Nuffnang Ads

09 March, 2013

I am very proud of you, daddy~

Salam,

Why Zana? Why? Kata korang yang tertanya-tanya. Ok.. ok.. tak lain dan tak bukan, adalah kerana isu yang berlaku di Sabah sekarang. Memandangkan gua merupakan anak kepada seorang bekas anggota polis (polis pencen..hikhik), gua sangat-sangat berbangga dengan kerjaya bapak gua yang merupakan bekas anggota polis yang pernah berjuang menjaga keamanan negara, suatu ketika dahulu (maksud gua semasa beliau bertugas laa).

Masa gua kecik-kecik dahulu, gua belum mengenal erti apa itu ‘Operasi’ yang bapak gua join di Sabah. Kecik-kecik masa tu memang kecik laa.. belum bersekolah. Pemergian bapak gua masa tu mengambil masa berbulan-bulan. Auww… masa tu setiap kali nampak trak polis lalu, akan berlari-larilah gua dengan adik-beradik gua mengharapkan kepulangan bapak gua dari Sabah. Gua yang tak mengerti apa yang bapak gua lakukan di Sabah masa tu, selalu merindui, dan pabila telefon rumah berbunyi selalu menharapkan itu adalah panggilan daripada bapak gua. owh, kalaulah masa tu gua mengerti apa itu erti perjuangan dan risiko yang bapak gua hadapi, sememangnya gua akan mintak bapak gua berhenti kerja dan mencari rezeki di tempat lain. Sesungguhnya, bila gua membaca berita mengenai kes Lahad Datu sekarang, gua boleh bayangkan apakah perasaan isteri dan anak-anak yang ditinggalkan. Kegusaran di hati mereka. Sayu dan berat hendak melepaskan untuk pergi ‘Operasi’ apatah lagi bila kita mengetahui yang ‘Operasi’ yang melibatkan pertumpahan darah.

Pernah dulu apabila lagu patriotic yang dimainkan di kaca tv, bila menonton sekali dengan bapak gua, bapak gua akan menyanyi sekali membuatkan gua sekali hafal lag utu. Alaa, lagu ni haa..

“Inilah barisan kita, yang ikhlas berjuang, siap sedia berjuang, untuk ibu pertiwi..”

Haa.. amacam? Dah ingat? Tak jugak? Hahaha.. meh.. layan plak video bawah ni plak.. kot-kot boleh recall. Or anak-anak kepada para pejuang je ke yang tau? Hikhik. Alaa, gua sure semua tau lagu ni.



Ok, nak dijadikan cerita, masa tu di ofis gua sedang leka membuat kerja, dan tiba-tiba mendengar lagu tu dari kaca tv (note: dalam ofis gua memang ada TV yang hanya membuka channel berita seperti CNN tu tapi masa tu diorang bukak Awani kot sebab sekarang kan hangat isu di Sabah tu). Bergenang gak airmata gua masa tu. Gua faham perjuangan mereka dan sangat-sangat menghargai pengorbanan mereka demi keselamatan Negara. Semoga semuanya selamat dan dirahmati dalam lindungan Allah swt. Amin…

Dulu gak, masa kecik-kecik tu, bila bapak gua balik dari Operasi, masa tu pemergian beliau adalah memakan masa berbulan dalam tiga ke enam bulan kalau tak silap. Gua ingat setiap kali gua tanya mak gua bila bapak gua nak balik, mak gua akan buat muka stress. Gua tak pasti stress ebab hari-hari gua bertanya or stress akan nasib yang akan mengalami kami sekeluarga. Wallahualam. Tapi sebagai seorang Zana yang berumur sekarang, gua memahami apa yang mak gua stress kan. Walaupun gua sendiri belum berumahtangga, tapi sekurang-kurangnya gua faham tekanan yang mak gua alami. Mengimbau balik lagu yang atas tu, gua dapat rasakan part.. “Andai kata kami gugur semua, taburlah bunga di atas pusara, kami moho doa, Malaysia Berjaya, semboyan telah berbunyi, menuju medan bakti.” Memang sebak dan cuba mengerti perjuangan mereka di sana. Ya Allah ya tuhanku, rahmatilah Negara kami dari segala jenis kekejaman dan jauhilah musuh yang cuba memcah-belahkan Negara ini dan merosakkan keamanan Negara kami. Amin ya rabbal alamin.

So, pendek kata, being a part of this kind of situation in our own country, and being a daughter to a fighter like my daddy that been on this kind of ‘Operasi’ before, I am proud to say it out loud that, “Daddy, even you are no longer a policeman, even you are now just watching the situation from far away, even you know there’s nothing much you can do despite all the prayers that you and all of us given to our fighter in Sabah now, I know deep inside you, you’d still remember how does it feels like when you are far away from us long ago, how does it feels like to fight for our own country, trust me daddy, I know how you feel, and I am so proud of you. I love you.”

P.S: Al-fatihah buat semua yang telah gugur di medan perjuangan. Takziah diucapkan. Be strong people. Sesungguhnya yang telah gugur adalah ‘true’ perwira.

Xoxo,
Zana

No comments:

Post a Comment