Nuffnang Ads

Showing posts with label pulau. Show all posts
Showing posts with label pulau. Show all posts

28 December, 2012

Pengejar Helang – Part 3 (final)

Salam,

Setelah sekian lama gua menunda part paling last untuk trip gua ke Langkawi, kini tiba masanya untuk gua bercerita mengenainya. Part 1 dan Part 2 silalah klik link yer untuk tahu lebih lanjut yaw. Tapi gua rasa, let the pictures do the talking. Kehkehkeh.. sekali-sekala feel speaking London, apa salahnya kan? Jom layan gambar-gambar tak seberapa dari kamera kecil gua.

Dinner kami pada malam terakhir di Langkawi. Lokasi: berdekatan Helang besar tu.
Nama kedai: Lupa. Hehehe. Recommended: Caramel pudding terbaek I can say.


Pada hari ke tiga yakni hari terakhir kami berada di Langkawi, seawal jam 7.30 pagi kami sudah keluar dari hotel dan menuju ke Taman Lagenda yang gua baca dari internet merupakan salah satu tempat wajib pergi sebab dia mempunya monument tempat-tempat yang patut kita lawati di Langkawi. Pandangan gua? mengecewakan, sebab kawasannya seperti tidak terjaga dan sunyi sepi je taman tu. Tapi, kami tetap tidak gagal untuk mengambil gambar. Yeargh, walaupun panas menggigit-gigit kulit, gua akan pastikan kenangan gua di Langkawi di antara kenangan manis dalam hidup gua.

 Cuba baca kalau terror.

Cuba teka mana satu gua? :p

Antara yang terdapat di Taman Lagenda. Lokasi: berdekatan Helang besar. Jeti Kuah.
Underwater world. Gua tak masuk sebab ada beberapa blog menyatakan not recommended. Terpulang pada pilihan anda. :)

Kalau nak shopping, gua recommend lu membeli-belah coklat dan pinggan-mangkuk di Langkawi ni. Memang murah tahap gaban wa cakap lu. Gua punya itu nafsu mau membeli-belah pinggan mangkuk di Idaman Suri sudah membuak-buak tapi apakan daya, gua fikir-fikirkan balik, rumah pun gua sewa, gua bukan jenis masak, so gua batalkan saja niat dan nafsu yang dihasut syaiton masa tu. Tapi, bab coklat gua tak dapat nak menahan. Gua sambar jer apa yang gua nampak depan mata gua. hehehe… I’m a chocs lover I tell you.

Tempat si Odiq sibuk shopping membeli-belah baju cotton kaler putih. Naissss… terdapat gak penjualan souvenir dalam ni.

Urghhh.. korang sure dah tau tempat ni kan? Yesss…inilah tempatnya gua habis duit untuk coklat yang sedap dan serius murah. Daim, Ferrero rocher, hershey’s, Cadbury, kinder bueno…ouh, u name it!! Chocs heaven I can say. Murahh wohh..
Hahaha…motif botol gamat besar? Untuk gua pedajal Odiq dan Eni amek gambar sini dan upload dalam facebook. Kehkehkeh… tapi, maaf. Tiada gambar untuk gua upload di sini kecuali ini botol! Yeargh!~
Kalau tak silap ini di kawasan Pantai Cenang. Correct me if I’m wrong.

Can you see the red box? Haha.. Time to go home!~ Bye Langkawi. Till we meet again someday.

So, berakhirlah cerita trip gua ke Langkawi. Gua memang enjoy dengan percutian gua ke Langkawi walaupun hanya dalam Malaysia dan budget ciput punya percutian, tapi yang penting gua dan kawan-kawan seronok spent our time together sebab serius lama tak pergi bercuti bersama mereka-mereka ini. Apa-apa pun, entri ini agak basi, tapi kurang-kurangnya gua usaha gak nak habiskan ye dok? Hehehe… Chow

Pengejar helang,
Zana

13 September, 2012

Pengejar Helang – Part 2


Salam,
Haa.. korang layanlah gambar-gambar day 2 gua dan rakan-rakan sepanjang berada di Langkawi, mei lepas. Maaf, entri tak dapat nak panjang-panjang lagi Cik Yah. Sebab gua agak membusykan diri, lately. Layannnn…
Pagi hari kedua, sini tempat mula-mula yang ditujui. Panasnya time ni, ya ampunnn.. menggigit-giti kulit gua dek kerana panas yang amat time ni. Tapi, gua gagahkan gak pergi demi si Helang. huehuehue
Pemandangan sekitar Helang Gergasi.

Lunch time. Kami ke kedai ni jam 2.30 petang. Ramainya orang masa ni. Sedap. Harga gua tak ingat. Rm4 kot. Murah~ Lalalala

Sekadar menyinggah katanya. Tapi gua bawa balik berbotol-botol nak kasi family gua. =)

Oh yea.. Ini memang terbaik. Lokasi terletak di tepi jalan antara Pantai Cenang dan Kuah. Time panas-panas dan matahari tegak di kepala, perrghhh... TQ Kak Bedah. Nyaman~

Terasa sangat dialau-alukan masa ni. Banyaknya "Selamat Datang ke Kota Mahsuri" punya signboard.

Inilah makam Mahsuri.

Rumah-rumah yang terdapat di dalam Kota Mahsuri.

Gua pun tak tau ni apa. Seperti alatan muzik. Layann..

Lukisan.

lagi lukisan dan gambaran yang terdapat di Kota Mahsuri. Lokasinya, dalam rumah yang dikatakan rumah Mahsuri (kot). :p

Gambar tak clear sebab kurang pencahayaan.

Need I say more? Huhu..Gambar telaganya ada, tapi gambar tak senonoh makhluk 3 ekor di tepi telaga, posing ala-ala American Next Top Model tepi kolam renang, so maaf, tak nak upload! Hehe


Shopping timeeee. *Gambar ihsan google*. Petang tu jugak kami ke 2 tempat di atas. Gua beli dinner set jenama Corelle untuk Zaza di Idaman Suri. Murah yang amat. 40% lagi murah dari di luar. And, chocolates? Yeayy, dibeli di Haji Ismail Group. Murah?? Yes, murah yang amattt! Really worth it.

 Itulah serba-sedikit cerita hari kedua kami di Langkawi. Tunggu sambungan Part 3 plak.

Pengejar Helang,
Zana



25 July, 2012

Perhentian Getawayyyy


Salam wahai pembaca yang gojes!
Gua tau gua dah lama tak mengupdate. Only few days back jer kan gua update. Been busy with life. Fuhhh!!~
Gua punya Bumbee (my superb fantastic lovey MyVi) dah seminggu masuk hospital (baca: workshop). To fix yang dilanggar hari tu. Janjinya 2 minggu.. *sigh* Lama woi kena tunggu. Tapi gua sabar. Orang kata, barang baik memang kena tunggu kan..kan..kan.. Alhamdulillah, at least I received sms saying that the insurance has been approved. Harapnya tak lama lah dia berkampung di sana. Rindu sudah hati untuk memandumu wahai bumbee. I know you miss me too, do you? Err, I know you do. Mwahsss… *hugs*
Ok, enough with kemarapikkan (err..just created the word 2 seconds ago). Hari ni gua rasa nak mengupdate cerita gua di Pulau Perhentian. Kali ni, yang join adalah me (Zana yaw yaw), my ousem osmet (Boom Boom Pow), and my ex colleague yang dah bermastautin di Kota Bharu (Cik Sue). Ekceli, dah terbiasa panggil minah ni Cik Sue masa keja dulu so, lekat dah nama tu sampaikan kawan-kawan gua yang baru berkenalan dengan minah KB Gangstahh ni akan panggil dia dengan nama yang sama, Cik Sue. Hauhauhau.. Maafkan saya kawan-kawan. Korang lak terbiasa memanggil ini gangstah dengan panggilan Cik Sue.
Gua dan Boom Boom Pow dah beli tiket flight pergi balik masa AirAsia promo on January (if I’m not mistaken) , and guess what? Return tickets from KL-KB adalah RM35 each!! Hahaha.. seronok kan? Lagi murah dari naik bas maupun train. Masa perjalanan juga sangat sangat jimat. It took about 55 to 60 minutes yaw. So we took first flight from KL at 6.35am. Thank you AirAsia. We love you Tony Fernandez (tiba-tiba). Gua and Boom Boom Pow memang tak tidurlah kan itu malam sebab takut terlajak tidur. Haruuu jadinya nanti. Ho ho ho.
Kami sampai tepat jam 7.35am kat KB airport, dan yang gua tak boleh blah dengan minah ni, turun je tangga flight, sambil mendepangkan tangan dia cakap kuat-kuat, “I LOOOVE KELANTAN”. Which was funny and at the same time I felt awkward? Hahaha.. Kami pun gelak-gelak syaiton tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Ok, skema bunyinya. Perenggan seterusnya…
Keluar je dari KB Airport, we waited about 15 minutes for Cik Sue to arrive and picked us up and we straight head to Jeti Besut. Gua sangat teruja sebab ni adalah kali ke dua gua nak ke Pulau Perhentian. Sangat-sangat rindukan pulau sebenarnya and now I realized I love beaches and islands and nak kawen dengan orang yang boleh bawak gua duduk di pulau (eh?).
The speedboat yang kitorang naik cost us only RM70 (return) per person, dan mengambil masa selama 45 minutes to reach to pulau. And we decided to stay on Coral Bay instead Long beach (pulau kecil) sebab maukan ketenangan (ketenangan laa sangat). Sampai je sana, misi mencari chalet pun bermula, and seems ini adalah percutian bajet kami memang maukan chalet yang mempunyai basic facilities je pun hokay. Bukan nak duduk dalam chalet pun. Chalet diperlukan untuk tido, tukar baju, and mandi jer. Selebihnya, masa banyak dihabiskan di tepi pantai menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT. Dan kami Berjaya mendapat bilik berharga RM70 per night yaw. Sangat basic dan syukur sebab ada. Hehehe..
Aktiviti biasa di pulau adalah sesi bergambar (itu mesti). Ambil gambar sana sini di hari pertama. Start malam je dah mula malas nak pegang camera and snap pics. Sebab semua keindahan di sana Cuma banyak tergambar dalam kotak fikiran dan akan tersemat di jiwa (chewah). Owh, bercerita pasal ni pun, gua macam biasalah gedik-gedik merindui pulau. Adeii..
Makanan sini tak susah pun sebab next to our chalet, ada kedai makan which mahal sikit jer dari harga luar. Well, biasalah, pulau kan. Susah nak bawak raw materials ke sini. Pengangkutannya adalah boat untuk menghantar makanan-makanan ini semua ke pulau. Fuhh~ so, for three days in Perhentian, kitorang makan kat Mama’s kitchen, next to our chalet, Aur Bay chalet. The BBQ was really (seriously) ousem. Memang sedap dan puas hati ok. Siap boleh share lagi sebab memang seriously banyak.
Second day pergi snorkeling. And kuciwa hati gua lagi sekali sebab tembakan di perut cecair merah keluar and it stops me from menikmati keindahan ciptaan Tuhan di bawah laut tapi gua gagah follow and lepak sama abang yang bawa boat tu atas boat. Huahuahua. Amek angin and feeling-feeling sket duduk dalam boat with my polka dot dress come with topi pantai + shades pinjam sama Boom Boom Pow. Thanks bebeh pinjamkan. Auwww!~ Ok, gedik situ. Arghh, panjang sangat nak menulis and gua kasi zasss sama gambar-gambar yang ousem di Pulau Perhentian.
ahhh..look at that..tiba-tiba kuar dari air..ouwhh..tutup mata tapi selak sikit jari.

and ini yang gua cerita tadi. set ikan ni dengan nasi sebelah tu with free drink RM18.

 6 years back when i first came here, the sand was white. i mean, really (seriously) white..

sunset.. owhh

ouhh..kehijauan air laut

 anak-anak ikan yang friendly bila ada makanan..

nampak tak? woohooo.. besar kan turtle tu.. sedepa panjangnya (agak je laa)

Kampung Nelayan. singgah makan masa snorkeling.

Abg Jamal.. sadly tak boleh nak keep in touch. sebab masa last day, tak nampak dia di mana-mana. haha. really hope to meet u again bro. Bro yang sangat ousem ni boleh cakap macam-macam bahasa. Teruja tau!

well..yeayy...speechless..

Gambar hiasan..

Abg Jeff yang sangat ousem. Dia kasi gua bawak boat yaww.. haha.

Fuhh!~ Lega gua dapat keluarkan trip Perhentian neh. We went there seminggu sebelum puasa. 13th -15th July 2012. This was one of the best trip for this year. Sangat seronok and really had fun with the girls.

Keterujaan terhadap pulau membuatkan gua terlupa nak memblog pasal trip-trip lain. Next time yer kawan-kawan. Huhu..

Yang Selalu Benar,
Zana

14 May, 2012

Trip to Pulau Redang (24 - 26 Mac 2012)

Salam,

Seperti yang gua janjikan, gua update pasal trip gua ke Pulau Redang Mac lepas (woohhhoo! kan gua kata camera rosak, so lambat sikit update). Dah.. dah.. Gua nak sambung neh. Ke perenggan berikutnya...jeng jeng..

Trip ni dihadiri seramai 5 orang iaitu housemate gua (Boom2), Officemate gua (Salmi), Tunang Salmi (Syuk), Kawan Syuk (Mizi), dan saya (Zana -ehem-). Kami berangkat dari Putrajaya Sentral dengan menaiki bas ke Kuala Terengganu pada malam 23 Mac 2012 tu jam 9.30 malam. Alamak, apsal gua skema sangat ni? Ok, kena santai sebab ini entri pasal ke pulau. hehe..

Sesampai je kitorang kat KT jam 5.30 pagi, kitorang pergilah breakfast dulu and berjalan kaki tau ke Jeti Syahbandar. Jalan kaki tu tak lama dalam 15 minit jer. Untuk tenaga muda seperti kami, agak gagahlah juga nak berjalan kan. Kaunter untuk mengambil tiket feri dibuka jam 8.30 pagi. Memandangkan gua dah beli pakej semua, so memang nama gua dah ada di situ dan tiket untuk gua memang sudah diasingkan siap-siap. Senang kerja gua. Oh, ya. Kejap lagi gua cerita pasal pakej yang gua amek. Sabar ye incik.

Perjalanan ke Pulau Redang dari jeti adalah lebih kurang sejam setengah. Haha. Gua sempat la jugak mengecas tenaga gua (tidur daa), sebab feri tu melambung-lambung melanggar ombak seolah-olah mendodoi gua.Ok, tak penting. Hehe. Sampai-sampai jer kat pulau, dengan jakunnya kami "Waaahhhh!" secara serentak. Cantik siot pemandangan di depan mata. Ok, gua sendiri sebenarnya pernah ke pulau, tapi ke Pulau Perhentian. Gua rindukan pemandangan seperti ini. Seolah- olah pulau ni melambai-lambai suruh gua datang balik.Adei, sekarang gua tengah kerinduan untuk kembali ke pulau.

Pakej yang gua amek adalah dengan Redang Lagoon resort, RM280/pax untuk triple room, dan RM290/pax untuk twin room. Murah kan? Ini adalah pakej paling murah sebab bilik dia dilengkapi aircond ok, so memang gua berpuas hati lah dengan pakej ni. Merangkumi return boat transfer from jetty to pulau, 2 breakfast, 2 lunch, 1 dinner, dan 1 BBQ dinner. Juga ada 3 trip untuk snorkelling tau. Sungguh wow pakej ni. Kami semua berpuas hati and insyaAllah gua akan datang balik.

Ada baiknya korang layan gambar-gambar di bawah ni. Hehe. Gua cakap banyak pun guna. Zassss....


air biru yang buat gua tak sabar nak terjun ini jam..huhu

 bilik kami (gadis-gadis ayu)

 bilik mereka (jejaka errr...beach boys :p)

 snorkelling time (yeeehhhaaaa!!)

 hammock yang best yang tak boleh dapat feel ini macam kalu di mana-mana (trust me!)

aktiviti malam-malam..huhu..tak main duit tau..main saja-saja..sapa kalah, 'cong' kad..hee

 ini kami naik untuk ke pulau dari ferry 

 can you feel it??

mandi-manda sebelum senja

cantik kan? :) i loike!

i'll take them to travel again soon

So, macam mana? Ada puas? Ada keinginan mahu ke Pulau Redang? Or any other islands in Malaysia? Banyak lagi pulau-pulau Malaysia ni yang gua nak pergi tau. Masa dan fulus jer takda sekarang. No worries. Gua akan realisasikan. So next next next time gua update plak pasal trip gua ke Kuala Terengganu hari tu bersama kesayangan-kesayangan gua (mak bapak kitew laa). Huhu.. O yea! Terima kasih kerana melawat blog gua.


Beach girl (erk);
Zana