Nuffnang Ads

24 September, 2013

Makan-makan session with Incik Azim

Salam,

Finally gua installed "blogger" dalam phone ke"tayang"an titew. Hewhewhew. Rasa macam nak lempang guna "w" word ni. Banyak je benda gua nak share especially gambar makanan. Haha. Gua kan kuat makan, so haruslah gua banyak nak share makanan je kan. Kikiki.

Baru-baru ni (cerita hari jumaat lepas ni), kawan gua tahap ahdik-ahdik si Azim mengajak gua ke 'The Cabin'. Lokasi di Taman Melawati. Dekat nak mampus dari rumah gua. Haha. Memandangkan ni sesi melepak yang first, jadinya gua malu-malu nak mengambil gambar sebab baru nak snap sana sini dah dihanjengkan. Demyu Azim. Hahaha. Gambar gegar pun layankan je yek.

Masa si Azim ni mengajak ke 'The Cabin', gua takdelah lapar sangat. Gua order meatballs set yang ade seciput jagung yang digaul dengan butter (maybe) and wedges. Meatballs ada dalam 10 ketul kot. Rate? Untuk meatballs tu 2.5 out of 5 stars. Meatballs Ikea still carta nombor 1. Azim order chicken chop set yang gua nampak dari segi air muka dia tu boleh bagi rate yang sama tapi harga adalah reasonable sebab si Azim cakap murah. Maceh ye sang ahdik blanje ahkak. Huhu. Gambar chicken chop tak dapat nak amek sebab Azim buat muka garang, jadi gua tak berani. Heee...

Lepas berlepak lebih kurang 3 jam (amek kau lama gila menyembang sambil cuci mata), Azim teringin air yahudi. Haaa, lu jangan fikir bukan-bukan. Starbucks je yerrr. Gua kan dah ada air favourite baru kat Starbucks, Ice blended Caramel coffee, si Azim nak Ice blended Caramel Coffee Choc Chips yang super sedap. Benci tau bila bercerita pastu teringat, sebab mengepau air Azim pastu teringin jer lagi. Stress.

Hari lainnya pulak, amboiiiiii sangat suka nak melepak lagi kann. Maksud gua, dua hari selepas itu derr, lepak-lepak session lagi dengan Azim. Ke Johnny's makan steamboat. Sedeh sangat sebab gua kan first time baru nak makan kat Johnny's. Haa, nak mengata gua ler tu. Hahaha. Lantaklah, gua dah melantak so boleh dah nak berlagak pasni. *fliptudung*

Padahal masa kat Johnny's tu gua lapar nasik weh. Nak nasik tapi Azim sound gua, "Malam tak elok makan nasik." Demmmm. Gua akur. Ceh, melayu sangat. Layankan makan steamboat, yang semuanya Azim orderkan sebab gua kan first time so mana tau nak order cemana. Yelah, gua kan orang kampung. Tapi gua tambah order nak chicken wing. Hahaha. Tak dapat nasik dapat chicken wing Johnny's yang sedap tu, tak kisah lah. Nak jugak makanan tak sihat tu. Ada gua kisah. Gua tengah lapar ni. Heee....

Si ahdik ni rajin sangat melayan gua. Gua nak pergi cuci kereta yang dah sebulan tak cuci, so lets ke Sri Rampai. Ada 24hours carwash. Baru pas makan, so ber'hotcoklet' di Oldtown White Coffee pulak sementara tunggu kereta habis cuci. Hahaha. Thank you again Azim sebab rajin nak melayan gua.

Memandangkan pakai phone ni, redha jer la gambar gua share kat bawah. Silalah layan gambar tak seberapa dari gua. Eh, dah malam sangat. Gua nak tido. Byeeeeeee cantik!!!

Lerp,
Zana