Nuffnang Ads

26 June, 2014

Goodbye to you

Salam,

*Nanges*

Last Friday, masa gua balik kerja, as usual naik LRT sampai Damai station then amek keta balik rumah. But, ada kejadian berlaku. Jeng! Jeng! Jeng! Masa tu gua nak hantar Eni balik since laluan ke rumah gua memang ada lalu rumah dia. Gua informed Eni tunggu gua then balik sekali as gua bosan memandu sorang-sorang masa balik kerja. Jammed menggila kat Jelatek nun.

Gua siap lalu jejantas from the LRT station nak ke tempat parking. Takdalah jauh mana pun. But as I catwalk nak turun tangga, entah cemana kaki gua tersilap step and I was about to fall to the ground but luckily dua-dua tangan gua zasss je sambar pemegang tangga. Reflex! Haha.

Lutut both rasa sakit and I think takda apa as gua rasa sikit je. Bangla yang nak naik tangga masa tu terkejut. Eni cakap dia nak tolong tapi teragak-agak nak pegang. Malu ada gak tapi lantakkk as I am not the only one yang jatuh dalam dunia ni. Hahaha. Bodoh betul alasan. And then , gua pelan-pelan nak turun bawah and Eni tanya whether I was okay ke tak.

Eni: Ko ok tak ni?
Gua: Ok je. Fon aku jatuh bawah.
Eni: Ok. Aku amek sekarang. *terus turun laju-laju nak selamatkan fon gua plak.*

Masa tu dah terbukak cover belakang phone tu and gua tengok it seems working pretty well sebab gua still boleh nampak skrin. Legaaaa. Then masuk kereta, check lutut gua belah kanan dah lebam sikit. Aaahh, sikit je takkan nak nangis. Gua drive macam biasa sambil layan borak dengan Eni. Sampai kat rumah Eni, I was about to whatsapp my housemate suruh siap-siap as after Maghrib nak pergi kelas Insurans pulak. Then gua realized, phone gua takde coverage at all. Memang takdelah. Gua tanya Eni if dia ada line as kitorang sama-sama pelanggan setia celcom. Eni pulak okay je line dia. Cis! Apa ke hal plak ni. Try tuka simkad dengan Eni pun sama je. Switch on and switch off pun takda line. Damn! Memang sah takda coverage but boleh connect to wifi. Camera is not working at all. Oh, Sony ku sayang.

Gua balik rumah then amek my old phone, Samsung torch light jerr and tuka simkad then there you go. Gua pakai je for few days, yang penting boleh sms and make phone call kan. Kelmarin gua gigih ke Wangsa Walk nak pegi merepair la kekonon. Pekerja tu suruh gua jalan-jalan dulu and come back after an hour. Oh, semalam pun Eni gigih temankan sebab dia busybody nak tau apa nasib phone gua tu. Bahahaha. No! actually, gua yang mintak dia temankan tapi dia pun memang nak berbusybody nak tau gak. Hahaha. Pakej!

After an hour, well well well….datang balik kedai and being informed that nothing else that they can do sebab dah affect to motherboard which obviously I know kalau gigih jugak gua nak repair motherboard, cost tu lebih baik beli phone baru je.

Berakhirnya sesuatu perhubungan. And now thinking to buy a new phone tapi hold dulu lah. Banyak menggila phone kat pasaran tapi menggila jugak nak pilih and nak beli apa plak. Tapi Nexus 5 pun macam menarik. *raised eyebrows* Hahahaha. Lenovo pun quite murah kan. Iskh. Luckily, Kak Boom berbaik hati sangat pinjamkan gua smartphone lebihan yang dia ada sementara gua nak dapatkan fon baru yang entah bila. So sweet of you. Sekurang-kurangnya tak putuslah gua nak berwhatsapp. Hikhikhik.

Goodbye my Sony Xperia L. Your performance was very well while serving me for one year.

Foine. Satu tahun, satu telefon. Cis!

Xoxo,

Zana

25 June, 2014

Johnny Rocket

Salam,

Kejadian adalah berlaku last Friday. Haha. When it comes to food, gua adalah yang terpaling excited. Ni first trial, not bad makanan dia. Sebelum ni dok dengar-dengar je kawan-kawan pergi makan sana. Hahaha. Ini tak boleh jadi! Harus gua cari time dan asingkan budget sikit.


Gua pergi branch dekat Avenue K, pergi masa lunch hour. Tempat adalah chill dan cantik. Gua suka. Waiter and waitress rasanya dari Filipina. Tak kisahlah. Service adalah superb. Pastu setiap sejam diorang akan menari depan customer. Seronok tengok.

Hiasan atas meja.

Menu

Susun atur menarik. Depan sana lah depa dok menari. Masa ni belum lagi.



Gua amek The Original. Kak Riza amek #12. Beza? cuma ada cheese.

Harga Milkshake.

Gua punya. The original

#12. Kak Riza punya

Mine. Hehehe

Boom Boom punya. Banana Milkshake. GILA SEDAP. Sila pesan ini, PELISSS!

Boom Boom punya. Fries with cheese and bacon. Sedapppp.

TOTAL DAMAGE! Hahaha. sekali sekala xpe kannn..... *usap perut*
Pemalas kan nak taip. Hahaha. Lantakkk. Sedapnya milkshake banana tu. Urmm.. Urmm... Dappp! Daapppp sangat!

Food Hunter,
Zana

24 June, 2014

“Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya!”

Salam,

Sekarang kecoh pasal adik OKU, Mohd Firdaus yang dijumpai dalam sebuah rumah di Nilai. Kesian, itu ayat pertama keluar dari mulut gua. Sumpah kesian sangat kat adik tu. Kurusnya ya Allah. Gua ni yang hari-hari terlebih makan, sometimes ada juga buat pembaziran tak habis makan, or kadang-kadang tak sedap, tak nak makan. Insaf jap. Gua tau bukan gua je. Korang pun macam tu kan? Eleh, sesuci embun pagi sangat nak menidakkan dalam hati. Huhuhu. Kalau tak ngaku pun, gua mana tau, ye dok?


Berbalik kisah adik ni, gua adalah jugak baca perihal adik ni. Dari gambar dia sihat walafiat, sampai kurus macam tu. Punca dia dikurung? Entahlah. Mungkin mak dia ada alasan sendiri. Oh, ya! “Mereka tidak tahu kesempitan hidup saya!”. Yes, makcik! Saya tak tahu “kesempitan” hidup makcik tapi kalau ada sedikit usaha dari makcik, mungkin Firdaus tak kurus kering macam tu. Dengan anak letak dalam bilik kotor. Kucing gua pun duduk selesa kat rumah. Taik sampai naik atas rambut, baju reput, seluar pun takda. Gua tak boleh nak imagine berapa lama adik Firdaus terkurung dan melalui kehidupan macam tu. Kesian Firdaus.


Dan dari gambar juga tidak menunjukkan kesempitan hidup mak dia. Elok je badan mak dia berisi, adik dia pun berisi, baju masing-masing elok je. Kenapa buat Firdaus macam tu? Semalam gua bzbody sket and bukak FB mak kepada adik Firdaus ni. Erm, siap ade kereta, siap main Candy Crush level dah banyak, dan yang kelakarnya mak dia dok lah share pasal orang yang dera anak kat wall dia. Hmm… agak-agak mak dia dok share pasal orang lain, dia sedar tak apa yang dia lakukan pada anak dia sendiri? Kesian Firdaus.


Haaa! Ini lagi satu bangang tahap dewa. Gua tak tau kalau ni fake account ke apa, tapi tetaplah dia ni spesis p**imak. Yang buat ayat ni pun macam haram. Sakit hati gua. Sakit mata gua baca (tapi nak gak baca). Huhu.

Dah lah, makin lama rasa makin annoy plak. Anyhoo, let’s pray for the best for adik Firdaus, okay? Gua tau lu prihatin, gua pun. :)


Xoxo,
Zana

Misi Mencari Helang

Salam,

So yes, it’s Langkawi trip again but with different faces. Hahaha. Apa gua nak cakap ni sebenarnya? Gilo. Sepatutnya trip Langkawi ni nak ke Koh Lipe macam apa yang gua cakap sebelum ni but well, kita hanya merancang dan Tuhan menentukan. Agree? Disebabkan monsoon, makanya kami hanya lepak dan menghabiskan masa di Langkawi. Oh yes! 4 hari 4 malam taw.

Start gambar dengan travel gear baru.
Trip ni ktorg amek flight malam, last flight sebab sayang nak amek cuti banyak-banyak. 9.15 pm fly dan sampai Langkawi around 10pm. As usual, kereta sewa termurah dengan harga RM50 je sehari untuk Viva Auto. Menarik kan? Nak detail, sila email gua. Hahaha.

Oh ye, trip ni sepatutnya pergi berlima but end up tinggal gua, Lynn, dan Kak Boom je sebab Dila dan Eni last minute terpaksa menarik diri. Actually, takdelah last minute sangat. Dalam seminggu awal, so tak kisah lah. Jangan dah nak sampai hari pergi nak kensel2. Itu boleh menaikkan api kenagaan gua. Takpe, maybe diorang ada problem sendiri yang tak boleh nak share. Biarlah. Hahaha.


Kitorang stay 2 malam di Kuah, dan another 2 malam di Cenang. Kat Kuah stay kat Joy Motel, murah-murah jer sebab kitorang bukan nak honeymoon. RM100 per night untuk family room dan gua sangat-sangat berpuas hati dengan hotel ni. Bersih dan selesa sangat, parking pun luas. Tapi, mungkin ada yang tak selesa sebab hotel ni bersebelahan dengan tokong cina. So far, duduk dua malam di sana, nyaman je masing-masing tidur. Huehuehue.


Haha. Tiba-tiba gambar ni kan? Magic tak? Okay, kat sinilah kitorang breakfast. Dan, memang sedap as recommended by the local. Gua ni suka je cari tempat makan best-best ni. Bila lagi lah pulak nak sampai Langkawi ni lagi kan? Masa sampai tu pun ada line up yang panjang depan gua but gua menyanggup je.

Line up. Lambat gua amek gambar, sebelum tu gua ke belakang lagi.
Ni dah nak sampai giliran gua. Berdebar. Hahaha.
Nasi kaler kuning.
Pilih lauk.
Ini memang sedap as my brunch woah.
Bila teringat balik sekarang ni, lapar sebab memang sedap. Gua recommend sangat korang pergi kedai sini. Lokasi di pecan Kuah berdekatan kedai Nasi Ayam famous tu. Tak ingat nama apa.

Ok, sekarang dah tahap malas nak menaip. Hehe. Moh layan gambar.

Aktiviti hari pertama: Makam Mahsuri.

Aktiviti hari pertama: Telaga Mahsuri
 Haha. Tiba-tiba sangat terus ke Cable car kan. Yup, after Makam Mahsuri terus lari ke Cable Car sebab time orang solat Jumaat. So menyempat la pergi time tak crowded sangat. Cuaca pun tengah cun panas dan view cantik. Bertabah jer masa ni tapi dah sampai atas, nyaman je angin sejuk.

Aktiviti hari pertama: Cable Car (RM15 per entry (MyKAD))
Ini tempat wajib singgah lepas cable car. Laksa terbaik. Pesembur pun terbaik. Recommend sangat.

Aktiviti hari pertama: Pantai Kok

Gelang persahabatan katanya.
Disebabkan cuaca panas, lepas cable car balik ke bilik dan rest. Sempat lah melelapkan mata. Huhu. Pukul 6pm keluar balik untuk sunset time.
Aktiviti hari pertama: Dataran Lang

Aktiviti hari pertama: Dataran Lang

Aktiviti hari pertama: Sunset Dataran Lang
Hari kedua kitorang tak buat apa sangat. Kata memang cuti dan nak berehat-rehat kan. Jadinya check out hotel awal dan bergerak ke Cenang nak cari hotel yang dah booked siap-siap kat Agoda. Kitorang stay kat White Lodge Chalet. Untuk family room, RM200 untuk satu malam. Memang puas hati sangat sebab hotel best, wifi laju, dekat dengan pantai, bersih, dan cantik. And, staff pun helpful. Cuma agak sukar nak cari chalet ni sebab dia sedikit tersorok, but it’s okay sebab gua call beberapa kali tetaplah dia melayan baik nak guide ke jalan yang benaaarrrrr.

Hah..jadi balik. Tiba2 senget. Layannn.

Ada angsa lam bilik. Hehe
Ini adalah terpaling murah untuk pakej island hopping. Untungnya bila kita berkawan dengan local people. Huhu. Gua bukan jenis peramah sangat tapi tak salahkan cuba menjadi peramah dan make friends masa travel? Hasilnya, rezeki kami selalu murah, dapat pakej murah, dan tempat makan yang direkomen dekat kitorang memang murah dan sedap. Alhamdulillah.
Aktiviti hari ketiga: Island Hopping (RM25 per person)
Aktiviti hari ketiga: Island Hopping
Aktiviti hari ketiga: Island Hopping...Beratus helang sini woih.
Hari last macam biasa kalau berkunjung ke Langkawi, mesti membeli chocs sebab semua tau kotttt, kat Langkawi murah gila chocs dia. Gua tak beli banyak sangat. Tak amek order kawan-kawan pun. Nak mengangkut payah. 3 jam masa habis di Idaman Suri dan Haji Ismail Group. Gua belikan mak gua periuk ajaib jenama Vantage size 36cm kalau tak silap. Untuk diri sendiri, periuk ajaib murah-murah sudah. Haha. Janji ada.

Masa kat sana, pagi last day tu, Lynn keluar sorang-sorang melayan panta. Gua dan Kak Boom belasah tidur. Balik je Lynn ke bilik, dia dah bercerita jumpa kawan baru. Hehe. Petang after shopping, ajak kawan Lynn pekena Laksa Sekoq berdekatan airport. Gila time hujan lebat menggila kitorang duduk layan laksa. By the way, kawan Lynn ni berasal dari Korea dan kerja di New Zealand (tempat idaman tuuu), dah beberapa bulan travel. Dia between job tu yang pergi travel dulu sebelum start kerja baru. Itulah ceritanya. Quite seronok bila dapat kawan baru sebab macam-macam pengalaman dia cerita.

Last Day: Sunset at Cenang
Sunset ni layan kat Yellow Café, area Pantai Cenang. Seriously memang recommended sangat tempat ni. Sangat chill untuk lepak. Masa ni lepak mengopi dengan Chan la sebelum kitorang gerak ke airport.

Ok, dah habis. Apa yang boleh gua khabarkan, jauh atau dekat perjalanan gua untuk bercuti, yang penting kita enjoy every moment of it. Percaya tak kalau gua cakap untuk 4 hari 4 malam, perbelanjaan gua in total untuk hotel, sewa kereta, minyak kereta, dan makan kurang dari RM350? Alhamdulillah. Looking forward for another jalan-jalan session.


Pengejar Helang,
Zana

23 June, 2014

@faizdickievp #komiksengal

Salam,

Woot! Woot! Pernah tak dengar nama faizdickie? Hahaha. Gua first diperkenalkan end of last year oleh housemate gua tapi tak amek port sangat sampailah kakak gua dok mention-mention nama gua kat IG faizdickie ni. Mulalah gua mengexplore and dok ralit mengekeh sorang-sorang melayan IG dia.

Alkisahnya dulu IG dia @faizdickie, tapi adalah sebabnya then kena delete oleh IG. Hikhik. Doesn’t matterlah as long as dia dah bukak IG baru, then gua okay sajerrr. Asal tension jer, gua tau IG dia akan menceriakan hidup gua. waaah, sampai tahap gitu. Meh gua share some of #komiksengal. Eh, jangan lupa follow @faizdickievp di Instagram. Video-video pun ada banyak. Gua kalau dah tahap suka, gua share sama-sama tak makan sorang. Kehkehkeh. Moh la kita.








Some katanya.... Nak lagi?? Pi follow @faizdickievp di instagram. And kalau korang perasan, lawak dia mostly berdasarkan kisah atau kehidupan sebenar kita sebagai masyarakat melayu. The good thing is, walaupun #komiksengal faizdickie ni adalah sesengal alam, setiap komik tu kebanyakannya ada ceritanya sendiri. Nak tau? Pi follow. Strongly recommended. Wah, gitchewww!

P/S: Gua promote untuk keceriaan bersama sahaja. Tiada niat tersembunyi. Harap maklong!


Villagepeople,
Zana

20 June, 2014

if it makes you happy


 'nuff said.

Kucing: Jebat namanya

Salam,

Ni gua nak cerita pasal kucing gua bernama Jebat ni. Sekarang ni kat rumah gua ada 3 ekor kucing semuanya, Jebat, Loki and Oli. Gua sebenarnya suspek si Jebat ni ada penyakit lembam or terencat akal ke apa sebab dia macam jenis tak alert sama ada tempat dia pergi tu bahaya ke apa. Kesian pun ada, lawak pun ada.

Siap pakai stokin dalam rumah. Hahaha.
Nak dijadikan cerita, rumah gua ni tingkat 4, so dia dah 2 kali jatuh dari tingkat 4 ni. Alhamdulillah, Selamat dan sihat lagi sampai sekarang. Nasib baik jumpa balik. Kalau tak, nangesss.

Kena pakai flash baru nampak mata dia. Hahahaha.
Pastu, dua hari lepas gua nak basuh baju, so jenis gua ni akan letak detergent dulu dalam mesin and masukkan air dulu baru masukkan baju-baju kotor as gua tak nak la detergent tu melekat di baju. Kiranya gua akan tunggu air sabun baru letak baju, barulah equal semua bersih dan wangi. hahaha. boleh gitu? Ok, sambung. Gua tadah air tu and pergilah mandi sementara tunggu nak penuh. Masa gua dah habis mandi, masuk bilik, terkejut gua tengok Jebat kebasahan satu badan dari kepala sampai ekor. Gua pergi tanya Lynn, dia pun tak tau, pastu gua fikir-fikir then bagitau Lynn yang gua syak dia jatuh dalam mesin tu. Sekali bau, ada bau sabun. Ya Allah, kesiannya Jebaaatttt. Air sabun kot. Dia elok je duduk diam macam takda apa. Ni dah kejadian ketiga. Jebat ni bagusnya dia jenis senyap-senyap je. Jarang nak keluarkan suara. Unlike Loki, suara dia serumah boleh dengar cuma belum tahap pecah suara macam kucing bujang cari betina. Hahaha.


Nampak tak comotnya dia? Hahaha
Lagi satu, Jebat ni bukan jenis kucing yang pandai bersihkan diri dia. Loki dan Oli elok je bersih dan cantik, tapi Jebat ni a bit comot. Hahaha.  Selalunya gua atau Lynn akan cubalah bersihkan. Nak mandikan selalu dia kecik lagi. Padahal dulu dia dan Loki besarnya lebih kurang je. Sekarang Loki dah membesar bagaikan juara tapi Jebat ni macam tak besar-besar. Boleh gitu? Hmm, mungkinlah ada besar sikit tapi takdelah nampak sangat. Nak jugak amek hati sendiri. Hahaha.

Tetapppplah sayanggg. Comel je di mata gua.
Eh, oklah. Nanti gua share gambar kucing-kucing lain pulak. Tiba-tiba rasa rindu kat diorang ni. Huhuhu.


Cats Lover,
Zana

19 June, 2014

Hidup tu jangan sedeh sangat

Salam,

Moh ler nak cerita sikit ni. Adalah member gua ni bercerita yang ada “orang-orang” ni menyibuk tahap Cadbury masuk blog gua nak tau cerita pasal si polan. Bahahaha. Lawak kot then komen-komen negatif within diorang. Eh… eh… so what? Life lu tak best then nak ngumpat-ngumpat. Lawak. Mesti lu dulu tak pernah buat macam yang kitorang buat kan. Mesti life lu tu boring tahap gaban. Kesian.

Gua ni bukan jahil sangat. Takdelah baik sangat but somehow gua tau apa gua buat, apa niat gua, so tak perlulah gua nak mentioned dalam ni kan. Bagi gua, ada yang boleh share, gua share, dan yang tak boleh share tu, biarkan jer. Adalah sebabnya tu yang gua tak boleh share sebab blog gua ni kan public.

Sumber: SINI
Buat yang suka sangat menjelajah blog gua dengan niat hati busuk korang nak mengumpat dan judgemental tak kena tempat tu, lupakan je lah. You are not welcome here. Klik pangkah di hujung window belah kanan. Tak puas hati sangat? Payah tau nanti nak cari gua atau si polan kat Padang Masyar. Fikir-fikirkanlah. Nak baca untuk hiburan walaupun takdalah menghiburkan sangat, tak kisah. Tak komen pun takpe. Gua berblog hanya suka-suka.

Ada yang terasa? Gua mintak maaf. Yang masuk blog gua untuk dapatkan info dan tips travel tak seberapa dari gua, thanks sudi berkunjung atas niat nak dapatkan info. Bukan info pasal si polan eh. Hahahaha. Dah, jangan sedih sangat hidup tu.

Stalker dengan hati suci,

Zana