Nuffnang Ads

25 July, 2012

Perhentian Getawayyyy


Salam wahai pembaca yang gojes!
Gua tau gua dah lama tak mengupdate. Only few days back jer kan gua update. Been busy with life. Fuhhh!!~
Gua punya Bumbee (my superb fantastic lovey MyVi) dah seminggu masuk hospital (baca: workshop). To fix yang dilanggar hari tu. Janjinya 2 minggu.. *sigh* Lama woi kena tunggu. Tapi gua sabar. Orang kata, barang baik memang kena tunggu kan..kan..kan.. Alhamdulillah, at least I received sms saying that the insurance has been approved. Harapnya tak lama lah dia berkampung di sana. Rindu sudah hati untuk memandumu wahai bumbee. I know you miss me too, do you? Err, I know you do. Mwahsss… *hugs*
Ok, enough with kemarapikkan (err..just created the word 2 seconds ago). Hari ni gua rasa nak mengupdate cerita gua di Pulau Perhentian. Kali ni, yang join adalah me (Zana yaw yaw), my ousem osmet (Boom Boom Pow), and my ex colleague yang dah bermastautin di Kota Bharu (Cik Sue). Ekceli, dah terbiasa panggil minah ni Cik Sue masa keja dulu so, lekat dah nama tu sampaikan kawan-kawan gua yang baru berkenalan dengan minah KB Gangstahh ni akan panggil dia dengan nama yang sama, Cik Sue. Hauhauhau.. Maafkan saya kawan-kawan. Korang lak terbiasa memanggil ini gangstah dengan panggilan Cik Sue.
Gua dan Boom Boom Pow dah beli tiket flight pergi balik masa AirAsia promo on January (if I’m not mistaken) , and guess what? Return tickets from KL-KB adalah RM35 each!! Hahaha.. seronok kan? Lagi murah dari naik bas maupun train. Masa perjalanan juga sangat sangat jimat. It took about 55 to 60 minutes yaw. So we took first flight from KL at 6.35am. Thank you AirAsia. We love you Tony Fernandez (tiba-tiba). Gua and Boom Boom Pow memang tak tidurlah kan itu malam sebab takut terlajak tidur. Haruuu jadinya nanti. Ho ho ho.
Kami sampai tepat jam 7.35am kat KB airport, dan yang gua tak boleh blah dengan minah ni, turun je tangga flight, sambil mendepangkan tangan dia cakap kuat-kuat, “I LOOOVE KELANTAN”. Which was funny and at the same time I felt awkward? Hahaha.. Kami pun gelak-gelak syaiton tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. Ok, skema bunyinya. Perenggan seterusnya…
Keluar je dari KB Airport, we waited about 15 minutes for Cik Sue to arrive and picked us up and we straight head to Jeti Besut. Gua sangat teruja sebab ni adalah kali ke dua gua nak ke Pulau Perhentian. Sangat-sangat rindukan pulau sebenarnya and now I realized I love beaches and islands and nak kawen dengan orang yang boleh bawak gua duduk di pulau (eh?).
The speedboat yang kitorang naik cost us only RM70 (return) per person, dan mengambil masa selama 45 minutes to reach to pulau. And we decided to stay on Coral Bay instead Long beach (pulau kecil) sebab maukan ketenangan (ketenangan laa sangat). Sampai je sana, misi mencari chalet pun bermula, and seems ini adalah percutian bajet kami memang maukan chalet yang mempunyai basic facilities je pun hokay. Bukan nak duduk dalam chalet pun. Chalet diperlukan untuk tido, tukar baju, and mandi jer. Selebihnya, masa banyak dihabiskan di tepi pantai menikmati keindahan alam ciptaan Allah SWT. Dan kami Berjaya mendapat bilik berharga RM70 per night yaw. Sangat basic dan syukur sebab ada. Hehehe..
Aktiviti biasa di pulau adalah sesi bergambar (itu mesti). Ambil gambar sana sini di hari pertama. Start malam je dah mula malas nak pegang camera and snap pics. Sebab semua keindahan di sana Cuma banyak tergambar dalam kotak fikiran dan akan tersemat di jiwa (chewah). Owh, bercerita pasal ni pun, gua macam biasalah gedik-gedik merindui pulau. Adeii..
Makanan sini tak susah pun sebab next to our chalet, ada kedai makan which mahal sikit jer dari harga luar. Well, biasalah, pulau kan. Susah nak bawak raw materials ke sini. Pengangkutannya adalah boat untuk menghantar makanan-makanan ini semua ke pulau. Fuhh~ so, for three days in Perhentian, kitorang makan kat Mama’s kitchen, next to our chalet, Aur Bay chalet. The BBQ was really (seriously) ousem. Memang sedap dan puas hati ok. Siap boleh share lagi sebab memang seriously banyak.
Second day pergi snorkeling. And kuciwa hati gua lagi sekali sebab tembakan di perut cecair merah keluar and it stops me from menikmati keindahan ciptaan Tuhan di bawah laut tapi gua gagah follow and lepak sama abang yang bawa boat tu atas boat. Huahuahua. Amek angin and feeling-feeling sket duduk dalam boat with my polka dot dress come with topi pantai + shades pinjam sama Boom Boom Pow. Thanks bebeh pinjamkan. Auwww!~ Ok, gedik situ. Arghh, panjang sangat nak menulis and gua kasi zasss sama gambar-gambar yang ousem di Pulau Perhentian.
ahhh..look at that..tiba-tiba kuar dari air..ouwhh..tutup mata tapi selak sikit jari.

and ini yang gua cerita tadi. set ikan ni dengan nasi sebelah tu with free drink RM18.

 6 years back when i first came here, the sand was white. i mean, really (seriously) white..

sunset.. owhh

ouhh..kehijauan air laut

 anak-anak ikan yang friendly bila ada makanan..

nampak tak? woohooo.. besar kan turtle tu.. sedepa panjangnya (agak je laa)

Kampung Nelayan. singgah makan masa snorkeling.

Abg Jamal.. sadly tak boleh nak keep in touch. sebab masa last day, tak nampak dia di mana-mana. haha. really hope to meet u again bro. Bro yang sangat ousem ni boleh cakap macam-macam bahasa. Teruja tau!

well..yeayy...speechless..

Gambar hiasan..

Abg Jeff yang sangat ousem. Dia kasi gua bawak boat yaww.. haha.

Fuhh!~ Lega gua dapat keluarkan trip Perhentian neh. We went there seminggu sebelum puasa. 13th -15th July 2012. This was one of the best trip for this year. Sangat seronok and really had fun with the girls.

Keterujaan terhadap pulau membuatkan gua terlupa nak memblog pasal trip-trip lain. Next time yer kawan-kawan. Huhu..

Yang Selalu Benar,
Zana

21 July, 2012

Salam Ramadhan

Salam,

Hi Readers! Alhamdulillah, bertemu juga gua dengan ramadhan tahun ni. Di kesempatan ni, gua nak mengucapkan selamat menyambut ramadhan al-mubarak. Jangan ponteng-ponteng puasa taw. Banyakkan amal ibadat. Semoga kita semua diberi hidayah dan keberkatan dariNya. Amin.

Entri yang agak pendek setelah sekian lama. Ada masa, insyaAllah gua update. memang banyak yang gua nak ceritakan and share dalam blog neh. Sabar yer. :)

P/S: Jangan ponteng posa woi. Tuhan marah!~


Yang Berpuasa,
Zana