Nuffnang Ads

29 March, 2013

.:fly high:.

Salam,

Hamboihh.. tajuk entry tak ingat. Hikhik. Oklah, takda apa sebenarnya. Semasa entri ini ditulis gua berada di KLIA. Why? Sebabnya gua nak balik kampung. Ohoii, gua amek cuti 5 days kan tapi plan nak ke Pulau Perhentian gua terpaksa cancel sebab ada few issues. Tiket ke KB burn macam tu jer. Nampaknya takda rezeki gua ke pulau. Well, kita hanya merancang Tuhan menentukan. So lets make another plan then gua decided nak balik kampung. Kebetulan, gua beli tiket last minute kan, murahh yang amat untuk tiket last minute. Huhu. RM156 untuk return flight KL-Kuching-KL. Sayang Malindo Air ketat-ketat. Hikhik. Gua pun merindui kesayangan gua di Kuching nun. So, lets balik kampung. :D

Seawal jam 3 pagi gua keluar dari rumah, menyinggah jumpa ehem-ehem kitew jap. 5 minit je then pecut ke Putrajaya Sentral. Parking and menuju ke ERL, and straight to KLIA. And ada kejadian plak tu. Cemas untuk seketika gua dibuatnya. Mana taknya. Gua punya purse tertinggal di kaunter check in. Padanlah gua dah cemas-cemas selongkar beg. Dalam tu semua benda penting. Nak menangis pun ada. Alahai, apalah kejadian yang menimpa gua kali ni kan. And  yang bestnya plak, nama gua kena announce. Haha. Tak pernah-pernah macam ni. Hehe. Alhamdulillah, semuanya selamat, and kejujuran staff di KLIA tidak dapat dipertikaikan lagi. Gua check semua dokumen penting ada. Then senyum masuk ke departure hall terus.

Eh, oklah. Nanti ada masa gua update lagi. Dah nak kena masuk. Lama gua tak mengupdate lain macam je rasa. Hehe. Doakan gua selamat pegi dan balik.

Xoxo,
Zana

12 March, 2013

Mimpi yang Tak sempurna

Salam,

Selalunya dalam mimpi nak aje mimpi yang indah-indah kan? Tapi semalam gua apa ke motip mimpi yang tak sempurna. Cehwah. Alaaa, mimpi kan mainan tidur? So, let’s bercerita pasal mimpi tak best. Tak suka okay.. tapi nak cerita gak.

Al-kisahnya, semalam balik kerja gua pergi dinner dengan Zaza. So masa dinner tu, macam-macam lah cerita keluar, and gua banyak bercerita pasal gua dan ehem-ehem laa kan. Dah 2 hari tak contact, so rinduuu tapi ego punya pasal, masing-masing tak contact. Ada perselisihan faham sikit. Jadi, gua pun berceritalah kat Zaza kemungkinan dan assumption bodoh gua. hahaha. Zaza punyalah nak positifkan gua kata, think positive, DO NOT assume, bla.. bla.. bla.. ok, gua terima dan tak berfikir.

So, balik tu, around 8pm sampai rumah, gua mandi and selesaikan apa yang patut, then let’s tidur. Haha.. gila semangat nak tidur kol 9pm dah tutup lampu bilik sambil main-main sms dengan kawan-kawan. Before 10pm, gua dah terlelap dan jeng… jeng… jeng… mimpi pun bermula. Tak suka! Tapi nak cerita gak.

Semua apa yang gua assume kat Zaza tu, semua keluar dalam mimpi. From A to Z. argh, macam bodoh je rasa. Rasa macam real segala-galanya. Then, tiba-tiba hujung mimpi tu si ehem-ehem cakap, “Inikan mimpi je. Jangan percayalah.” Aik, gua sentap gak masa terjaga. Rasa macam real. Capai phone, tengok dah 2am. Terus call dia, tapi tak jawab. So, gua tak nak ganggu then biarkan je lah. Try tidur balik tapi tak boleh. Haha, susah hati yang bodoh. Benci. Pastu, menyampah siap rasa nak nangis. Pastu, tertidur dan mimpi lagi, tapi mimpi lain plak.

Gua semalam sexcited lah bercerita dengan Zaza nak balik kampung this April kan. Sekali dalam mimpi tu, gua memang dah kat kampung, siap bapak gua masa tu pakai baju melayu siap kain pelikat dan suasana dalam rumah tu takda orang, tapi macam ada majlis. Gua sampai-sampai di kampung, tiba-tiba my-ex punya family sekali ada dengan rombongan kata nak masuk meminang, siap dah pakai baju melayu, kata nak terus kahwin. Hoi! Seram mak!! Gua nangis-nangis kata taknak, tapi dia yakinkan gua bahawasanya dia adalah my current ehem-ehem. Hoish, gua perati muka, sejibik muka my-ex. Aaaaa… tak mau!!! Pastu, siap gua plak dah pakai baju kahwin and konon-konon nak di’akadnikah’kan. Benci jugak! Tak suka mimpi ni. Konon-konon gua discuss dengan ex gua tu la cakap kita bersabar dulu, tunggu 6 bulan. Aik?? Kenapa 6 bulan? Sebab ada babak dalam cerita Adam dan Hawa tu masa family si Johan masuk meminang Hawa tu, mak Johan kata bagi masa 6 bulan. Muahahaha. Benci! Terjerumus dalam mimpi terus. Amek, 6 bulan katanya. Bangang sungguh! Gua marathon cerita Adam dan Hawa tu je weekend lepas. Tapi, still tak khatam lagi. Haha. Lepas cakap tunggu 6 bulan tu, terus habis mimpi. So, tak jadi kawen. Fuuuhhh!!!

Bila gua terjaga je, dah 6am. Puas tidur, golek-golek sampai terlelap and takda mimpi sampai jam bunyi 6.30am and terus bangun. Rasa syukur gila semua tu mimpi jer. Haha. Tak faham motif mimpi macam tu. Semua berkaitan dengan soal hati dan perasaan. Apakah???

Oklah, tu jer. Sekian.

Dream catcher,
Zana

09 March, 2013

supir (driver) in Bandung, Indonesia

Salam,

Untuk anda-anda readers yang planning nak ke Bandung dan memerlukan supir (driver, please contact number provided below. Harga berpatutan dan he iz very friendly I can say. Senang nak berunding dengan mamat ni. Nah, gua share sekali dengan gambarnya. Uhuk! Uhuk! Jangan ada yang nak mengorat pulak. Laki orang weh.. Kehkehkeh...



Tak nampak number??? Hubungi +6287825971705 (Doni), or else boleh add beliau di Facebook bernama Doni Supriatna.

Ok, kenapa gua iklankan beliau? Adalah kerana this guy is very friendly and and and sangat polite. Gua mempercayai beliau sebab sepanjang 4 hari berada di bumi Bandung, gua hanya hired beliau untuk membawa gua ke sana dan ke mari. oh yea. Harga? Berpatutan. :)

I Love You In Bandung (bukan Doni..hehehe),
Zana  

I am very proud of you, daddy~

Salam,

Why Zana? Why? Kata korang yang tertanya-tanya. Ok.. ok.. tak lain dan tak bukan, adalah kerana isu yang berlaku di Sabah sekarang. Memandangkan gua merupakan anak kepada seorang bekas anggota polis (polis pencen..hikhik), gua sangat-sangat berbangga dengan kerjaya bapak gua yang merupakan bekas anggota polis yang pernah berjuang menjaga keamanan negara, suatu ketika dahulu (maksud gua semasa beliau bertugas laa).

Masa gua kecik-kecik dahulu, gua belum mengenal erti apa itu ‘Operasi’ yang bapak gua join di Sabah. Kecik-kecik masa tu memang kecik laa.. belum bersekolah. Pemergian bapak gua masa tu mengambil masa berbulan-bulan. Auww… masa tu setiap kali nampak trak polis lalu, akan berlari-larilah gua dengan adik-beradik gua mengharapkan kepulangan bapak gua dari Sabah. Gua yang tak mengerti apa yang bapak gua lakukan di Sabah masa tu, selalu merindui, dan pabila telefon rumah berbunyi selalu menharapkan itu adalah panggilan daripada bapak gua. owh, kalaulah masa tu gua mengerti apa itu erti perjuangan dan risiko yang bapak gua hadapi, sememangnya gua akan mintak bapak gua berhenti kerja dan mencari rezeki di tempat lain. Sesungguhnya, bila gua membaca berita mengenai kes Lahad Datu sekarang, gua boleh bayangkan apakah perasaan isteri dan anak-anak yang ditinggalkan. Kegusaran di hati mereka. Sayu dan berat hendak melepaskan untuk pergi ‘Operasi’ apatah lagi bila kita mengetahui yang ‘Operasi’ yang melibatkan pertumpahan darah.

Pernah dulu apabila lagu patriotic yang dimainkan di kaca tv, bila menonton sekali dengan bapak gua, bapak gua akan menyanyi sekali membuatkan gua sekali hafal lag utu. Alaa, lagu ni haa..

“Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang, siap sedia berjuang, untuk ibu pertiwi..”

Haa.. amacam? Dah ingat? Tak jugak? Hahaha.. meh.. layan plak video bawah ni plak.. kot-kot boleh recall. Or anak-anak kepada para pejuang je ke yang tau? Hikhik. Alaa, gua sure semua tau lagu ni.



Ok, nak dijadikan cerita, masa tu di ofis gua sedang leka membuat kerja, dan tiba-tiba mendengar lagu tu dari kaca tv (note: dalam ofis gua memang ada TV yang hanya membuka channel berita seperti CNN tu tapi masa tu diorang bukak Awani kot sebab sekarang kan hangat isu di Sabah tu). Bergenang gak airmata gua masa tu. Gua faham perjuangan mereka dan sangat-sangat menghargai pengorbanan mereka demi keselamatan Negara. Semoga semuanya selamat dan dirahmati dalam lindungan Allah swt. Amin…

Dulu gak, masa kecik-kecik tu, bila bapak gua balik dari Operasi, masa tu pemergian beliau adalah memakan masa berbulan dalam tiga ke enam bulan kalau tak silap. Gua ingat setiap kali gua tanya mak gua bila bapak gua nak balik, mak gua akan buat muka stress. Gua tak pasti stress ebab hari-hari gua bertanya or stress akan nasib yang akan mengalami kami sekeluarga. Wallahualam. Tapi sebagai seorang Zana yang berumur sekarang, gua memahami apa yang mak gua stress kan. Walaupun gua sendiri belum berumahtangga, tapi sekurang-kurangnya gua faham tekanan yang mak gua alami. Mengimbau balik lagu yang atas tu, gua dapat rasakan part.. “Andai kata kami gugur semua, taburlah bunga di atas pusara, kami moho doa, Malaysia Berjaya, semboyan telah berbunyi, menuju medan bakti.” Memang sebak dan cuba mengerti perjuangan mereka di sana. Ya Allah ya tuhanku, rahmatilah Negara kami dari segala jenis kekejaman dan jauhilah musuh yang cuba memcah-belahkan Negara ini dan merosakkan keamanan Negara kami. Amin ya rabbal alamin.

So, pendek kata, being a part of this kind of situation in our own country, and being a daughter to a fighter like my daddy that been on this kind of ‘Operasi’ before, I am proud to say it out loud that, “Daddy, even you are no longer a policeman, even you are now just watching the situation from far away, even you know there’s nothing much you can do despite all the prayers that you and all of us given to our fighter in Sabah now, I know deep inside you, you’d still remember how does it feels like when you are far away from us long ago, how does it feels like to fight for our own country, trust me daddy, I know how you feel, and I am so proud of you. I love you.”

P.S: Al-fatihah buat semua yang telah gugur di medan perjuangan. Takziah diucapkan. Be strong people. Sesungguhnya yang telah gugur adalah ‘true’ perwira.

Xoxo,
Zana

08 March, 2013

Happy Women’s Day


Salam,

♥ First off, Dear Mom, you will always and forever be the first woman I have ever loved this much. 

♥ Dear Friends and Families, If Roses were black and violets were brown, my love for you would never be found, but roses are red and violets are blue, all I want to say is Happy women’s day to you. 



XoXo,
Zana

03 March, 2013

sunday talk #1


diz iz supercool!~

amazing voice i can say~

orang sarawak duk atas pokok?

Salam,

Ha ahh.. Betul..Betul.. Betul..

macam ni rumahnya..

haa.. macam ni pun ada jugak

ini pun sama.
a place like no other.

I LOVE SARAWAK.

Sarawakian,
Zana

save for Lahad Datu


اللّهُمَّ إِنّا نَسْتَعِينُكَ وَنُؤمِنُ بِكَ ، وَنَتَوَكَّلُ عَلَيْكَ ونُثْنِيْ عَلَيْكَ الخَيْرَ وَلاَ نَكْفُرُكَ ، اللَّهُمَّ إيَّاكَ نَعْبُد ، وَلَكَ نُصَلِّي وَنَسْجُدُ ، وَإِليكَ نَسْعَى وَنَحْفِد ، نَرْجُو رَحْمَتَكَ وَنَخْشَى عَذَابَك ، إِنَّ عَذَابَكَ الجَدَّ بِالكُفَّار مُلْحِق ، اللهم عَذِّبِ الكَفَرَةَ وَأهْلَ الكِتَابِ الَّذِيْنَ يَصُدُّوْنَ عَنْ سَبِيْلِكَ
 
Maksudnya : “Ya Allah sesungguhnya kami memohon pertolongan dariMU dan kami beriman denganMu, dan kami bertawakkal kepada Mu, dan kami memuja Mu dengan kebaikan dan kami tidak mengkufuriMU, Ya Allah hanya engkau yang kami sembah dan kepada Mu kami menunaikan solat dan bersujud, kepadaMu kami berusaha, kami mengharapkan rahmatMu dan kami takutkan azabMu, sesungguhnya azabMu yang pedih akan dikenakan kepada orang-orang yang kafir, Ya Allah azablah orang-orag kafir Ahli kitab yang menghalang-halangi dari jalanMU.”
 
اللّهمّ إِنَّا نَجْعَلُكَ فِي نُحُورِ أَعْدَائِنَا ، ونَعُوذُ بِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ
 
اللّهمّ مُنْزِلَ الكِتَابِ، وَمُجْرِيَ السَّحَابِ، وَهَازِمَ الأَحْزَابِ، اِهْزِمْ اليَهُودَ الغَاصِبِيْنَ المحُتَلِّيْنَ، وَانْصُرْناَ عَلَيْهِمْ وَزَلْزِلْهُم. اللّهُمّ بَدِّدْ شَمْلَهُم وَفَرِّقْ جَمْعَهُمْ، و شَتِّتْ كَلِمَتَهُم , خَالِفْ بَيْنَ قُلُوبِهِم،  ، وَزَلْزِلْ أَقْدَامَهُم  , وَسَلِّطْ عَلَيْهِمْ كَلْباً مِنْ كِلاَبِكَ يا قهار , يا جبار و يا مُنْتَقِمَ , اللهم أَنْزِلِ بِهِم بَأْسَكَ الَّذِيْ لايُرَدُّ عَنِ القَوْمِ المُجْرِمِين.
 

Erti :
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami menjadikan-Mu sebagai pendinding (kepada musuh2) kami, dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan mereka.
Wahai Tuhan kami, wahai Tuhan yang menurunkan al-Kitab (al-Quran), dan wahai yang menjalankan awan, dan wahai yang menghancurkan tentera al-Ahzab, hancurkanlah Yahudi perampas dan penjajah dan bantulah kami ke atas mereka dan goyankanlah mereka.
 
Wahai Tuhan kami, binasakanlah kesempurnaan mereka, dan pecah-belahkanlah jemaah/kesatuan mereka, dan gagapkanlah perkataan mereka (melalutkan kereka), pecah belahkanlah hati-hati mereka, goyahkanlah pendirian mereka, dan hantarkanlah anjing ke atas mereka dari anjing-anjing suruhanMu, wahai Tuhan Yang Maha Gagah Perkasa, wahai Tuhan Yang Maha Berani, wahai Tuhan Yang Maha Berdendam, wahai Allah tuhan kami, turunkanlah ke atas mereka kemarahan dan kesakitan dariMu yang tidak mampu ditolak oleh kaum yang berdosa.
 
 
اللّهمّ أَهْلِكْهُمْ كَمَا أَهْلَكْتَ إِرَمَ وَعَاد … اللّهمّ صُبَّ عَلَيْهِمْ سَوْطَ عَذَابِ فَإِنَّهُمْ أَفْسَدُوْا فِي البِلاَدِ وَقَتَلُوْا العِبَادَ  , اللهم انصُرْ إِخْوَانَناَ فِي فِلَسْطِين و سوريا وَافغانستان والعراق وَجَمِيْعِ بِلاَدِ المسلمين
 

Erti : Ya Allah hancurkanlah mereka sebagaimana engkau menghancur kaum Iram dan ‘Ad , Ya Allah palulah mereka dengan paluan azaz kerana mereka telah melakukan kerosakan dalam negara dan membunuh para hambaMu. Ya Allah bantulah saudara kami di LUbnan, Palestin, Afghanistan, Iraq dan seluruh negara umat Islam.
 
--dipetik dan saya edit dari blog ini. (walaupun artikel berkenaan adalah doa untuk Gaza, tapi saya share di sini untuk mendoakan semua mangsa-mangsa dan penduduk di tanah air tercinta). mohan maaf sekiranya ada kekhilafan dari saya untuk artikel ini.

kisah godzilla lagi: shopping kain plak..hoho

Salam,

Haaa.. kemain lu kan Zana.. semua nak godzilla jer... woiii... sesuka-suki gua la nak letak title apa. haha. kali ni gua nak cerita pasal kami (of coz me and Zaza) ke Jakel Jalan Tunku Abdul Rahman. Motif?? Ohhooooiii… of coz laaa nak beli kain. Untuk raya? Haa.. sekali laa.. untuk raya dan kerja maa..

Operasi bermula seawal 12 tengah hari. Awal laa sangat. Kesesakan di jalan TAR tu toksah citer laa. Memang sesak wooohhh. Fening lalat dibuatnya. Lu bayangkan je la. Tengah hari panas beb. Apa patut gua lakukan di tengah hari buta selain menikmati kehidupan gua di dalam bilik dan menonton Adam dan Hawa… tapi semuanya tak terancang. Gua gigihkan gak ke jalan TAR. Padahal hanya nak menemani Zaza. Last-last 2 pasang gua hangkut. Hoho. Teman laa sangattt. Hasutan lu memang berkesan wahai Puan Zaza. : p
Pencarian mencari kain baju melayu untuk sang suami.. eh, bukan suami gua. suami Zaza. Turun naik, turun naik, keputusan tak dibuat lagi. Hehe. Apa lagi. Meh ke tingkat 2 Jakel plak, survey langsir katanya. Dan, tadaaaaa. Survey laa sangat. Sekali terus tempah. Kellasss ko Maria. Ketemu gak akhirnya. Gua pun berkenan, meletops sangat kaler tu. Tiba-tiba nak verangan gak kan. Kalau rumah sendiri gigih la nak berangan. Duk umah sewa, simpan je la niat gua tu dulu sampai dapat rumah sendiri. Someday Zana.. Someday…

Almost 2 hours gak la berada di level langsir. Tapi seronok sebab servis OK. Sempat bercerita panjang pasal isu-isu semasa. Ok, semasa laaa sangat. Gossip time bebeh. Banyak mau diceritakan woooh. Selesai buat payment dan isi borang cabutan bertuah (lucky draw dapat S3 woohh..kalau rezeki baby tu, insyaAllah dapat S3 nanti..amin). Dengan pantas dan tangkas ke G floor plak mencari dan menyudahkan urusan membeli kain untuk sang suami. Eh.. eh.. kaki tiba-tiba stop kat kawasan kain untuk wanita plak. Murah beb. Sepasang RM27, and corak kelass. And semestinya mencari kain murah yang nampak mahal. Hehehe. Konon-konon gua nak sepasang jer, last-last grab dua sebab nak gak emerald green. So, dapat satu kaler kuning and satu lagi emerald green. Thanks bebeh pilihkan kain ijau tu. Caaannnntikkk, sampai sekarang sukaaa. Zaza plak in the end dapat kaler oren, walaupun dia nak ijau tapi ijau tu kan corak dia tak sesuai buat jubah sepertimana yang lu kehendaki? Ehehehe..

Cukup dua pasang, dengan tangkas melompat ke arah bahagian kain untuk baju melayu plak. Beli dua pasang untuk sang suami.. ehem.. diulangi.. suami Zaza, bukan gua. hoho. Settle semuanya, bergegas balik sebab dah pukul 4. Nak balik cepat sebab suami Zaza balik kerja 4.30pm. kang nak hantar gua plak, lagi lambat kan. Dalam pada nak cepat, sempat singgah beli buah-buahan dan kuih-muih. Sedappppp. Nanti kalau ke jalan TAR akan singgah kedai kuih tu lagi. Adei, susah nak dapat wadey (betol ke tidak eja ni, malas nak google) yang superb macam tu. :p

Ok dah, gua sampai rumah jam 4.40pm. sebab? Jammed lew. Itu jer cerita. Tak tau nak end kan cemana. Pepandai la korang baca dan fahami sendiri. K bye.

Yang Benar,
Zana