Sabtu lepas gua malas nak ke mana-mana sebenarnya. Bangkit
dari tidur pun matahari dah tegak atas kepala. Kehkehkeh.. Itupun gua masih
bermalasan lagi atas tilam empuk gua (“pergh!
Itupun mau mention ka??” kata lu). Eh eh.. kan ni blog gua, suka hati gua
laa..
Sambil-sambil tu gua main-main telefon, gua called mak gua
nun jauh di seberang laut. Sejam jugakla gua bercakap dengan kesayangan gua ni.
Pastu, idea datang dengan tiba-tiba. Gua nak bawak Adam jalan-jalan. Rindu
pulak kat Adam ni. Maya gua tak lupakan tapi Maya kecik lagi. Tambahan, dia
jenis yang berkepit dengan susu badan maknya. Tambahan lagi, dia kalau mengamuk
gua tak reti nak handle. Kehkehkeh, kata bujang, mestilah gua tak reti. Gua called
abang gua pulak. Abang gua suruh amek Adam di Rawang. Gua bersiap sepantas
mungkin dan menuju ke Rawang.
Takdelah jauh sangat pun gua bawak Adam. Cadangnya gua nak
bawak dia tengok wayang je. Gua menuju ke Festival City sebab nak experienced
sendiri wayang kat situ. Sebab kan tempat tu baru lagi. So saja menggedik ke
situ bersama anak buah gua ni. Sampai-sampai je, gua dah lapar sebab tak lunch
lagi. Terbayang nak makan nasi, jam dah pukul 4.30 dah masa tu. Breakfast dan
lunch, dua-dua gua skip. Jalan punya jalan, nampak kedai Ayam Penyet, gua tarik
Adam ke situ. Entah gua ke yang lapar sangat ataupun sedap betul Nasi Ayam
Penyet tu. Tapi, gua tengok nasi Adam licin sepinggan. Sedap la tu gamaknya,
lagi-lagi dia dapat udang. Gua orderkan dia Udang Penyet, sebab favourite Adam
ni udang. Jenuh gua nak mengopek udang untuk dia. Layankan sajaaa..
Selesai makan, gua terus menuju ke panggung wayang di
tingkat dua. Fuhhh… queue dia sikit punya panjang sampai ke luar. And then, gua
fikir balik, pukul berapa pulak movie yang gua nak amek? Lagipun gua tak buat
keputusan lagi nak menonton movie apa ni. Adam dah kebosanan masa gua dalam
queue. Duk tarik gua ajak pergi main arked games. Kehkehkeh… tunggu ko besar
sikit kita main games yang setanding ye nak… kesian plak gua tengok dia.
Gua: Adam nak main
games dulu ke?
Adam: Nakkkk… (sambil
mengangguk-angguk)
Gua: Habis tu, wayang
ni? Beli tiket dulu boleh?
Adam: Laaa… mainlah
dulu, lepas tu kita beli tiket wayang. Boleh?
Yes, muka merayu dan mata terkelip-kelip bercakap penuh
harapan dari kanak-kanak berusia 5 tahun, gua kalah. Tak sampai hati gua tengok
dia. Gua keluar dari queue dan terus bawak dia
ke arked games. Punyalah melilau mata dia melihat games kat situ. Gua
tukar token semua untuk dia. Padahal hati memberontak nak main sekali. Sabarlah
wahai hati… kehkehkeh…
Puas dia bermain di situ, gua ingat nak menuju ke Wangsa
Walk tengok wayang di situ. Tak pun, boleh main bowling. Tapi, si Adam plak tak
nak. Nak aiskrim katanya. Gua perasan ada satu kedai Gelato kat situ. Gua
ingatkan nak mencuba aiskrim tu jer. Tapi Baskin Robbins yang si Adam Nampak
dulu. Dia malas nak berjalan dah, gua pun singgah je laa untuk belikan dia
aiskrim. Hamek kau, dia pow double scoop aiskrim. Lantaklah, bukan selalu nak
treat Adam ni. Lepak makan aiskrim di Baskin Robbins dan menyembang dengan Adam
ni. Pasal sekolah, reading class, ultraman (yer,
gua baru tau zaman sekarang ada 3 jenis cerita ultraman) dan macam-macam
lagi. Thanks incik Adam.
Adam sendiri memutuskan tak nak tengok wayang. Gua
confirmkan banyak kali pun dia tetap dengan keputusan dia. Gua turutkan sahaja.
Lepas pusing-pusing di Festival City, gua hantar Adam balik ke Rawang. Singgah
membeli sate untuk family di Rawang. Sekali-sekala belanja family mertua abang
gua ni. Sampai Rawang pun dah pukul 9 malam. Gua melepak sekejap sambil melayan
kerenah Maya plak. 10.30 malam gua pulang ke rumah. Malas dah nak ke mana-mana. Lagi tenang sendiri. Puas rasanya dapat melepak bersama Encik Adam.
Si Mak Buah,
Zana
No comments:
Post a Comment