Nuffnang Ads

18 May, 2012

nampak helang gua tak?

Salam,

Ya, betol! Gua cari helang gua. APA?? Lu ingat gua ni takda bela menatang tu ke? Haa, betul la tuu. Gua cari helang. Burung helang (ish..ish..ish..apa kome ni tanye sampey gitu?).

Mungkin tatkala entri ini korang baca, gua dah selamat tiba mengejar helang-helang yang ada (sebab nak kenalpasti mana satu helang gua). Gua nak ke Langkawi yaw! First time ni (alolololo...sedih bunyinya kan..haha).

Jadi kalau ade sapa-sapa nampak helang gua seperti bawah ni, rodger la gua. Oklah, gua mintak diri untuk mengejar helang-helang yang ada ni (sambil-sambil menghilangkan stress. ouch!). Nanti gua kasi up entri pasal Langkawi.

Pandangan sisi macho helang gua

Isk..isk..berjaya escape tuu..Cemana gua nak kejar ni..Menyesal ajo terbang dulu..

Gua dah agak dahhhh...dah agak dahh..mesti cari Keanu Reeves..isk isk

Yang Mengejar,
Zana

14 May, 2012

Trip to Pulau Redang (24 - 26 Mac 2012)

Salam,

Seperti yang gua janjikan, gua update pasal trip gua ke Pulau Redang Mac lepas (woohhhoo! kan gua kata camera rosak, so lambat sikit update). Dah.. dah.. Gua nak sambung neh. Ke perenggan berikutnya...jeng jeng..

Trip ni dihadiri seramai 5 orang iaitu housemate gua (Boom2), Officemate gua (Salmi), Tunang Salmi (Syuk), Kawan Syuk (Mizi), dan saya (Zana -ehem-). Kami berangkat dari Putrajaya Sentral dengan menaiki bas ke Kuala Terengganu pada malam 23 Mac 2012 tu jam 9.30 malam. Alamak, apsal gua skema sangat ni? Ok, kena santai sebab ini entri pasal ke pulau. hehe..

Sesampai je kitorang kat KT jam 5.30 pagi, kitorang pergilah breakfast dulu and berjalan kaki tau ke Jeti Syahbandar. Jalan kaki tu tak lama dalam 15 minit jer. Untuk tenaga muda seperti kami, agak gagahlah juga nak berjalan kan. Kaunter untuk mengambil tiket feri dibuka jam 8.30 pagi. Memandangkan gua dah beli pakej semua, so memang nama gua dah ada di situ dan tiket untuk gua memang sudah diasingkan siap-siap. Senang kerja gua. Oh, ya. Kejap lagi gua cerita pasal pakej yang gua amek. Sabar ye incik.

Perjalanan ke Pulau Redang dari jeti adalah lebih kurang sejam setengah. Haha. Gua sempat la jugak mengecas tenaga gua (tidur daa), sebab feri tu melambung-lambung melanggar ombak seolah-olah mendodoi gua.Ok, tak penting. Hehe. Sampai-sampai jer kat pulau, dengan jakunnya kami "Waaahhhh!" secara serentak. Cantik siot pemandangan di depan mata. Ok, gua sendiri sebenarnya pernah ke pulau, tapi ke Pulau Perhentian. Gua rindukan pemandangan seperti ini. Seolah- olah pulau ni melambai-lambai suruh gua datang balik.Adei, sekarang gua tengah kerinduan untuk kembali ke pulau.

Pakej yang gua amek adalah dengan Redang Lagoon resort, RM280/pax untuk triple room, dan RM290/pax untuk twin room. Murah kan? Ini adalah pakej paling murah sebab bilik dia dilengkapi aircond ok, so memang gua berpuas hati lah dengan pakej ni. Merangkumi return boat transfer from jetty to pulau, 2 breakfast, 2 lunch, 1 dinner, dan 1 BBQ dinner. Juga ada 3 trip untuk snorkelling tau. Sungguh wow pakej ni. Kami semua berpuas hati and insyaAllah gua akan datang balik.

Ada baiknya korang layan gambar-gambar di bawah ni. Hehe. Gua cakap banyak pun guna. Zassss....


air biru yang buat gua tak sabar nak terjun ini jam..huhu

 bilik kami (gadis-gadis ayu)

 bilik mereka (jejaka errr...beach boys :p)

 snorkelling time (yeeehhhaaaa!!)

 hammock yang best yang tak boleh dapat feel ini macam kalu di mana-mana (trust me!)

aktiviti malam-malam..huhu..tak main duit tau..main saja-saja..sapa kalah, 'cong' kad..hee

 ini kami naik untuk ke pulau dari ferry 

 can you feel it??

mandi-manda sebelum senja

cantik kan? :) i loike!

i'll take them to travel again soon

So, macam mana? Ada puas? Ada keinginan mahu ke Pulau Redang? Or any other islands in Malaysia? Banyak lagi pulau-pulau Malaysia ni yang gua nak pergi tau. Masa dan fulus jer takda sekarang. No worries. Gua akan realisasikan. So next next next time gua update plak pasal trip gua ke Kuala Terengganu hari tu bersama kesayangan-kesayangan gua (mak bapak kitew laa). Huhu.. O yea! Terima kasih kerana melawat blog gua.


Beach girl (erk);
Zana 

13 May, 2012

apa yang berlaku sebenarnya?

Salam,

Hari ni mood gua baik nak menulis sampai 2 entri. Hep! Hep! Hooray! Tapi gua cuma nak melepaskan rasa pelik je ni. Malam ni mood gua baik nak menonton berita semasa yang berlaku di tanah air yang terchenta ni kan. Yang peliknya, gua tengok, berita dah tak serupa berita. Ya, gua akui. Gua memang jarang menonton tv sebab aktiviti bersama kawan-kawan atau keluarga di hujung minggu yang selalu pack. Jadinya, masa untuk diluangkan menonton televisyen ni memang terhad. Adapun, menonton melodi (ops, kantoi! Suka tengok gossip retis rupanya). Hakhakhak. Pergh! Gua dah jauh melalut! Demm.. Ada baiknya gua sambung di perenggan baru, lebih sopan bukan? :p

Dari mula gua tengok berita malam ini (tak payah la gua nyatakan channel apa ya). Mula-mula bercerita pasal PATI (pendatang asing tanpa izin). Then, berita pasal PM merasmikan itu ini (which is biasa la kan). Pastu, pasal insentif kepada nelayan oleh gomen (pakcik kayooo! Woohhooo!). Seterusnya, bermulalah berita merepek pasal pastri bakul yang boleh dimakan, and i was like OMG! Are they serious? You can simply put that on your documentary show, man! Kenapa perlu disiarkan di dalam berita? I need latest news! After that, "berita" pasal lintah masuk dubur. Kahkahkah! Gua rasa macam menonton "mastika" tv! Hatoi.. Sudahnya, gua tunggu sampai berita sukan saja. Ok, tang bahagian sukan je gua rasa maintain dari jaman dulu sampai jaman sekarang. Tahniah! Mutu berita sukan anda sahaja yang saya boleh terima. Yang lain, sorry to say, hanchuss! Pastu gua dah tutup tv and sambung kemas dapur. Seriously annoying!

Gua agak kecewa sebenarnya. Tiba-tiba malam ni gua nak mengulas pasal mutu berita. Duluu, zaman dulu-dulu, gua rasa much more better mutu berita di Malaysia ni. Memang isi yang padat dan tepat juga kia boleh tau latest news yang berlaku di negara sendiri. Apa yang berlaku sebenarnya? Erm, fikir-fikirkan.. :)

Yang mengulas,
Zana

Happy Mother's Day, Mak!

Salam,

O yeah! Hari ibu datang lagi. Tapi pada gua, hari ibu ni tak semestinya disambut sekali setahun kan? But, to make it special, itula rupanya semua orang choose this specific date to celebrate with your loved ones. Banyak sangat perngorbanan ibu kepada kita. Macam gua sendiri, memang terlalu banyak cerita suka duka dengan mak gua ni. Gua sendiri hargai semua pengorbanan mak gua tau. And, gua pasti korang pun begitu. So, apa salahnya kalau sambut hari ibu ni dengan ibu anda? (aaaaa....mak gua jauh di kampung di seberang laut china selatan yaw). Huhu..

So, pagi tadi lagi gua dah call mak gua untuk bersembang and wish "selamat hari ibu" (apa? Ingat gua takda perasaan ke tak wish kat mak gua?). Walaupun gua tidak berada di sisi mak gua, tapi gua pasti mak gua tersentuh dan berasa dihargai dengan ucapan dari gua tadi. Alaa geng, gua tak syok sendiri tau! Eleh, jeles lettew sebab korang tak wish lagi kan? So, pada yang jauh dari mak tu, silalah angkat telefon sekarang dan ucaplah "selamat hari ibu" untuk ibu korang.

Untuk ibu-ibu mahupun bakal ibu dan belum jadi ibu (haipp! pompuan je tau), gua ucapkan selamat hari ibu, dan gua doakan kita semua mendapat segala kebaikan di dunia mahupun di akhirat. Amin...


Yang dah wish kat mak dia,
Zana


P/S: jangan lupa call mak ko woi! :p