Apa khabar kesayangan gua sekalian? Hari ni gua dah okay. Tak
macam hari-hari sebelum. Asyik meng’emo’kan diri je manjang. Puas membengkakkan
mata selama 3 hari duk berendam air mata, Alhamdulillah hari ni gua dah rasa
lega. Dah boleh senyum. Muka dah tak monyok. Manyak sinyum adik maniiissss. Hehe.
Ok, gua merapu balik dah.
So, berdasarkan tajuk di atas, (skemanya woi) gua nak bercerita trip gua mencari helang kat Langkawi
pada 18 - 20 Mei lepas. Mak aih, punyalah lama dah trip tu, gua baru nak
mengupdate. Bukan apa, tadi gua belek-belek gambar kan, jadi gua macam teruja plak
nak berkongsi pengalaman dan cerita pada korang-korang ni haa.
Gua pergi Langkawi masa ni bertiga, semua dengan
ex-classmates masa study dulu, Eni dan Odiq. Lama dah tak bercuti sama-sama
kan. Jadi, perancangan cuti selama 3 hari 2 malam ni mula tercetus pada bulan
Disember 2012. Sebabnya, masa tu Air Asia promo lagi. Wee.. I love you too,
Tony Fernandez. Eh? Thanks AA! Harga return
ticket KL-Langkawi-KL adalah RM110 each. Murah kan? We managed to pay for
luggage as well tau dengan harga tu. Al-maklumlah ke Langkawi kan. Shopping agak-agak
banyak tak? Jeng.. jeng.. jeng.. kenalah tunggu sampai ke titik habis
penceritaan baru korang tau. Huhu..
Dan seperti biasalah, macam trip gua yang lain-lain,
semestinya gua lah orang yang akan google segalanya. Blog walking from one blog
to another. Cari tempat makan yang best, hotel, tempat pelancongan, dan
semestinya tempat membeli dan blah. Memandangkan kami bertiga ni kali pertama
menjejakkan kaki ke Langkawi, jadi masing-masing gamble je lah untuk trip kali
ni.
Flight kami dijadualkan pada 12 tengah hari. Gua saja amek
tengah hari sebab kalau pagi-pagi, tak boleh nak check in hotel awal-awal. Penerbangan
adalah selama 1 jam dan kami pun sampai ke bumi yang kaya dengan khazanah dan
lagenda tersendiri itu jam 1 tengah hari.
Yeay! Nak landing dah. Excited tahap gaban masa ni~
Keluar je dari airport tu, kitorang dah melilau mencari
kereta sewa. Walaupun masa kat dalam airport lagi, dah banyak kaunter kereta
sewa, tapi berdasarkan pembacaan di internet dan melalui pesanan teman-teman
yang pernah menjejakkan kaki di Langkawi ni, kami berdegil untuk mencari di luar
airport, nak dapatkan yang termurah (kononnya),
dan berbaloi dengan budget dan tadaaaa, kami dapat kereta Viva manual dengan
harga RM50 sehari sebab masa gua pergi bercuti ni bukan peak season so dapatlah
harga tu, Alhamdulillah. Dan sepanjang berada di Langkawi, kami cuma mengisi
minyak sebanyak RM25 untuk 3 hari di sana. Kami ni pulak entah berapa kali
berulang alik dari Kuah ke Pantai Cenang. Dalam sehari, gua rasa, cerita patah
balik, patah balik tu adalah dalam 4 ke 5 kali. Sesiapa yang pernah ke Langkawi
tu, confirm tau jarak perjalanannya cemana. So, minyak kami memang agak jimat. Ditambah
pulak kepanasan di Langkawi, tapi Viva yang kitorang sewa tu, aircond berada di
tahap excellent. Sejuk gila. Syukur lagi sekali.
Haa.. inilah kereta kuda kami. Lalala
Kami pilih Kuah. Hehe. Nak check in derr.
Selesai check in dan lunch, gua berkeras nak naik cable car
hari tu gak. Sebab gua takut tak sempat naik. Sebab apa yang gua baca sebelum
ke sana, kalau angin kuat, cable car akan dihentikan operasi (gua tak pasti sahih ke tak info ni tau).
Dan gua agak cuak kalau-kalau tak naik. Mesti gua kecewa. Sebab one thing yang
gua rasa kena pergi kalau ada di Langkawi is cable car and sees the view from
above. Gua bukak Google map dan cari jalan ke cable car di langkawi ni from
Kuah. Oh ya, kitorang stay di pekan Kuah sebab konon-kononnya nak dekat dengan
kawasan shopping kan. Estimate perjalanan ke cable car ni mengikut kata encik
google dalam 45 minit. Wow, lama kan. Haha. Tapi, our talented F1 driver, Odiq
managed to reach the place within 30 minutes. Pantas ko makcik! I like.~
Di antara kawasan yang dilalui untuk ke cable car.
Kitorang tiba di situ sekitar jam 2.30 petang, dan keadaan
agak lengang. Owh, sesuai sangat jadi port camwhore. Hehe. Snap! Snap! Snap! Masing-masing
dah jadi ala-ala model di tengah panas dan semestinya topi pantai gua tak
dilupakan. Seronok betul jadi topi tu. Kemana-mana gua pergi dia follow. Tiba-tiba
lagu Digi ‘I will follow youuu’
terngiang di telinga gua. Chait, melalut dah. Tiket untuk naik cable car,
sejujurnya gua tak ingat derr harga dia (adoi!maaf,
tak membantu di situ). Tapi kalau tak silap gua RM10 to RM15 each. Maaf,
daya ingatan kurang sangat sekarang. Dah berusia kan. Oopsiee!~
Sampai dah. Alhamdulillah.
Signboard yang banyak membantu pelancong seperti kami. Memudahkan perjalanan tau~
Haa... Inilah cable car nya. :p
View dari puncak bukit.. ke gunung? Indah sangat. Saujana mata memandang.
Dek nak menghilangkan kegayatan dan memandangkan siang masih
muda, kami melepak di tepi pantai yang berdekatan dengan kawasan cable car tu
juga. Makanan yang famous amos harus dicuba yer. Semestinya laksa Penang dan
rojak buah. Dan percayalah, laksa Penang ini adalah yang paling best gua pernah
makan sepanjang hidup gua. Memang marvelous.
Nampak simple tapi laksa tu memang marvelous okay..
Kenyang perut, senang hati. Ngee.. Misi diteruskan lagi untuk melayan perasaan di tepian pantai
sambil melihat matahari terbenam. Ya Allah, indahnya pemandangan masa tu tak
dapat gua gambarkan dengan kata-kata. Kualiti gambar dari kamera gua, tak dapat
menangkap keindahan yang tergambar dari kaca mata kurniaan Tuhan. So, port baik
punya untuk kami melihat keindahan itu adalah dekat dengan lapangan terbang Langkawi.
Tenang~
Sebelah malamnya, melepaskan lelah di hotel, membersihkan
diri dan bersiap untuk makan malam. Lokasi makan malam adalah di Restoran Nelayan,
berdekatan Hospital Langkawi. Agak sukar mencari restoran ni tapi harga memang
berpatutan sangat dan makanan sedap. *Belah
malam tu, gambar tak amek sebab kami semua letih dan takda mood nak bercamwhoring.
:p
Perjalanan diteruskan untuk destinasi terakhir untuk hari
pertama. Kami ke Pantai Cenang mencari tempat urut kaki. Kaki penat wohh.
Bayaran tetap standard, iaitu RM30 untuk 30minit.
Ok, untuk part 1 trip gua ke Langkawi dah selesai. Part seterusnya
gua akan sambung di entri yang lain pulak. Sabar menunggu yer. Gua janji gua
sambung nanti. K bye~
No comments:
Post a Comment