Nuffnang Ads

27 June, 2012

Coba

Salam,

Gua dalam keadaan bercelaru sekarang. Banyak sangat masalah yang melanda. Dengan keadaan sekarang, gua tak rasa ada orang yang faham. Walaupun mereka cakap mereka faham, tapi sebenarnya tidak. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, dan mereka yang mengatakan mereka faham tentang apa yang gua alami adalah dusta sebab mereka memang tak faham, dan sentiasa mahu orang memahami mereka dengan mengatakan mereka faham dengan masalah kita, supaya kita lebih memberi perhatian kepada mereka.

1. Kereta gua accident 2 weeks ago yang sampai sekarang tak settle lagi claim insurans yang gua nak buat which takda sapa yang membantu bagi advice etc. sangat terkilan di sini walhal orang-orang insurans ada di sekeliling gua. Advice hanya daripada kawan-kawan yang concern pasal gua, dan di sini gua dah sedar siapa kawan sejati, siapa tidak. Sampai sekarang otak gua semak samun tapi gua gagahkan juga nak setel everything all by myself.

2. Gua ada percutian ke pulau perhentian sama osmate gua, which semuanya tak terancang lagi dari segi tempat penginapan sana, boat, activities, makan, etc. semua gua tak berkesempatan lagi nak buat. Tapi, yang ni gua akan gamble dan menjadi backpackers selama 4 hari di sana.

3. Gua dapat kerja tempat lain but until now company tu tak bagi gua details apa-apa pun lagi. So, kalau rezeki gua, memang rezeki gua jugaklah kan.

4. Gua banyak hutang keliling pinggang sekarang tapi gua sedaya upaya nak settlekan satu persatu. Hutang kad kredit, hutang mak gua, cecah ribu gak dah ni. Gaji tak banyak tapi keperluan duduk di key ell ni tinggi. Hurmm.. Itu pilihan gua untuk duduk sini, so apa ada hal. :p

5. Bachalorette party untuk bestfren gua sekarang gua yang handle seems dia da menarik diri dan cancel everything as she'd think that she shouldn't do it all. So, as simple as one click away, and she cancelled the booking at the damas suites. Tapi, gua dah diskas sama Bella and she agreed to proceed with the plan and kitorang just need to rebook the hotel again, and gua da rebook dah hotel tu.

Hmm, entah lah. Yang nombor 5 atas ni sebenarnya gua terkilan. Bukan sebab apa, bagi gua sendiri, gua nak dia happy on that day, the way she want it to be. The hotel, dia yang chose, themes of the night dia yang decide, and plan makan-makan nak buat macam mana. Gua cuma bagi idea je, and most of the ideas, rejected. Huhu.. Gua tak kisah pun pasal idea kena reject, tapi yang gua terkilankan di sini, kenapa out of sudden, bila everything dah prepare, plan semua dah cantik, when we were counting the days, dia cancel everything, as if kitorang yang bersalah. Walhal awak tau yang saya mempunyai masalah-masalah di atas juga ada masalah lain? Gua dah pernah mentioned dalam sms gua yang panjang berjela untuk lu masa kereta gua accident. Biarlah gua ulang, masa tu gua mintak lu faham kalau gua tiba-tiba emo, takda mood, etc.. Lu kata lu faham, tapi... Hmm.. Forget it.

Saya akan cuba memahami awak lagi dan lagi dan lagi jika itu yang awak mahu dan boleh gembirakan hati awak. Biarlah saya dengan masalah saya. Saya akan cuba selesaikan sendiri asalkan apa yang awak mahu saya tunaikan, and makes you happy, is all that i want. As you are the best friend I ever had.


Resah gelisah banyak masalah,
Zana

14 June, 2012

Perodua? Gua tak puas hatiiiii

Salam (walau hati panas, salam tetap kena bagi),

Sekarang ni gua berada di perodua service centre di *tuuuuuuut*. serius, hati gua sangat panas sekarang. Lagi sikit je nak meletup sini. Ok, ceritanya macam ni. Dua hari lepas, gua call la ejen gua cakap gua nak buat appoinment Khamis kol 10 pagi. So, pastu ejen kereta gua ni buatlah appoinment and cakap confirm jam 10.

Meh gua bawak korang mengimbas dulu cerita yang sebenarnya...dua bulan lepas...

Pagi tu, gua ada appoinment untuk major service kereta gua. So, dengan semangatnya gua pun pergi lah service centre ni untuk menservis baik punya kereta kesayangan gua ni. Lepas dia check kereta gua, this girl told me that their auto gear oil was out of stock. So, kena datang balik nanti bila stok sampai untuk tukar jer minyak gear sebab masa major service memang minyak tu kena tukar. Gua pun ok kan je la, sebab faham and tak salah bertolak ansur padahal gua sendiri pening bila nak pergi lagi perodua untuk tukar minyak gear jer tu. Ye lah, gua bukannya free sangat. Some more, itu masalah diorang la minyak gear abes kan. Patutnya gua as a customer boleh jer nak bising time tu sebab gua dah buat appoinment and mentioned itu adalah service lepas setahun. Diorang patutnya adakan jugak stok tu. ok, enough! Masa tu gua baik hati bertolak ansur dengan diorang neh.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, dan bulan berganti bulan.. Tadaaa..sekarang baru gua ada masa nak ke perodua semula HANYA untuk menukar minyak gear tu. itupun gua amek cuti semata-mata untuk ni sebab kerja gua memang busy beb. Appoinment yang gua katakan pukul 10 pagi, tepat jam 10 gua sampai, bagi senyuman yang cukup manis pada si gadis yang menanti kedatangan customer seperti gua. Gua serahkan buku servis pada si gadis sambil menyatakan gua ada appoinment. Si gadis menyuruh gua duduk dulu dan menunggu sehingga nama gua dipanggil.

Saat berganti saat, minit berganti minit.. Berselang-seli nama orang lain kena panggil tapi nama gua tak dipanggil. Gua dah panas sebab orang yang lagi lambat dari gua dah dipanggil. Demmit!!! Jam 11.05 dah ni. Gua bangun, muka tarak ada senyum, tarik nafas dan hati yang menggelegak, gua tanya dan cuba control marah gua takut meledak. Muka si gadis dah menikus.

Gua: Lama lagi ke? Appoinment saya pukul 10 kot. Kenapa nama saya tak dipanggil lagi?
Gadis: erm, appoinment cik pukul 11.50 cik. (muka dah cuak)
Gua: saya cakap pukul 10 kot. Dah confirm pun lagi pukul 10!
Gadis: saya check dulu eh. (muka cuak tangan ketar-ketar pegang tetikus dan check..ok, part ketar-ketar gua tambah).
Gadis: betol cik. Sini tulis 11.50.
Gua: apa kejadahnya 11.50. Saya cakap pukul 10. Saya ade hal pukul 11.30. Sebab tu mintak pukul 10. Dah confirm kot pukul 10. Nak tukar minyak gear je pun.
Gadis: takpa. Cik duduk dulu. Japgi saya suruh diorang panggil cik dulu.

Gua buat muka ketat and terus duduk. Tak sampai semenet bontot gua duduk, nama gua dipanggil. Waaahhhhhh! Tau pulakkk. Gua memang hangin sekarang beb. Padahal gua dah confirm. Gua tanya 2 kali sama ejen gua. Gua tak tau lah sapa yang bersalah. Yang gua tau, hati gua panas.

Pikir logik la. Gua datang pukul 10, apa bodohnya gua datang awal dan menunggu macam tu kan kalau tau appoinment pukul 11.50. Gua bengang gila. Seriusssss. Sangat tak puas hati servis kali ni. Demmm!


P/s: hati gua panas lagi. Jangan sampai gua komplen kaw2 macam gua buat kat pegawai bank dulu tuu. Ok, itu next entry!

Gua,
Zana si panas hati

02 June, 2012

Happy Birthday Daddy

Salam,

Tadaaa...semangat berblogging bulan June ni lain macam tau. Haha... Tengokla dah mengupdate 2 kali berturut-turut dalam bulan June ni. ehehe.

Kali ni seperti tajuk di atas, gua nak ucapkan Selamat Hari Jadi pada bapak gua. Gua saja-saja tulis Daddy kenkonon nampak keomputehannya di situ, padahal gua panggil kesayangan gua ni, bapak. :) Ok sambung. Semoga bapak panjang umur dan dimurahkan rezeki melimpah ruah ke atas kita sekeluarga. Saya sayang bapak saya.

Tadi gua baru call bapak gua, mereka-mereka ini semuanya sedak seronok berpiknik...Waaahhhh, jeles! Takpalah, nanti tengah bulan June ni mereka-mereka ini akan ke KL jugak dan kami akan spend time together. Woohhooo... piknik jugak.. Haa, yang tu nanti gua akan cerita ke mana plak destinasi gua bulan 6 ni. Hehe... Dekat-dekat je pun tempat yang gua nak pegi ni. :) Yang penting dapat meluangkan masa dan bercuti bersama kesayangan-kesayangan gua. Hopefully yang dirancang akan menjadi, tiada aral yang melintang, harap-harapnya punnnn.

Oklah, nanti gua sambung lagi. Nak bersiap-siap menjadi lone ranger menonton Snow White. Oh ya, for information, ini adalah aktiviti yang gua lakukan untuk spend masa dengan diri sendiri. Sometimes, we need to be alone. Lagi chill! Yeargh.. Untung-untung ketemu jodoh. Eh? Kbai.

Tukang karut,
Zana

01 June, 2012

Selamat Hari Gawai

Salam,

Hello readers! Wow, intro gua yang perasan ini menyatakan bahawa ada readers di blog gua. Ada ke? Hahaha.. Gua nak amek kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Gawai Dayak, Gayu guru gerai nyamai untuk semua yang menyambut perayaan tersebut (oh, no! gua jeles Sarawak public holiday 1 Jun dan 4 Jun ..4 days straight man.).

Dulu masa gua kecik-kecik, gua dan geng-geng selalulah pusing dekat kawasan tempat kediaman kami itu. Nak naik rumah orang jer, tak tau nak bagi salam cemana (sebab yang menyambut perayaan ini mostly Kristian), so keluarlah ucapan "SELAMAT HARI GAWAIII" sebab nak bagitau tuan rumah yang kami ni nak datang beraya.. kah kah kah.. Dah ingat-ingat balik, geli pulak hati gua ni. Rumah yang kitorang tak kenal, main redah jer. Dan kebiasaannya kakak gua dan adik gua akan join sekaki. Untung-untung dapat angpow. Hehehe.. Buruk perangai. Tapi itulah aktiviti di zaman kanak-kanak. Pantang ada perayaan jer macam Gawai ni, Krismas, dan Tahun Baru Cina, muka-muka ni akan pusing kawasan (konon ahkak kawasan ler nie..ekeke). Yang paling best time Tahun Baru Cina la, lagi-lagi kalau follow bapak gua. Pergh, macam tak sabar-sabar ajak bapak gua blah dari rumah tu sebab kalau blah, dia akan hulur sampul kaler merah, isi dalam tak tau merah ke tidak. hehe.. Takpe, yang penting dapat. Nak ajak blah bukan apa, nak pergi rumah lain pulak collect sampul-sampul. Huhu..

Yang Benar,
Zana