1.

Gua bangun awal gak. 9.30am dah kena bangun sebab hari ahad tu adalah last class untuk insurans gua tu. Kena gak bangun. Semangat sangat! Memang dalam hati berdoa dah kelas tu habis awal, so gua boleh balik dan tidur. Mamai-mamai jalan ke bilik air dan mandi. Sejukkkk. Walaupun dah 9.30am. Zasss je gua bersiap dan terus memecut ke Damansara Intan. Sampai je, dah nampak Amdi sampai awal. Yang lain-lain tak sampai lagi. Ingatkan gua last. Hahaha. Sembang-sembang dengan Amdi barulah yang lain sampai. 10.50am baru class mula.

Dengan puasa, dengan letih, dengan mengantuk, dan input yang diberi kat otak gua ni, tak larat gila rasa. Class berakhir 2.00pm. Nak menangis je rasa sebab gua memang betul-betul letih. Terus gua balik dan ketiduran sebab sebelah petang ada janji dengan GR plak nak berbuka sama-sama.

Dah set jam 4.45pm, gua terjaga, and sedikit lega. Dapat power nap katanya. Huhu. Terus mandi lagi, kesejukan lagi sekali. Hoi! Petang pun kesejukan. Something wrong somewhere ni. Hehehe. Anyhoo, 5.20pm dah memecut ke SS15 Subang Jaya. Cadangnya gua nak ikut Jalan Duta dan keluar ikut airport Subang tu. Kejap je kalau ikut situ. Sebab janjinya 6 pm. Sekali baru 5 minit masuk highway dah jammed tak bergerak. Rupa-rupanya ada accident antara Subang and Shah Alam. Gua patah masuk ikut Kota Damansara plak. Jammed jugak, but still bergerak. Kat Kota Damansara tu jammed sebab ada MRT construction tu. Keluar ikut LDP baru boleh memecut. 7pm baru gua sampai. Phew..

Naik kereta si GR ni, dan gua teringin nasi lemak kat USJ tu, Warisan Sambal Opah. Dulu selalu ke spa sebelah kedai ni dengan si Zaza. Tu yang tau kedai ni sedap. Sampai-sampai je dah time berbuka. Tak amek banyak pun, 3 bungkus nasi lemak, lauk sambal sotong, paru goreng bersambal, dan kentang masak gula (sebab manis ya hampunn). GR makan sebungkus je, gua bedal dua. Hahaha. Since gua lambat, then it’s my treat la kononnya. Tak banyak pun, RM16, tapi untuk nasi lemak adalah mahal gila. Layannn je.

Melepak dengan si GR sampai 10 malam, gua dah tak larat. GR hantar gua kat kereta gua yang gua tinggalkan di SS15. Terus pecut balik ikut KESAS. Jammed sikit je kat Cheras yang nak masuk Taman Connaught. 11.00pm gua dah sampai rumah dah. Ohoiii, penat tak hengat! But at least time terisi. Mandi-mandi dan gua terus tidur. Hehehe. Sahur pun bangun minum Yakult je.

So itu je lah aktiviti weekend lepas. Weekend ni? Mungkin tak se’busy’ yang lepas. Haha. Nanti gua ceritakan. Ada projek minggu ni. Tungguuuu.

Xoxo,

Zana

09 July, 2014

Jejak Kaki ke Bazaar Ramadhooonn

Salam,

Yup, hari ni dah hari ke 11 berpuasa. Kejap je kan? Mesti ada yang dah siap prepare untuk raya kan? As for me, biasa je… prepare ticket nak balik raya, done about few months back. Baju raya pun ada satu je, jadilah. Bukan nak beriya sangat. Spending time with family lagi penting. Nak bercantik-cantik sangat, cukuplah sekadar bersederhana. Tak gitu?

Oh well, semalam balik kerja awal. Hiks! Sebenarnya teringin pulut mangga tapi entahlah mana nak dapat kan, so gua teringat kat Setiawangsa ada satu kedai pulut mangga sedap.  Pulut mangga Bonda namanya. Elok je membelok ke simpang tempat gerai tu, dang!!! Jammed. Hahaha. Malang nasib eden but wonder jugak jammed apa plak ni. Elok ada satu kereta depan gua keluar parking, moh masuk parking and explore.

Keluar dari kereta terpinga-pinga jap, buat about 200 meters away from me, gua baru nampak khemah-khemah kaler biru. Bazaar Ramadhan. Wow! Masa tu tengah lengang so langgar bahu memang takdelah. Belum pun jam 5 petang. Gua jalan-jalan, kebanyakan gerai menjual lauk-pauk, semua gua lalu je sampai ke hujung bazaar. Finally gua just decide nak beli kuih buah Melaka dan ikan salai masak lemak cili api. Start enjin kereta, balik rumah sebelum jammed menggila.

Amazed kan? Gua berbelanja cuma RM6 dan ikan tu la a bit pricey sebab ikan sungai lagipun dan tak sedap. Hurmm… sampai rumah gua masak nasi je and power nap jap. 7pm gua bangun dan panaskan lauk and bersedia nak berbuka puasa sambil melayan drama TV3.

Kuih buah Melaka tu memang power la. Pentamak beli sampai RM2. Ekekeke. Padahal makan separuh je. Kekonon nak repeat malam, takda maknanya. MK called ajak pergi Puchong nak amek barang moto katanya. So, gigih keluar and temankan. Balik singgah supper and gua makan roti canai je and teh tarik. Sampai rumah around 1am and tidur terus. Sahur terjaga 5.20am and gua minum Yakult sebotol. Nak baring kejap la sangat sementara Subuh katanya. Sekali 8 am, melompat gua bangun nak bersiap gi kerja. Hahahaha. Adoilaaa…

Anyhoo, petang ni gua rasa nak cari balik pulut mangga idaman. Tapi takdelah sampai ke bazaar. Gua macam ada perasan kedai makanan pantai timur semalam. Hari ni gua nak berhenti and tanya. No beli-beli lauk for today. Gua dah keluarkan ayam pagi tadi. Tapi takda idea nak masak apa. Hiks!


Xoxo,
Zana

08 July, 2014

Behujung Minggu (Part 1)

Salam,

Hai, dah 10 hari kita berpuasa hari ni. So camane? Dah diajar berpuasa dari kecik lagi takkan tak boleh, ye dok? Alhamdulillah, gua takda tuang puasa lagi. Tuang puasa bersebab maksudnya. Hahaha. Faham-faham je lah kan.

Kan hari tu gua cakap nak reunion dengan kawan-kawan masa study dulu kan, end up gua berbuka puasa dengan Yati and Dila je. Last Friday pun gua berbuka dengan Dila kat KLCC after work. Melayan cerita seram sorang-sorang kat panggung wayang. Hahaha. Dok pejam-pejam mata je la agak-agak ada scene yang terkejut-terkejut tu. Hiks!

Patutnya plan dengan Farah (sefamily) & Emy (sefamily), and gua bawak Dila dan Yati la sekali nak bersteamboat ramai-ramai. Gila lama tak jumpa diorang ni. Masing-masing dah beranak-pinak. Anak Emy gua tak jumpa lagi, anak Farah si Aisyah Hannah dah beberapa kali jumpa. So plan dengan diorang cancel, maka tinggallah bertiga dengan Dila and Yati.

Yati picked up gua kat rumah dalam 5.30pm and terus ke Tawakal Hospital sebab anak buah gua si Adam admitted. Kesian sangat tengok Adam. Muka pucat je, tak larat sebab demam. Tapi gua tau Adam kuat. Bila tengok dia sakit macam tu, sedih pun ada. sebab dia jenis aktif kan. Ni dok terbaring jer and latest update dari kakak ipar gua cakap, siang dia macam okay, bila tang malam dia kesejukan tahap gigil, tapi doctor tak kasi tutup aircond and not even let my sis in law pakaikan anak tudung nak tutup telinga Adam. Kesian. Hopefully Adam cepat sihat. Oh ya, Adam kena demam denggi.

Dila datang picked up gua dan Yati around 6.45pm. Kereta Yati parked kat Tawakal je sebab kami kan dapat flat rate untuk parking, leceh nak naik dua kereta. First destination, nak cekidaut kat Rahman Palace steamboat tapi fully booked. Heh, singgah 7-Eleven nak beli air untuk berbuka dalam kereta dan jom ke Johnny’s steamboat. Sampai Jusco AU2, tengok mostly orang dah habis makan so senanglah kami menyelit. Biasanya gua datang Johnny’s, gua akan amek set tapi Dila kata nak pilih sendiri jer. Semua order Lime Juice and gua order Nasi Goreng Belacan yang memang sedap gilos, dimakan dengan pencicah steamboat Johnny’s tu pulak. Makan ramai-ramai sebab nak menikmati steamboat plak. Huhu. Kang kenyang sangat, sapa nak jawab? Gua agak terkejut sebab total bill Cuma RM66. And thanks to Yati sebab belanja gua hari tu. Semoga kau dimurahkan rezeki, kawan. Amin.

Around 9 pm plak, rodger mak si Luqman, Zeck. Jom ngopi session dekat Taman Melati jer. Memandangkan Luqman demam, so tak dapatlah Luqman join sekali. Makanya mak si Luqman ni jer yang joined. Macam-macam jer cerita keluar. Lawak bila mengenangkan and mengimbas kembali zaman study dulu. Tak sangka masing-masing dah berkerjaya. Tak lama pun lepak, 11pm dah hantar Zeck balik. Harus sedar yang member dah kahwin. Haha. Dila hantar gua dan Yati ke Tawakal semula. Segar lagi mata gua dan Yati masa tu. Makanya jom ke Bukit Ampang (Look out point). Lepak minum sambil menghirup udara malam, bercerita macam-macam walaupun gua dengan Yati rumah takdelah jauh mana (Wangsa Maju dan Kampung Pandan), tapi kepayahan nak berjumpa tu, hehehehe… tu lah bila dah berjumpa macam tak cukup masa nak mengupdate cerita masing-masing.

Yati hantar gua balik jam 2.30am. hehe. Gua dah terbayang nak tidur jer sebab keletihan tapi MK called and ajak bersahur sambil tengok bola. Gua balik rumah dan mandi untuk segarkan diri, and keluar balik pukul 3 lebih nak amek MK di rumah. Just lepak mamak berdekatan and gua Cuma order the tarik and roti bakar. Sempat melayan bola untuk separuh masa pertama sebab rabak rasa mata nak tidur. Hantar MK pulang dan gua balik. Lepas Subuh terus berdengkur. Weekend gua tidak berakhir di situ. Later gua sambung… Hihihi

P/S: Gambar takda sebab gua adalah pemalas.


Love,
Zana

04 July, 2014

Berapa hari dah puasa...

Salam,

Hiks.. dah hari ke 6 berpuasa… Alhamdulillah, everything seems fine je to me. Banyak bersederhana (kot). Sepanjang 5 hari lepas gua tak jejakkan kaki langsung ke Bazaar Ramadhan. Belum ada hati lagi nak jejak. Dua hari pertama berpuasa gua berbuka di luar, teringin sup tulang. Kerinduan pada masakan bonda mungkin. Sup tulang paling sedap mak gua buat, ada cili kicap. Sodap dimakan bersama nasi putih mahupun bihun. Hurm. *lap ailio

Hari ketiga, gua gigih balik awal dan keletang keletung di dapur memasak carbonara. Memandangkan Kak Boom ada, maka cukuplah carbonara itu untuk 3 ke 4 orang makan. Spatutnya guna fresh milk tapi masa beli groceries minggu lepas, gua sebenarnya tersilap mencapai full cream milk. Boleh je, gua try adjust, kuah dia tak terlalu pekat dan tak jugak terlalu cair. Ehem, licinnn. Tak sempat bertemu sahur. Alhamdulillah.

Hari ke empat berpuasa, teringin lauk bujang. Haha. Sambal sardin and telur dadar. Cili kicap is kewajipan yang ada ye. Lynn teringin nasi lemak kerang and keluar menapau je. Senang. Gua sampai rumah, tertidur sampailah Lynn kejutkan tanya gua jadi ke nak masak. Of cozzz la jadi. Dari tengah hari terbayang sardine. Hahaha. Zasss bangun and by the time azan je siap telur dadar, sardine and cili kicap. Me is happy. Licinn jugak. Alhamdulillah.

And semalam, memandangkan kawan Korea yang kenal kat Langkawi haritu datang KL, so marilah mengajak makan bersama-sama. Balik kerja, rehatkan badan dan marilah keluar mencari air untuk berbuka dalam kereta. Tunggu punya tunggu, Chan datang dengan kawan dia, Wan dan Elias, student Lim Kok Wing. Yang ni pun Chan kenal masa kat Langkawi. Moh la ke Sukhumvit di Kampung Baru. Ergh, dia punya siakap stim limau, perghhhh… so sedappp!!! Lepak makan siap desert pulut mangga and pulut durian lagi, share ramai-ramai. Telan lio, dapnye…

And today, dah plan dengan Dila nak berbuka sekali. Haruslah si kepochi Kak Boom join sebab dia tumpang gua pergi kerja pagi tadi. Kena gak follow, tak jauh pun maybe lepak KLCC je or paling-paling pun cari bubur berlauk kat Kampung Baru. Ahh, sedapp! Hahahaha. Tapi nak spend time dengan kawan-kawan lama kemain susah. Sometimes, rindu tapi tak berkesempatan nak jumpa. Dapat jemputan berbuka dari kawan-kawan masa kat U weekend ni, but laterlah cerita sebab tak confirm jadi ke tak. Kalau jadi, adalah gua cerita later.

So korang, walaupun a bit terlambat tapi better late than never kan. Selamat Menjalani Ibadah Puasa dan semoga kita semakin menjadi umat Islam yang baik dan sentiasa dalam keredhaanNya. InsyaAllah. Amin.


Xoxo,
Zana

10 July, 2013

Salam Ramadhan

Salam,

Wahhh waahhh waahhh.. sana sini jer gua tengok blog update mngucapkan selamat berpuasa, dan tak kurang juga belum habis 1 hari berpuasa dah share pic makanan. Menciii taw! Gua dah lah terduga hari ni. Hahaha. Tapi takpe. Office gua boleh balik jam 4 ptg, yeahoooo. Semangat gua bangun awal pagi nak masuk kol 8am. Takpe, janji balik awal.

Owh, semalam gua lepak umah MK, saja menjenguk maknya sambil makan durian. Adei, dapnya durian. Sembang-sembang kejap, maknya si MK minta diri nak naik bilik nak mandi. Gua lepak dengan MK sambil melayan movie dalam lappy dia. Gua ingat nak balik rumah awal, konon-kononnya sebab nak bangun awal kan, almaklum bulan posa masuk kol 8am, then si MK dok la menahan gua lepak duluuu. Ok, kita turutkan.

Rupa-rupanya dia nak masakkan gua nasi goreng. Waaahhh, terharuuu. Gigih taw masak malam-malam sebab nak kasi gua sahur walaupun more to supper. Hahaha. First time taw rasa air tangan suami  buah hati. Yang menyampahnya, baru suapan pertama, tak kena lidah lagi nasik tu dia dah cakap, "Ye laaaa, tak sedapp. Orang tak pandai masak." Eh eh, tiba-tiba sentap padahal gua tak sempat lagi merasa apa-apa kat lidah. Hahahaha. Pastu gua pujilah sedap, siap tambah 3 kali okay. Adeh, kenyang perut. Walaupun kurang masin jer, tambah sikit garam, then perfect la nasik tu. Tapi, tak berani nak cakap, ye laa, gua tak cakap pape, dia dah sentap. Demm. Baik gua diamkan and puji-puji nasi goreng dia sedap, siap request nanti lain kali nak suruh masakkan lagi. Tapi entah, gua okay jer makan semalam sebab kesedapan terasa or mungkin dipenuhi kasih sayang si pembuatnya? Hahahaha... *muntah ijau*

Last-last gua balik jam 1.30pagi okay. Gua paksa suruh hantar. Hehe. Dah lewat and then gua dah mengantuk. Bahaya drive, then balik siap-siap kunci jam konon nak sahur dengan air masak jer kan. Hahahaha, takda maknanya. Terlajak terus.

Owh, gua kena akhiri sekarang entry ni, tiba-tiba ada hal. Papepun korang, gua ucapkan selamat menjalankan ibadah puasa. Maafkan sekiranya blog gua ada tercaci, termaki, terguriskan hati dan perasaan korang. Okay. I love you all my silemt readers. Waaah, feeling sangat. Tata.

Saya berpuasa juga,
Zana