Nuffnang Ads

14 June, 2012

Perodua? Gua tak puas hatiiiii

Salam (walau hati panas, salam tetap kena bagi),

Sekarang ni gua berada di perodua service centre di *tuuuuuuut*. serius, hati gua sangat panas sekarang. Lagi sikit je nak meletup sini. Ok, ceritanya macam ni. Dua hari lepas, gua call la ejen gua cakap gua nak buat appoinment Khamis kol 10 pagi. So, pastu ejen kereta gua ni buatlah appoinment and cakap confirm jam 10.

Meh gua bawak korang mengimbas dulu cerita yang sebenarnya...dua bulan lepas...

Pagi tu, gua ada appoinment untuk major service kereta gua. So, dengan semangatnya gua pun pergi lah service centre ni untuk menservis baik punya kereta kesayangan gua ni. Lepas dia check kereta gua, this girl told me that their auto gear oil was out of stock. So, kena datang balik nanti bila stok sampai untuk tukar jer minyak gear sebab masa major service memang minyak tu kena tukar. Gua pun ok kan je la, sebab faham and tak salah bertolak ansur padahal gua sendiri pening bila nak pergi lagi perodua untuk tukar minyak gear jer tu. Ye lah, gua bukannya free sangat. Some more, itu masalah diorang la minyak gear abes kan. Patutnya gua as a customer boleh jer nak bising time tu sebab gua dah buat appoinment and mentioned itu adalah service lepas setahun. Diorang patutnya adakan jugak stok tu. ok, enough! Masa tu gua baik hati bertolak ansur dengan diorang neh.

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, dan bulan berganti bulan.. Tadaaa..sekarang baru gua ada masa nak ke perodua semula HANYA untuk menukar minyak gear tu. itupun gua amek cuti semata-mata untuk ni sebab kerja gua memang busy beb. Appoinment yang gua katakan pukul 10 pagi, tepat jam 10 gua sampai, bagi senyuman yang cukup manis pada si gadis yang menanti kedatangan customer seperti gua. Gua serahkan buku servis pada si gadis sambil menyatakan gua ada appoinment. Si gadis menyuruh gua duduk dulu dan menunggu sehingga nama gua dipanggil.

Saat berganti saat, minit berganti minit.. Berselang-seli nama orang lain kena panggil tapi nama gua tak dipanggil. Gua dah panas sebab orang yang lagi lambat dari gua dah dipanggil. Demmit!!! Jam 11.05 dah ni. Gua bangun, muka tarak ada senyum, tarik nafas dan hati yang menggelegak, gua tanya dan cuba control marah gua takut meledak. Muka si gadis dah menikus.

Gua: Lama lagi ke? Appoinment saya pukul 10 kot. Kenapa nama saya tak dipanggil lagi?
Gadis: erm, appoinment cik pukul 11.50 cik. (muka dah cuak)
Gua: saya cakap pukul 10 kot. Dah confirm pun lagi pukul 10!
Gadis: saya check dulu eh. (muka cuak tangan ketar-ketar pegang tetikus dan check..ok, part ketar-ketar gua tambah).
Gadis: betol cik. Sini tulis 11.50.
Gua: apa kejadahnya 11.50. Saya cakap pukul 10. Saya ade hal pukul 11.30. Sebab tu mintak pukul 10. Dah confirm kot pukul 10. Nak tukar minyak gear je pun.
Gadis: takpa. Cik duduk dulu. Japgi saya suruh diorang panggil cik dulu.

Gua buat muka ketat and terus duduk. Tak sampai semenet bontot gua duduk, nama gua dipanggil. Waaahhhhhh! Tau pulakkk. Gua memang hangin sekarang beb. Padahal gua dah confirm. Gua tanya 2 kali sama ejen gua. Gua tak tau lah sapa yang bersalah. Yang gua tau, hati gua panas.

Pikir logik la. Gua datang pukul 10, apa bodohnya gua datang awal dan menunggu macam tu kan kalau tau appoinment pukul 11.50. Gua bengang gila. Seriusssss. Sangat tak puas hati servis kali ni. Demmm!


P/s: hati gua panas lagi. Jangan sampai gua komplen kaw2 macam gua buat kat pegawai bank dulu tuu. Ok, itu next entry!

Gua,
Zana si panas hati

No comments:

Post a Comment