Nuffnang Ads

14 November, 2012

Tragedi Oktober: Rompakan di malam raya


Salam,

Haa.. gua tak tipu. Tak mau tipu-tipu okay. Gua adalah mangsa pecah rumah di malam raya. Meh gua ceritakan dari mula hingga ke hujung.

Khamis, 25 Oktober 2012, kira-kira jam 7.30 malam , gua turun dari bas dan berjalan pulang ke rumah. Hujan  renyai di petang itu membuatkan gua mempercepatkan langkah kaki supaya segera sampai. Mata gua agak berjaga-jaga ketika itu, sambil melilau-lilau dan menoleh deretan rumah di kawasan penempatan gua itu. “Erm, gelapnya rumah-rumah sini. Semua dah balik ke kampung agaknya.” Gua sekadar berkata-kata di dalam hati. Agak-agaklah bro nak suruh gua cakap kuat-kuat. Tak pasal-pasal orang kata gua gila pulak kang. Huhu.

Sampai depan pagar rumah, gua perhatikan pagar rumah agak lain dari kebiasaan.seolah-olah ditarik keluar. Keadaan gelap gelita dari luar rumah gua Kelihatan cahaya sayup-sayup dari dalam rumah. “Hish, budak-budak ni. Kalau ya pun, bukalah lampu luar sekali. Bahaya betul!” Gua cuma menggerutu di dalam hati. Gua keluarkan kunci rumah dan cepat-cepat membuka mangga dan mengunci semula. Gua tidak menghiraukan sangat keadaan pagar tersebut. Langkah kaki semakin pantas disebabkan hujan mulai melebat. Sampai depan pintu utama, gua perhatikan grill dan pintu rumah gua renggang. Hati gua mula tidak keruan. Gua dapat merasakan sesuatu yang buruk terjadi. Gua cuba mencari mangga grill, cuba positifkan diri bahawa ada housemate gua di dalam rumah dan meninggalkan sebentar pintu terbuka. Mungkin masuk ke bilik untuk mengambil barang. Gua meraba-raba tempat menyangkut mangga tersebut dan gua terkejut tatkala melihat penyangkut telah dipotong. Mangga juga tidak kelihatan.

Gua melangkah setapak ke belakang. Cuak. Dalam fikiran gua, ada “orang lain” di dalam rumah ketika itu. Gua kaget. Gua cepat-cepat melangkah ke pagar rumah dan membuka mangga. Menggeletar tak payah cerita.  Gua tak habis-habis berdoa di dalam hati supaya “orang lain” itu tidak keluar dari rumah. Pelbagai bayangan buruk tergambar di ruang mata gua. Gua meraba di dalam beg tangan untuk mencari kunci kereta. Lega. Nasib baik memang gua jenis bawa kunci kereta ke mana-mana walaupun gua tidak memandu ke tempat kerja. Gua berdiri sebentar setelah pagar terbuka luas. Cabaran seterusnya untuk masuk ke dalam kereta dan mengunci pintu kereta dan cepat-cepat keluar dari kawasan rumah. Gua buka pintu kereta dan masuk ke dalam perut kereta. Tanpa pemanasan enjin, gua reverse ke belakang dan berhenti di depan pagar rumah. Ada lagi cabaran yang menanti. Gua perlu menutup semula pagar rumah. Gua takut ada kejadian lain lagi yang tak diingini terjadi. Gua sebenarnya takut ada geng jahat lain yang masuk ke rumah. Gua menarik nafas untuk menenangkan diri. Gua capai telefon dan menghubungi housemate gua.

Gua: Hello? Eh..Yuni. Ada kat mana ye?
Yuni: Oh Zana, Yuni balik rumah makcik kat Sepang. Sekarang dalam train.
Gua: Oh ye ke. Erm, nak tanya.. Yuni tau tak, budak-budak bilik sebelah tu kan, diorang balik kampung tak?
Yuni: yup. Diorang balik. Malam tadi dah diorang gerak. Zana sorang je kat rumah malam ni.
Gua: petang tadi sebelum gerak balik rumah makcik tu, Yuni ada balik rumah tak?
Yuni: Takda pulak. Yuni terus straight gerak je tadi dari office. Kenapa ye? Macam pelik je?
Gua terus menceritakan kepada Yuni apa yang berlaku. Gua cuak untuk masuk ke dalam rumah.
Gua: Kita ingat nak pergi balai polis lah. Mintak polis temankan masuk ke dalam rumah. Serius cuak ni.
Yuni: A ah. Betul gak tu. Baik ajak polis temankan.
Gua: erm, takpelah Yuni. Nak call Iza dulu, tanya dia.

Gua segera menghubungi Iza. Iza merupakan wakil kepada tuan rumah (tapi gua syak dia empunya rumah tapi dia tak mengaku). Iza suggest gua menghubungi rukun tetangga terlebih dahulu. Gua hubungi beberapa kali tapi tiada jawapan. Gua cuba mencari di pejabat rukun tetangga tapi tiada sesiapa kelihatan di situ. Malam raya agaknya. Semua ke surau/masjid. Gua dapat sms daripada Zaza untuk mengajak gua dinner. Pantas gua menghubungi dia dan menceritakan dari A sampai Z kejadian yang berlaku.Setelah berjanji untuk mengambil Zaza di Wangsa Maju, gua memecut dan kami segera ke rumah gua semula, memerhatikan keadaan. Zaza dengan yakinnya mengatakan takda orang dah kat dalam rumah gua dan mengajak gua masuk.

Gua: Err, takutlah nak masuk. Dahlah kita berdua ni perempuan. Kalau ada lelaki, takpalah gak. Bahaya weh. Takda senjata ni.
Zaza: Ko kana da stereng lock? Aku bawak stereng lock, ko bawak payung, ok?
Haha.. tergelak gua dalam keadaan cemas masa tu. Dah macam Detektif Conan dah masing-masing.
Gua: Apa kata kita pergi dulu rukun tetangga tu. Kalau takde orang situ, baru kita patah balik then masuk rumah. Ok tak?
Zaza: Haa.. bolehlah. Check dulu lah rukun tetangga.

Kali ini, gua biarkan Zaza mencuba nasib memanggil rukun tetangga. Hampa. Gua dan Zaza bernekad untuk masuk ke rumah gua. setelah masuk ke lorong untuk ke rumah gua, dari kejauhan gua Nampak ada sebuah iswara berhenti betul-betul di depan rumah gua. Kami berpandangan. Gua berhenti perlahan-lahan dan membuka tingkap kereta. Dua orang lelaki keluar dari perut Iswara.

Gua: Abang, kenapa ni?
Lelaki 1: Ni rumah cik ke?
Gua: A ah. Ni rumah saya.
Lelaki 1: Ouh, kitorang dari rukun tetangga. Tadi dapat call kata kemungkinan kejadian pecah rumah kat sini. Cik ada call kita ke?
Gua: Tadi ada cuba call. Tapi takda orang jawab. Mungkin owner kot. Sebab tadi saya ada call owner inform dia.
Lelaki 2: Nampak gayanya macam pecah rumah ni. Takpe, kita call polis dulu sebab polis je ada hak nak masuk rumah kalau macam ni. Sebab kita takut kalau-kalau perompak ada kat dalam rumah lagi kan.

Gua cuma mengangguk. Hampir setengah jam, barulah polis sampai. Pengerusi rukun tetangga juga turut serta. Iza tiba semasa kami sedang berbincang di depan rumah. Pengerusi rukun tetangga, Cikgu Zakaria mengajak kami masuk. Cikgu Zakaria merupakan orang pertama yang masuk ke dalam rumah, diikuti gua. (Haha.. tak boleh blah gua jadi orang kedua masuk. Patutnya belakang-belakang sikit.). Lampu ruang tamu dan luar dibuka. Barulah terang-benderang. Cahaya lampu sayup-sayup yang gua nampak dari luar masa mula-mula sampai rupanya datang dari bilik gua.Pintu bilik terkangkang dan gua nampak barang-barang bersepahan. Dengan kebenaran polis, gua berlari ke dalam bilik untuk melihat apa yang berlaku.gua tidak dibenarkan mengusik barang-barang tersebut sebelum siasatan dijalankan. Gua memeriksa tempat gua menyimpan Ipad dan kamera digital.  L too late. Semua sudah disapu licin si penjenayah.


Ada bran???

Bukan sahaja bilik gua yang dipecah masuk, tapi kesemua bilik bersepah-sepah seperti tongkang pecah. Terasa bagaikan mimpi melihat apa yang berlaku. Gua bersama-sama Iza dan Zaza ke balai polis Melawati untuk membuat report. Selesai membuat report, kami menunggu pegawai penyiasat datang untuk mengambil gambar. Hampir sejam menanti, barulah pihak polis tiba. Suami Zaza, Mal sampai sebelum penyiasat tiba, menemani ‘mangsa’ di rumah. :p

Selesai semuanya, gua packing barang-barang gua nak tidur rumah Eni di Putrajaya. Gua sudah menghubungi Eni sebelum membuat laporan di balai polis, untuk menumpang tidur di rumahnya. Sampai sekarang, gua ingat lagi perasaan gua malam tu. Gua tak dapat bayangkan kalau sesuatu terjadi pada gua. Alhamdulillah, biarlah barang-barang itu hilang, asalkan tiada nyawa yang melayang. Syukur ya Allah, atas kejadian ini. Mengajar gua untuk lebih berhati-hati pada masa akan datang.

Pada yang banyak membantu, gua ucapkan jutaan terima kasih tak terhingga, terutamanya pada Zaza yang menemani gua semasa kejadian. Juga kepada Eni kerana menumpangkan gua untuk bermalam di rumahnya.Thankssss a lot!

P/S: Haha.. gua baca balik macam karangan Bahasa Melayu daaa… Hey! Nak mengutuk gua silakan blah.. Ekekeke.. Semangat gua nak bercerita, padahal lama gua tak mengupdate nih.. Hnsss… Hnsss…

Mangsa,
Zana

No comments:

Post a Comment