Salam,
So yes, it’s Langkawi
trip again but with different faces. Hahaha. Apa gua nak cakap ni sebenarnya? Gilo.
Sepatutnya trip Langkawi ni nak ke Koh Lipe macam apa yang gua cakap sebelum ni
but well, kita hanya merancang dan Tuhan menentukan. Agree? Disebabkan monsoon,
makanya kami hanya lepak dan menghabiskan masa di Langkawi. Oh yes! 4 hari 4
malam taw.
|
Start gambar dengan travel gear baru. |
Trip ni ktorg
amek flight malam, last flight sebab sayang nak amek cuti banyak-banyak. 9.15
pm fly dan sampai Langkawi around 10pm. As usual, kereta sewa termurah dengan
harga RM50 je sehari untuk Viva Auto. Menarik kan? Nak detail, sila email gua. Hahaha.
Oh ye, trip
ni sepatutnya pergi berlima but end up tinggal gua, Lynn, dan Kak Boom je sebab
Dila dan Eni last minute terpaksa menarik diri. Actually, takdelah last minute
sangat. Dalam seminggu awal, so tak kisah lah. Jangan dah nak sampai hari pergi
nak kensel2. Itu boleh menaikkan api kenagaan gua. Takpe, maybe diorang ada
problem sendiri yang tak boleh nak share. Biarlah. Hahaha.
Kitorang stay
2 malam di Kuah, dan another 2 malam di Cenang. Kat Kuah stay kat Joy Motel,
murah-murah jer sebab kitorang bukan nak honeymoon. RM100 per night untuk family room dan gua
sangat-sangat berpuas hati dengan hotel ni. Bersih dan selesa sangat, parking
pun luas. Tapi, mungkin ada yang tak selesa sebab hotel ni bersebelahan dengan
tokong cina. So far, duduk dua malam di sana, nyaman je masing-masing tidur. Huehuehue.
Haha. Tiba-tiba
gambar ni kan? Magic tak? Okay, kat sinilah kitorang breakfast. Dan, memang
sedap as recommended by the local. Gua ni suka je cari tempat makan best-best
ni. Bila lagi lah pulak nak sampai Langkawi ni lagi kan? Masa sampai tu pun ada
line up yang panjang depan gua but gua menyanggup je.
|
Line up. Lambat gua amek gambar, sebelum tu gua ke belakang lagi. |
|
Ni dah nak sampai giliran gua. Berdebar. Hahaha. |
|
Nasi kaler kuning. |
|
Pilih lauk. |
|
Ini memang sedap as my brunch woah. |
Bila teringat balik sekarang ni, lapar sebab memang sedap. Gua recommend
sangat korang pergi kedai sini. Lokasi di pecan Kuah berdekatan kedai Nasi Ayam
famous tu. Tak ingat nama apa.
Ok, sekarang dah tahap malas nak menaip. Hehe. Moh layan gambar.
|
Aktiviti hari pertama: Makam Mahsuri. |
|
Aktiviti hari pertama: Telaga Mahsuri |
Haha. Tiba-tiba sangat terus ke Cable car kan. Yup, after Makam Mahsuri terus lari ke Cable Car sebab time orang solat Jumaat. So menyempat la pergi time tak crowded sangat. Cuaca pun tengah cun panas dan view cantik. Bertabah jer masa ni tapi dah sampai atas, nyaman je angin sejuk.
|
Aktiviti hari pertama: Cable Car (RM15 per entry (MyKAD)) |
Ini tempat wajib singgah lepas cable car. Laksa terbaik. Pesembur pun terbaik. Recommend sangat.
|
Aktiviti hari pertama: Pantai Kok |
|
Gelang persahabatan katanya. |
Disebabkan cuaca panas, lepas cable car balik ke bilik dan rest. Sempat lah melelapkan mata. Huhu. Pukul 6pm keluar balik untuk sunset time.
|
Aktiviti hari pertama: Dataran Lang |
|
Aktiviti hari pertama: Dataran Lang |
|
Aktiviti hari pertama: Sunset Dataran Lang |
Hari kedua
kitorang tak buat apa sangat. Kata memang cuti dan nak berehat-rehat kan. Jadinya
check out hotel awal dan bergerak ke Cenang nak cari hotel yang dah booked siap-siap
kat Agoda. Kitorang stay kat White Lodge Chalet. Untuk family room, RM200 untuk
satu malam. Memang puas hati sangat sebab hotel best, wifi laju, dekat dengan
pantai, bersih, dan cantik. And, staff pun helpful. Cuma agak sukar nak cari
chalet ni sebab dia sedikit tersorok, but it’s okay sebab gua call beberapa
kali tetaplah dia melayan baik nak guide ke jalan yang benaaarrrrr.
|
Hah..jadi balik. Tiba2 senget. Layannn. |
|
Ada angsa lam bilik. Hehe |
Ini adalah terpaling murah untuk pakej island hopping. Untungnya bila kita berkawan dengan local people. Huhu. Gua bukan jenis peramah sangat tapi tak salahkan cuba menjadi peramah dan make friends masa travel? Hasilnya, rezeki kami selalu murah, dapat pakej murah, dan tempat makan yang direkomen dekat kitorang memang murah dan sedap. Alhamdulillah.
|
Aktiviti hari ketiga: Island Hopping (RM25 per person) |
|
Aktiviti hari ketiga: Island Hopping |
|
Aktiviti hari ketiga: Island Hopping...Beratus helang sini woih. |
Hari last macam biasa kalau berkunjung ke Langkawi, mesti
membeli chocs sebab semua tau kotttt, kat Langkawi murah gila chocs dia. Gua tak
beli banyak sangat. Tak amek order kawan-kawan pun. Nak mengangkut payah. 3 jam
masa habis di Idaman Suri dan Haji Ismail Group. Gua belikan mak gua periuk
ajaib jenama Vantage size 36cm kalau tak silap. Untuk diri sendiri, periuk
ajaib murah-murah sudah. Haha. Janji ada.
Masa kat sana, pagi last day tu, Lynn keluar sorang-sorang
melayan panta. Gua dan Kak Boom belasah tidur. Balik je Lynn ke bilik, dia dah
bercerita jumpa kawan baru. Hehe. Petang after shopping, ajak kawan Lynn pekena
Laksa Sekoq berdekatan airport. Gila time hujan lebat menggila kitorang duduk
layan laksa. By the way, kawan Lynn ni berasal dari Korea dan kerja di New
Zealand (tempat idaman tuuu), dah
beberapa bulan travel. Dia between job tu yang pergi travel dulu sebelum start
kerja baru. Itulah ceritanya. Quite seronok bila dapat kawan baru sebab
macam-macam pengalaman dia cerita.
|
Last Day: Sunset at Cenang |
Sunset ni layan kat Yellow Café, area Pantai Cenang. Seriously
memang recommended sangat tempat ni. Sangat chill untuk lepak. Masa ni lepak
mengopi dengan Chan la sebelum kitorang gerak ke airport.
Ok, dah habis. Apa yang boleh gua khabarkan, jauh atau dekat
perjalanan gua untuk bercuti, yang penting kita enjoy every moment of it. Percaya
tak kalau gua cakap untuk 4 hari 4 malam, perbelanjaan gua in total untuk
hotel, sewa kereta, minyak kereta, dan makan kurang dari RM350? Alhamdulillah.
Looking forward for another jalan-jalan session.
Pengejar Helang,
Zana
No comments:
Post a Comment