Nuffnang Ads

Showing posts with label nasi lemak. Show all posts
Showing posts with label nasi lemak. Show all posts

27 February, 2013

Kisah Godzilla makan malam


Salam,

Gua sendiri tak tau kenapa idea untuk berblog ni kurang kebelakangan ni. Adakah gua terlalu stress di pejabat sehinggakan setiap kali gua nak menaip entri baru je, mesti akan terbantut idea. Padahal, sebelum ni kalau gi makan ke mana-mana ke, mesti gua akan bercakap dalam hati, “ Balik kang gua nak taip blog pasal ni.. yada..yada..yada..”. Tapi itulah hakikatnya manusia, hanya merancang tapi Tuhan menentukan. Kehkehkeh.. “Ayat lu macam nak kena sepak, dah pemalas tu pemalas jugaklah.. Kecohlah lu Zana.”  Kata korang di dalam hati.

Ok, teruskan. Kali ni gua nak story-mory pasal kes makan malam yang melampau tahap Godzilla dengan mommy-to-be,  Zaza. Lama gak la gua tak melepak lama-lama dengan Zaza ni. Masing-masing kesibukan dengan duniawi, mengejar harta dunia, dan ye laa, dia kan dah bersuami. Takkan gua sesuka-suki nak culik dia dari rumah mertua. Gila apa? hahaha.. so kenalah ada persefahaman di situ, ye dok? And memandangkan sabtu lepas sang suami Zaza ni ada badminton, haruslah kesempatan diambil untuk kami berdua-duaan dan bergossip panas sambil memenuhkan segala ruang di dalam perut ini. Ooo yeah.

Jam 7 malam, gua dah keluar dari rumah. Nak memandu ke Gombak, bukannya jauh. Cilok-cilok sikit, 10 minit gua dah sampai. Destinasi pertama seperti yang dirancang adalah ke ‘The Bikers Planet Café SS15’. Nak tau kenapa café ini menjadi pilihan? Sebabnya situ ada menjual Sarawak Cuisine dan bagi gua yang dah laaammmmmaaaaaa sangat tak balik kampung ni, seharusnya gua mencuba Laksa Sarawak di sana, dan Zaza pulak mencuba Mi Kolok. And guess what?? Masa kitorang sampai tu, ada 3 meja je occupied, termasuk meja gua. Café tu bagi gua, okay untuk melepak. Tapi servis, slow. Bayangkan gua punya laksa sampai almost half an hour and kuahnya suam-suam kuku je tahap kepanasan. Gua ingatkan kalau lama-lama dia akan datang dengan asap berkepul-kepul and rasa yang superb. Ok, gua kecewa. And Zaza punya meal sampai 20 minutes after me. Dalam hati dah berkata, tak maulah ke sana lagi sebab servis slow sangat. Tapi, mi kolok dia memang kena dengan tekak si Zaza, and for me, not bad. Gua juga menyukainya sebab dia punya cili kicap and combination dengan mi kolok itu sendiri di tahap OK. So, bolehlah kalau nak kembali untuk menghilangkan keinginan makan Mi Kolok. Laksa nanti gua nak booking Zaza masakkan. Hehe. Harga untuk Mi Kolok dan Laksa Sarawak yang kitorang order iz RM4.90 each. Lokasinya berdekatan dengan Mamak Pelita Subang jaya SS15 tu. Tak tau jugak? Sila google map yer.

Gambar ihsan Google

Destinasi seterusnya, gua dan Zaza menghadamkam makanan dengan shopping groceries di Giant yang baru bukak bersebelahan Pelita tu je. Gua tak ingat apa nama mall tu. Maaf. Tapi, dalam pada nak bayar tu, sempat tangan mencapai aiskrim sebelum ke kaunter. Hahaha. Dessert katanya. Gua amek perisa Tiramisu dan Zaza amek perisa Oren. Hahaha. Aiskrim murah jer yang King’s tu, 99sen each. Konon-konon kalau tak sedap, buang je la. Buruk perangai kan… tapi, dua-dua makan sampai licin sebab sedap. Hehehe.

Gambar ihsan Google

Then, guess what? Gua dengan Zaza ke ‘Warung Nasi Lemak Panas (Warisan Sambal Opah)’ pulak. Sebab so far lauk-pauk di sambal opah ni la yang bagi kami si Godzilla ni, lauknya adalah superb. Haha. Dengan hanya menaip, gua dah terliur, acane? Ok.. ok.. dengan membuat perjanjian hanya makan sebungkus nasi lemak cinonet tu sorang satu, dan lauk yang diambil hanyalah hirisan kentang nipis masak sambal manis dan paru sambal, dan segelas air suam, we managed to finish everything. Muahahaha…  gilolah. Dan harganya Cuma RM13 untuk dua orang (kalau tak silap, tapi tak lebih RM15). Sini memang gua dah repeat beberapa kali sebab memang sedap dan menjilat jari. Owh, dua lauk yang diambil adalah favourite kami. Untuk lu yang nak datang tapi tak suka paru ke  apa, no worries bebeh. Baaaanyak gila lauk yang korang boleh pilih. Lokasi? Jeng jeng jeng. Ni kat USJ 9. Silalah Google Map ye kawan-kawan. Serius tidak mengecewakan. O yeah.

Okay, tu jer kisah si Godzilla makan malam. Hehe. Sekian.

Yang Benar,
Zana

18 October, 2012

Drama Sebabak: Penjual Nasi Lemak VS Makcik Gen 2

Salam,

Hujan renyai-renyai membasahi bumi di Wangsa Maju. Gua turun dari LRT menuju ke hentian bas berdekatan untuk menaiki bas ke Taman Permata. Nasib gua baik. Bas sudah menunggu untuk mengambil penumpang ke Taman Permata, "Tak perlulah gua tunggu lama." Getus gua dia dalam hati. Senyum terukir di bibir gua setelah melabuhkan punggung di dalam bas.

Bas mula bergerak. Cuaca dingin di luar ditambahkan kedinginan aircond bas membuatkan gua  mula menguap. Gua pandang ke luar, menghitung waktu untuk sampai ke rumah. Terbayang tilam empuk di ruangan mata. "Kreeekkkk... Kruuukkk..." Huh! Mana datangnya bunyi tadi? Gua cemas. Gua toleh kiri dan kanan gua. Penumpang-penumpang lain tidak mempedulikan gua, seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Gua kaget. "Kreeekkkk... Kruuukkk... Kreeeeeeeekkkkk" Erk, bunyi apakah? Kali ini lebih panjang. Gua toleh lagi penumpang-penumpang lain. Keadaan masih sama. Tiada siapa yang mempedulikan gua. Gua diam, terasa sesuatu yang jarang-jarang gua rasa. Gua baru terperasan yang perut gua yang berbunyi minta diisi.

Bas berhenti di tepi Giant Taman Permata. Gua turun dari bas dan dari kejauhan gua nampak gerai Nasi Lemak. Pantas kaki gua melangkah ke gerai tersebut. Ini merupakan kali pertama gua membeli nasi lemak di situ. Hujan semakin lebat, tapi gua tetap hendak melunaskan kehendak perut gua. Diisi dengan makanan yang jarang-jarang gua dapat nak makan di waktu malam.

Gua menghampiri gerai tersebut dan terdengar kekecohan. Penjual nasi lemak berambut blonde sedang bertekak dengan makcik bertudung memandu Gen 2.

Nasi Lemak: Yelaahhh... Makcik ingat saya ni robot ke apa.
Makcik Gen 2: Amboiii... Mulut ko. Aku sepak ko nanti.
Nasi Lemak: Siapa yang mulakan dulu? Makcik suruh saya cepat, saya bukannya robot.
Makcik Gen 2: Ko jangan sampai aku terbalikkan meja ko tu. Lempang ko karang haa..
Nasi Lemak: Sesuka hati nak lempang orang. Mak aku pun tak pernah nak lempang. (merungut tapi cukup untuk telinga makcik tu dengar sambil buat muka masam)

Makcik Gen 2 terus berlalu dengan Gen 2 nya. Penjual Nasi Lemak terus memaniskan muka depan gua. Gua membuat pesanan. Perasaan ingin tahu gua memuncak.

Gua: Dik, kenapa tadi tu?
Nasi Lemak: Yelah kak. Dia suruh saya cepat-cepat, saya bukannya robot. kalau cakap baik-baik macam, "Tolong cepat sikit boleh?" sejukla sikit hati saya ni. Ni dahlah cakap kasar-kasar "Cepat sikit ehhh". Saya jawablah saya bukannya robot. Dia nak cepat sebab ada kereta belakang dia.Tu yang dia kecoh nak cepat.
Gua: Gelabahlah makcik tu. Kalau nak beli, pergilah parking. Ingat drive-thru apa.
Nasi Lemak: Itulah pasal. Pergilah parking kan. Dahlah bahasa cakap dengan orang kasar.
Gua: Sabar dik. Adat berniaga memang macam tu. Customer ni macam-macam ragamnya.
Nasi Lemak: Hmm, yelah kak. Nak buat macam mana. (sambil menghulurkan bungkusan berisi nasi lemak kepada gua.)
Gua: Itulah. Banyak-banyak bersabar yer. Balik dulu.

Gua berlalu setelah membayar harga nasi lemak. Pada pemerhatian gua, makcik Gen 2 tu berlagak sangat. Lu ingat lu senior jadi lu boleh nak bagi arahan pada orang sesuka hati ke makcik? Kalau makcik nak orang hormat makcik, makcik kena belajar hormat orang lain dulu. Dan kalau gua berada di tempat adik tersebut, gua akan lakukan perkara yang sama. Makcik pandai nak bagi arahan kepada orang sebab makcik rasakan diri makcik sudah tua dan orang-orang muda patut mendengar arahan makcik. Well makcik, makcik salah. Kalau anak-anak makcik, anak saudara makcik, cucu cicit, dan semua yang kena mengena dengan makcik, makcik bagilah arahan macam mana pun, memang diorang maki dalam hati jer kalau tak puas hati. Ni anak orang yang makcik pi hentam, memanglah berapi budak tu sebab makcik takda kena-mengena dengan dia. Tahniah makcik, sebab makcik dah glemer dalam blog saya.

Itu jer gua nak cerita. Cerita ni berlaku 2 hari lepas, tapi gua baru nak update. Haih, kan gua kata gua busy. Huhu. Pengajarannya, lu pikirlah sendiri.

Pembeli Nasi Lemak aka Saksi kejadian,
Zana