Nuffnang Ads

Showing posts with label raya 2014. Show all posts
Showing posts with label raya 2014. Show all posts

04 August, 2014

After Raya

Salam,

Alhamdulillah, gua dah selamat pulang ke KL. Dah pun memulakan rutin dan tugas harian di pejabat. Sekejap je 11 hari berlalu. Balik ke kampung halaman, melepas rindu dengan keluarga yang tercinta. Huhu. Perjalanan gua syukur Alhamdulillah, Selamat.

Nak bercerita pasal raya, takda menda nak diceritakanlah. Sebab straight 5 days since raya pertama tu gua kena gastrik. Hahaha. Sedeh! Tapi adanya keluarga di sisi, terasalah diri ini dikasihi. Naaakk jugak anje-anje shkett. Kikiki.

Tapi raya kali ini sangat bermakna. Entri yang gua post sebelum gua berangkat pulang ke kampung hari tu, kan kata tak berapa rapat dengan rakan-rakan di sana, tak berapa mesra katanya. Walaupun tak berkesempatan berkunjung ke rumah rakan-rakan dan saudara-mara dek kerana serangan gastrik, perancangan Allah SWT itu adalah sebaik-baik perancangan sebenarnya. Jemputan gua dengan meng’inbox’ mereka di FB untuk meraikan perkahwinan kakak gua Sabtu lepas, walaupun tak ramai yang hadir, tapi mesej yang dihantar menjadi pengerat silaturrahim. Alhamdulillah.

Tercetus idea nak create WhatsApp group. Nak imbas kenangan zaman sekolah, memang banyak cerita gila sampaikan gua sendiri tak percaya tingkah laku masing-masing di zaman kanak-kanak. Zaman sebelum akil baligh. Hahaha. Bila dapat keep in touch semula, memang syiok lor. 80’s babies semuanya.

Oklah, dah takda idea. Kerja menimbun, almaklum first day masuk opis after looonnnggg holiday kan.

Xoxo,

Zana

23 July, 2014

Raya is just around the corner

Salam,

Yeap, dah nak beraya dah kita. Beberapa hari je lagi. Perasaan gua? More to excited nak balik kampung je. Rindu, itu sebenarnya. Rindu nak tengok mak bapak gua, adik beradik, saudara-mara. Rakan? Ada lagi ke rakan di sana? Haha. Ada, of coz. Cumanya, dah tak semesra dulu. Semua dah ada kehidupan masing-masing. Ok, itu gua faham.

Flight gua balik kampung malam ni. Guna AirAsia. Andainya ini nukilan terakhir dari gua, maafkanlah segala kesilapan dan kesalahan gua, halalkanlah makan-minum gua yang tak tersengaja mahupun yang sengaja, ampunilah bahasa-bahasa kasar gua sama ada di dalam blog mahupun di luar. Mohon kalian sedekahkan gua surah al-fatihah dan surah yaasin setiap kali teringatkan gua. Sesungguhnya, mati itu pasti. Dosa gua terlalu banyak di muka bumi ini, tak tertanggung rasanya.

Terlari topic sikit sebab banyak kejadian melibatkan kapal terbang, and yang terbaru MH17, so gua adalah sedikit cemas. Takut tak sempat minta maaf.

Anyhoo, more updates coming. Harap-harapnya kerajinan akan datang. Terbayang tengah pukul telur sampai kembang, nak buat kek raya. Yebbaaa. Cannot wait. More plans in my hometown. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin.

P/S: Salam Kosong-kosong kata ERA. Macam tak kena jer. Kan?

Tulus Mulus,
Zana