Nuffnang Ads

28 August, 2012

Pisang emas dibawa belayar, tapi kalau pisHang, bawa ke mana??

Salam,
Gangster celop zaman persekolahan agaknya gua ni. Entah berapa kali rasanya gua ni bergaduh dengan budak-budak sekolah. Baik laki mahupun perempuan. Zaza juga tidak ketinggalan menjadi backup gua. Memberi idea-idea bernas. Gua asah bakat dia menjadi kaki pukul sekali. Alahai, pukulan dari budak perempuan apalah sangat. Tak merasa gamaknya mereka-mereka itu. Tapi, gua bukan jenis tampar-menampar. Kalau mau, marilah bertarung. Hiyaarrrggghhhhh!!
Nak dijadikan cerita, ada sorang classmate kitorang gak, Maikel namanya. Kecik jer budak tu, tapi suka berlagak samseng. Sebutan pisang menjadi pishang. Lekatlah nama si Maikel tu sebagai Pishang. Hari demi hari, gua dengan Zaza dok peratikan je budak neh. Semakin menjadi-jadi perangainya. Sakit mata kami menengoknya (padahal sesaja nak mencari pasal). Pada gua, gua tak kisah as long as si Pishang tak cari pasal dengan gua, gua okay.
Entah macam mana, satu hari ni, Zaza bergaduh dengan Pishang. Perang mulut dari kejauhan. Gua kasi idea-idea untuk menyakitkan hati si Pishang. Backup katanya.
“Za, ko cakap camni..haa, pastu camni plak..Kasi dia panas kaw-kaw.”
Hasutan demi hasutan gua kasi. Sampai satu tahap, Zaza pulak lebih-lebih emosi pada si Pishang. Muka dah merah menahan kemarahan.
Zaza: Jom, serang je si Pishang tu. Gile la aku tak puas hati.
Gua: Lek luuu. Jangan sampai gaduh besar sangat pulak. (gua cakap macam ni sebab gua sebenarnya takda kena-mengena, setakat batu api jer..kikiki)
Zaza: Apa nak jadi, jadilah. Jom lahh.
Gua: Ko nak buat apa kat dia? (gua cuak gak sebab Zaza ni mana pernah bertumbuk. Risau la kalau apa-apa jadi.)
Zaza: Tengok je lah nanti. Jom.
Zaza dah bangun. Gua terkulat-kulat lagi. Gua bangun dan membontoti Zaza menuju ke meja Pishang. Mentang-mentang Pishang ni kecik jer, selamba dia cekak kolar baju Pishang tu. Gua agak terkejut sebenarnya. Gile kentang minah ni, sampai cekak-cekak kolar baju. Sepanjang sejarah menjadi gangster, tak pernah gua cekak kolar baju orang. Dah lah cekak kolar, siap tuding-tuding jari lagi kat muka Pishang.
Zaza: Weh Pishang! Ko apahal? Ada masalah dengan aku??
Pishang: Apahal apa? ko dulu yang start main nama bapak aku.
Zaza: Takkan tu pun nak sentap! Biasalah tu. Ko ni macam hari pertama pulak masuk kelas ni kan!!
Pishang: Habis tu, ko nak buat apa? ko ingat aku takut?
Zaza: Oowhh, ko tak takut ye!!
Pangggg!!! Gua agak terkesima. Zaza terkedu sendiri. Pishang menolak Zaza dan terus mencapai kayu yang ada di bawah meja dia. Satu kelas senyap. Gua dapat rasakan Zaza tak perasan keadaan sekeliling. Terkejut dengan tindakan sendiri melempang Pishang agaknya.
Gua: Woi, Pishang amek kayu tu woi. Blah! Blah!
Zaza: Jom! Jom! (muka cemas.)
Yes, anything could happen. Mungkin juga si Pishang boleh tibai si Zaza guna kayu tu. Ye lah kan, baru lepas kena lempangan padu dari Zaza. Gua dan Zaza terduduk. Gua sendiri tak percaya dengan apa yang baru berlaku. Tiba-tiba, classmate kitorang si Peyjal datang.
Peyjal: Weh, Pishang kata, esok dia nak bawak minyak babi. Nak kenakan korang.
Zaza: Owh, ye ke? Dia kata apa lagi? (cuak)
Peyjal: Dia kata dia tak puas hati dengan ko Zana.
Gua: Apa pulak aku? Aku tak buat apa kat dia pun. Bukan aku yang lempang dia. Apsal lak aku?
Peyjal: Entah. Dia yang cakap camtu tadi. Dia kata, dia memang tak puas hati dengan kau.
Zaza: (pandang gua). Pelek betol. Kan aku yang lempang dia tadi?
Peyjal: (menyampuk). Dia kata, kayu tadi tu untuk pukul Zana, bukan ko Za.
Gua: Mampus dia lah. Aku takda kena mengena. Malaslah nak fikir. Bodoh je nak pikir pasal orang macam tu.
Zaza: Tapi aku cuak. Cemana ni? Kalau dia bawak betol-betol, cemana?
Gua: Kita panggil cikgu.
Zaza: Haa, okay!!

Esoknya, Zaza tak datang sekolah. Hampeh betol. Ini betol-betol gangster celop. Pishang baru gertak sikit dah cuak. Haha. Gua buat muka selamba seolah-olah tiada apa berlaku. Sepanjang hari di sekolah, Pishang tidak menunjukkan ciri-ciri nak menyerang gua. Lega..
Apa-apa pun, gua syak si Peyjal mengada-adakan cerita untuk menakutkan kami. Dan juga, gua syak si Peyjal tak suka gua. Mampuslah kau Peyjal. Ada aku kisah???
To be continue...

Zana

27 August, 2012

First outing together..

Salam,

Gua akui, masa form 1 gua masih tidak betah untuk keluar bersama kawan-kawan. Zaza? Gua tak pasti pulak. Selang berbulan-bulan, kitorang came out with the idea nak keluar ke bandar bersama. Nak amek angin. Nak panjangkan langkah keluar dari kawasan sekolah.

Gua tak pernah naik bas tanpa family gua. Haha. Samseng sekolah pun tak pandai naik bas wohh. Malu. Hilang jap title samseng. Satu hari telah dipilih. Selepas sekolah, kitorang akan ke bandar. Excited.

Hari yang ditunggu dah tiba. Masing-masing dah mengikat perut selama beberapa hari untuk saving duit belanja sekolah buat belanja masa outing. Zaza follow gua balik ke rumah. Lepas lunch, gua bagitau mak gua, gua nak ke bandar. Mak gua restui pemergian gua dan menambahkan duit saku gua, rm5. Zaman tu, apalah sangat gua nak belanja. So, gua ada rm15 untuk keluar ke bandar. Bagi gua, rm15 sudah cukup besar nilainya. Berbunga-bunga hati nak keluar, diiringi dengan pesanan dari mak gua. Haish.. Relax mak. Kami dah besar, remaja.

Yang gua ingat, gua dan Zaza masing-masing pakai tracksuit dan tshirt. Ya, kampung sungguh. Hehe. Zaza memang dah bawak baju siap-siap. Port menunggu bas adalah depan rumah gua. Bas yang ditunggu dah tiba. Dari kejauhan gua nampak bas datang, gua ingat lagi perasaan ketika itu. Excited, cuak, berdebar, semua ada. Naik bas, sehala rm1. Sampai di bandar, gua dan Zaza hanya berjalan-jalan sekitar india street. Masing-masing keseronokan. Tanpa orang dewasa menemani. Terasa diri sudah di alam remaja. Teruja. 

Di usia 13 tahun, ayam goreng di fast food adalah pujaan. Gua dan Zaza masuk ke restoran Sugar Bun yang terletak di Electra House berdekatan India Street. Survey harga, buat kira-kira. Yeay, cukup. Masih berbaki duit di tangan kalau membeli ayam goreng. Satu set dibeli dan share. Yeah, sharing is caring. Itu yang kami praktikkan. Hehe. Puas dan kenyang. Perjalanan diteruskan. Singgah kedai stationary dan membeli pen-pen yang comel is sooooo 13 years old. Seronok.

Matahari sudah hampir jatuh ke barat. Gua pandang jam. Time to go home. Gua dan Zaza melangkah ke stesen bas berdekatan. Di sini, kami akan berpisah sebab bas kami tidak sehala. Duit gua masih berbaki rm3. Brader jual langsat sebelah stesen bas buatkan gua tertarik untuk membelinya untuk bapak gua.

"bang, langsat 2 ringgit."

Plastik langsat gua sambut dengan senyuman. Bas gua dan Zaza sampai pada masa yang sama. Masing-masing menaiki bas dan gua lambai kat Zaza. Perasaan gua masih cuak. Ini merupakan pertama kali gua naik bersendirian. Alhamdulillah, gua selamat tiba sebelum jam 7 petang. Gua hulur plastik langsat kat bapak gua. Bapak gua senyum. Bangga.

To be continue...


Zana

25 August, 2012

Paul Robinson

Salam,

Kat sekolah gua tu, ada sorang mamat ni memang kacaklah pada pandangan mata kami. Mamat tingkatan 2. Terkenal satu sekolah dengan kenakalannya, juga kekacakannya (ehem). Siapa tak kenal Paul Robinson kelas 2B di SMK Batu Kawa tahun 1997? See? Until now, gua ingat.

Gua tau,bukan gua dan Zaza je mengagumi kekacakan mamat ni dalam kelas gua. Gua perasan, setiap kali mamat ni lalu kelas gua, mata-mata gadis dalam kelas akan automatik toleh keluar kelas sampai mamat tu tak nampak dah. Haha. Ya, gua nampak semua tu berlaku sebab gua punya tempat duduk letaknya di belakang sekali, sebelah pintu. Oh, gua juga mengaku. Kalau mamat tu lalu, mata gua dan Zaza juga akan menoleh automatik ke luar. Ekeke. Gataii..

Kitorang memang tak pernah bertegur dengan si Paul ni. So, one fine day, Zaza switch tempat dengan member gua si Rojai. Rojai ni duk sebelah gua. Ni tukar suka sama suka la kiranya. Duk sebelah gua dan bersembang bisik-bisik masa cikgu mengajar.Paul lalu. Gulp! Dia berhenti betul-betul di pintu belakang dan seolah menghendap. Gua dan Zaza menoleh. Perasaan gua? Haha. Berdebar siot! Paul pandang kitorang. Senyum. Cair.

Paul: Weh korang. Escape jom!
Gua: Eish, Escape ke mana?
Paul: Boringlah selalu escape sorang-sorang. Jom lah!
Zaza: Nak ke? (pandang gua)

Ini adalah peluang untuk bersama Paul. Peluang yang harus di grab! Peluang yang tak mungkin akan datang lagi. Peluang sekali seumur hidup. Gua pandang Zaza.

Gua: ko nak tak? (tanya balik)
Zaza: Tak tau lah. Ko nak tak?
Gua: errr.... (pandang Paul) ko nak gi mana je?
Paul: Lepak padang. Dah nak tengah hari ni. Cikgu-cikgu pun tak sanggup panas-panas. Alahh, kita escape tempat  redup-redup la kat situ. Jom lah. Nanti cikgu nampak aku sini.
Gua: Za, ko nak tak?
Zaza: Aku follow ko. Ko pegi, aku pegi.

Gua buntu. Keputusan besar kena buat ni. Ini melibatkan Paul. Melibatkan hidup dan mati. Melibatkan masa depan. Gua tau kalau gua dan Zaza keluar, cikgu tak perasan. Gua tengok Zaza dan Paul silih berganti. Masing-masing menunggu jawapan dari mulut gua.

Gua: takutlah. Lain kali erk.

Paul menggelengkan kepala dan berlalu pergi. Zaza kecewa. Gua lagi kecewa. 

To be continue...


Zana

24 August, 2012

Escape kelas Cikgu Sta

Salam,
Meh gua perkenalkan siapa Cikgu Sta dulu. Cikgu Sta ni adalah guru matapelajaran Sains untuk Form 1. Sedikit kerek tapi kelakar. Gua cakap dia kelakar sebab cara dia bercakap yang kerek buat gua gelihati sebab dia ingat cool ke hapa cakap bunyi kerek-kerek gitu. Maaf cikgu!
Zaman gua sekolah rendah dulu, gua takda subjek Sains macam budak-budak sekarang, sebabnya gua adalah last batch belajar subjek “Alam dan Manusia”. Semua sumbat sekali dalam buku tu. So, masa form 1 ni lah ke’sakai’an melanda. First time dapat masuk makmal sains. Gila cool wohh. Tak pernah tengok peralatan sains depan mata. Gua ni jenis gatal tangan kalau tak memegang. First day dah buat onar. Malu. Ceritanya, masa tu Cikgu Sta tengah mengagihkan alat-alat eksperimen kat semua meja di makmal sains. Gua ni tak menyabar, selak-selak buku dan cuba untuk memegang tabung uji menggunakan alat dia. Masa tu, gua tengok pemegang dia macam twizzer tapi hujung dia tajam tapi bahagian tajam tidak bertemu, bahagian tajam tu mengadap ke luar lah kiranya. *Sila bayangkan.
Masa tu, bagi gua sains adalah magic. Haha. Tak boleh blah punya statement. Gua tengok pemegang dia (yang macam twizzer tu), diletakkan dalam tabung uji, lepas kangkangkan pemegang tu, boleh la terus mengangkat tabung uji berkenaan. Ya, memang boleh tapi tak sampai 1cm gua mengangkat, benda alah tu jatuh dan berderai. Satu kelas senyap. Muka gua pucat. Cikgu Sta yang kerek buat muka cool dan sound gua tapi gua tak ingat dia cakap apa. Haha. Cuak punya pasal sampai tak tau Cikgu Sta cakap apa, dan membayangkan muka bapak gua kena datang sekolah dan mengadap pengetua sebab anaknya dah pecahkan tabung uji di minggu pertama persekolahan. Padahal takda apa pun. Jauh betul gua berfikir masa tu. Gua cuak okayyyyy. *Emosi tiba-tiba*
Itu bukan ceritanya kali ni, saja selingan. Hehe. Masa tu jugak, gua dan Zaza kan dah kamceng sejak hari pertama persekolahan, kami duduk bersebelahan masa tu. Satu meja tu ada dalam 5 ke 6 orang. Ye lah, meja makmal kan besar, kerusi tinggi. Duduk sebelah-sebelah lagi meneruskan gossip panas, walhal masa tu baru beberapa minit membuat onar dengan Cikgu Sta. So, nampaknya Cikgu Sta dah mula aim gua. Bukan aim apa, nak dijadikan mangsa lettew. Sakit telinga kot dengar gua berchit chat, walaupun gua cakap pelan-pelan. Eleh cikgu, macamlah gua tak tau. Cikgu Sta mula panggil nama gua dan tukarkan gua di meja depan sekali. Satu meja dengan semua budak lelaki. Alah, gua kan perempuan melayu terakhir, so Cikgu Sta tu ingat gua akan malu dan berdiam lettew kalau duduk dengan budak lelaki. Haha. Cikgu salah. Makin rancak gua berborak. Dan, terpisahlah gua dan Zaza masa subjek sains.
Jadi, ada satu masa ni, si Zaza terlupa bawak buku nota untuk Sains. Punyalah dia ni menggelabah dan takut sebab ada homework kena submit hari tu. Kalau tak hantar, terbayang rotan Cikgu Sta. Kalau tak hantar, malu lah sebab satu kelas tengok. Kalau tak hantar, nanti Cikgu Sta kasi demerit. Banyak woh anggapan masa tu. Nasib baik gua datang awal pagi masa tu, temankan si Zaza call makcik dia kat public phone mintak tolong hantarkan buku sekolah. Baik punya hari agaknya. Subjek sains adalah first subjek untuk hari tu. So, satu kelas dah siap-siap nak bawak buku pergi makmal, sekali dengan gua la kecoh nak pergi tapi gua kesian kat Zaza, so gua dengan baik hatinya menemani si Zaza menunggu makcik dia datang hantarkan buku.
Kriiingggg!!! Loceng menandakan kelas bermula dah berbunyi. Gua pandang Zaza, muka sedih siot. Gua tak sampai hati. Gua faham perasaan dia. Kitorang dah mundar-mandir dekat gate masuk sekolah. Pengawas-pengawas dah masuk kelas, kitorang still lagi menanti makcik dia sampai. Pastu, teringat ada jugak gate belakang. Berjalan ke gate belakang pulak, kot-kot makcik dia sampai ikut gate belakang. Hampa. Takda jugak di situ. Berjalan semula ke gate depan, dari kejauhan nampak motosikal yang buat si Zaza senyum kelegaan. Buku nota dicapai, dan senyum lega sambil pandang gua. Kriiiiinggg!!! Loceng yang menandakan subjek kedua untuk hari tersebut. Gua dah cuak. Sekarang ada satu lagi masalah negara. Nak mengadap Cikgu Sta. Nak masuk kelas dia pada waktu kedua. Oh, no! gua tak sanggup. Gua cuak. Zaza pun cuak. Kalau bagi alasan datang lambat, patutnya masuk masa pertama tapi lambat pun takpa. Ni dah masuk masa kedua, cemana?
“Nak masuk ke tak nak? Nak masuk ke tak nak?”
Persoalan yang bermain di minda gua. Gua pandang Zaza, Zaza pandang gua. “Ok, kita check line dulu.” Gua putuskan. Zaza hanya mengekor. Pelan-pelan panjat tangga ke makmal sains. Dari tangga dah dengar suara Cikgu Sta. Nyaring semacam. Hadeh, ini tak boleh jadik. Masuk kelas Cikgu Sta dalam keadaan itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri. Pelan-pelan berlalu ke kantin sekolah. Tapi, mana boleh melepak lama di situ. Gua dan Zaza buat keputusan ke padang sekolah. Padang sekolah tu best. Ada trek sukan, pastu banyak tempat boleh menyorok. Hihi.
Perancangan rapi dibuat. Kononnya kalau tertangkap, alasan utama, cari nametag. Sepakat gua dan Zaza lepak. Lama gila gua rasa masa tu. Nak tunggu loceng bunyi. Kami mencari port yang best untuk melepak. Sambil-sambil melepak, buat kerja yang agak bodoh. Serius gua tak boleh lupa. Masa tu, kitorang lepak kat ada satu jalan tikus untuk budak-budak sekolah tu keluar masuk la. Konon macam tu lubang untuk masuk sekolah la kiranya. Duduk situ, bila ada motosikal lalu, kitorang sergah. Suara kemain kuat lagi menyergah. Pastu gelak-gelak bila tengok orang tu terkejut. Sungguh kanak-kanak ribena lagi masa tu.
Tengah syok-syok duduk, tiba-tiba plak Zaza boleh nak terkencing. Tak tahan pulak tu. Bergegas gua teman dia gi toilet. Dah lah kemain jauh toiletnya. Dari jauh dah boleh hidu bau semerbak (baca: hancing) dari toilet tu. Selesai semuanya, gua tengok jam. Ada lagi 5 minit. Lama lagi. Haha. Dah buat kesalahan semuanya rasa lama. Melepak dalam toilet sambil gua menghidu bau minyak Vicks yang memang gua selalu bawak, sebab tak menahan bau toilet wohhh. Bergilir-gilir dengan si Zaza. Macam hidu gam je lagaknya. Saling berpandangan dengan dia. Pastu tergelak sebab buat jahat sama-sama. Tapi, dalam tergelak tu, gua tau hati masing-masing tak keruan. Takut kantoi walaupun gua pasti Cikgu Sta mungkin tak perasan 2 anak murid tak masuk kelas dia. Sapa suruh cikgu asingkan kami? Haa, kan dah tak tau anak murid hilang.kikiki.
Gua dah mula resah sebab takut tertangkap. Tiba-tiba, kriiiiingggg!!! Penantian berakhir.
To be continue..

Zana

How I Met My Bestfriend?

Salam,
So readers, dalam beberapa hari ni (insyaAllah gua update hari-hari) gua cuma akan banyak bercerita pasal gua dan bestfriend gua, Zaza. Sebabnya? Alaa, gua kan kata dia nak kawen. So, haruslah gua bercerita kenangan-kenangan bersama dia. Tak semua gua akan cerita. Tapi, ada certain benda yang gua rasa di antara kenangan manis. Ok, sungguh lesbian bunyinya. Tak mampu membeli hadiah yang mahal-mahal untuk dia, tapi gua akan bercerita zaman muda-mudi kami bersama.
Nak cerita dari mula sekali gua kenal dengan minah ni. Gua kenal masa form 1, awal tahun 1997. So, korang kiralah sendiri umur gua sekarang berapa (huahuahua). Biasalah kan, budak-budak lagi zaman tu (baru nak ‘up’ kata orang). Gua masa tu dah ada la kawan-kawan yang gua kenal duk sama kelas dengan gua, kelas 1A. Konon dah bergeng lah. Padahal, takdalah geng sangat dengan diorang tu. Tapi bolehlah sebab gua ada ramai gak kenalan dalam kelas yang sama.
Berbeza pulak dengan si Zaza ni haa. Kawan-kawan dia dari sekolah rendah semua masuk kelas lain. Dah lah tak kenal orang-orang dalam kelas tu. Yang gua peratikan, dia duk sembang dengan budak sebelah dia, yang dia buat muka macam terpaksa sebab no choice. Haha. Betol tak babe? Yang kelakarnya, budak-budak form 1 kan biasanya dah perasan diri sendiri di zaman remaja. Haruslah penampilan semua ala-ala remaja. Nak dijadikan cerita, si Zaza ni masa tu pergi sekolah pakai beg jenis “Easy Bag”. Alah, korang yang sezaman dengan gua, mesti tau “Easy Bag” tu apa. Jenis yang boleh bawak belakang dan boleh tarik (Cool wohh). Then, adalah sorang budak kelas gua ni gi buli dia. Amek beg dia dan tarik pusing satu kelas sambil nyanyi-nyanyi lagu tema “Easy Bag”:
“Easy bag, easy bag, this is our bag… I love easy bag.”
Memang macam haram budak tu. Melawak-lawakkan beg orang. Konon dia dah abis cool ada beg lain and Zaza ni muka bengang tapi dah tak boleh buat apa. Ye lah, takda geng lagi takkan nak berlagak samseng. Esoknya, terus tukar beg makcik ni. Pakai beg lama. Dan sejak tu, gua tak nampak dah Easy Bag tu. Ko jual ka? :p
So, dalam hari pertama tu, kitorang ada kelas Pendidikan Islam, which budak-budak islam semuanya kena combine dengan kelas sebelah, 1B. Then, non-muslim kelas sebelah kena combine dengan non-muslim kelas gua. So, masa pertukaran kelas tu, gua nampak dia sorang-sorang lagi. Terus gua tegur:
Gua: Weh, nama ko sapa?
Zaza: Zaza. Ko?
Gua:  Zana. Ko dulu sekolah mana?
Dan dari situlah kesinambungan persahabatan kitorang yang gua sendiri tak menjangkakan until now. Dari saat itu, kalau subjek Pendidikan Islam, Zaza ni akan duduk sebelah gua. Buat aktiviti gossip makcik-makcik berdua. Usha dan memain mata dengan jejaka sama-sama. Pergi rehat sama-sama. Pendek kata, semua aktiviti kitorang banyak lakukan berdua. Sampai ramai lah budak-budak kelas kitorang yang menyampah kat gua dan Zaza ni sebabnya.. err.. gua pun tak pasti. Kenapa erk?
To be continue…
Zana

21 August, 2012

Pengejar Helang – Part 1


Salam semua,
Apa khabar kesayangan gua sekalian? Hari ni gua dah okay. Tak macam hari-hari sebelum. Asyik meng’emo’kan diri je manjang. Puas membengkakkan mata selama 3 hari duk berendam air mata, Alhamdulillah hari ni gua dah rasa lega. Dah boleh senyum. Muka dah tak monyok. Manyak sinyum adik maniiissss. Hehe. Ok, gua merapu balik dah.
So, berdasarkan tajuk di atas, (skemanya woi) gua nak bercerita trip gua mencari helang kat Langkawi pada 18 - 20 Mei lepas. Mak aih, punyalah lama dah trip tu, gua baru nak mengupdate. Bukan apa, tadi gua belek-belek gambar kan, jadi gua macam teruja plak nak berkongsi pengalaman dan cerita pada korang-korang ni haa.
Gua pergi Langkawi masa ni bertiga, semua dengan ex-classmates masa study dulu, Eni dan Odiq. Lama dah tak bercuti sama-sama kan. Jadi, perancangan cuti selama 3 hari 2 malam ni mula tercetus pada bulan Disember 2012. Sebabnya, masa tu Air Asia promo lagi. Wee.. I love you too, Tony Fernandez. Eh? Thanks AA! Harga return ticket KL-Langkawi-KL adalah RM110 each. Murah kan? We managed to pay for luggage as well tau dengan harga tu. Al-maklumlah ke Langkawi kan. Shopping agak-agak banyak tak? Jeng.. jeng.. jeng.. kenalah tunggu sampai ke titik habis penceritaan baru korang tau. Huhu..
Dan seperti biasalah, macam trip gua yang lain-lain, semestinya gua lah orang yang akan google segalanya. Blog walking from one blog to another. Cari tempat makan yang best, hotel, tempat pelancongan, dan semestinya tempat membeli dan blah. Memandangkan kami bertiga ni kali pertama menjejakkan kaki ke Langkawi, jadi masing-masing gamble je lah untuk trip kali ni.
Flight kami dijadualkan pada 12 tengah hari. Gua saja amek tengah hari sebab kalau pagi-pagi, tak boleh nak check in hotel awal-awal. Penerbangan adalah selama 1 jam dan kami pun sampai ke bumi yang kaya dengan khazanah dan lagenda tersendiri itu jam 1 tengah hari.
Yeay! Nak landing dah. Excited tahap gaban masa ni~
 Keluar je dari airport tu, kitorang dah melilau mencari kereta sewa. Walaupun masa kat dalam airport lagi, dah banyak kaunter kereta sewa, tapi berdasarkan pembacaan di internet dan melalui pesanan teman-teman yang pernah menjejakkan kaki di Langkawi ni, kami berdegil untuk mencari di luar airport, nak dapatkan yang termurah (kononnya), dan berbaloi dengan budget dan tadaaaa, kami dapat kereta Viva manual dengan harga RM50 sehari sebab masa gua pergi bercuti ni bukan peak season so dapatlah harga tu, Alhamdulillah. Dan sepanjang berada di Langkawi, kami cuma mengisi minyak sebanyak RM25 untuk 3 hari di sana. Kami ni pulak entah berapa kali berulang alik dari Kuah ke Pantai Cenang. Dalam sehari, gua rasa, cerita patah balik, patah balik tu adalah dalam 4 ke 5 kali. Sesiapa yang pernah ke Langkawi tu, confirm tau jarak perjalanannya cemana. So, minyak kami memang agak jimat. Ditambah pulak kepanasan di Langkawi, tapi Viva yang kitorang sewa tu, aircond berada di tahap excellent. Sejuk gila. Syukur lagi sekali.
Haa.. inilah kereta kuda kami. Lalala

Kami pilih Kuah. Hehe. Nak check in derr.
Selesai check in dan lunch, gua berkeras nak naik cable car hari tu gak. Sebab gua takut tak sempat naik. Sebab apa yang gua baca sebelum ke sana, kalau angin kuat, cable car akan dihentikan operasi (gua tak pasti sahih ke tak info ni tau). Dan gua agak cuak kalau-kalau tak naik. Mesti gua kecewa. Sebab one thing yang gua rasa kena pergi kalau ada di Langkawi is cable car and sees the view from above. Gua bukak Google map dan cari jalan ke cable car di langkawi ni from Kuah. Oh ya, kitorang stay di pekan Kuah sebab konon-kononnya nak dekat dengan kawasan shopping kan. Estimate perjalanan ke cable car ni mengikut kata encik google dalam 45 minit. Wow, lama kan. Haha. Tapi, our talented F1 driver, Odiq managed to reach the place within 30 minutes. Pantas ko makcik! I like.~
Di antara kawasan yang dilalui untuk ke cable car.
Kitorang tiba di situ sekitar jam 2.30 petang, dan keadaan agak lengang. Owh, sesuai sangat jadi port camwhore. Hehe. Snap! Snap! Snap! Masing-masing dah jadi ala-ala model di tengah panas dan semestinya topi pantai gua tak dilupakan. Seronok betul jadi topi tu. Kemana-mana gua pergi dia follow. Tiba-tiba lagu Digi ‘I will follow youuu’ terngiang di telinga gua. Chait, melalut dah. Tiket untuk naik cable car, sejujurnya gua tak ingat derr harga dia (adoi!maaf, tak membantu di situ). Tapi kalau tak silap gua RM10 to RM15 each. Maaf, daya ingatan kurang sangat sekarang. Dah berusia kan. Oopsiee!~
Sampai dah. Alhamdulillah.

Signboard yang banyak membantu pelancong seperti kami. Memudahkan perjalanan tau~

Haa... Inilah cable car nya. :p

View dari puncak bukit.. ke gunung? Indah sangat. Saujana mata memandang.
Dek nak menghilangkan kegayatan dan memandangkan siang masih muda, kami melepak di tepi pantai yang berdekatan dengan kawasan cable car tu juga. Makanan yang famous amos harus dicuba yer. Semestinya laksa Penang dan rojak buah. Dan percayalah, laksa Penang ini adalah yang paling best gua pernah makan sepanjang hidup gua. Memang marvelous.
Nampak simple tapi laksa tu memang marvelous okay..
Kenyang perut, senang hati. Ngee.. Misi diteruskan lagi untuk melayan perasaan di tepian pantai sambil melihat matahari terbenam. Ya Allah, indahnya pemandangan masa tu tak dapat gua gambarkan dengan kata-kata. Kualiti gambar dari kamera gua, tak dapat menangkap keindahan yang tergambar dari kaca mata kurniaan Tuhan. So, port baik punya untuk kami melihat keindahan itu adalah dekat dengan lapangan terbang Langkawi.
Tenang~
Sebelah malamnya, melepaskan lelah di hotel, membersihkan diri dan bersiap untuk makan malam. Lokasi makan malam adalah di Restoran Nelayan, berdekatan Hospital Langkawi. Agak sukar mencari restoran ni tapi harga memang berpatutan sangat dan makanan sedap. *Belah malam tu, gambar tak amek sebab kami semua letih dan takda mood nak bercamwhoring. :p
Perjalanan diteruskan untuk destinasi terakhir untuk hari pertama. Kami ke Pantai Cenang mencari tempat urut kaki. Kaki penat wohh. Bayaran tetap standard, iaitu RM30 untuk 30minit.
Ok, untuk part 1 trip gua ke Langkawi dah selesai. Part seterusnya gua akan sambung di entri yang lain pulak. Sabar menunggu yer. Gua janji gua sambung nanti. K bye~

Pengejar Helang,
Zana

20 August, 2012

Buatku di sana



Salam,

Gua tengah serabut. Dah masuk hari ketiga air mata menitis. Semacam putus cinta lagaknya, tapi gua memang rasa sunyi sangat. Hilang rasa pada semua. Semua gua cuba harungi dan banyak memendam rasa. Gua rasa macam nak pergi jauh melarikan diri dari reality tapi ada sesuatu yang menghalang. Gua tau gua akan lagi menyesal kalau gua pergi sekarang. Sabar menempuhi hari-hari yang mendatang.
 
 P/S: Maaf, entri gua banyak melalut ke laut.

Yang tengah serabut,
Zana

makna raya bagi seorang bernama Zana

Salam,

How's your raya? Mesti korang seronok bersama family tersayang kan. Owh fine! Gua jeles benornye. Huhu. Tengok facebook orang yang amek gambar dengan family pun gua dah macam, "owh, why am i here? I'm not supposed to be here." Sentap! Huhu..

Bagi gua, raya tahun ni disambut biasa jer. Sehari sebelum raya gua ke rumah makcik (adik bongsu mak mertua kepada abang gua). See? Jauhkan hubungan itu? Tapi, what to do. Gua sebenarna berat hati nak pergi sehari sebelum raya tu. Tapi abang gua insist gua pergi (mungkin kesian tengok adiknya sorang). So gua dengan berat hati dan kepala otak yang serabut, gua gagahkan gak ke Selayang. Perasaan masih bercampur baur sepanjang perjalanan tu. gua drive pelan jer sambil layan radio dan dengar celoteh dj radio juga pemanggil yang seronok bercerita pulang ke kampung. Sigh..

Pada mulanya gua gagah lagi. Gua hati batu! Tapi, perempuan tetap perempuan. Tiba-tiba bayangan pagi raya tahun-tahun sebelumnya muncul dalam kotak fikiran gua. Terbayang muka kesayangan gua nun jauh di mata. Tanpa mereka di sisi gua di hari mulia yang patutnya disambut bersama keluarga tercinta. Oh, shit! Gua kalah pada bayangan itu. Serentak, air mata gua laju sampai gua teresak sambil memandu. Gua tarik nafas dalam-dalam. Tapi, air mata tetap laju. :'(

Malam raya, ketika semua umat islam kebanyakan sedang sibuk mengemas rumah, membakar kek dan kuih raya, ketika takbir raya sedang berkumandang, gua duduk di beranda umah makcik gua. Termenung. Gua cuma nak bersendirian sebenarnya, which is impossible sebab gua kat rumah orang kan. Tengok anak-anak buah gua layan mercun. Gua banyak mendiamkan diri. Abang gua muncul dan hulur telefon kat gua. Mak gua on the phone. Gua bersembang dengan mak gua lebih kurang 15 minit. Dengar celoteh mak gua sedang bermain dengan salah seorang cucunya di rumah, Rayyan. Gua lega, mendengar cerita dari mak gua yang gembira bermain bersama cucunya. sekurang-kurangnya kakak gua yang nombor tiga tu balik menolong kemas rumah di kampung. Sekurang-kurangnya, ketiadaan beberapa anaknya terubat dengan keletah cucu yang datang dan anak menantu yang pulang untuk membantu persiapan.

Jam 10 malam, gua dah minta diri dari rumah makcik gua. Gua salam semua yang ada dan terus balik. Gua lepak rumah abang gua malam tu. Layan rancangan raya. Bosan. Semuanya kosong dalam otak gua. Gua tutup tv, dan cuba melelapkan mata. Jam 5 pagi, gua baru terlelap. Gua tersedar jam 7 pagi, longlai langkah keluar bilik dan gosok baju raya. Hampir jam 9 pagi, gua dah muncul kat rumah makcik gua balik. Lepak dengan biras-biras gua sambil makan makanan raya. Still, gua sekadar mengalas perut. Terbayang hidangan air tangan mak gua. Air mata hampir menitik. Tapi, gua tahan. Kembali ke beranda dan termenung lagi. Jam di tangan hampir 10 pagi. Tiba-tiba dapat whatsapp dari kakak sulung gua,

"kesian kat mak. Dia dah nangis-nangis teringat kat korang. Kitorang bertiga je dengan bapak kat rumah."

Owh damn! Gua sayu. Gua amek masa tenangkan fikiran gua. Terus call kakak gua dan nak cakap dengan bapak gua. Rutin raya, pagi salam dengan bapak dulu, pastu mak, then kakak sulung, pastu salam semua family kitorang. Gua mintak maaf dan mengucapkan selamat hari raya pagi tu semuanya melalui telefon, which sedih sebab mereka takda depan mata. Selesai bercakap dengan bapak, telefon pass kat mak gua plak. Gua dengar mak gua teresak, gua dah terdiam. Rasa bersalah menyelubungi hati gua. Sayu. Gua buat ucapan yang sama. Gua berjaya menahan air mata gua dari mengalir sekali. Usai semuanya, family makcik gua semua start bersalaman sesama mereka, mohon ampun dan maaf atas segala. Abang gua hulur 5 sampul kat gua. Ya! Gua hutang dia untuk duit raya nak bagi kanak-kanak di rumah itu. Berlakon seolah-olah duit tu daripada gua. Padahal..... Hmm... Dengan keadaan kewangan gua yang kontang sekarang, gua harus berjimat-cermat. Thanks bro sebab tolong jaga air muka gua.

Jam 1 tengah hari, seluruh family makcik gua dan abang gua nak pergi photoshoot gambar family. Gua faham keadaan itu. Takkan nak menyemak walaupun mereka invite gua sekali tapi gua tolak dengan baik. Gua bagi alasan nak beraya dengan kawan sebab dah janji. Semua gua salam dan gua bergerak pulang. Sepanjang perjalanan, gua buntu nak ke mana. Plan asal sebelum ni, nak lepak raya rumah Zaza. Yerla, gua tak pernah beraya dengan dia. Lagipun, ini last raya dia sebagai anak dara. Gua nak sangat berkongsi cerita dan rasa dengan dia. Tapi, gua amek keputusan bergerak pulang sebab gua tak nak tambahkan bebanan hati dan fikiran gua. (please note: ada kejadian sehari sebelum raya antara gua dan dia. So, just let me keep it to myself. Some things are better remain unknown). 

Otak gua ligat berfikir apa gua nak buat kalau sampai rumah dalam waktu tu. Gua cuba rodger Sani, mamat tu tak buat apa, gua ajak dia lepak. Gua amek dia kat Cheras, lepak sampai jam 5 petang, gua dah balik. Jam 6 petang, gua dah kat rumah. Menonton rancangan raya tapi fikiran entah ke mana. Sebu. Segala-galanya membosankan pada gua. Hati dan perasaan gua semuanya ke kampung. Mengeluh lagi..

Sebelum ni, gua ingat gua cukup kuat. Gua ingat gua kental. Tapi, pada hari yang mulia ni, gua teringat sepotong ayat yang sangat common di dengar, "sayangilah ibu bapa dan berbaktilah dengan mereka selagi mereka masih ada." Gua terkesima sendiri. Sesal.

Abang gua balik pada raya kedua. Gua harap kepulangan abang gua akan mengubat hati mak bapak gua. Gua tau mereka mengharap kepulangan anak-anak. Gua tau mereka juga mengharap kepulangan gua walaupun sekejap. Ya, gua akan pulang. Pulang bulan depan jika ditakdirkan umur panjang. Meluangkan waktu dengan kesayangan gua. InsyaAllah. Semoga semuanya dipermudahkan. Amin.

Gua tak balik raya tahun ni bersebab. My bestfriend's wedding just around the corner. So, gua fikir "duluuu" ada baiknya gua balik masa her reception di Kuching. Yes, i was stupid. Patutnya gua dahulukan family dan pulang juga walaupun sekejap. Padahal, boleh jer gua balik 2 kali. Sigh, tapi ada masalah lain which like what i said before, some things are better remain unknown. And here I am now. Writing blog in the middle of the night of raya kedua 2012. Pasrah.

P/s: cukuplah Kali ni gua tak balik masa raya. Sebelum gua disunting dan mula mengikut suami untuk bergilir menyambut raya, gua akan kerap balik jumpa kesayangan gua. Akan gua pastikan diri gua pulang walaupun sekejap.

Zana.

18 August, 2012

Dendang perantau

Salam,

Hi readers! Di kesempatan ini gua ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri. Mohon maaf di atas kekasaran tutur kata gua di dalam blog ini. Juga gua ingin memohon ampun dan maaf kepada keluarga, kaum kerabat, sahabat handai, rakan taulan dan kepada sesiapa yang mengenali diri gua. Harap dimaafkan ya. Mungkin gua agak kasar di dalam blog ataupun di luar. Gua akan cuba berubah dan menjadi insan yang boleh menjaga segala tutur kata gua. Tak mau simpan dalam hati sebab gua bukannya insan yang sempurna tapi gua mau menjadi insan yang terbaik yang anda pernah kenali (insyaAllah).

Kalau ditanya apa perasaan gua sekarang, gua cuma boleh cakap, entah. Bercampur-baur semuanya. Terkenangkan keluarga jauh nun seberang laut. Honestly, gua rindu kat family gua. Rindu sangat. Sayu rasa hati kerna tahun ni gua tak berkesempatan untuk berhari raya bersama kesayangan gua. Sebabnya, hmm.. Tak perlulah gua sebutkan di sini. Ada beberapa faktor gua tak boleh balik tahun ni.

Buat family gua,
-mohon ampun dan maaf atas segala kesilapan dan kesalahan yang ana lakukan.
-harap dihalalkan makan minum.
-ana akan berusaha jadi insan yang baik, mendengar kata, anak yang solehah dan menggembirakan hati family.
-maaf sangat2 tak dapat balik tahun ni, insyaAllah umur panjang bulan 9 ana balik dan akan penuhkan waktu sebaiknya bersama kalian.
-ana harap keluarga kita akan semakin happy dan akan sentiasa bersama dan tabah dalam apa juga cabaran, masalah, dan dugaan yang melanda kita. Amin.
-selamat hari raya diucapkan.
-mohon maaf, zahir dan batin.

Buat teman-teman,
-mohon ampun dan maaf atas keterlanjuran kata, perbuatan yang menyakitkan hati, sesungguhnya gua bukanlah perfect.
-halalkan apa yang gua termakan-terminum, dan segala apa jenis ter lagi.
-maafkan gua jika gua terumpat, terkeji korang yer. Balik pada first point tadi, gua bukannya perfect.
-gua doakan kita sentiasa menjadi sahabat sejati yang tidak menyimpan perasaan dendam dan benci.
-selamat hari raya. Maaf zahir dan batin.

Tulus dari hati gua, gua maafkan kalian yang pernah menyakitkan hati gua. Gua akan lupakan kisah lalu yang memedihkan. Gua maafkan kalau gua pernah dikeji kalian, mahupun kiranya gua tergolong dalam cerita gossip panas yakni umpatan kalian. Ikhlas, gua maafkan. Gua halalkan apa yang termakan dan terminum. Tapi, maaf derr. Kalau part hutang, kena bayar yer. Yang tu tak hangus di situ. :p ok sambung.. Pesanan gua, yang lepas-lepas gua maafkan. Harapnya tiada yang akan datang tapi gua tau kita ni bukannya sempurna. InsyaAllah gua maafkan.

Jujur gua cakap, gua agak terkilan sebab pagi raya gua untuk tahun ni, gua tak dapat bersalam denga mak bapak gua. Tak dapat mohon ampun dan maaf dengan mereka di pagi lebaran. Tak dapat tolong sama-sama mengemas rumah. Tak dapat makan ayam masak merah mak gua, makan lemang beli dengan kak enot kampung semarang, tak dapat makan ketupat, tak dapat berulang- ulang kali ke dapur sampai kena perli sebab nak meratah ayam masak merah, tak dapat hulur sendiri duit raya kat mak bapak dan anak-anak buah gua, tak dapat sama-sama duduk depan tv sambil makan popia kak shidah sampai kena marah dengan kakak gua sebab makan popia banyak, dan tak dapat buatkan sendiri kek nestum kegemaran bapak gua (huwaaaaa). Nak nangess. Banyak lagi yang gua kenangkan yang memungkinkan gua punya tebing air mata melimpah. So, baik gua stop sebelum gua teresak di sini. 

Akhir kata, ramadhan sudah meninggalkan kita dan kita semua menyambut syawal dengan gembira. Namun, kita jangan lupa pada yang telah tiada. Jangan lupa pada mereka yang kurang bernasib baik. Sambutlah berpada-pada. Semoga kita bertemu lagi dengan ramadhan tahun hadapan, insyaAllah. Hati gua agak sedih berlalunya ramadhan kali ni. Entah ketemu, entah tidak kita dengan ramadhan tahun hadapan. Semoga kita dipanjangkan umur untuk bertemu ramadhan yang akan datang, insyaAllah.

Selamat hari raya aidilfitri. Untuk kesekian kalinya, maaf zahir dan batin.


Ikhlas,
Zana

Afternoon tea for two @ delicious café, Bangsar Village



Salam all,
Entri yang sepatutnya ditulis dua bulan lepas. Haha. Tiba-tiba semangat nak share pasal tempat neh. Ok, semangat datang when it comes to foods. Well, bagi aku tempat dia chill, boleh la nak melepak lama kalau nak mengebeng cuci mata melihat jejakas sambil bergossip dengan teman-teman.
Gua pergi ni berdua with my partner in crime, Zaza. Kalau tidak pasal Groupon yang bagi deal yang best, mungkin tidak kami ke sini. Huhu. Thanks Groupon. So, cut the story short. Ini yang kami dapat dengan hanya membayar RM34.00 (RM17.50 each) / Normal Price RM59.90. 
 
-       Warm Scones with Jam & Pure Cream
-       Assortment of Finger Sandwiches &
Duck Confit in Filo Pastry
-       Strawberries with Chocolate Dip &
Hand-rolled Chocolate Truffles
-       Rosemary & Cheese Cookies
-       A slice of any one cake on display
-       Two cups of hot tea or coffee *(tea for me & coffee for her)
Sila enjoy gambar-gambar makanan di bawah. Nampak sikit tapi persembahan dan perut kami full. Huu..
nyummyyy...kenyang makan ni je pun..
tak habis due to pas makan sandwich straight makan dessert. mano ko tak konyang.
sepakat memilih macademia cheesecake...sooo cheezy..loike..tapi tak habis. muak. hehe
the presentation was awesome! loike 10x!



So, bagi gua makanan dia ok jer lah. “Mak aih… mende dah murah lagi mau komplen?” Bisik hati kecilku. “Woi, mestilahhh.. gua bayar maa..” Haha.. apa-apapun, gua chill hari tu. Pas kenyang melantak, kami berjalan-jalan dalam Bangsar Village cari kasut untuk Bride-To-Be, Zaza. Sayangnya, ada yang cantik dengan gua sekali dah berkenan, tapi saiz takda. Takdok rezeki makcik. Maap! Pusing punya pusing sampai gua dah keletihan, and we decided balik umah jer la sebab kepenatan selepas bachelorette partayyy the night before. Haa… itu entry lain akan gua updatekan.
So readers, until we meet again with my latest entry. Thanks for reading. Chow~

So delicious,
Zanalicious :p

17 August, 2012

Auwww, gua panas! Entah apa spesis laki macam ni.

Salam,
Waahh.. dua kali gua update arini. Satu kejayaan untuk diri sendiri. Ok, short entry. Quick one. Shoot!
Baca dialog di bawah:-
Boss: So, tomorrow..Razi you come at 3.00pm, can?
Razi: lewat sikit la boss, 3.30pm lah.
Boss: So, oklah..3.30 haa…
Gua: Razi, lu masuk kol 4 la alang-alang.
Razi: Tak bolehlah Zana. Lewat sangat tu.
Gua: Apa beza? Setengah jam je kot.
Razi: Taknaklah. Boss, I masuk kol 3.00pm esok.
Gua: Hish, buruk perangai ko neh. Dan-dan tukar time.
Owh, and seriously gua sangat annoying dengan mamat ni. Bikin panas hati gua jer. Gua sangat tak faham dengan mamat ni. Apa masalah dia sebenarnya? Satu perangai tak nak mengalah dengan perempuan. Padahal gua sebenarnya tak kisah pun balik lambat kan. Tapi, cara penolakan dia tu dan cara menyelamatkan diri dia dari balik lambat, so dia rela nak masuk awal. Auwww, gua panas! Entah apa spesis laki macam ni.
And yea, gua ingat dulu. Masa gua takda kereta nak pergi kerja. Alaa, masa Bumbee gua masuk workshop tu. So, ada satu hari ni gua pergi kerja dengan si Razi ni. Entah apa angin baik dia tiba-tiba dia offer diri. So, gua okaykan saja la. Sebab masa tu kebetulan syif kerja sama. Then, masa balik boleh pulak dia cakap tak boleh nak hantar balik sebab nak ke Shah Alam padahal kalau nak ke Shah Alam tu dia akan lalu kawasan rumah gua gak. Kalau betul-betul gentleman, dia boleh hantar je gua balik kan. Gua tau gua tak cantik tapi tak payah la buat gua macam tu. Gua ada hati dan perasaan gak. Huh! Woi, lahanat! Gua perempuan kot. Balik keja jam 12 malam apa citer der? Terpaksa gua tebalkan muka mintak tolong colleague lain pulak hantarkan balik. Alhamdulillah, masalah selesai. Auwww, gua panas! Entah apa spesis laki macam ni.
Pastu..pastu..nak dijadikan cerita..office gua ada buat makan-makan the other day. So, boss gua suruh la budak team gua kuar 4 orang. So, sorang amek 2 pinggan la makanan untuk kasi yang tengah buat kerja. Sebab kitorang kuar tuh time peak hours kan. So, gua pun keluarlah dengan yang lain-lain termasuk si Razi neh. Gua dengan yang lain beriya amek makanan and tebalkan muka amek 2 pinggan sebab kesian kat member lain yang buat kerja kan. Pastu, gua tengok-tengok gak si Razi sebab dalam hati jahat gua dah tercetus ayat “Mesti dia amek untuk diri dia jer..mesti punyaa…mesti!”. Jeng! Jeng! Jeng! Jangkaan gua tepat. Masuk office gua sound terus sebab geram.
“Ko amek untuk diri kau je? Selfish gila ko ni”.
Dia pulak dah terkulat-kulat. Hoh, tu laa. Gua dah ingatkan dia dah. Tapi, still.. memikirkan perut dia jer. Tak kuasa mak! Auwww, gua panas! Entah apa spesis laki macam ni. 
Then..then..aritu kan kitorang ada team outing. Makan kat Hartz Chicken Buffet je pun. Pastu my boss bawa wife dia, one of my colleague bawa husband and baby dia. Bayar sendiri-sendiri lah kan untuk orang luar sebab portion kitorang, company yang bayarkan. Nak dijadikan cerita, this Razi datanglah dengan girlfriend dia. Lepas satu team gather depan kedai tu, kitorang masuk and then I realize girlfriend Razi ni takda situ. So, gua tanyalah member lain. Semua cakap tak tau. And then again, rupa-rupanya, this Razi tak bawak girlfriend dia masuk sekali. Dia biarkan girlfriend dia jalan sorang-sorang dalam Sunway Pyramid tu. Dan dia pulak entah berapa kali tambah sambil gelak-ketawa suka-suki hati dia jer. Woi, lahanat! Apa salahnya ko bayarkan untuk girlfriend ko? Ko fikir perut ko je kan? Kalau jadi apa-apa kat girlfriend dia, gua tak rasa dia peduli. Auwww, gua panas! Entah apa spesis laki macam ni.
Whew! Lega sikit dapat luahkan. And for guys out there, please.. I mean PLEASE jangan buat benda di atas ni. Buruk wohhh perangai macam tu. Gua tak kata gua ni perfect. Well, siapalah gua. Tapi lelaki / jejaka sekalian, awak tu pelindung untuk kaum hawa. Tak sepatutnya awak buat benda-benda seperti di atas. A.N.N.O.Y.I.N.G!~

P/S: Razi (bukan nama sebenar).
P/S/S: Office aku kerja shift (UK hours).

Yang Panas (ala-ala hot),
Zana

16 August, 2012

Kad raya

Salam to all my gojes readers (walaupun tak ramai tapi gua tau ada),
So, macam mana persiapan raya? Mesti korang dah complete everything kan. Baju raya 4 pasang semua kena matching dengan tudung dan kasut. Langsir kena baru, matching dengan cat dinding baru. Sofa tahun lepas dah tak cantik nak beli baru sebab cat tak masuk dengan kaler sofa. Carpet plak nak beli Jakel lagi murah. Tahun lepas beli dengan Pakistan jual carpet tu, dah tak mau sebab tak stailo pakai carpet Pakistan, pakai Jakel la baru urban. Alamak, tiba-tiba pulak baru teringat kuih raya baru beli 3 jenis, padahal bekas ada 15. So, korang pun cepat-cepat keluar gi beli kuih raya yang cantik rupanya, tapi rasanya, wallahualam.. Haha. Woi, bersederhanalah. Ingat pada kaum kerabat, saudara mara, rakan taulan yang kurang berkemampuan. Ya, gua tau korang mampu membeli segalanya atas titik peluh sendiri, tapi gua cuma nak berpesan sambil mengingatkan diri-sendiri supaya dalam keadaan apa sekalipun, bersederhanalah.  
Ok, mukadimah yang agak panjang. Sebenarnya gua nak cerita pasal kad raya jer. Dulu, zaman sekolah dulu, selalu dapat kad raya. Urgh, seronoknya tak terkira. Siap nak bersaing lagi dengan kawan-kawan, sapa dapat kad paling banyak masa tu. Seingat gua, dari darjah satu lagi gua dan kawan-kawan sudah berbalas-balas kad. Nanti raya boleh gantung kat dinding. Pastu, kawan-kawan datang rumah akan rasa gembira dan dihargai sebab kad yang dibagi ada digantung di rumah kawan (ok, gua je feel macam tu agaknya).  
Tapi dulu kena kumpul duit sendiri nak beli kad. Gua ingat lagi, masa rehat, terkejar-kejar g kedai mak Hashimah kat sebelah sekolah sebab dia ada jual kad raya. So, boleh pilih-pilih. Nanti lambat, orang lain sambar dulu. Padahal, kad tu nak kasi orang jer kan. So, agak berbangga di situ sebabnya keikhlasan terpancar bila kasi kad cantik-cantik kat kawan-kawan. So, kalau kawan yang kita favourite tu akan dapat kad paling cantik di mata kita. Yang paling tak boleh lupa, siap letak bedak wangi wohh. Hehe. Pesen nak bagi boyfriend lettew. Tapi, gua masa sekolah rendah sampai sekolah menengah gua takda boyfriend . tengok kawan-kawan yang ada boyfriend pun gua rasa goli goleman. Sebab, rasa diri terlalu muda untuk semua tu. Cumanya, ada crush kat abang senior tu standardlah (aaa..malu..). 
Seingat gua lah, sampai gua upper 6 pun gua still terima kad raya tapi jumlahnya berkurangan lah dari tahun ke tahun. Hmm, sebabnya zaman siber sekarang orang lagi memilih untuk mengucapkan selamat hari raya melalui medium yang mudah, cepat dan senang. SMS, Twitter, Facebook, e-mail, etc. sedih gak sebenarnya kalau dikenangkan. Generasi akan datang tak akan dapat mengecapi apa yang kita rasa pada zaman kita untuk menyambut hari raya. 
Tahun ni gua Cuma dapat satu je kad raya dari colleague gua. Satu jer babe. But still, gua rasa terharu dan sangat dihargai. Tahun ni gua tak bagi kad raya pun pada teman-teman mahupun saudara-mara. Hehe. Mungkin tahun depan kalau dipanjangkan umur, gua nak praktikkan hantar kad raya.

Pecah kaca, pecah gelas,
Sudah baca, harap balas.

Ngeh.. ngeh.. ngeh.. “harap balas” plak. Dah tak ikhlas woi. Haha. Kbai!

Tulus mulus tak mulus sangat,
Zana

10 August, 2012

Cara mudah untuk mendapatkan pahala?

Salam,

Ya! Memang banyak cara mudah untuk kita mendapatkan pahala. (Tak senonoh betol. Start entry tiba-tiba "Ya!"). Tak salah kalau kita tamak untuk mendapat anugerah pahala daripada Allah SWT. Dah penat mengejar duniawi, marilah kita sama-sama mengejar akhirat. Ganjaran pahala dari Yang Maha Esa. Just want to share something that I think really useful for us to do as long as we live, and be thankful as all of us able to breathe until today (Alhamdulillah). Bukan nak berlagak alim. Cumanya, gua rasa gua patut sharekan benda baik dengan pembaca yang budiman lagi gojes semoga kita semua mendapat kebaikan daripadaNya. Amin.

Six easy ways to earn even after death 

· Give a copy of quran to someone. Each time one reads from it, you gain.
· Donate a wheelchair to a hospital. Each time sick person uses it, you gain.
· Participate in building a masjid.
· Place watercooler in a public place.
· Plant a tree. You gain whenever a person or animal sits in its shade or eats from it.
· And the easiest of all, share this message with people. Even 1 applies any of the above, you gain.

Senang kan? Tapi, kita jangan lupa dan alpa dengan perkara wajib yang dah termaktub untuk kita ya. Semoga kita sama-sama mendapat kebaikan daripadaNya. Amin.

P/S: Feel free to share.

Credit to Fatin Liyana. Gua dapat something yang berguna untuk dishare from her blog.

Love (hamboih, tak agak-agak terus "love"),
Zana Love (eh?)