Nuffnang Ads

23 February, 2012

TERtunang or TERbertunang?

Salam & Hai,

Seminggu gua tak update blog ni. Busy gila lately ni dengan tuntutan kerja yang tak putus-putus. Tambahan pulak gua punya best friend bertunang Ahad (19/2/2012) lepas. Eh? Bertunang? Gua mentioned bertunang kan? Hehe.. Yelaa.. Best friend gua dah bertunang.

Seeloknya lepas bertunang itu, maka mak gua yang mempunyai instinct yang kuat pun menghubungi gua seraya bertanya:

Mak gua: Ko kat mana?
Gua: Kat umah Zaza.
Mak gua: Buat apa sana?
Gua: Orang datang merisik dia. Orang datang memenuhkan rumah jer.
Mak gua: Ko bila lagi? (argh! pantasnya bonda bertanya anakandanya ini)
Gua: Errr... Kasi lepas Zaza ni dulu mak. Mana boleh orang sibuk gak sekali. Kang takda sapa nak jadi pengapit.

Ok! Alasan gua memang sangat tidak munasabah. Tapi, memang gua nak kasi member gua ni jalankan dulu dia punya majlis kahwin bagai barulah gua nak memikirkan diri gua. Yelah, nanti siapa nak tolong gua pening2 pilih kaler baju, bunga plastik ke bunga hidup, mak andam polan ke mak andam polan ke pak andam (eh?), nak buat dewan mana (waahh! Kellasss!), yada yada yada. Huh! Memang tak boleh. Sekarang ni member gua ni bila pening-pening lalat, ada gak dia mengadu bertanyakan advice sama gua. Cuba korang bayangkan kalau gua pun menyibuk sekali nak berkahwin ke bertunang ke, tak ke sama-sama pening lalat. Haaa! Itu pasal gua kasi member gua ni jalan dulu.. Hehe.. Sila.. Sila...

Gua sendiri sebenarnya macam tak percaya Zaza ni dah menjadi tunangan orang. Sepatutnya orang datang merisik je, tapi bila siap bawa 2 barang kemas, and emak si lelaki menyarungkan kedua-dua barang kemas tersebut kat member gua ni, orang kata dah bertunang. Waahh!!! Simply like that meh?? Gua pun macam tak percaya. Sekelip mata jer. Boleh ke gua nak cakap yang member gua ni TERtunang? Haha. Sepatutnya merisik, tapi TERtunang plak. Ke TERbertunang?

Gua memang happy dia dah bertunang and gua doakan jodoh mereka berkekalan sampai ke akhir hayat. Gua? Gua entah bila. Tak sampai seru lagi ni. Halamak. Soalan dari kebanyakan yang gua tak tau nak jawab macam mana. Calon takda weh. Wahai ibunda, carikanlah jodoh untuk anakanda.. Haa, boleh gitu?

Sekarang ni gua belum lagi la merasakan apa-apa. Mungkin bila sampai masanya Zaza ni diakadnikahkan, masa tu gua pasti, gua akan rasa gua dah kehilangan member gua. Dah tak boleh nak keluar macam selalu. Nak sleep over ke. Haha, celah mana gua nak mencelah kalau sleep over?

Gua gembira untuk lu wahai Zaza. We've known each other since we were 13. I'll never forget those moment we've shared together. Tears & joy that gone through our friendship. Nothing could compare our friendship and I hope it will lasts forever. Wishing you all the best & happily ever after. I will always be there for you, like what I'm used to be. Gua sentiasa menyokong lu no matter what. Kita kawan sampai mati ya... :)

Tulus Ikhlas,
Zana

No comments:

Post a Comment