Nuffnang Ads

27 August, 2014

Allah Selamatkan Kamuuuuuu, Boom Boom!

Salam,

Tak da masa banyak nak update cuma nak mengabadikan ucapan SELAMAT HARI JADI kepada Kak Boom. Adalah beberapa entri gua tulis pasal Kak Boom ni, my ex-housemate semasa tinggal di Equine Park satu masa dahulu. Dan pernah beberapa kali travel bersama-sama tapi langkah dia jauh dari gua. Takpe, gua slow-slow dulu travel ni. Kasi can dia explore. Huhihe.

To Kak Boom,

Ayat ni memang sesuwai untuk ko --->Age is strictly a case of mind over matter, if you don't mind, it doesn't matter. Happy Birthday! p/s: aku tau ko mana ada kisah! hahaha.

Nah, pic birthday girl di bawah.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SCROLL DOWN.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SCROLL DOWN.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KEEP SCROLLING.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TADAAAAAAA
.
.
.
.
Ini masa pergi Langkawi hari tu.


:-)

Love, 
Zana

19 August, 2014

Macam-macam cerita

Salam,

Hola! Lama dah nak mengupdate tapi katanya lepas raya kerja makin menimbun, haruslah mengutamakan periuk nasik terlebih dahulu, ye dok. Huhuhu. Life gua lately, okay je. Dah nak masuk 30an (erkkk!!) kan, so haruslah sedikit matang. Sedar tak sedar dah 9 tahun gua berada di bumi Semenanjung Malaysia ni. Keinginan nak balik ke kampung halaman pun ada, lebih-lebih lagi semenjak dua menjak kakak gua dah kahwin ni. Kesian plak mak ayah gua bila rumah sunyi, berdua je lah mengadap rumah, dan adik gua pun ada tapi biasalah anak lelaki, ada pun macam takda. Hahaha, keluarrrr je kerja dia.

So last week, dapat kunjungan dari rakan sekolah. It was a short meet up session. Kan gua ada cakap di entri lepas yang gua getting closer with kawan-kawan sekolah rendah dan diorang siap create group Whatsapp kan. Nak dijadikan cerita, one of them jadi tokey petis dan kacang sambal. Si tokey Mazidah ni la gua pergi order nak jugak kacang sambal sebab terbayang-bayang kesedapannya. Gua siap request buat pedas-pedas padahal tak sedar diri yang baru lepas kena gastrik aritu. Mihmihmih. And owh, gua order sekali dengan petis. Gua suruh je post tapi memandangkan sorang lagi kawan gua dalam group nak balik KL, berbaik hati nak tolong bawakkan and hantar kat gua. Aww, sweet! It was supposed to be our lepak-lepak session or reunion session even its just the two of us (me & Ajid); tapi seems Ajid ada kerja nak kena kejarkan, and me masa tu tengah office hours, so it was a short meet up session je; whereby gua turun and nak amek kacang pedas and petis kiriman si Mazidah. Oh my! Oh my! Lama gila tak jumpa si pengurus artis seorang ni, sampaikan bila jumpa masing-masing tak berhenti cakap sampai after said bye-bye pun we still keep on gossiping (read: talking). Tak puas lagi tu, so sambung plak dalam Whatsapp. Hahahaha. Padahal memasing dah add each other on FB lamaaaa dah tapi itulah, eksyen. Tak tegur sangat tapi sekali dah jumpa, hamekkkk. We even plan to have a trip together. Maybe this coming October, there will be another trip for me with new faces. Ada lagi dua tiga orang nak follow, and yes, the more the merrier. Yang nak pergi tu pun, semua gua boleh masuk and gaul, so enough seats for 4 la kot. Tengok la this week or next week gua beli tiket. Kena confirm dulu siapa yang betul-betul nak pergi.

Trip ke Cambodia dengan geng-geng Kak Boom, gua cancel nak ikut sebab adalah few things yang gua concern. So, nanti takut sendiri rasa tak best padahal orang lain enjoy jerr kan, hahahaha, tampar sekali diri-sendiri. Tapi gua cancel even before me and Ajid plan the October trip. We’ll see how. Kaki dah menggelijat nak berjalan. Phuii! Menggelijat lah sangat. Tapi, ada rezeki gua memang nak ke Cambodia someday, entah bila. Nakkk sangat tengok batu.

So event raya, macam biasa open house here and there. Office pun buat, client buat, kawan-kawan buat, saudara-mara buat. So, mari attend semua yang mampu. Last Sunday dapat jemputan dari kakak kepada Kak Boom. So ke Seremban 2 la kami; gua, Yati and Eni. Jauh tak jauh sangat tapi bila sampai the foods; hamaigadddd… sedap gila especially sambal goreng masakan Mak Tom (mak kepada Kak Boom). Jarang dapat makan masakan mak-mak ni. Semua gua makan kecuali nasik as sebelum gerak, dah bantai Nasi Lemak, air tangan Yati. Rajin minah tu, macam mak-mak siap bekalkan Nasi Lemak untuk perjalanan jauh katanya. Jauh laa sangat, but thanks. Sedap kot. Kalau next time nak piknik, nak request Yati masak Nasi Lemak macam tu. Mesti best bila makan di tepian air terjun sambil mendengar deruan air yang menghempas batuan. Kehkehkeh.

And semalam pulak, masa nak gerak pergi kerja, sekali bateri kereta kong plak. Kereta tak boleh start. Ohoooiiii, awak ni kan Bumbee, kenapalah tak bagi warning dulu. Tapi syukur gak. Dibuatnya bateri kong masa kat tempat lain? Menggagau mintak tolong orang, itupun kalau ada yang nak tolong kan. Hehehehe. Alhamdulillah, dipermudahkan. Gua kerja dari rumah, message boss bagitau pasal kereta, and petang tunggu Lynn balik dan cari bengkel berdekatan. Hehehe. 7pm, settled masalah. Thank you housemate. And then Dila datang nak berjumpa-jumpa raya. Lama tak jumpa si Dila, marilah makan-makan di Octopus Sushi & Thai restaurant. Gua nak try je kedai ni sebab tak pernah plak menyinggah ke sini bila ke Wangsa Walk. Bertiga lepak sana dengan Lynn. Makanan dia biasa jer tapi harga agak mahal bagi gua. And then Lynn balik, gua dengan Dila sambung plak karaoke session walaupun dalam hati takda rasa nak menyanyi. Layankan saja permintaan si Dila ni. Pukul 10 malam, gua dah sampai ke rumah balik, dan mentidur.

Ok, habis dah waktu senggang, nak menyambung kerja dah. Nanti gua cerita-ceritu lagi ye.

Saya,

Zana

08 August, 2014

s0meb0dy that i Used t0 kn0w

Salam,







Sometimes, you just have to erase the messages, delete the numbers and move on. You don't have to forget who that person was to you; only accept that they aren't "that" person anymore.

Xoxo,
Zana

04 August, 2014

After Raya

Salam,

Alhamdulillah, gua dah selamat pulang ke KL. Dah pun memulakan rutin dan tugas harian di pejabat. Sekejap je 11 hari berlalu. Balik ke kampung halaman, melepas rindu dengan keluarga yang tercinta. Huhu. Perjalanan gua syukur Alhamdulillah, Selamat.

Nak bercerita pasal raya, takda menda nak diceritakanlah. Sebab straight 5 days since raya pertama tu gua kena gastrik. Hahaha. Sedeh! Tapi adanya keluarga di sisi, terasalah diri ini dikasihi. Naaakk jugak anje-anje shkett. Kikiki.

Tapi raya kali ini sangat bermakna. Entri yang gua post sebelum gua berangkat pulang ke kampung hari tu, kan kata tak berapa rapat dengan rakan-rakan di sana, tak berapa mesra katanya. Walaupun tak berkesempatan berkunjung ke rumah rakan-rakan dan saudara-mara dek kerana serangan gastrik, perancangan Allah SWT itu adalah sebaik-baik perancangan sebenarnya. Jemputan gua dengan meng’inbox’ mereka di FB untuk meraikan perkahwinan kakak gua Sabtu lepas, walaupun tak ramai yang hadir, tapi mesej yang dihantar menjadi pengerat silaturrahim. Alhamdulillah.

Tercetus idea nak create WhatsApp group. Nak imbas kenangan zaman sekolah, memang banyak cerita gila sampaikan gua sendiri tak percaya tingkah laku masing-masing di zaman kanak-kanak. Zaman sebelum akil baligh. Hahaha. Bila dapat keep in touch semula, memang syiok lor. 80’s babies semuanya.

Oklah, dah takda idea. Kerja menimbun, almaklum first day masuk opis after looonnnggg holiday kan.

Xoxo,

Zana