Nuffnang Ads

Showing posts with label diet atkins zana. Show all posts
Showing posts with label diet atkins zana. Show all posts

19 September, 2014

Diet Atkins - Day 6

Salam,

Hello semua. Wah wah. Entri taman negara tu later lah sebabnya kan gambar tak dapat nak transfer kat lappy. Payah sikit di situ. Huhu.

Ok, nak kasi progress diet gua. Ini masuk hari ke 6. Punyalah obses sampai hari-hari menimbang. Hahaha. Pompuan gila memang macam ni. Tapi hari-hari adalah happy. Sebab ada penurunan. Syukurrr.

Tapi kan sebelum tu nak bagitau yang gua hari-hari buat light workout jer tak berapa berani nak extreme sangat. But mostly gua upload kat instagram gua. meh gua cerita serba sedikit apa yang gua buat hari-hari.

Ahad -
Cardio exercise for beginner 10 minutes at home (pagi).
Walking around kawasan rumah je (2km) and panjat bukit sikit depan rumah (petang).

Isnin -
Badminton (malam)

Selasa (public holiday) -
Walking and jogging at titiwangsa (pagi)

Rabu -
Dancing class (petang)

Khamis -
Gym : buat cardio jer. Cycling and threadmill (petang).

Serius korang. Memang gua buat tak berapa nak extreme. Nak kasi peluh keluar je. Sebab nak biasakan jantung gua pam darah so boleh terima lain-lain exercise yang lebih lagi di masa akan datang. Lagipun gua cepat letih.

Pasal makan pun memang gua tak amek carbs. Nasi, bihun, mi, makanan bertepung semua tu dah masuk hari ke enam gua tak amek. Seksa? Beauty is pain katanyaaaa.

Kawan-kawan? Ramai yang menyokong gua. Bagi moral support. Yang negative thinking kita abaikan dan biarkan berlalu bagai angin yang lalu. Semoga semangat ini berkekalan. Kena buat betul-betul. Minum ais dan manis memang takda dah. Hari-hari menogok air masak or suam berliter-liter. Mula-mila memang seksa gila nak minum. Kejap-kejap ke toilet. Masuk hari ke 4 dah okay sikit. Tanpa dipaksa gua togok selamba 2.5 liter sebelum lunch hour. Ada jugak time gua stress which was yesterday, gua minum 1.5 liter je. So, tips nya tak boleh stress. Cepat-cepat kena overcome stress tu, okay?

Next week parent gua turun KL. Cabaran gak tu. Mesti nak makan sedap-sedap so gua kena bersedia. No cheat day. Not yet. Padahal dalam hati dah nak pesan macam-macam dari Sarawak nun. Hahaha. Owh roti mentega Mita kegemaranku. Kena berkorban lah. Nanti-nanti pun boleh makan. Huhu.

Owh, ini hari ke 6 so gua pun proud dengan diri sendiri yang gua dah turun 4 kg. Alhamdulillah. Sendiri teruja dengan penurunan itu.  Tengok after 2 weeks plak nanti cemana. Gua nak support dari korang gak taw taw taw. Huhuhu. Thanks korang.

Argh, arini baru minum air masak sikit. Oklah korang, gua nak menogok air dulu. Ekekeke. Sesuatu sangat menogok-nogok. K bye.

Xoxo,
Zana

14 September, 2014

Diet Atkins - First Day

Salam,

Selamat bersiaran di hari minggu. Gua update pakai fon je ni. Malas nak bukak laptop. Sekarang baru lepas 10 minutes workout. Tapi memang berbaloi bila nengok peluh yang keluar. Tak taulah korang tapi bagi gua yang jenis liat exercise ni, mencurah-curah mengalahkan hujan pagi ni.

Oh ya. Untuk kali yang keberapa entah kata nak diet lah nak kurus lah... Tapi untuk kali ni, please doakan kegigihan gua berterusan. I just had my breakfast with atkins diet. Di hujung nanti gua share gambar (poyo!). Hahaha. Untuk kali ni, Atkins Diet menjadi pilihan gua sebab nengok ramai dah berjaya dengan disiplin tinggi. In sha Allah gua pun boleh. Penat mengusung lelemak jahat dari kecik. Asyik mengah je ni. Jalan sikit, mengah. Naik tangga, mengah. Tak boleh jadi ni.

And then after buat kajian dan pembacaan, maka Diet Atkins menjadi pilihan. Mungkin ada yang tak sependapat dengan gua. Tapi biarlah gua tenang dengan pilihan gua ni. Cuma kena kuatkan semangat dan workout workout workout. Eh, jangan ingat workout kena angkat besi2 abang sado je. Gua bermula dengan cardio exercise for beginner. Pi cari YouTube, memang berlambak. Dan juga badminton, bila ada invitation. Eceh. Selain mengikut menu diet yang betul. Lepas ni sapa-sapa ajak makan, bertabahlah. Ahh, bertabah tu untuk gua. Hahaha.

Remember your target. Remember your target. Remember why you are doing this! Ok, enough.

P/s: untuk telur separuh masak ni, just tabur sedikit garam n pepper. Kicap soya cair tak elok sbb berunsurkan kekacang. Ada carbs yang agak tinggi. ;)

Love,
Zana