Nuffnang Ads

Showing posts with label johnny's. Show all posts
Showing posts with label johnny's. Show all posts

08 July, 2014

Behujung Minggu (Part 1)

Salam,

Hai, dah 10 hari kita berpuasa hari ni. So camane? Dah diajar berpuasa dari kecik lagi takkan tak boleh, ye dok? Alhamdulillah, gua takda tuang puasa lagi. Tuang puasa bersebab maksudnya. Hahaha. Faham-faham je lah kan.

Kan hari tu gua cakap nak reunion dengan kawan-kawan masa study dulu kan, end up gua berbuka puasa dengan Yati and Dila je. Last Friday pun gua berbuka dengan Dila kat KLCC after work. Melayan cerita seram sorang-sorang kat panggung wayang. Hahaha. Dok pejam-pejam mata je la agak-agak ada scene yang terkejut-terkejut tu. Hiks!

Patutnya plan dengan Farah (sefamily) & Emy (sefamily), and gua bawak Dila dan Yati la sekali nak bersteamboat ramai-ramai. Gila lama tak jumpa diorang ni. Masing-masing dah beranak-pinak. Anak Emy gua tak jumpa lagi, anak Farah si Aisyah Hannah dah beberapa kali jumpa. So plan dengan diorang cancel, maka tinggallah bertiga dengan Dila and Yati.

Yati picked up gua kat rumah dalam 5.30pm and terus ke Tawakal Hospital sebab anak buah gua si Adam admitted. Kesian sangat tengok Adam. Muka pucat je, tak larat sebab demam. Tapi gua tau Adam kuat. Bila tengok dia sakit macam tu, sedih pun ada. sebab dia jenis aktif kan. Ni dok terbaring jer and latest update dari kakak ipar gua cakap, siang dia macam okay, bila tang malam dia kesejukan tahap gigil, tapi doctor tak kasi tutup aircond and not even let my sis in law pakaikan anak tudung nak tutup telinga Adam. Kesian. Hopefully Adam cepat sihat. Oh ya, Adam kena demam denggi.

Dila datang picked up gua dan Yati around 6.45pm. Kereta Yati parked kat Tawakal je sebab kami kan dapat flat rate untuk parking, leceh nak naik dua kereta. First destination, nak cekidaut kat Rahman Palace steamboat tapi fully booked. Heh, singgah 7-Eleven nak beli air untuk berbuka dalam kereta dan jom ke Johnny’s steamboat. Sampai Jusco AU2, tengok mostly orang dah habis makan so senanglah kami menyelit. Biasanya gua datang Johnny’s, gua akan amek set tapi Dila kata nak pilih sendiri jer. Semua order Lime Juice and gua order Nasi Goreng Belacan yang memang sedap gilos, dimakan dengan pencicah steamboat Johnny’s tu pulak. Makan ramai-ramai sebab nak menikmati steamboat plak. Huhu. Kang kenyang sangat, sapa nak jawab? Gua agak terkejut sebab total bill Cuma RM66. And thanks to Yati sebab belanja gua hari tu. Semoga kau dimurahkan rezeki, kawan. Amin.

Around 9 pm plak, rodger mak si Luqman, Zeck. Jom ngopi session dekat Taman Melati jer. Memandangkan Luqman demam, so tak dapatlah Luqman join sekali. Makanya mak si Luqman ni jer yang joined. Macam-macam jer cerita keluar. Lawak bila mengenangkan and mengimbas kembali zaman study dulu. Tak sangka masing-masing dah berkerjaya. Tak lama pun lepak, 11pm dah hantar Zeck balik. Harus sedar yang member dah kahwin. Haha. Dila hantar gua dan Yati ke Tawakal semula. Segar lagi mata gua dan Yati masa tu. Makanya jom ke Bukit Ampang (Look out point). Lepak minum sambil menghirup udara malam, bercerita macam-macam walaupun gua dengan Yati rumah takdelah jauh mana (Wangsa Maju dan Kampung Pandan), tapi kepayahan nak berjumpa tu, hehehehe… tu lah bila dah berjumpa macam tak cukup masa nak mengupdate cerita masing-masing.

Yati hantar gua balik jam 2.30am. hehe. Gua dah terbayang nak tidur jer sebab keletihan tapi MK called and ajak bersahur sambil tengok bola. Gua balik rumah dan mandi untuk segarkan diri, and keluar balik pukul 3 lebih nak amek MK di rumah. Just lepak mamak berdekatan and gua Cuma order the tarik and roti bakar. Sempat melayan bola untuk separuh masa pertama sebab rabak rasa mata nak tidur. Hantar MK pulang dan gua balik. Lepas Subuh terus berdengkur. Weekend gua tidak berakhir di situ. Later gua sambung… Hihihi

P/S: Gambar takda sebab gua adalah pemalas.


Love,
Zana

24 September, 2013

Makan-makan session with Incik Azim

Salam,

Finally gua installed "blogger" dalam phone ke"tayang"an titew. Hewhewhew. Rasa macam nak lempang guna "w" word ni. Banyak je benda gua nak share especially gambar makanan. Haha. Gua kan kuat makan, so haruslah gua banyak nak share makanan je kan. Kikiki.

Baru-baru ni (cerita hari jumaat lepas ni), kawan gua tahap ahdik-ahdik si Azim mengajak gua ke 'The Cabin'. Lokasi di Taman Melawati. Dekat nak mampus dari rumah gua. Haha. Memandangkan ni sesi melepak yang first, jadinya gua malu-malu nak mengambil gambar sebab baru nak snap sana sini dah dihanjengkan. Demyu Azim. Hahaha. Gambar gegar pun layankan je yek.

Masa si Azim ni mengajak ke 'The Cabin', gua takdelah lapar sangat. Gua order meatballs set yang ade seciput jagung yang digaul dengan butter (maybe) and wedges. Meatballs ada dalam 10 ketul kot. Rate? Untuk meatballs tu 2.5 out of 5 stars. Meatballs Ikea still carta nombor 1. Azim order chicken chop set yang gua nampak dari segi air muka dia tu boleh bagi rate yang sama tapi harga adalah reasonable sebab si Azim cakap murah. Maceh ye sang ahdik blanje ahkak. Huhu. Gambar chicken chop tak dapat nak amek sebab Azim buat muka garang, jadi gua tak berani. Heee...

Lepas berlepak lebih kurang 3 jam (amek kau lama gila menyembang sambil cuci mata), Azim teringin air yahudi. Haaa, lu jangan fikir bukan-bukan. Starbucks je yerrr. Gua kan dah ada air favourite baru kat Starbucks, Ice blended Caramel coffee, si Azim nak Ice blended Caramel Coffee Choc Chips yang super sedap. Benci tau bila bercerita pastu teringat, sebab mengepau air Azim pastu teringin jer lagi. Stress.

Hari lainnya pulak, amboiiiiii sangat suka nak melepak lagi kann. Maksud gua, dua hari selepas itu derr, lepak-lepak session lagi dengan Azim. Ke Johnny's makan steamboat. Sedeh sangat sebab gua kan first time baru nak makan kat Johnny's. Haa, nak mengata gua ler tu. Hahaha. Lantaklah, gua dah melantak so boleh dah nak berlagak pasni. *fliptudung*

Padahal masa kat Johnny's tu gua lapar nasik weh. Nak nasik tapi Azim sound gua, "Malam tak elok makan nasik." Demmmm. Gua akur. Ceh, melayu sangat. Layankan makan steamboat, yang semuanya Azim orderkan sebab gua kan first time so mana tau nak order cemana. Yelah, gua kan orang kampung. Tapi gua tambah order nak chicken wing. Hahaha. Tak dapat nasik dapat chicken wing Johnny's yang sedap tu, tak kisah lah. Nak jugak makanan tak sihat tu. Ada gua kisah. Gua tengah lapar ni. Heee....

Si ahdik ni rajin sangat melayan gua. Gua nak pergi cuci kereta yang dah sebulan tak cuci, so lets ke Sri Rampai. Ada 24hours carwash. Baru pas makan, so ber'hotcoklet' di Oldtown White Coffee pulak sementara tunggu kereta habis cuci. Hahaha. Thank you again Azim sebab rajin nak melayan gua.

Memandangkan pakai phone ni, redha jer la gambar gua share kat bawah. Silalah layan gambar tak seberapa dari gua. Eh, dah malam sangat. Gua nak tido. Byeeeeeee cantik!!!

Lerp,
Zana