Nuffnang Ads

27 February, 2013

Kisah Godzilla makan malam


Salam,

Gua sendiri tak tau kenapa idea untuk berblog ni kurang kebelakangan ni. Adakah gua terlalu stress di pejabat sehinggakan setiap kali gua nak menaip entri baru je, mesti akan terbantut idea. Padahal, sebelum ni kalau gi makan ke mana-mana ke, mesti gua akan bercakap dalam hati, “ Balik kang gua nak taip blog pasal ni.. yada..yada..yada..”. Tapi itulah hakikatnya manusia, hanya merancang tapi Tuhan menentukan. Kehkehkeh.. “Ayat lu macam nak kena sepak, dah pemalas tu pemalas jugaklah.. Kecohlah lu Zana.”  Kata korang di dalam hati.

Ok, teruskan. Kali ni gua nak story-mory pasal kes makan malam yang melampau tahap Godzilla dengan mommy-to-be,  Zaza. Lama gak la gua tak melepak lama-lama dengan Zaza ni. Masing-masing kesibukan dengan duniawi, mengejar harta dunia, dan ye laa, dia kan dah bersuami. Takkan gua sesuka-suki nak culik dia dari rumah mertua. Gila apa? hahaha.. so kenalah ada persefahaman di situ, ye dok? And memandangkan sabtu lepas sang suami Zaza ni ada badminton, haruslah kesempatan diambil untuk kami berdua-duaan dan bergossip panas sambil memenuhkan segala ruang di dalam perut ini. Ooo yeah.

Jam 7 malam, gua dah keluar dari rumah. Nak memandu ke Gombak, bukannya jauh. Cilok-cilok sikit, 10 minit gua dah sampai. Destinasi pertama seperti yang dirancang adalah ke ‘The Bikers Planet Café SS15’. Nak tau kenapa café ini menjadi pilihan? Sebabnya situ ada menjual Sarawak Cuisine dan bagi gua yang dah laaammmmmaaaaaa sangat tak balik kampung ni, seharusnya gua mencuba Laksa Sarawak di sana, dan Zaza pulak mencuba Mi Kolok. And guess what?? Masa kitorang sampai tu, ada 3 meja je occupied, termasuk meja gua. Café tu bagi gua, okay untuk melepak. Tapi servis, slow. Bayangkan gua punya laksa sampai almost half an hour and kuahnya suam-suam kuku je tahap kepanasan. Gua ingatkan kalau lama-lama dia akan datang dengan asap berkepul-kepul and rasa yang superb. Ok, gua kecewa. And Zaza punya meal sampai 20 minutes after me. Dalam hati dah berkata, tak maulah ke sana lagi sebab servis slow sangat. Tapi, mi kolok dia memang kena dengan tekak si Zaza, and for me, not bad. Gua juga menyukainya sebab dia punya cili kicap and combination dengan mi kolok itu sendiri di tahap OK. So, bolehlah kalau nak kembali untuk menghilangkan keinginan makan Mi Kolok. Laksa nanti gua nak booking Zaza masakkan. Hehe. Harga untuk Mi Kolok dan Laksa Sarawak yang kitorang order iz RM4.90 each. Lokasinya berdekatan dengan Mamak Pelita Subang jaya SS15 tu. Tak tau jugak? Sila google map yer.

Gambar ihsan Google

Destinasi seterusnya, gua dan Zaza menghadamkam makanan dengan shopping groceries di Giant yang baru bukak bersebelahan Pelita tu je. Gua tak ingat apa nama mall tu. Maaf. Tapi, dalam pada nak bayar tu, sempat tangan mencapai aiskrim sebelum ke kaunter. Hahaha. Dessert katanya. Gua amek perisa Tiramisu dan Zaza amek perisa Oren. Hahaha. Aiskrim murah jer yang King’s tu, 99sen each. Konon-konon kalau tak sedap, buang je la. Buruk perangai kan… tapi, dua-dua makan sampai licin sebab sedap. Hehehe.

Gambar ihsan Google

Then, guess what? Gua dengan Zaza ke ‘Warung Nasi Lemak Panas (Warisan Sambal Opah)’ pulak. Sebab so far lauk-pauk di sambal opah ni la yang bagi kami si Godzilla ni, lauknya adalah superb. Haha. Dengan hanya menaip, gua dah terliur, acane? Ok.. ok.. dengan membuat perjanjian hanya makan sebungkus nasi lemak cinonet tu sorang satu, dan lauk yang diambil hanyalah hirisan kentang nipis masak sambal manis dan paru sambal, dan segelas air suam, we managed to finish everything. Muahahaha…  gilolah. Dan harganya Cuma RM13 untuk dua orang (kalau tak silap, tapi tak lebih RM15). Sini memang gua dah repeat beberapa kali sebab memang sedap dan menjilat jari. Owh, dua lauk yang diambil adalah favourite kami. Untuk lu yang nak datang tapi tak suka paru ke  apa, no worries bebeh. Baaaanyak gila lauk yang korang boleh pilih. Lokasi? Jeng jeng jeng. Ni kat USJ 9. Silalah Google Map ye kawan-kawan. Serius tidak mengecewakan. O yeah.

Okay, tu jer kisah si Godzilla makan malam. Hehe. Sekian.

Yang Benar,
Zana

17 February, 2013

Trip to Jakarta - Bandung – Jakarta (Part 1 – day 1 – Jakarta - Bandung)

Salam,

Hai gojes!! Ya ampun... Bersawang blog gua. Gua memang teramat busy lately ni. Lambakan kerja, masyaAllah, memang banyak. Tak terhandle gua nak mengupdate blog ni. Susah gua nak terangkan pasal kerja. Yelah, kat luar cerita kerja, FB pun orang tany pasal kerja, takkan dalm blog pun nak cerita pasal kerja, ye dok? So, let's cerita something different plak. Wuuhhuuu...

As per tajuk above, gua nak cerita pasal gua punya trip ke Indonesia. Pertama sekali, terima kasih diucapkan buat AirAsia sebab menyediakan tambang murah buat gua. Ehem.. ini adalah hasil gua bertungkus-lumus cuba untuk mendapatkan tiket termurah, dan Alhamdulillah, gua sudah menjejakkan kaki di bumi Indonesia. Tiket gua dah dibeli seawal April 2012 dengan harga RM116 untuk return flight KL- Jakarta – KL. Murah kan? Mungkin ada yang dapat lagi murah dari apa yang gua dapat ni, but still.. gua rasa ini adalah di antara yang termurah.
 

Trip kali ni gua hanya pergi berdua dengan ex-housemate gua, Kak Boom. Selama 5 hari 4 malam gua ke bumi Indonesia, dari 4 Januari 2013 (jumaat) – 8 Januari 2013 (selasa), bermacam-macam pengalaman menarik yang kitorang lalui. Fuhhh.. gua sendiri tak sabar nak berkongsi cerita dengan korang-korang ni (eh? Ada ke yang membaca?). Takpe, gua sorang-sorang feeling pun takda hal.

Flight seawal jam 7 pagi, gua sudah keluar dari rumah jam 2.30 pagi, pick up Kak Boom kat Pantai Dalam, menyinggah rumah Eni di Putrajaya untuk pass kan kunci spare kereta gua (tujuan: panaskan enjin..hehe), then 4.15 pagi sampai di Putrajaya Sentral. Park kereta dan naik first train to LCCT.  Jadual flight yang tepat dan kami berangkat jam 7 pagi ke Jakarta. Masa ni, gua dah tersenyum-senyum sebab membayangkan perasaan apabila tiba di bumi Indonesia nanti. Aaahhh…asyikkk…

Ketibaan di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta
Sampai di Jakarta jam 8 pagi (waktu Indonesia – lewat sejam dari Malaysia), gua dan Kak Boom terus menaiki Damri Bus ke Gambir station. Gambir station adalan tempat untuk menaiki kereta api ke Bandung. Gua sengaja mengambil inisiatif untuk menaiki train kerana ingin feel sendiri menaiki salah satu kenderaan awam di sana, walaupun perjalanannya memakan masa agak panjang berbanding menaiki bas atau pengangkutan lainnya ke Bandung. Oh ya, tambang Damri Bus ke Gambir station adalah RP20,000 sehala (seorang), memakan masa kira-kira 1 jam dari airport Soekarno-Hatta. Kami bernasib baik kerana tiba di Gambir station 20 minit sebelum kereta api yang seterusnya berangkat. Jadual train juga agak tepat, jam 10.35 pagi, kereta api sudah mula bergerak meninggalkan station. Dengan tambang kelas Eksekutif RP90,000 (seorang), tempatnya juga agak selesa dan berhawa dingin. Tambang untuk kereta api kelas eksekutif ini akan naik pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, sebab tu kitorang dapat harga RP90,000. Kalau hari Isnin sampai Khamis, tambangnya cuma RP60,000. So, pandai-pandailah korang atur jadual perjalanan sendiri ya. Kereta api yang  disyorkan adalah Agro Parahyangan.

 
Perjalanan memakan masa selama 3 jam 10 minit, dan kami tiba di Bandung station kira-kira jam 1.45 petang, beberapa orang supir menegur kami dan menawarkan harga untuk menghantar kami ke hotel. Akhirnya, sorang supir berjaya menambat hati kami.. kehkehkeh.. dengan harga RP60,000, kami dihantar ke V hotel & residences, lokasinya agak jauh dari hiruk-pikuk kota, tapi what can I say? Asyiiikkk… sebab hotelnya agak menenangkan dan privacy. Gua prefer hotel yang macam ni. Owh, hotel ni gua beli dari promosi dalam Groupon untuk 4 hari 3 malam, harganya Cuma RM298, termasuk breakfast. Kira-kira RM50 seorang untuk 1 malam, murah kan? Yerlah, untuk kami yang travel berdua dan kedua-duanya perempuan ni, kenalah cari hotel yang agak selamat untuk kami kan.



Setelah check in dan melepaskan lelah seketika di bilik hotel, kami menuju ke Cihampelas Walk. Kali ni, gua dan Kak Boom decided nak naik Angkot (Angkutan Kota). Setelah ditanya beberapa orang dan bertukar 3 Angkot dengan total harga tambang 3 Angkot ini adalan RP7,000 setiap seorang, kami berjaya sampai ke Cihampelas, dan meronda-ronda kawasan itu, banyak yang menarik di sini. Mungkin pada yang pernah sampai ke Cihampelas ni juga mengakui tempat ini agak menarik kerana hampir di sepanjang jalan, kita akan melihat banyak monument kartun-kartun seperti Spiderman, Batman, Mr. Bean, Iron Men, dan sebagainya. Walaubagaimanapun, tempat itu agak macet (jammed) dengan kenderaan yang lalu-lalang di kawasan itu. Untuk gua yang pertama kali sampai di sini, owh, sesuatu yang sukar untuk dilupakan. Manakan tidak, hampir setiap hari di Bandung, dihabiskan di Cihampelas Walk ini. Over kan? Kehkehkeh..


Jus Alpukat dan Es Nangka
Soto Daging dan Ayam Bakar
Pisang Bakar Coksuke (pisang cheese)
Tempat pertama yang dituju adalan 77 Esteller Resto. Perut dah berkeroncong minta diisi, makan jer laa jawabnya. Gua makan Soto daging dengan nasi putih, bersama Jus Alpukat. Desert sudah semestinya ada dalam list gua. gua amek pisang bakar coksuke with cheese. Adeh, sebut jer pun gua dah terliur k. Sukar untuk digambarkan rasanya tatkala kali pertama memasukkannya ke dalam mulut. Terasa seperti di awang-awangan, asyiiikkkk. Memang terbaik. Berjalan-jalan di Cihampelas Walk juga adalah sesuatu yang menenangkan, orangnya tidak terlalu ramai (kalau dibandingkan dengan shopping mall di KL laa), harga barangannya juga tidak terlalu mahal. Gua hanya mencuci mata, dan memang tidak berniat untuk membeli apa-apa di sini. Sebelah malamnya, gua dan Kak Boom berjalan di FO (Factory Outlet) di sekitar Cihampelas. Sehelai T- shirt Bandung sudah menjadi milik gua. Boleh gua gunakan untuk ke destinasi lain sekitar Bandung. Hehe.. Harganya juga tidak terlalu mahal, RP60,000 ataupun lebih kurang RM18, kualiti juga tidak mengecewakan, dan selesa. Sebelum pulang ke hotel, semestinya gua mengajak Kak Boom ke 77 Esteller Resto semula untuk menikmati desert yang sama. Haha, gua sangat suka okey. Memandangkan malam sudahpun menginjak ke angka 11, kami memutuskan untuk pulang ke hotel menaiki teksi, dan dikenakan bayaran RP50,000. T____T . Takpalah, demi keselamatan kami jugak. A looonggggg day to go for tomorrow. Nantikan sambungannya..

I Love You in Bandung,
Zana