Nuffnang Ads

27 June, 2012

Coba

Salam,

Gua dalam keadaan bercelaru sekarang. Banyak sangat masalah yang melanda. Dengan keadaan sekarang, gua tak rasa ada orang yang faham. Walaupun mereka cakap mereka faham, tapi sebenarnya tidak. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, dan mereka yang mengatakan mereka faham tentang apa yang gua alami adalah dusta sebab mereka memang tak faham, dan sentiasa mahu orang memahami mereka dengan mengatakan mereka faham dengan masalah kita, supaya kita lebih memberi perhatian kepada mereka.

1. Kereta gua accident 2 weeks ago yang sampai sekarang tak settle lagi claim insurans yang gua nak buat which takda sapa yang membantu bagi advice etc. sangat terkilan di sini walhal orang-orang insurans ada di sekeliling gua. Advice hanya daripada kawan-kawan yang concern pasal gua, dan di sini gua dah sedar siapa kawan sejati, siapa tidak. Sampai sekarang otak gua semak samun tapi gua gagahkan juga nak setel everything all by myself.

2. Gua ada percutian ke pulau perhentian sama osmate gua, which semuanya tak terancang lagi dari segi tempat penginapan sana, boat, activities, makan, etc. semua gua tak berkesempatan lagi nak buat. Tapi, yang ni gua akan gamble dan menjadi backpackers selama 4 hari di sana.

3. Gua dapat kerja tempat lain but until now company tu tak bagi gua details apa-apa pun lagi. So, kalau rezeki gua, memang rezeki gua jugaklah kan.

4. Gua banyak hutang keliling pinggang sekarang tapi gua sedaya upaya nak settlekan satu persatu. Hutang kad kredit, hutang mak gua, cecah ribu gak dah ni. Gaji tak banyak tapi keperluan duduk di key ell ni tinggi. Hurmm.. Itu pilihan gua untuk duduk sini, so apa ada hal. :p

5. Bachalorette party untuk bestfren gua sekarang gua yang handle seems dia da menarik diri dan cancel everything as she'd think that she shouldn't do it all. So, as simple as one click away, and she cancelled the booking at the damas suites. Tapi, gua dah diskas sama Bella and she agreed to proceed with the plan and kitorang just need to rebook the hotel again, and gua da rebook dah hotel tu.

Hmm, entah lah. Yang nombor 5 atas ni sebenarnya gua terkilan. Bukan sebab apa, bagi gua sendiri, gua nak dia happy on that day, the way she want it to be. The hotel, dia yang chose, themes of the night dia yang decide, and plan makan-makan nak buat macam mana. Gua cuma bagi idea je, and most of the ideas, rejected. Huhu.. Gua tak kisah pun pasal idea kena reject, tapi yang gua terkilankan di sini, kenapa out of sudden, bila everything dah prepare, plan semua dah cantik, when we were counting the days, dia cancel everything, as if kitorang yang bersalah. Walhal awak tau yang saya mempunyai masalah-masalah di atas juga ada masalah lain? Gua dah pernah mentioned dalam sms gua yang panjang berjela untuk lu masa kereta gua accident. Biarlah gua ulang, masa tu gua mintak lu faham kalau gua tiba-tiba emo, takda mood, etc.. Lu kata lu faham, tapi... Hmm.. Forget it.

Saya akan cuba memahami awak lagi dan lagi dan lagi jika itu yang awak mahu dan boleh gembirakan hati awak. Biarlah saya dengan masalah saya. Saya akan cuba selesaikan sendiri asalkan apa yang awak mahu saya tunaikan, and makes you happy, is all that i want. As you are the best friend I ever had.


Resah gelisah banyak masalah,
Zana

No comments:

Post a Comment