Nuffnang Ads

26 November, 2012

Baskin Robbins, Ayam Penyet, Arked Games & Adam

Salam,

Sabtu lepas gua malas nak ke mana-mana sebenarnya. Bangkit dari tidur pun matahari dah tegak atas kepala. Kehkehkeh.. Itupun gua masih bermalasan lagi atas tilam empuk gua (“pergh! Itupun mau mention ka??” kata lu). Eh eh.. kan ni blog gua, suka hati gua laa..

Sambil-sambil tu gua main-main telefon, gua called mak gua nun jauh di seberang laut. Sejam jugakla gua bercakap dengan kesayangan gua ni. Pastu, idea datang dengan tiba-tiba. Gua nak bawak Adam jalan-jalan. Rindu pulak kat Adam ni. Maya gua tak lupakan tapi Maya kecik lagi. Tambahan, dia jenis yang berkepit dengan susu badan maknya. Tambahan lagi, dia kalau mengamuk gua tak reti nak handle. Kehkehkeh, kata bujang, mestilah gua tak reti. Gua called abang gua pulak. Abang gua suruh amek Adam di Rawang. Gua bersiap sepantas mungkin dan menuju ke Rawang.

Takdelah jauh sangat pun gua bawak Adam. Cadangnya gua nak bawak dia tengok wayang je. Gua menuju ke Festival City sebab nak experienced sendiri wayang kat situ. Sebab kan tempat tu baru lagi. So saja menggedik ke situ bersama anak buah gua ni. Sampai-sampai je, gua dah lapar sebab tak lunch lagi. Terbayang nak makan nasi, jam dah pukul 4.30 dah masa tu. Breakfast dan lunch, dua-dua gua skip. Jalan punya jalan, nampak kedai Ayam Penyet, gua tarik Adam ke situ. Entah gua ke yang lapar sangat ataupun sedap betul Nasi Ayam Penyet tu. Tapi, gua tengok nasi Adam licin sepinggan. Sedap la tu gamaknya, lagi-lagi dia dapat udang. Gua orderkan dia Udang Penyet, sebab favourite Adam ni udang. Jenuh gua nak mengopek udang untuk dia. Layankan sajaaa..

Selesai makan, gua terus menuju ke panggung wayang di tingkat dua. Fuhhh… queue dia sikit punya panjang sampai ke luar. And then, gua fikir balik, pukul berapa pulak movie yang gua nak amek? Lagipun gua tak buat keputusan lagi nak menonton movie apa ni. Adam dah kebosanan masa gua dalam queue. Duk tarik gua ajak pergi main arked games. Kehkehkeh… tunggu ko besar sikit kita main games yang setanding ye nak… kesian plak gua tengok dia.

Gua: Adam nak main games dulu ke?
Adam: Nakkkk… (sambil mengangguk-angguk)
Gua: Habis tu, wayang ni? Beli tiket dulu boleh?
Adam: Laaa… mainlah dulu, lepas tu kita beli tiket wayang. Boleh?

Yes, muka merayu dan mata terkelip-kelip bercakap penuh harapan dari kanak-kanak berusia 5 tahun, gua kalah. Tak sampai hati gua tengok dia. Gua keluar dari queue dan terus bawak dia  ke arked games. Punyalah melilau mata dia melihat games kat situ. Gua tukar token semua untuk dia. Padahal hati memberontak nak main sekali. Sabarlah wahai hati… kehkehkeh…

Puas dia bermain di situ, gua ingat nak menuju ke Wangsa Walk tengok wayang di situ. Tak pun, boleh main bowling. Tapi, si Adam plak tak nak. Nak aiskrim katanya. Gua perasan ada satu kedai Gelato kat situ. Gua ingatkan nak mencuba aiskrim tu jer. Tapi Baskin Robbins yang si Adam Nampak dulu. Dia malas nak berjalan dah, gua pun singgah je laa untuk belikan dia aiskrim. Hamek kau, dia pow double scoop aiskrim. Lantaklah, bukan selalu nak treat Adam ni. Lepak makan aiskrim di Baskin Robbins dan menyembang dengan Adam ni. Pasal sekolah, reading class, ultraman (yer, gua baru tau zaman sekarang ada 3 jenis cerita ultraman) dan macam-macam lagi. Thanks incik Adam.

Adam sendiri memutuskan tak nak tengok wayang. Gua confirmkan banyak kali pun dia tetap dengan keputusan dia. Gua turutkan sahaja. Lepas pusing-pusing di Festival City, gua hantar Adam balik ke Rawang. Singgah membeli sate untuk family di Rawang. Sekali-sekala belanja family mertua abang gua ni. Sampai Rawang pun dah pukul 9 malam. Gua melepak sekejap sambil melayan kerenah Maya plak. 10.30 malam gua pulang ke rumah. Malas dah nak ke mana-mana. Lagi tenang sendiri. Puas rasanya dapat melepak bersama Encik Adam.

Si Mak Buah,
Zana

23 November, 2012

F.I.I.L

Salam,

Tertanya-tanya apa itu F.I.I.L? Kehkehkeh... Jeng! Jeng! Jeng! Friday I'm In Love (F.I.I.L). Gua memang suka hari Jumaat neh. Jumaat kan penghulu segala hari, di samping hari terakhir bekerja setiap minggu. Seronok kan? Tapi Jumaat juga merupakan hari yang panjang selalunya. Sebab? Sebab lu dah tak sabar-sabar nak habiskan waktu bekerja la derrr... Betul?

Gua minggu ni tak banyak menghabiskan waktu di rumah seperti sebelum ni. Ingat tak hari tu gua isi air bateri kat kereta gua? Tahu tak esoknya tu bateri kereta gua terus kong? Haiyok, tak boleh berfikir masa tu sebab otak penat bekerja and gua start enjin kereta tapi tak boleh plak. Try banyak kali still tak boleh. Memang gua pasti bateri kong. Padahal gua nak gi tapau je pun pas balik kerja. Lapar. Gua masuk rumah masak maggi. Haish, maggi lagi. Minggu yang paling banyak gua makan maggi setelah sekian lama. Lama ke? Lama la jugak kalau dah hampir setahun tak makan maggi. Betul?

The next day tu baru gua ingat nak pergi tukar bateri kereta gua. Masa on the way balik kerja, dalam bas si Yati call. Gua terus ajak pergi teman gua cari kedai sebab gua tak berapa familiar dengan kawasan tu lagi. Luckily si Yati available and terus pecut amek gua kat rumah. Pusing-pusing kawasan tu dapatlah satu kedai ni siap charge gua RM200 termasuk upah etc. Lantaklah. Gua malas nak cari lain padahal gua rasa boleh dapat lagi murah. Lagipun gua mintak tolong kat Yati, kesian plak nak demand lebih-lebih. Orang dah tolong pun kena bersyukur, so jangan demand. Janji masalah selesai. Betul?

Rabu malam gua balik kerja, rasa malas nak masuk rumah. Start enjin kereta, terus keluar. And baru terhegeh-hegeh nak capai telefon terus call abang gua. Rindu plak kat Adamaya (Adam & Maya) - anak-anak buah gua. Kebetulan abang gua pun nak keluar makan dengan anak bini dia, gua join je. Makan free, abang gua belanja. Alhamdulillah. Saaaaave!~ Lepas makan Adam sibuk ajak gua ke Pustaka Rakyat (kedai buku), nak beli buku katanya. Abang gua dan kakak ipar gua nak pergi gunting rambut si Maya. So, gua layankan Adam dan bawak dia ke kedai tu. Haishh, kanak-kanak ribena Adam ni, rambang mata tengok buku. Yang tak menahannya, sibuk nak beli buku Origami, tapi dalam bahasa cina. Hahaha.. Tak menahan gua gelak, gua pun tak reti baca tulisan cina, dia over kata nak buku tu. Aduh, Adam Adam... Gua carikan buku Origami dalam bahasa yang difahami. Pujuk dia amek yang gua pilih. Ah, kanak-kanak 5 tahun, setujukan je yang gua pilih. Janji Origami. Hehehe... Pastu gua pilihkan buku untuk dia belajar. Yerlaa, sekarang memang cuti sekolah tapi dia ada reading class kat sekolah dia. Suka dia buku tu sebab tebal. Yer, dia suka buku tebal. Abang gua call tanya gua kat mana sebab dia dah habis gunting rambut Maya. Gua suruh dia datang Pusatak Rakyat. Niat gua nak belikan buku-buku tu untuk Adam. Tapi, dah papa si Adam ni datang, dia amek terus bayar. Super saaaaaave!~ Betul?

Semalam pulak, balik kerja sekali dengan colleague gua. Sembang-sembang dalam LRT, si Muni kata bosan, then we decided nak pergi Wangsa Walk. Tujuan gua? Arked gamess. Yeargh! Kebetulan si Muni duduk dekat Wangsa Maju. Gua balik rumah, mandi and bersiap terus keluar amek si Muni. Terus ke Wangsa Walk, makan A&W, lama tak makan wohhh. Huhu. Layan Root Beer float double scoop, owh, nikmat dunia... Gua heret si Muni ke arked games. Yer, drum cina semestinya kami main 2 kali. Melayan keseronokan berganda, main games yang menari tu, lagu K-Pop. Dahlah dia letak benda alah tu kat depan pintu masuk, tapi tebalkan muka, walaupun tak pandai menari, kami cuba juga tapi asyik , "YOU FAILED!". Demmit! Belakang ada beberapa makhluk memerhatikan. Kehkehkeh. Lantaklah. Janji gua had fun masa tu. pastu tak mungkin jumpa dah. Ye ke tak mungkin? Ahaks~ Ada beberapa games gak gua main semalam, habis RM10 membeli token. Yes, gua sorang RM10. Keseronokan tiada bandingan gua rasa masa main kat arked games. Muni boleh dikatakan first time dah teruja nak main lagi. Hehe.. Yebbaa. Pasni ada geng dah nak main arked games.

See? Betapa tak keruannya gua duduk rumah minggu ni. Weekend tak tau lagi apa plan gua. Kan gua kata gua jenis last minute person?  Paling tidak, gua duduk rumah layan movie je. Tak pun, ke Wangsa Walk lagi. Eh? Huhu. Walaupun sorang, gua layankan jer sorang-sorang.

When I was a kid I thought I wanted all the things that I haven't got (green day),
Zana

20 November, 2012

Freedom for Gaza

Salam,


Aminn....

Gua memang sengaja meletakkan gambar di atas sebab gua nak setiap orang yang membaca gambar atas ni gua nak dia berdoa sekali untuk rakyat Gaza. Sekurang-kurangnya itu yang gua boleh bantu.

Bila gua baca cerita pasal rakyat Palestin di Gaza, hati gua sebak. Gua dapat bayangkan penderitaan mereka dan hari-hari yang mereka lalui. Syukur alhamdulillah kita masih diberi kebebasan di negara sendiri, itupun kita masih merungut dengan kehidupan seharian kita.

*gambar ihsan Google*




Pilu hati gua bila melihat gambar-gambar penduduk Palestin. Bergenang air mata mengenangkan nasib mereka. Kanak-kanak yang tak berdosa turut menjadi mangsa. Kejamnya Israel terhadap mereka, membuatkan gua tertanya-tanya, tiadakah simpati di hati mereka? Ada banyak lagi gambar yang gua sendiri tak sanggup nak share di sini. Terbayang-bayang di ruang mata gua gambar-gambar hasil kekejaman rejim Zionis.

Apa yang kita boleh lakukan? Bagi gua, join kempen-kempen yang ada secara online. Contohnya di laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan macam-macam lagi. Gua sendiri sudah menukar profile picture di Facebook gua bagi menyokong kempen untuk membebaskan penduduk di Gaza. Hentikan semua kekejaman dan serangan ke atas mereka yang tidak berdosa.




gua pilih ni sebagai DP gua di Facebook.
Juga, ada diantara kita yang menjual barangan sambil menderma untuk tabung Palestin. Dan gua sendiri dalam perancangan untuk membeli sambil menderma T-shirt bawah ni. RM10 akan disalurkan ke tabung Palestin. 


Insya-Allah, semoga kita sama-sama memperolehi pahala hasil amal jariah kita membantu sesama umat. Amin..

Freedom for Gaza,
Zana

19 November, 2012

hujung minggu dengan aktiviti ringan

Salam,

Hi readers! Hujung minggu lepas, gua sebenarnya takda apa-apa aktiviti yang dirancangkan. Yes, I'm a last minute person. Jumaat gua balik awal dari kerja. Mood serius malas gua tahap melampau, so tepat pukul 6 gua dah keluar dari opis and terkedek-kedek ke LRT. Sampai je rumah, gua tengok gelap semacam. Damn! Teringat kes pecah rumah hari tu. Meliar mata gua pantau keadaan sekeliling sebelum bukak kunci mangga kat pagar. Pantas pulak kaki gua melangkah nak masuk rumah, tak sabar-sabar nak buka lampu. Terus gua sms Yuni (housemate). Yuni balik rumah makcik dia, budak-budak baru 2 orang tu balik kampung. Roommate Yuni si Ana katanya akan balik kerja lewat. Dalam hati, legaaa sebab ada jugak yang menemani gua malam tu tidur, walaupun tak sebilik. Gua tak berani nak berkurung dalam bilik sebab kang apa-apa jadi kat luar, gua tak dengar. Seluas-luasnya pintu bilik gua buka, dan gua keluar masuk ke dapur nak buat laundry. Pastu, saja buka kipas kat ruang tamu tu paling maksimum, sebab gua nak kipas tu mengibar-ngibarkan langsir kat sliding door, jadi orang yang lalu rumah gua kat luar nampak la ada orang dalam rumah, dan perompak pun tak berani datang pecah. Haha.. Serius bodoh gila gua rasa, tapi mampuslah. Sekurang-kurangnya gua usaha nak mengelakkan kejadian buruk berulang kan. Gua tidur pukul 2 pagi sebab nak pastikan si Ana tu balik, tapi tak balik-balik gak. Tawakal gua tidur je. Esoknya pukul 9 pagi bangun terus keluar nak tengok ada tak moto si Ana, tapi takda. So, confirm gua sorang kat rumah semalam. Cis!

Gua dah jemur baju siap-siap, pastu gua bosan. Gua main-main whatsapp dengan Aina. Dia pun tak buat apa hari tu sebab husband dia kerja. Gua ajak dia lepak. Aina dah pregnant 5 bulan, comel je nampak perut dia. Aina datang tengah hari kat rumah gua terus cari tempat lunch dekat-dekat je dengan rumah gua. After lunch, balik rumah gua dan bersembang tak hengat sampai pukul 5.30, Aina balik sebab husband dia pun nak balik kerja dah. Hehe. Sunyi balik. Gua lepak ruang tamu and layan cerita kat Astro, takda yang menarik, gua dah bosan. Gua amek penyapu, terus sapu satu rumah. Siap mop. Puas hati tengok rumah bersih. Tapi baru pukul 7, arghh.. Gua dah bosan balik. Hati gua berkeras tak nak keluar jugak. Paling-paling just kuar pergi tapau je laa. Ya! Gua malas memasak sebab gua sorang. Rugi masak untuk sorang je makan. Baik beli. Tapi, masak maggi takpe. Hehe.

Gua siap-siap nak keluar, kebetulan member gua si Anip ajak dinner sekali. Nasib baik si Anip ni duduk area Wangsa Maju je, so gua janji nak jumpa kat kedai Nasi Ulam pukul 8.30. Gua order mi goreng je pun. Pas makan, gua baru teringat makanan kucing dah nak habis. Cepat-cepat gua minta diri and bergegas ke Giant Melawati. Selamat duit makan dinner sebab Anip belanja. Thanks Anip!! Cadangnya nak beli makanan kucing je. Tapi, perempuan tetap perempuan. Buah ciku, buah mangga dan siap air Vitagen gua sauk. Sampai kaunter, nampak coklat Cadbury, tiba-tiba terbayang nak makan depan TV, sauk sekali. Cis sangat!  Sampai rumah, gua layan Anugerah Industri Muzik ke 19 yang dah separuh jalan. Baring-baring depan TV, feeling sesangat time takda orang kat rumah. Si Ana tu pun tak nampak batang hidung. Lantaklah. Gua dah berani sikit sebab dah duduk sorang malam sebelumnya. Gua layan TV sampai pukul 1am, masuk tidur sebab esoknya nak bangun awal.

Sepatutnya ahad gua follow si Zaza ke kelas make up, so seawal 8.30 am gua dah bangun and masak maggi sebab takut lapar kat kelas tu nanti. Gua buat air nescafe dan potong buah ciku. Feeling mat saleh gittew amek caffein dan makan buah. Haha. Patutnya gua follow Zaza untuk menjadi model Puan Zaza di kelas make up yang dia attend, tapi tak jadi, sebab Zaza pun tak pergi. So, gua lepak rumah layan Melodi and nak tunggu keluar belah petangnya dengan Zaza, nak ke Kota Damansara makan makanan Thai yang kitorang beli voucher di Groupon. Dah postponed 2 weeks nak gi makan tapi tak pergi. Haha. Tapi, gua dah mula muak tengok TV, gua layan Whatsapp dengan kawan-kawan. Si Eni pulak kebetulan kat rumah kawan dia kat Setiawangsa, dia ajak gua pergi layan arked games, tapi gua takut nanti gua lambat pulak nak keluar dengan si Zaza, padahal awal lagi masa tu. Kalau melayan arked games ni, lama pun takpa nak spend time situ sebab memang layan wohh. Gua keluar ke Petronas nak isi minyak dan beli air bateri untuk kereta gua dalam pukul 2. Pukul 4, dapat sms dari Zaza pulak kata dia baru sampai Shah Alam attend akikah saudara belah husband dia and mungkin tak dapat pergi dengan gua makan makanan Thai. Pastu dia kata nanti confirmkan balik. Pukul 5 lebih baru dapat sms dari Zaza kata memang tak sempat. Kecewa. Gua bosan sebab satu hari tak buat apa-apa. Plan tak jadi sepanjang hari. Gua call Eni ajak main arked games. Kebetulan Odiq plak call gua ajak makan. Gua suruh Odiq amek Eni and pastu amek gua kat rumah.

Sementara menunggu, gua isi air bateri kat kereta gua. Habis sebotol. Huh! Bahaya betul. Kering air bateri gua. Hari tu servis apsal diorang tak isi erk? Nasib baik gua pergi beli masa tu dan terus isi. Odiq datang dia bawak kitorang lepak makan kat medan selera kat Ampang. Dia tak nak join main arked games. Kanak-kanak katanya. Ah, lantak.. Janji gua enjoy. Haha. Dia hantar gua dan Eni balik ke rumah gua. Gua amek kereta dan pecut pergi Wangsa Walk. Habis belasan ringgit membeli token, gua hantar Eni balik ke Setiawangsa, dan gua terus ke rumah. Puas. Dapat main arked games. Hehe.

Yang Benar,
Zana

16 November, 2012

November: It’s my Birthday :)

Salam,

Mood hari Jumaat dan gua still dalam mood cuti-cuti lagi. Over kan? Hehe.. tapi apa gua peduli, gua punya blog, gua punya suka nak tulis apa pun kan. Eh eh.. Emo plak.  *tiba-tiba*

Talking about November (tiba-tiba speaking London, ko pehal Zana??), sebenarnya gua nak cerita November ni merupakan bulan kelahiran gua di mana gua diberanakkan pada bulan November ni (11/11). Tahun ni gua berumur (ehem) 28 tahun. Ahmagadddd!!! Gua rasa umur begini dah cukup sepatutnya gua melalui kehidupan berumahtangga, but who doesn’t want kan? Maybe jodoh bagi sesetengah orang sampai awal dan mudah, tapi gua redha dengan percaturan dan ketentuan tuhan. Tuhan lebih mengetahui apa yang ditentukan kepada hambaNya. Kita Cuma berusaha dan merancang, tapi Tuhan lebih mengetahui segala-galaNya. So, gua tawakal je.

Life goes on. Hikhik. Banyak makna November bagi gua. Bulan kelahiran mak gua (14/11) yang shared the same birthday with my junior sis back in campus, Helfa Dila Tuty. Baru je lepas, and gua dah called mak gua to wish her Happy Birthdayyy, and spent time with Dila on her birthday night. Besides, birthday month to one of my close friend back in campus, Zarina (Zack) on 19/11. And also, Zack shared the same birthday with arwah Iben (al-fatihah). Adik gua Sepul was born on 27/11. And I wish to all of them, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, juga semoga kita mendapat kehidupan yang baik-baik dan diredhaiNya. Besides to Iben, gua doakan semoga roh lo dicucuri rahmat dan lo ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Al-fatihah sekali lagi. (He’s Indonesian –fyi-).

Kehidupan gua setelah berusia 28 tahun? Hmm.. apa yang gua boleh cakap, gua belum stable enough. Kan gua baru start kerja baru? So, sekarang tengah menstabilkan diri sendiri. Bayar apa-apa yang patut dibayar dan insyaAllah few months later will be back to normal. Amin...

Wish? I wish all my dreams will come true. Boleh gitu? Hikhik (gelak gedik)… oklah oklah.. gua wish semoga gua dan keluarga juga kawan-kawan gua termasuk orang-orang sekeliling gua (juga kepada lu yang sedang membaca blog ni), dikurniakan kesihatan dan kehidupan yang baik-baik. Gua juga berharap gua akan sentiasa ingat kepadaNya, tidak meninggalkan suruhanNya, dan menjadi hambaNya yang solehah dan sentiasa diredhai olehNya. Juga gua mahu menjadi anak yang taat kepada ibu bapa, dan gua mampu membahagiakan orang tua gua selagi hayat dikandung badan (cehwah). Gua harap hubungan gua dengan kawan-kawan gua akan sentiasa baik dan harmoni, dan semoga wish kawan-kawan gua terhadap diri gua yang serba kekurangan ni, akan menjadi kenyataan. Amin…

Kalau nak listkan satu-persatu sampai bila-bila pun tak habis. Well, lu pun tau kan, kehendak manusia ni tak pernah cukup. And, kepada yang wish birthday gua, THANKS A BUNCH. Really appreciate that, and as I said to few of you, the thoughts that really count. Thanks again.

P/S: Salam Maal Hijrah kepada semua. :)

I was born on 1984,
Zana

14 November, 2012

Tragedi Oktober: Rompakan di malam raya


Salam,

Haa.. gua tak tipu. Tak mau tipu-tipu okay. Gua adalah mangsa pecah rumah di malam raya. Meh gua ceritakan dari mula hingga ke hujung.

Khamis, 25 Oktober 2012, kira-kira jam 7.30 malam , gua turun dari bas dan berjalan pulang ke rumah. Hujan  renyai di petang itu membuatkan gua mempercepatkan langkah kaki supaya segera sampai. Mata gua agak berjaga-jaga ketika itu, sambil melilau-lilau dan menoleh deretan rumah di kawasan penempatan gua itu. “Erm, gelapnya rumah-rumah sini. Semua dah balik ke kampung agaknya.” Gua sekadar berkata-kata di dalam hati. Agak-agaklah bro nak suruh gua cakap kuat-kuat. Tak pasal-pasal orang kata gua gila pulak kang. Huhu.

Sampai depan pagar rumah, gua perhatikan pagar rumah agak lain dari kebiasaan.seolah-olah ditarik keluar. Keadaan gelap gelita dari luar rumah gua Kelihatan cahaya sayup-sayup dari dalam rumah. “Hish, budak-budak ni. Kalau ya pun, bukalah lampu luar sekali. Bahaya betul!” Gua cuma menggerutu di dalam hati. Gua keluarkan kunci rumah dan cepat-cepat membuka mangga dan mengunci semula. Gua tidak menghiraukan sangat keadaan pagar tersebut. Langkah kaki semakin pantas disebabkan hujan mulai melebat. Sampai depan pintu utama, gua perhatikan grill dan pintu rumah gua renggang. Hati gua mula tidak keruan. Gua dapat merasakan sesuatu yang buruk terjadi. Gua cuba mencari mangga grill, cuba positifkan diri bahawa ada housemate gua di dalam rumah dan meninggalkan sebentar pintu terbuka. Mungkin masuk ke bilik untuk mengambil barang. Gua meraba-raba tempat menyangkut mangga tersebut dan gua terkejut tatkala melihat penyangkut telah dipotong. Mangga juga tidak kelihatan.

Gua melangkah setapak ke belakang. Cuak. Dalam fikiran gua, ada “orang lain” di dalam rumah ketika itu. Gua kaget. Gua cepat-cepat melangkah ke pagar rumah dan membuka mangga. Menggeletar tak payah cerita.  Gua tak habis-habis berdoa di dalam hati supaya “orang lain” itu tidak keluar dari rumah. Pelbagai bayangan buruk tergambar di ruang mata gua. Gua meraba di dalam beg tangan untuk mencari kunci kereta. Lega. Nasib baik memang gua jenis bawa kunci kereta ke mana-mana walaupun gua tidak memandu ke tempat kerja. Gua berdiri sebentar setelah pagar terbuka luas. Cabaran seterusnya untuk masuk ke dalam kereta dan mengunci pintu kereta dan cepat-cepat keluar dari kawasan rumah. Gua buka pintu kereta dan masuk ke dalam perut kereta. Tanpa pemanasan enjin, gua reverse ke belakang dan berhenti di depan pagar rumah. Ada lagi cabaran yang menanti. Gua perlu menutup semula pagar rumah. Gua takut ada kejadian lain lagi yang tak diingini terjadi. Gua sebenarnya takut ada geng jahat lain yang masuk ke rumah. Gua menarik nafas untuk menenangkan diri. Gua capai telefon dan menghubungi housemate gua.

Gua: Hello? Eh..Yuni. Ada kat mana ye?
Yuni: Oh Zana, Yuni balik rumah makcik kat Sepang. Sekarang dalam train.
Gua: Oh ye ke. Erm, nak tanya.. Yuni tau tak, budak-budak bilik sebelah tu kan, diorang balik kampung tak?
Yuni: yup. Diorang balik. Malam tadi dah diorang gerak. Zana sorang je kat rumah malam ni.
Gua: petang tadi sebelum gerak balik rumah makcik tu, Yuni ada balik rumah tak?
Yuni: Takda pulak. Yuni terus straight gerak je tadi dari office. Kenapa ye? Macam pelik je?
Gua terus menceritakan kepada Yuni apa yang berlaku. Gua cuak untuk masuk ke dalam rumah.
Gua: Kita ingat nak pergi balai polis lah. Mintak polis temankan masuk ke dalam rumah. Serius cuak ni.
Yuni: A ah. Betul gak tu. Baik ajak polis temankan.
Gua: erm, takpelah Yuni. Nak call Iza dulu, tanya dia.

Gua segera menghubungi Iza. Iza merupakan wakil kepada tuan rumah (tapi gua syak dia empunya rumah tapi dia tak mengaku). Iza suggest gua menghubungi rukun tetangga terlebih dahulu. Gua hubungi beberapa kali tapi tiada jawapan. Gua cuba mencari di pejabat rukun tetangga tapi tiada sesiapa kelihatan di situ. Malam raya agaknya. Semua ke surau/masjid. Gua dapat sms daripada Zaza untuk mengajak gua dinner. Pantas gua menghubungi dia dan menceritakan dari A sampai Z kejadian yang berlaku.Setelah berjanji untuk mengambil Zaza di Wangsa Maju, gua memecut dan kami segera ke rumah gua semula, memerhatikan keadaan. Zaza dengan yakinnya mengatakan takda orang dah kat dalam rumah gua dan mengajak gua masuk.

Gua: Err, takutlah nak masuk. Dahlah kita berdua ni perempuan. Kalau ada lelaki, takpalah gak. Bahaya weh. Takda senjata ni.
Zaza: Ko kana da stereng lock? Aku bawak stereng lock, ko bawak payung, ok?
Haha.. tergelak gua dalam keadaan cemas masa tu. Dah macam Detektif Conan dah masing-masing.
Gua: Apa kata kita pergi dulu rukun tetangga tu. Kalau takde orang situ, baru kita patah balik then masuk rumah. Ok tak?
Zaza: Haa.. bolehlah. Check dulu lah rukun tetangga.

Kali ini, gua biarkan Zaza mencuba nasib memanggil rukun tetangga. Hampa. Gua dan Zaza bernekad untuk masuk ke rumah gua. setelah masuk ke lorong untuk ke rumah gua, dari kejauhan gua Nampak ada sebuah iswara berhenti betul-betul di depan rumah gua. Kami berpandangan. Gua berhenti perlahan-lahan dan membuka tingkap kereta. Dua orang lelaki keluar dari perut Iswara.

Gua: Abang, kenapa ni?
Lelaki 1: Ni rumah cik ke?
Gua: A ah. Ni rumah saya.
Lelaki 1: Ouh, kitorang dari rukun tetangga. Tadi dapat call kata kemungkinan kejadian pecah rumah kat sini. Cik ada call kita ke?
Gua: Tadi ada cuba call. Tapi takda orang jawab. Mungkin owner kot. Sebab tadi saya ada call owner inform dia.
Lelaki 2: Nampak gayanya macam pecah rumah ni. Takpe, kita call polis dulu sebab polis je ada hak nak masuk rumah kalau macam ni. Sebab kita takut kalau-kalau perompak ada kat dalam rumah lagi kan.

Gua cuma mengangguk. Hampir setengah jam, barulah polis sampai. Pengerusi rukun tetangga juga turut serta. Iza tiba semasa kami sedang berbincang di depan rumah. Pengerusi rukun tetangga, Cikgu Zakaria mengajak kami masuk. Cikgu Zakaria merupakan orang pertama yang masuk ke dalam rumah, diikuti gua. (Haha.. tak boleh blah gua jadi orang kedua masuk. Patutnya belakang-belakang sikit.). Lampu ruang tamu dan luar dibuka. Barulah terang-benderang. Cahaya lampu sayup-sayup yang gua nampak dari luar masa mula-mula sampai rupanya datang dari bilik gua.Pintu bilik terkangkang dan gua nampak barang-barang bersepahan. Dengan kebenaran polis, gua berlari ke dalam bilik untuk melihat apa yang berlaku.gua tidak dibenarkan mengusik barang-barang tersebut sebelum siasatan dijalankan. Gua memeriksa tempat gua menyimpan Ipad dan kamera digital.  L too late. Semua sudah disapu licin si penjenayah.


Ada bran???

Bukan sahaja bilik gua yang dipecah masuk, tapi kesemua bilik bersepah-sepah seperti tongkang pecah. Terasa bagaikan mimpi melihat apa yang berlaku. Gua bersama-sama Iza dan Zaza ke balai polis Melawati untuk membuat report. Selesai membuat report, kami menunggu pegawai penyiasat datang untuk mengambil gambar. Hampir sejam menanti, barulah pihak polis tiba. Suami Zaza, Mal sampai sebelum penyiasat tiba, menemani ‘mangsa’ di rumah. :p

Selesai semuanya, gua packing barang-barang gua nak tidur rumah Eni di Putrajaya. Gua sudah menghubungi Eni sebelum membuat laporan di balai polis, untuk menumpang tidur di rumahnya. Sampai sekarang, gua ingat lagi perasaan gua malam tu. Gua tak dapat bayangkan kalau sesuatu terjadi pada gua. Alhamdulillah, biarlah barang-barang itu hilang, asalkan tiada nyawa yang melayang. Syukur ya Allah, atas kejadian ini. Mengajar gua untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Pada yang banyak membantu, gua ucapkan jutaan terima kasih tak terhingga, terutamanya pada Zaza yang menemani gua semasa kejadian. Juga kepada Eni kerana menumpangkan gua untuk bermalam di rumahnya.Thankssss a lot!

P/S: Haha.. gua baca balik macam karangan Bahasa Melayu daaa… Hey! Nak mengutuk gua silakan blah.. Ekekeke.. Semangat gua nak bercerita, padahal lama gua tak mengupdate nih.. Hnsss… Hnsss…

Mangsa,
Zana