Nuffnang Ads

23 February, 2012

TERtunang or TERbertunang?

Salam & Hai,

Seminggu gua tak update blog ni. Busy gila lately ni dengan tuntutan kerja yang tak putus-putus. Tambahan pulak gua punya best friend bertunang Ahad (19/2/2012) lepas. Eh? Bertunang? Gua mentioned bertunang kan? Hehe.. Yelaa.. Best friend gua dah bertunang.

Seeloknya lepas bertunang itu, maka mak gua yang mempunyai instinct yang kuat pun menghubungi gua seraya bertanya:

Mak gua: Ko kat mana?
Gua: Kat umah Zaza.
Mak gua: Buat apa sana?
Gua: Orang datang merisik dia. Orang datang memenuhkan rumah jer.
Mak gua: Ko bila lagi? (argh! pantasnya bonda bertanya anakandanya ini)
Gua: Errr... Kasi lepas Zaza ni dulu mak. Mana boleh orang sibuk gak sekali. Kang takda sapa nak jadi pengapit.

Ok! Alasan gua memang sangat tidak munasabah. Tapi, memang gua nak kasi member gua ni jalankan dulu dia punya majlis kahwin bagai barulah gua nak memikirkan diri gua. Yelah, nanti siapa nak tolong gua pening2 pilih kaler baju, bunga plastik ke bunga hidup, mak andam polan ke mak andam polan ke pak andam (eh?), nak buat dewan mana (waahh! Kellasss!), yada yada yada. Huh! Memang tak boleh. Sekarang ni member gua ni bila pening-pening lalat, ada gak dia mengadu bertanyakan advice sama gua. Cuba korang bayangkan kalau gua pun menyibuk sekali nak berkahwin ke bertunang ke, tak ke sama-sama pening lalat. Haaa! Itu pasal gua kasi member gua ni jalan dulu.. Hehe.. Sila.. Sila...

Gua sendiri sebenarnya macam tak percaya Zaza ni dah menjadi tunangan orang. Sepatutnya orang datang merisik je, tapi bila siap bawa 2 barang kemas, and emak si lelaki menyarungkan kedua-dua barang kemas tersebut kat member gua ni, orang kata dah bertunang. Waahh!!! Simply like that meh?? Gua pun macam tak percaya. Sekelip mata jer. Boleh ke gua nak cakap yang member gua ni TERtunang? Haha. Sepatutnya merisik, tapi TERtunang plak. Ke TERbertunang?

Gua memang happy dia dah bertunang and gua doakan jodoh mereka berkekalan sampai ke akhir hayat. Gua? Gua entah bila. Tak sampai seru lagi ni. Halamak. Soalan dari kebanyakan yang gua tak tau nak jawab macam mana. Calon takda weh. Wahai ibunda, carikanlah jodoh untuk anakanda.. Haa, boleh gitu?

Sekarang ni gua belum lagi la merasakan apa-apa. Mungkin bila sampai masanya Zaza ni diakadnikahkan, masa tu gua pasti, gua akan rasa gua dah kehilangan member gua. Dah tak boleh nak keluar macam selalu. Nak sleep over ke. Haha, celah mana gua nak mencelah kalau sleep over?

Gua gembira untuk lu wahai Zaza. We've known each other since we were 13. I'll never forget those moment we've shared together. Tears & joy that gone through our friendship. Nothing could compare our friendship and I hope it will lasts forever. Wishing you all the best & happily ever after. I will always be there for you, like what I'm used to be. Gua sentiasa menyokong lu no matter what. Kita kawan sampai mati ya... :)

Tulus Ikhlas,
Zana

17 February, 2012

Trip To Ho Chi Minh

Salam & Hai..

Hari ni gua nak bercerita trip gua hari tu ke Ho Chi Minh, Vietnam. Trip ni selama 3 hari 2 malam (2nd Feb 2012 - 4th Feb 2012). Syukur sangat sebab tak pergi lagi lama dari 3 hari, walaupun pada mulanya gua agak berangin dengan member gua ni sebab TERbeli tiket 3 hari jer. Hahaha... 3 days is enough! Masa pegi tu, gua hanya berdua dengan member gua. Percutian yang dirancang sekian lama akhirnya menjadi realiti. Masa gua pergi tu bukanlah peak seasons sebab bukan waktu orang-orang bercuti mahupun cuti sekolah juga cuti kahwin, apalagi cuti bersalin. Hehe..



dia punya WELCOME, hilang beberapa letters.. but it's ok. Boleh masuk Wheel of Fortune ini macam..tak pun main game "Hang Kangaroo".. habis kena maki je dengan kangaroo..haha..ok, gua dah melalut..



Perjalanan kami alhamdulillah, agak mudah sebenarnya sebab gua dan member gua membeli tiket masa sale kat AirAsia. Thanks AirAsia! :) Boleh dikatakan ini adalah percutian budget sebab gua and member gua ni beli tiket harga bawah RM200 (seorang). Hotel gua beli voucher kat Groupon jer, hanya RM208 untuk 3 hari 2 malam. Walaupun ada lagi hotel yang lagi murah kat HCM ni, tapi gua rasa tak selamat, tambahan kami berdua perempuan. Hehe.. harusslah kami mencari hotel yang ala-ala selamat gitu.



Inilah dia hotel yang gua maksudkan. Terletak di District 3, Ho Chi Minh, 2.9km to Ben Thanh Market. Bunyinya agak jauh tapi ia agak dekat dengan kawasan-kawasan pelancongan.


Reka bentuk dalam bilik hotel kami sebelum aksi lompat-melompat di antara katil berlaku.. err, ok. Itu gua tipu.. Tapi inilah keadaannya bilik kami masa mula-mula masuk.







Owner hotel Thien Thao ni harus diberi penghargaan dari gua sebab layanan memang first class. Di samping pekerja yang ramah dan boleh berbahasa Inggeris dengan baik dan mudah difahami (please note: bahasa juga merupakan satu masalah di beberapa tempat di sini). Bayangkan hari kedua gua dan member gua ni dah kehabisan duit dong (matawang Vietnam). Punyalah kitorang berjalan memusing-musing kawasan Saigon Centre but mostly tempat tak terima Ringgit Malaysia (kecewa di situ). Last solution, gua call Kevin (owner hotel) dan bertanyakan advice. Punyalah si Kevin ni mencari pastu sms gua siap kasi nombor telefon lengkap dengan alamat. Dah ada alamat, tak susah dah. Boleh tanya orang jer. Hikhik. Thanks Kevin! (p/s: If you're reading this, I'm telling readers something good about you and Thien Thao. Thanks buddy!)




Complimentary fruit katanya. Haha. But at least something than nothing.






Setel jer check in, gua and member gua terus keluar untuk menjelajah tempat-tempat yang harus dilawati. Dalam kepala dah terbayang tempat-tempat yang kami dah riki dalam internet. So, berpandukan peta di tangan dan menahan teksi Vinasun yang betul, kami menuju ke Notre Dame Cathedral. Notre Dame cathedral terletak bersebelahan dengan pejabat pos lama di bandar Ho Chi Minh. Tempat yang agak menarik untuk dilawati sebab Notre Dame cathedral ni cuma ada 2 je dalam dunia yer. Satu lagi ada kat Paris. Gua pun taknak berlama-lamaan di sini, so pas amek gambar lebih kurang, kitorang terus ke tempat yang wajib pergi.




Notre Dame Cathedral




Semestinya tempat wajib pergi di Ho Chi Minh ini adalah Ben Thanh market. Harga kainnya jauh lebih murah berbanding yang ada di Malaysia di samping kualiti yang gua rasa agak terbaik. Kain cotton bagai semua tu, tak payah cakaplah. Rasanya boleh gaduh dengan diri sendiri kot sebab rambang mata. haha. Tapi gua sendiri dah ada target nak beli kain apa di sini cuma colour kain jer la yang buat mulut dan hati gua bergaduh. Haha.. Bikin panas betul sebab pilihan TERlalu banyak. Oh ya! Di sini mereka menerima US Dollar. Ada beberapa kedai yang menerima Ringgit Malaysia, di samping Vietnam Dong sendiri. Kat sini gua suka sebab bahasa bukanlah menjadi masalah sebab penduduk tempatan ada yang fasih berbahasa melayu. Urusan tawar-menawar di sini, jatuhnya hukum WAJIB. Hehehe... Bargain laa sampai korang rasa puas hati dengan harga tu.






Shopping time! Ben Thanh market.




Gua akui. Buah-buahan dia sememangnya nampak segar-bugar. Agak terpesona di situ. Hehe. *silaterpesonasekali




Bercerita mengenai pengangkutan awam di sini pulak, ok, haruslah gua feel pelancong gitu, naik teksi je memanjang sampai ada satu kejadian, gua ngan member gua kena pau dengan pemandu teksi yang sebijik macam komunis. Kitorang pun bersepakat membawa berkat mengatakan bahawasanya dia adalah komunis sebab mengepau kami. Ceritanya macam ni, kitorang dah penat sebab dah puas bershopping sakan di Ben Thanh market, kiranya nak cari restoran halal, nak mengisi perut yang berkeroncong sebab last makan cuma di LCCT sebelum berangkat ke HCM ni. Elok je keluar dari Ben Thanh market tu, kitorang pun melilau mencari teksi. Dalam kepala ni dah set, nak naik Vinasun or MaiLinh jer sebab 2 teksi ni jer yang boleh dipercayai di HCM. Nampak jer MaiLinh, gua dan member gua ni pun terkocoh-kocoh naik sebab dah tak tahan lapar. masa tu dah menunjukkan pukul 6.30PM waktu Vietnam. Dalam perjalanan tu, kitorang tengok meter dia. Mula-mula tulis situ 10,500 dong (lebih kurang RM1.60). Tak sampai 5 minit, gua tengok lagi sekali meter dia. Pergh! 236,100 dong wei!! Dia hantar kitorang sampai kedai nama VN Halal (nasib baik hantar kat situ jugak!), then taknak lepaskan kitorang and cakap bahasa dia which is kitorang sepatah haram tak paham. Pastu duk sebut dollar-dollar, pastu sebut dong dong. Arghh! Gua dah stress (campur takut) sebab komunis ni dok la jerit-jerit kat muka gua. Gua nak bukak pintu tak boleh. Tingkap tinted sikit punya tebal. Cuak seh.. Last-last dia pun agaknya dah give up sebab kitorang tak paham apa dia nak, gua kasi 200,000 dong, pastu dia geleng and mintak lagi. So, gua hulur lagi 100,000 dong sambil geleng-gelengkan kepala menandakan gua dah takda duit. Baru dia lepaskan. Terkesima jugaklah kitorang masa tu. Actually, masa tu gua dah terbayang gak lah yang bukan-bukan. Alhamdulillah, kejadian buruk tak menimpa. Syukur!



Taxi berjenama Vinasun dan MaiLinh merupakan teksi yang boleh dipercayai.







Sila pastikan ada cover kat tempat duduk pemandu seperti gambar di atas untuk mengelakkan penipuan teksi.







Gua nak ingatkan yer, kalau dah sampai Vietnam ni, korang WAJIB rasa kopi dia. Penggemar kopi mesti takkan boleh lupa rasa dia. Serius kaw. Gua tak tipu! Hari-hari gua ngan member gua ni duk bantai kopi dia. Kedai favourite adalah PHO24. Bagi gua, PHO24 punya kopi adalah terbaek! Kitorang ada gak try tempat lain macam Highland Coffee, kedai-kedai minum biasa di tepi jalan tapi memang gua rasa tak boleh lawan lagi dengan PHO24 ni (please note: minum jer tau. nak makan, cari kedai halal. hehe).
MUST TRY! Diulangi, MUST TRY!







Vietnam Coffee with condensed milk.




Makanan pulak kat Vietnam ni ada bermacam-macam tempat. Signature dish di Vietnam ini adalah Pho. Pho adalah sejenis mi (tak sama yer macam mi kuning, bihun ataupun kway teow), diletakkan kuah sup. Bagi penggemar makanan bersup, mungkin menyukainya. Tapi bagi gua, rasa dia biasa-biasa jer. Bolehlah nak hilangkan lapar. Hehe. Tapi, korang kalau dah sampai sini, mesti nak try something different kan. So, suggestion gua, try lah. At least kalau orang tanya, korang leh berlagak, "Eleh, Pho tu gua dah rasa masa kat Vietnam dulu!" kan cool jer bunyinya? hahaha...



PHO



(baca: "FER" - ikut sebutan lidah melayu yer)




Semestinya tempat-tempat begini, selepas penat berjalan dan bershopping, kaki jadi sakit tak hingat sebab tak sedar dah berjalan jauh mana. Haha.. haruslah ke massage. Woweee.. Gua dan member gua ni carilah tempat mengurut. Memang servis first class. Kitorang bayar 150,000 dong (tak sampai RM30) untuk foot massage selama 1 jam, sekali dapat shoulder and back massage. Pergh! Terbaek. Rasa macam nak pusing lagi sekali je tempat yang kitorang pergi pas kena urut tu. Dan haruslah 2 malam berturut-turut buat foot massage di tempat yang sama. Over taw!





Massage Time!





Kat HCM ni, banyak tempat yang bersejarah yang agak berbaloi untuk dilawati. Gua ngan member gua berjalan kaki tau pada hari kedua untuk menikmati sendiri kehidupan dan cara hidup penduduk di sini. Kami ke Thien Hau pagoda. Kat pagoda ni, tak banyak boleh diceritakan. Faham-fahamlah, tempat sembahyang agama mereka. Dari pagoda, kami ke War Remnants Museum. Kat War Museum nih, banyak sangat peninggalan sejarah yang kita boleh tahu pasal Vietnam ini sendiri. Agak berbaloi ye cik Tipah! Mereka sendiri memang menghargai peninggalan sejarah tersebut. Bayaran masuk ke museum ini cuma 15,000 dong (RM2.50) sahaja. Selain tu, ada Reunification Palace yang lokasinya agak dekat dengan War Museum ni. Dengan kata lain, dalam masa 1 hari, korang boleh dah abes pusing kawasan-kawasan wajib dilawati ni.






War Museum





Mungkin kalau lagi lama duk kat HCM, bolehlah pergi jauh sikit macam Cu Chi Tunnel tu, tapi merujuk kepada informasi-informasi member lain yang pernah ke situ, perjalanan mengambil masa setengah hari. Gua dengan member gua mana lah nak buang masa. 3 hari harus dipenuhi sepenuhnya. Haha. Cukuplah hanya berlegar dalam bandar HCM sendiri.



Wow! Gua agak impress dengan diri sendiri sebab boleh menulis sepanjang ini. Harap-harap semangat menulis gua menggelodak seperti ini sepanjang masa. Ahaks! Terima kasih cik Tipah kerana sudi membaca Zana punya cerita. #kbai








Yang benar,



Zana












16 February, 2012

Kembali menulis..

Salam (agak skema di sini),

Selamat datang ke blog Zana. Lama gila gua tak menulis blog. Kali ni gua kembali. Blog ini berkenaan dgn kehidupan harian gua. Kalau tak suka blog sebegini, silalah blog walking ke blog lain. Hehe. Gua akan cuba mengupdate blog gua sekerap mungkin.

Ok, itu saja untuk permulaan. Salam perkenalan daripada gua kepada semua pembaca-pembaca yang baru mengikuti "Zana Punya Cerita".


Tulus Ikhlas,

Zana