Nuffnang Ads

19 September, 2014

Diet Atkins - Day 6

Salam,

Hello semua. Wah wah. Entri taman negara tu later lah sebabnya kan gambar tak dapat nak transfer kat lappy. Payah sikit di situ. Huhu.

Ok, nak kasi progress diet gua. Ini masuk hari ke 6. Punyalah obses sampai hari-hari menimbang. Hahaha. Pompuan gila memang macam ni. Tapi hari-hari adalah happy. Sebab ada penurunan. Syukurrr.

Tapi kan sebelum tu nak bagitau yang gua hari-hari buat light workout jer tak berapa berani nak extreme sangat. But mostly gua upload kat instagram gua. meh gua cerita serba sedikit apa yang gua buat hari-hari.

Ahad -
Cardio exercise for beginner 10 minutes at home (pagi).
Walking around kawasan rumah je (2km) and panjat bukit sikit depan rumah (petang).

Isnin -
Badminton (malam)

Selasa (public holiday) -
Walking and jogging at titiwangsa (pagi)

Rabu -
Dancing class (petang)

Khamis -
Gym : buat cardio jer. Cycling and threadmill (petang).

Serius korang. Memang gua buat tak berapa nak extreme. Nak kasi peluh keluar je. Sebab nak biasakan jantung gua pam darah so boleh terima lain-lain exercise yang lebih lagi di masa akan datang. Lagipun gua cepat letih.

Pasal makan pun memang gua tak amek carbs. Nasi, bihun, mi, makanan bertepung semua tu dah masuk hari ke enam gua tak amek. Seksa? Beauty is pain katanyaaaa.

Kawan-kawan? Ramai yang menyokong gua. Bagi moral support. Yang negative thinking kita abaikan dan biarkan berlalu bagai angin yang lalu. Semoga semangat ini berkekalan. Kena buat betul-betul. Minum ais dan manis memang takda dah. Hari-hari menogok air masak or suam berliter-liter. Mula-mila memang seksa gila nak minum. Kejap-kejap ke toilet. Masuk hari ke 4 dah okay sikit. Tanpa dipaksa gua togok selamba 2.5 liter sebelum lunch hour. Ada jugak time gua stress which was yesterday, gua minum 1.5 liter je. So, tips nya tak boleh stress. Cepat-cepat kena overcome stress tu, okay?

Next week parent gua turun KL. Cabaran gak tu. Mesti nak makan sedap-sedap so gua kena bersedia. No cheat day. Not yet. Padahal dalam hati dah nak pesan macam-macam dari Sarawak nun. Hahaha. Owh roti mentega Mita kegemaranku. Kena berkorban lah. Nanti-nanti pun boleh makan. Huhu.

Owh, ini hari ke 6 so gua pun proud dengan diri sendiri yang gua dah turun 4 kg. Alhamdulillah. Sendiri teruja dengan penurunan itu.  Tengok after 2 weeks plak nanti cemana. Gua nak support dari korang gak taw taw taw. Huhuhu. Thanks korang.

Argh, arini baru minum air masak sikit. Oklah korang, gua nak menogok air dulu. Ekekeke. Sesuatu sangat menogok-nogok. K bye.

Xoxo,
Zana

14 September, 2014

Diet Atkins - First Day

Salam,

Selamat bersiaran di hari minggu. Gua update pakai fon je ni. Malas nak bukak laptop. Sekarang baru lepas 10 minutes workout. Tapi memang berbaloi bila nengok peluh yang keluar. Tak taulah korang tapi bagi gua yang jenis liat exercise ni, mencurah-curah mengalahkan hujan pagi ni.

Oh ya. Untuk kali yang keberapa entah kata nak diet lah nak kurus lah... Tapi untuk kali ni, please doakan kegigihan gua berterusan. I just had my breakfast with atkins diet. Di hujung nanti gua share gambar (poyo!). Hahaha. Untuk kali ni, Atkins Diet menjadi pilihan gua sebab nengok ramai dah berjaya dengan disiplin tinggi. In sha Allah gua pun boleh. Penat mengusung lelemak jahat dari kecik. Asyik mengah je ni. Jalan sikit, mengah. Naik tangga, mengah. Tak boleh jadi ni.

And then after buat kajian dan pembacaan, maka Diet Atkins menjadi pilihan. Mungkin ada yang tak sependapat dengan gua. Tapi biarlah gua tenang dengan pilihan gua ni. Cuma kena kuatkan semangat dan workout workout workout. Eh, jangan ingat workout kena angkat besi2 abang sado je. Gua bermula dengan cardio exercise for beginner. Pi cari YouTube, memang berlambak. Dan juga badminton, bila ada invitation. Eceh. Selain mengikut menu diet yang betul. Lepas ni sapa-sapa ajak makan, bertabahlah. Ahh, bertabah tu untuk gua. Hahaha.

Remember your target. Remember your target. Remember why you are doing this! Ok, enough.

P/s: untuk telur separuh masak ni, just tabur sedikit garam n pepper. Kicap soya cair tak elok sbb berunsurkan kekacang. Ada carbs yang agak tinggi. ;)

Love,
Zana

11 September, 2014

Cerita Taman Negara nanti eh...

Salam,

Since gambar tak boleh nak transfer lagi, so tak dapat nak bercerita pasal Taman Negara, and merasalah baca bebelan gua yang tak berkesudahan. Ada je nak menaip cerita-cerita. Haha. As of semalam beriya kata nak jogging and gym, gua balik rumah konon nak tukar baju sukan, then end up tidur sebab semalam kan mendung semacam belah petang. Merasalah bangun-bangun dan kelaparan, Lynn dah balik, so let’s masak sardine and telur dadar. Menu bujang tapi sedap je telan. Kak Boom sampai lewat sikit and habiskan makanan semua, so takda pembaziran, Alhamdulillah.

As of today, Nisa’ ajak me and Wan lunch. So Nisa’ yang dah amek cuti today datang KLCC and we met up depan Sephora. And we decided to have our lunch at Chilis. Luckily tak lama menunggu, around 10 minutes dah dapat tempat. Murah rezeki Miss Nisa’ ni belanja kitorang. Sembang-sembang, girls talk, getting to know each other more. And yes, mereka berdua ni adalah teman yang gua kenali melalui media sosial. Nisa’ dah jumpa 3 kali, and Wan pulak 2 kali. Semoga frenship ni berkekalan, sebab dua-dua ni kepala boleh tahan gak makin dilayan makin menjadi. Tak lama pun melepak, menyembang sambil mengisi perut. Until next meet up session, nanti turn gua or Wan plak belanja. In sha Allah.

Then malam ni dapat invitation dari Charlie, main badminton dengan geng lain plak. Something new jugak for me, but kata nak penuhkan aktiviti. Segan plak kalau pergi sorang, so gua ajak Nisa’ and Wan join skali. Wan dah konfem-konfem tak boleh, sebab parent jenis strict, so takpa. Nisa’ akan confirmkan later. Kalau Nisa’ okay nak join, then gua okay nak pergi malam ni. Otherwise, I am so sorry Charlie. Gua hanyalah seorang insan yang pemalu. Phui!

Next plan? Kena tunggu. Weekend belum ada aktiviti so far. Khabarnya si MK kerja, so tengok nanti cemana. Nak plan beriya-iya gua malas, kang tak jadi, kecewa akhirnya. Geng badminton dengan jejaka-jejaka Selasa lepas nak main sabtu ni, itu pun gua tak boleh nak decide. Tunggulah hari dan waktunya, in shaAllah. Kalau takda hal apa, gua join je lah.

And one more thing, gua baru lepas register untuk NM Glaxy Run 4th series, 30 Nov 2014 di Cyberjaya. Jom lah korang ramai-ramai. I am addicted to join this kind of event. Harap semangat berkekalanlah hendaknya. Amin.

Xoxo,
Zana

10 September, 2014

haaa..gapo dio?

Salam,

Macam apa yang gua ceritakan last week, sekarang gua penuh dengan aktiviti membizikan diri dan cuba bersosial lebeh sikit. Haha. Sosial bukan bermaksud gua terkinja-kinja di kelab malam. Oh tidak, zaman itu sudah berlalu dan gua tak pernah suka bila kaki melangkah masub ke kelab malam. Bagi gua live band, maka hiduplah gua dan happy fefeeling rockstar, gitchewww! Melalut dah ni.

Ok, so last weekend aktiviti gua nak bawak Chan ke Taman Negara Pahang yang sekian lama dah dirancang. What I can say, it was an awesome trip! Seriously, each and everyone of us should go to Taman Negara. Joined by Boom2 (the organizer), Yati, Chan, Jerry, Jayden and me. Will blog about the trip soon. Kena bagi details so boleh la korang refer nanti kan.

And then, last night gua tarik Kak Boom join main badminton dengan kawan-kawan virtual gua. hahaha. Berdebar first time jumpa. End up, kami berdua je perempuan, and the others adalah  8 awesome guys. Hahahaha. Gua kan pemalu kekonon (phui!). so tak banyak cakap and main jer lah ikut dan. Segan, diorang terror tapi still main ikut rentak. Saja nak keluarkan peluh. Bukan terror pun main. Hahaha. Diorang semua setuju nak main setiap selasa, tapi tempat je lah berubah2. Kalau takda halangan, gua join je la nanti. Lagipun geng lagi satu pun main seminggu sekali. Ni lagi gua nak menambahkan aktiviti gua dengan gaya hidup sihat. In sha Allah.

Sekarang gua ada di Bangi. Kena ganti one of my colleague yang EL sebab accident. Awal-awal pagi my boss dah call suruh pergi Bangi, so marilah pergi. Kerja habis, sementara tunggu user balik, tu yang mengupdate. Cadangnya balik ni nak pergi gym. Gym laa sangat. Mengenangkan betapa jemnya jalan balik nanti, kena buat plan lain. Jogging kot.tapi tak tau lagi nak ke mana kaki ni nak pergi jap lagi. Ke balik je? Huahuahua.

Oklah, mata gua dah layu sangat sekrang sebab serius gua kebosanan. So, later..

Xoxo,
Zana

04 September, 2014

Sikit punya hapdet!

Salam,

Sooooo, nak mengupdate gak. Dah September dah ni. Hahaha. Banyak cerita-ceritu tak dan gua nak ceritakan di sini. Life dah kembali normal. Badminton session dah jadi weekly activities balik dah. In sha Allah akan ada another session but with another group of friends. Tengok macam mana nanti. Kalau jadi, minggu depan start. Meanwhile, akan ada two sessions in a week. Semoga bertabahlah gua dan boleh menjadi pelapis pemain badminton untuk Wangsa Maju. Hehehe. Main pun sekadar tegak-tegak tunggu bola datang, ada hati nak jadi pelapis. Phuii!~

Banyak je agenda gua sekarang ni. Dan banyak je cerita lepas-lepas gua tak sempat lagi nak menaip di sini. This coming weekend ada short trip with Chan. Maybe akan bergerak dengan dua kereta. Harap-harapnyalah jadi yang diorang nak join tu. The more the merrier. Will blog about the short trip soon, in sha Allah. Tak lama pun, 2 hari je nak back to nature. Hehehe, nature laa sangat. But yeap, quite excited sebenarnya. Kan gua dah menggelijat nak berjalan. Semoga selamat semuanya. Amin.

Then last week baru jer gua belikan tiket for my parent datang hujung bulan ni. Weekend trip jer. Tu kena buat another plan with them. Takkan nak lepak KL je, kemon Zana, you can do better than this. So, nanti fikirkan. And will update about it too. Kena plan elok-elok dulu. Haaa, tiket untuk next month punya trip. Si Ajid dah sexcited gila nak berjalan. Kesian. Hahaha. So next month will be our first trip together, and it will be the beginning to another excitement tripsss? Who knows. Too bad Ajid is in Kuching now. Kalau tidak, this weekend memang dah tarik dia sekali. Kehkehkeh. Tunggu je lah. Dah tak lama, yang penting tiket settle dulu. Hujung bulan baru nak beli sebab tiket tak dibukak awal. Hanya boleh beli sebulan sebelum. So okay, kena cepat-cepat. Settlekan tiket and wait to pack my backpack again. Yebba!

Aaaaaaaa…sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi ada date nak menonton “Lucy” dengan Kak Boom jap lagi. So bye.

Xoxo,

Zana