Mood hari Jumaat dan gua still dalam mood cuti-cuti lagi.
Over kan? Hehe.. tapi apa gua peduli, gua punya blog, gua punya suka nak tulis
apa pun kan. Eh eh.. Emo plak. *tiba-tiba*
Talking about November (tiba-tiba
speaking London, ko pehal Zana??), sebenarnya gua nak cerita November ni
merupakan bulan kelahiran gua di mana gua diberanakkan pada bulan November ni
(11/11). Tahun ni gua berumur (ehem) 28
tahun. Ahmagadddd!!! Gua rasa umur begini dah cukup sepatutnya gua melalui
kehidupan berumahtangga, but who doesn’t want kan? Maybe jodoh bagi sesetengah
orang sampai awal dan mudah, tapi gua redha dengan percaturan dan ketentuan
tuhan. Tuhan lebih mengetahui apa yang ditentukan kepada hambaNya. Kita Cuma
berusaha dan merancang, tapi Tuhan lebih mengetahui segala-galaNya. So, gua tawakal
je.
Life goes on. Hikhik. Banyak makna November bagi gua. Bulan
kelahiran mak gua (14/11) yang shared the same birthday with my junior sis back
in campus, Helfa Dila Tuty. Baru je lepas, and gua dah called mak gua to wish
her Happy Birthdayyy, and spent time with Dila on her birthday night. Besides,
birthday month to one of my close friend back in campus, Zarina (Zack) on
19/11. And also, Zack shared the same birthday with arwah Iben (al-fatihah).
Adik gua Sepul was born on 27/11. And I wish to all of them, semoga panjang
umur dan dimurahkan rezeki, juga semoga kita mendapat kehidupan yang baik-baik
dan diredhaiNya. Besides to Iben, gua doakan semoga roh lo dicucuri rahmat dan
lo ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh dan beriman. Al-fatihah
sekali lagi. (He’s Indonesian –fyi-).
Kehidupan gua setelah berusia 28 tahun? Hmm.. apa yang gua
boleh cakap, gua belum stable enough. Kan gua baru start kerja baru? So,
sekarang tengah menstabilkan diri sendiri. Bayar apa-apa yang patut dibayar dan
insyaAllah few months later will be back to normal. Amin...
Wish? I wish all my dreams will come true. Boleh gitu?
Hikhik (gelak gedik)… oklah oklah..
gua wish semoga gua dan keluarga juga kawan-kawan gua termasuk orang-orang
sekeliling gua (juga kepada lu yang
sedang membaca blog ni), dikurniakan kesihatan dan kehidupan yang
baik-baik. Gua juga berharap gua akan sentiasa ingat kepadaNya, tidak
meninggalkan suruhanNya, dan menjadi hambaNya yang solehah dan sentiasa
diredhai olehNya. Juga gua mahu menjadi anak yang taat kepada ibu bapa, dan gua
mampu membahagiakan orang tua gua selagi hayat dikandung badan (cehwah). Gua harap hubungan gua dengan
kawan-kawan gua akan sentiasa baik dan harmoni, dan semoga wish kawan-kawan gua
terhadap diri gua yang serba kekurangan ni, akan menjadi kenyataan. Amin…
Kalau nak listkan satu-persatu sampai bila-bila pun tak
habis. Well, lu pun tau kan, kehendak manusia ni tak pernah cukup. And, kepada
yang wish birthday gua, THANKS A BUNCH. Really appreciate that, and as I said
to few of you, the thoughts that really count. Thanks again.
P/S: Salam Maal Hijrah
kepada semua. :)
I was born on 1984,
Zana
No comments:
Post a Comment