Nuffnang Ads

27 August, 2012

First outing together..

Salam,

Gua akui, masa form 1 gua masih tidak betah untuk keluar bersama kawan-kawan. Zaza? Gua tak pasti pulak. Selang berbulan-bulan, kitorang came out with the idea nak keluar ke bandar bersama. Nak amek angin. Nak panjangkan langkah keluar dari kawasan sekolah.

Gua tak pernah naik bas tanpa family gua. Haha. Samseng sekolah pun tak pandai naik bas wohh. Malu. Hilang jap title samseng. Satu hari telah dipilih. Selepas sekolah, kitorang akan ke bandar. Excited.

Hari yang ditunggu dah tiba. Masing-masing dah mengikat perut selama beberapa hari untuk saving duit belanja sekolah buat belanja masa outing. Zaza follow gua balik ke rumah. Lepas lunch, gua bagitau mak gua, gua nak ke bandar. Mak gua restui pemergian gua dan menambahkan duit saku gua, rm5. Zaman tu, apalah sangat gua nak belanja. So, gua ada rm15 untuk keluar ke bandar. Bagi gua, rm15 sudah cukup besar nilainya. Berbunga-bunga hati nak keluar, diiringi dengan pesanan dari mak gua. Haish.. Relax mak. Kami dah besar, remaja.

Yang gua ingat, gua dan Zaza masing-masing pakai tracksuit dan tshirt. Ya, kampung sungguh. Hehe. Zaza memang dah bawak baju siap-siap. Port menunggu bas adalah depan rumah gua. Bas yang ditunggu dah tiba. Dari kejauhan gua nampak bas datang, gua ingat lagi perasaan ketika itu. Excited, cuak, berdebar, semua ada. Naik bas, sehala rm1. Sampai di bandar, gua dan Zaza hanya berjalan-jalan sekitar india street. Masing-masing keseronokan. Tanpa orang dewasa menemani. Terasa diri sudah di alam remaja. Teruja. 

Di usia 13 tahun, ayam goreng di fast food adalah pujaan. Gua dan Zaza masuk ke restoran Sugar Bun yang terletak di Electra House berdekatan India Street. Survey harga, buat kira-kira. Yeay, cukup. Masih berbaki duit di tangan kalau membeli ayam goreng. Satu set dibeli dan share. Yeah, sharing is caring. Itu yang kami praktikkan. Hehe. Puas dan kenyang. Perjalanan diteruskan. Singgah kedai stationary dan membeli pen-pen yang comel is sooooo 13 years old. Seronok.

Matahari sudah hampir jatuh ke barat. Gua pandang jam. Time to go home. Gua dan Zaza melangkah ke stesen bas berdekatan. Di sini, kami akan berpisah sebab bas kami tidak sehala. Duit gua masih berbaki rm3. Brader jual langsat sebelah stesen bas buatkan gua tertarik untuk membelinya untuk bapak gua.

"bang, langsat 2 ringgit."

Plastik langsat gua sambut dengan senyuman. Bas gua dan Zaza sampai pada masa yang sama. Masing-masing menaiki bas dan gua lambai kat Zaza. Perasaan gua masih cuak. Ini merupakan pertama kali gua naik bersendirian. Alhamdulillah, gua selamat tiba sebelum jam 7 petang. Gua hulur plastik langsat kat bapak gua. Bapak gua senyum. Bangga.

To be continue...


Zana

No comments:

Post a Comment