Nuffnang Ads

Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label jalan-jalan. Show all posts

29 May, 2015

That someday is today

Salam...

Eceh... Tajuk kemain lagi. Happy jumaat semuanya. Hiks.

Hari ni aku decided taknak gi keja. Awal2 pagi dah msg boss nak cuti. So menung punya menung entah cane around 12pm aku langkahkan kaki ke lrt and tanpa tujuan naik lrt ke kl sentral. Dengan aku yang tak tau nak ke mana, mencuba untuk pusing2 Nu Sentral mall tapi tiba2 plak kaki aku ke stesen monorel. Ok, layankan. Aku naik monorel ke Bukit Bintang. Dah lama rasanya aku tak jejakkan kaki ke area sini, masa zaman U dulu rajinlah gak aku merayap ke sini.

Memang aku takda tujuan nak ke mana cuma berpusing2 dlm Sg Wang. Bosan. Langkahkan kakinke lot 10, juga bosan. Ehhhh, apa yang tak bosan pun aku tak tau. Takda apa yang aku nak beli. Jalan je lebih. Singgah Famous Amos sebab tergoda bau cookies dia and membeli jugak. Buat rasa kat tekak je.

Entahlah kenapa dari dulu lagi aku ni semacam takda nafsu sangat kalau it comes to shopping. Untung bakal suami. Eh? Tapi seriously, cuba gak diri ini nak shopping and tengok2 baju ke seluar ke, hmmmm.... Takpelah. End up aku langkah keluar and tak masuk memana kedai dah.

Pusing2 luar lot 10 sampai ke fahrenheit dah aku ni ha, patah balik plak. Entah nak ke mana. Blur.

End up sekarang aku lepak minum kat starbucks sambil melayan biskut Famous Amos aku. Not interesting story cumanya aku terbayang kalau ada kat negara orang and aku jalan2 macam ni. Gitewww. Terus feeling feeling pusing new york sorang. Keh keh keh!

P/s: masa update blog ni aku kat starbucks, balik umah tgk byk gile typo smp aku sendiri x paham. Updated!

Xoxo,
Zana

Peach iz just another me

24 June, 2014

Misi Mencari Helang

Salam,

So yes, it’s Langkawi trip again but with different faces. Hahaha. Apa gua nak cakap ni sebenarnya? Gilo. Sepatutnya trip Langkawi ni nak ke Koh Lipe macam apa yang gua cakap sebelum ni but well, kita hanya merancang dan Tuhan menentukan. Agree? Disebabkan monsoon, makanya kami hanya lepak dan menghabiskan masa di Langkawi. Oh yes! 4 hari 4 malam taw.

Start gambar dengan travel gear baru.
Trip ni ktorg amek flight malam, last flight sebab sayang nak amek cuti banyak-banyak. 9.15 pm fly dan sampai Langkawi around 10pm. As usual, kereta sewa termurah dengan harga RM50 je sehari untuk Viva Auto. Menarik kan? Nak detail, sila email gua. Hahaha.

Oh ye, trip ni sepatutnya pergi berlima but end up tinggal gua, Lynn, dan Kak Boom je sebab Dila dan Eni last minute terpaksa menarik diri. Actually, takdelah last minute sangat. Dalam seminggu awal, so tak kisah lah. Jangan dah nak sampai hari pergi nak kensel2. Itu boleh menaikkan api kenagaan gua. Takpe, maybe diorang ada problem sendiri yang tak boleh nak share. Biarlah. Hahaha.


Kitorang stay 2 malam di Kuah, dan another 2 malam di Cenang. Kat Kuah stay kat Joy Motel, murah-murah jer sebab kitorang bukan nak honeymoon. RM100 per night untuk family room dan gua sangat-sangat berpuas hati dengan hotel ni. Bersih dan selesa sangat, parking pun luas. Tapi, mungkin ada yang tak selesa sebab hotel ni bersebelahan dengan tokong cina. So far, duduk dua malam di sana, nyaman je masing-masing tidur. Huehuehue.


Haha. Tiba-tiba gambar ni kan? Magic tak? Okay, kat sinilah kitorang breakfast. Dan, memang sedap as recommended by the local. Gua ni suka je cari tempat makan best-best ni. Bila lagi lah pulak nak sampai Langkawi ni lagi kan? Masa sampai tu pun ada line up yang panjang depan gua but gua menyanggup je.

Line up. Lambat gua amek gambar, sebelum tu gua ke belakang lagi.
Ni dah nak sampai giliran gua. Berdebar. Hahaha.
Nasi kaler kuning.
Pilih lauk.
Ini memang sedap as my brunch woah.
Bila teringat balik sekarang ni, lapar sebab memang sedap. Gua recommend sangat korang pergi kedai sini. Lokasi di pecan Kuah berdekatan kedai Nasi Ayam famous tu. Tak ingat nama apa.

Ok, sekarang dah tahap malas nak menaip. Hehe. Moh layan gambar.

Aktiviti hari pertama: Makam Mahsuri.

Aktiviti hari pertama: Telaga Mahsuri
 Haha. Tiba-tiba sangat terus ke Cable car kan. Yup, after Makam Mahsuri terus lari ke Cable Car sebab time orang solat Jumaat. So menyempat la pergi time tak crowded sangat. Cuaca pun tengah cun panas dan view cantik. Bertabah jer masa ni tapi dah sampai atas, nyaman je angin sejuk.

Aktiviti hari pertama: Cable Car (RM15 per entry (MyKAD))
Ini tempat wajib singgah lepas cable car. Laksa terbaik. Pesembur pun terbaik. Recommend sangat.

Aktiviti hari pertama: Pantai Kok

Gelang persahabatan katanya.
Disebabkan cuaca panas, lepas cable car balik ke bilik dan rest. Sempat lah melelapkan mata. Huhu. Pukul 6pm keluar balik untuk sunset time.
Aktiviti hari pertama: Dataran Lang

Aktiviti hari pertama: Dataran Lang

Aktiviti hari pertama: Sunset Dataran Lang
Hari kedua kitorang tak buat apa sangat. Kata memang cuti dan nak berehat-rehat kan. Jadinya check out hotel awal dan bergerak ke Cenang nak cari hotel yang dah booked siap-siap kat Agoda. Kitorang stay kat White Lodge Chalet. Untuk family room, RM200 untuk satu malam. Memang puas hati sangat sebab hotel best, wifi laju, dekat dengan pantai, bersih, dan cantik. And, staff pun helpful. Cuma agak sukar nak cari chalet ni sebab dia sedikit tersorok, but it’s okay sebab gua call beberapa kali tetaplah dia melayan baik nak guide ke jalan yang benaaarrrrr.

Hah..jadi balik. Tiba2 senget. Layannn.

Ada angsa lam bilik. Hehe
Ini adalah terpaling murah untuk pakej island hopping. Untungnya bila kita berkawan dengan local people. Huhu. Gua bukan jenis peramah sangat tapi tak salahkan cuba menjadi peramah dan make friends masa travel? Hasilnya, rezeki kami selalu murah, dapat pakej murah, dan tempat makan yang direkomen dekat kitorang memang murah dan sedap. Alhamdulillah.
Aktiviti hari ketiga: Island Hopping (RM25 per person)
Aktiviti hari ketiga: Island Hopping
Aktiviti hari ketiga: Island Hopping...Beratus helang sini woih.
Hari last macam biasa kalau berkunjung ke Langkawi, mesti membeli chocs sebab semua tau kotttt, kat Langkawi murah gila chocs dia. Gua tak beli banyak sangat. Tak amek order kawan-kawan pun. Nak mengangkut payah. 3 jam masa habis di Idaman Suri dan Haji Ismail Group. Gua belikan mak gua periuk ajaib jenama Vantage size 36cm kalau tak silap. Untuk diri sendiri, periuk ajaib murah-murah sudah. Haha. Janji ada.

Masa kat sana, pagi last day tu, Lynn keluar sorang-sorang melayan panta. Gua dan Kak Boom belasah tidur. Balik je Lynn ke bilik, dia dah bercerita jumpa kawan baru. Hehe. Petang after shopping, ajak kawan Lynn pekena Laksa Sekoq berdekatan airport. Gila time hujan lebat menggila kitorang duduk layan laksa. By the way, kawan Lynn ni berasal dari Korea dan kerja di New Zealand (tempat idaman tuuu), dah beberapa bulan travel. Dia between job tu yang pergi travel dulu sebelum start kerja baru. Itulah ceritanya. Quite seronok bila dapat kawan baru sebab macam-macam pengalaman dia cerita.

Last Day: Sunset at Cenang
Sunset ni layan kat Yellow Café, area Pantai Cenang. Seriously memang recommended sangat tempat ni. Sangat chill untuk lepak. Masa ni lepak mengopi dengan Chan la sebelum kitorang gerak ke airport.

Ok, dah habis. Apa yang boleh gua khabarkan, jauh atau dekat perjalanan gua untuk bercuti, yang penting kita enjoy every moment of it. Percaya tak kalau gua cakap untuk 4 hari 4 malam, perbelanjaan gua in total untuk hotel, sewa kereta, minyak kereta, dan makan kurang dari RM350? Alhamdulillah. Looking forward for another jalan-jalan session.


Pengejar Helang,
Zana

31 March, 2014

Dua weekend (Part 2)

Salam,

Hoih.. now ada masa sikit, laju-laju mengupdate minggu lepas punya aktiviti plak. Aktiviti bermula selepas waktu kerja Jumaat (28/3/2014) lepas. Eh, korang jangan ingat aktiviti gua best sangat. Padahal membosankan je pun tapi saja je nak share. Kehkehkeh. Kak Boom mintak tolong gua teman ke rumah Mak Lang dia kat Keramat. Since dia tak drive haritu, gua paksa suruh jalan kaki ke KLCC sebab gua drive setiap Jumaat sampai KLCC. Pergi Keramat and hantar Boom2 ke LRT Sri Rampai padahal boleh je drop kan dia ke Setiawangsa tapi malas. Nanti gua bosan drive sorang walaupun dekat and beza 1 stesen je. Hahaha.

Sampai rumah mandi-mandi Lynn ajak ke uptown Shah Alam. Bersemangat gila minah tu. Gua layankan je sementara ada mood. Malam Sabtu katanya. Enjoy la. Tapi first nak pergi bubur dulu kat Kampung Baru. Kehkehkeh… uptown Shah Alam la sangat. Lepas makan bubur, si Lynn dah menguap-nguap dah. Terus balik je. Pusing Bukit Bintang jap saja nak mencuci mata. Hehehe. Sampai rumah, terus masing-masing good night. Gua salahkan factor usia.

Sabtu plak, gua terjaga pukul 10, tengok Lynn tengah masak French Toast. Bahasa melayunya, roti telur. T___T.  Lepak depan TV sambil layan nescafe panas di hari Sabtu, adalah heaven. Pukul 12, Lynn dah siap, gua terhegeh-hegeh lagi baru nak mandi. Hahaha. Nak beli groceries kat Mydin USJ. Tempat favourite Lynn. Sampai sana, aduaiiiii. Ramai gila orang. Selalunya kitorang keluar rumah pukul 9 am tapi sabtu lepas terlewat plak. Lagi-lagi cuti sekolah dan hujung bulan. Redah je laa. Capai sana, capai sini, then bayar. Beratur panjang tak hengat. Tapi ada kejadian. Masa tu Lynn jalan-jalan cari kaunter yang orang kurang beli barang and lambai-lambai suruh gua tukar kaunter. Gua gigih tolak troli yang penuh ke tempat Lynn. Sampai je, tengok dah ada orang belakang dia dengan troli separa penuh. Buat muka selamba, gua pergi kat Lynn. Tak lama lepas tu, minah-minah tu blah. Dah dalam kereta, baru Lynn cerita, dia dengar minah tu membebel. “Main booking-booking plakkk”. Katanya. Luckily gua tak dengar. Kalau dengar, gua nak pandang muka sekor-sekor pastu nak cakap, “Kenapa? Ada masalah?”. Tu nasib baik je tu gua tak dengar. Bahahahaha. Tapi lantaklah. Pandai-pandailah nak hidup. Kehkehkeh.

Settle di Mydin, pecut ke Equine Park plak. Nak ke kedai Bedah kawan si Lynn. Layan kedai siam pukul 4pm. Lunch takda so marilah early dinner. Pla Pla Seafood. Cari kat Facebook. Makanan siam yang sedappp. Haritu kitorang order sup ekor, ayam paprik, sayur campur, and sotong goreng tepung. Licin makan berdua dengan Lynn. Lepak sampai pukul 6 then bergerak ke Putrajaya. Melayan hot air balloon. Sampai-sampai je banyak dah dilepaskan. Then jalan-jalan beli t-shirt, pastu gua join games kat booth captain America. Kena tembak kat tengah logo Captain America. Sorang dapat dua shot. First shot tepat tengah, semua dah macam “Woaaahhh”. Kagum. Hahaha. Tak payah kagum sangat sebab shot kedua terus peluru lari. Nasib je tu tapi tetaplah gua rasa hebat. Hahaha. Dapat badge Captain America satu. Bangga. Ko hado?

Konon nak tunggu ada show apa entah Lynn cakap. Glow light ke apa. Something macam tu la bunyinya. Tapi dah hujan makin melebat, bergerak pulang je lah. Dah lah parking jauh, dan gua on my first day period plak masa tu. Syabas! Balik pun masing-masing mandi and membongkang. Hahaha. Jiwa tak cukup muda dah ni.

Ahad gua bangun seawal 6 pagi sebab Panthro dok menggesel and mengiau. Serba tak kena. Dunno why. Eh, Panthro tak balik lagi tau. Masuk 3 minggu dah. Entah papa dia tak nak ke apa. Tapi dia keep contact gak la tanya pasal Panthro. Asyiklah delay so takpelah. Gua okay je sebab dah sayang kat Panthro ni. Ok, sambung. Bangun and masukkan Panthro dalam cage. Manalah tau nak terberak ke apa. Gua pulak buat laundry siap-siap sebab kan catuan air and ahad tu supposedly tutup air dah and biasanya diorang tutup pun dalam 10am above. Campak-campak baju kotor dalam mesin and biar je. Later bangun baru sidai. Hehehe.
Masuk bilik gua sambung tidur. Panthro gua biarkan. Around 9 bangun terus sidai baju and mandi puas. Yelah, kalau time period memang manjang tak selesa especially dalam 3 hari pertama kan. Lagi-lagi air plak dah nak tutup. Better mandi siap-siap. Owh, Lynn plak gigih ke Putrajaya semula. Sebab tak puas hati tengok yang hari sebelumnya. Dia nak tengok benda tu naik. 7.30am dah keluar rumah. Fuhh! Aroun 12pm camtu Lynn called ajak lunch. Gua okaykan je. Siap dan zass turun. Lepas lunch ke saloon. Semua unplanned. Lynn gunting rambut and gua buat treatment je, lama kot tak manjakan rambut. Termakan pujukan hairstylist tu, terus Lynn buat rebonding kau. Lain gila. Kalau tak style dia tak habis-habis dengan cap. Kali ni, tak dapek lah kot. Kang patah rambut. Cap itu lambang identity katanya. Ahahaha. Gelak je gua dengar.

Entah apa masalah cepat je rasa lapar lately. Padahal 12.30 dah makan, settle saloon gua lapar balik. Hahaha. Mari ke TooWooMba di Setapak. Gua amek Striploin Steak and Lynn layan Lamb Chop. Owh, sedap gilaaaaa. Just the taste that I want. Over gila. Nanti entri lain gua cerita pasal TooWooMba ni. Owh, dah 3 kali pergi memang rasa dia maintain sedap. Harga adalah sangat-sangat reasonable. Ok, more info nanti gua cerita.

Lepas makan, balik. Gua siap-siap iron baju kurung sampai 5 pasang. Sebab tu kalau Sunday gua suka duduk rumah or else keluar pun, gua akan make sure gua balik before maghrib. Banyak benda boleh buat dan banyak masa untuk rest. Lynn masuk tidur pukul 9pm. Lagi awal. Hahaha. Tapi end up pukul 12 jugak gua masuk tidur but still….. pagi gua rasa fresh. Legaaaa. Eh, dah nak berakhir Monday ni, 4 more days for weekend. Tak sabar.

Oklah, tata.

P/s: MK kena kerja sabtu lepas sebab tu masa gua spent dengan Lynn je. Hahahaha.

Xoxo,
Zana

Dua Weekend (Part 1)

Salam,

Bahahahaha… kalau rajin mengupdate, kemain hari-hari gua update. Sampaikan sehari 2 ke 3 entri keluar. Bila tahap malas, rasakan terus 2 minggu tak update. Gua busy actually. Kejap ke tower 2, kejap ke tower 1. Everyday macam tu. Eh, gua keja di KLCC. Untuk yang tak tau ler. Yang dah tau, abaikan statement tadi. Kalau weekend jangan ditanya lah. Memang gua tak update punya unless datang mimpi tiba-tiba je tu. Adalah muncul di hujung minggu. Hehehe.

Last 2 weeks apa gua buat eh? Sabtu (22/3/2014) ke Taiping sebab nak attend 2 kenduri. Travel bertiga dengan Boom Boom and MK. Balik hari jer, tapi jammed ya ampun. Kejap clear, kejap jammed. Hoih, end up 5 jam masa habis atas highway. Dengan panas lagi, siap gua berjubah hitam nak attend kenduri. Hahaha. Gigih gila. Jam 5 dah bergerak balik KL. Takda jalan-jalan pun di Taiping. Tak menyempat sebab hati dah nak balik je rasa. Masing-masing kepenatan. MK drive until RnR Tapah. Gua dengan Kak Boom dah bawak baju siap-siap so mandi dengan puasnya. Fuhhh, fresh gila rasa. Sebab masa tu nak jimat air laaa sangat. Kan tengah krisis air. Mandi siap-siap kat RnR then balik tak payah membazir air. Heh. Pukul 9 baru sampai KL. Lega nampak bangunan KL jangan cakaplah. Relief gila. Hahaha. Sakai!

Dan gua tak tau si Kak Boom tu mana dapat tenaga. Dia siap boleh kuar balikjumpa kawan-kawan and balik 2.30am. gua hantar MK balik, singgah makan jap and by 10.30pm dah sampai rumah. Memang gua tak sedar langsung bila Kak Boom sampai. Sedar-sedar tengok dah berdengkur. Tu pun gua sedar sebab sakit perut. Sakit gila seolah-olah peranakan mengeras camtu. Dalam mamai-mamai tu, gua ingat gua nak membuang. So ke toilet, lama duduk membuang tapi sakit tak hilang-hilang. Keluar bilik air, terus berbaring dekat katil Lynn. Owh, masa tu Lynn kat kampung. Lepas 10 minit, tak hilang gak, gua decide nak cari painkiller dalam fridge. Bila bangun je, tertunduk-tunduk gua berjalan menahan sakit. Tak jadi ke fridge terus ke bilik gua, and kejut Kak Boom. Mintak tolong carikan painkiller. Dalam mamai tu dia bangun cari painkiller, tapi takda. Apa ke malang nasib. So ada Panadol 650 tu, dia kasi and gua telan 2 biji. Kak Boom capai bantal, sambung tidur kat hall sebab nak kasi gua rest. Masa tu rasa tak boleh nak kena kipas. Siap pesan kalau sakit lagi, dia nak bawak pegi hospital terus. Gua cakap tunggu dulu. Tengok dalam 2 jam lagi cemana. If sama gak, no choice. Gua akan ke hospital gak. Alhamdulillah, selepas makan ubat beransur-ansur kurang rasa sakit kat peranakan tu. Dan gua still wonder why.

Masa sakit tu kan, kan gua baring bilik Lynn, masa tu si Oli tengah tidur atas meja. Terus dia bangun merenung gua, cuma gua tak mampu nak tegur je. And masa lepas gua makan ubat, Oli masuk bilik, naik atas tilam dan mengiau. Yang gua mampu cakap, “Oli, sakit sangat Oli.” Merintih kot masa tu as if Oli faham. Oli ni jenis akan tidur atas karpet je kalau alam bilik gua. ni siap dia naik atas tilam gua. Sekali tu gua nampak dia dah keluar bilik, and gua pun dah terlelap. Tak lama lepas tu, gua terjaga sebab rasa Oli picit kat kawasan yang sakit tu. Oh, terharu gila gua yang Oli faham. Tau kan cara kucing picit cemana. Dia tekankan kaki dia yang depan tu silih berganti kiri dan kanan. Dia punya effort nak kurangkan sakit gua masa tu, adeh, nak menitik air mata rasa. Walaupun tak rasa apa. Gua usap kepala dia dan cakap thanks. Oli beralih tempat baring dekat sebelah gua dan peratikan gua. Terus gua usap kepala dia lagi. Memang good girl sangat Oli ni walaupun garang. At last gua terlelap dan tejaga pukul 8. Oli ada lagi sebelah. Betul-betul dia jaga gua masa tu. Alhamdulillah, gua rasa syukur sangat walaupun hanya seekor kucing, tapi besar rahmat Tuhan beri bila kita sayang binatang ni. Menjadi peneman bila saat gua perlukan.

Ok, dah abis ceta pasal kucing satu perenggan. Hahaha. Gua terjaga cari tukang urut plak. Teringat Yati pernah bagi contact number ada sorang akak Indon ni. Pandai mengurut katanya. So, gua contact and set appointment nak jemput akak tu ke rumah. Akak tu duduk area Ampang. Sesat-sesat gua cari rumah kakak tu. Hahaha. Janji pukul 10, 11.30 baru jumpa tempat akak tu tunggu. Dia bagi direction pelik-pelik. Klinik Warta, ada signboard kucing besar, orang jual goreng pisang. 10 kali kot gua call dia tanya itu ini. Ke lebih 10? Tak ingat. Hahaha. Menangis nak cari. Masa tu ajak Yati sekali sebab dah alang-alang kat kawasan rumah dia. Amek Yati dan cari rumah akak tu. Fuhh, jumpa jugak. 12pm sampai rumah then akak tu urut gua dalam sejam lebih. Lega gila rasa badan, memang sedap akak tu urut. Tak sakit sangat dan melegakan. Tapi kawasan sakit tu akak tu cuba gak lah nak urut tapi gua ni badan je besar tapi takut sakit. Hahaha. Dasarrrr.

Petang tu just lepak kat rumah je. Makan ubat dan tertidur. Memang nak rest kaw-kaw je rasanya. Satu lagi lupa nak cerita. Gua dengan Kak Boom sama-sama kena cirit birit. Hahaha. Hikmah kitorang jimat air mandi kat Tapah. Air yang nak dijimatkan boleh buat berak. Hikhikhik. Entah berapa kali ke toilet masing-masing. Gua tertidur awal malam ahad tu and sama gak dengan Kak Boom. Isnin dah rasa lemah gemalai, terus mc sama-sama. Duduk rumah je pun sebab masing-masing lemau. Belah petang baru keluar amek mc dan ubat.

Ahahaha… dah mula dah malas ni. Kita sambung part 2 untuk weekend lepas nanti eh. Nak sambung keja jap. Hehehe.

Xoxo,
Zana

18 February, 2014

Cerita Bukit Tinggi, Pahang

Gua mintak maaf sebab gambar dalam entri ni tunggang terbalik, padahal masa gua kasi watermark tu elok je, masuk dalam ni, terus tak elok. Pandai-pandailah julingkan mata ye tengok gambar-gambar dalam ni. :p

Salam,

Gua rasa benda ni berlaku 2 minggu lepas kot. Seminggu selepas gua balik dari Kuching. Ini sebenarnya trip tiba-tiba namanya. Takda angin, takda ribut, MK called pagi tu ajak ke Bukit Tinggi. Gua terus “JOM”. Hahaha. Psiko apakah ini pantang diajak berjalan, laju sahaja gua setuju. Cis!

Zasss sangat bersiap dan tersengih-sengih keluar pintu rumah. Jiran nampak confirm ingat gua gila sengih-sengih tiba-tiba. Excited sebenarnya. Gua ajak Lynn, tapi dia pun dah ada plan lain. So, let’s dating berdua dengan kekasih. Auwww…

Dokek bhona Bukit Tinggi ni ghupanyer. Haha. Less than an hour dari Ampang. Suka. Sampai-sampai je angin sejuk.  Ahhhh, nyaman. Ye laaa, lu pun tau kan cuaca panas melampau di Malaysia sekarang. Kemarau okay. Banyak tempat dah takda air.

Sampai je sana, dikenakan bayaram RM12 each. And then cari parking dan pelan-pelan jalan nak tunggu shuttle bus ke puncak. Tak lama lepas tu, shuttle bus pun sampai and terus naik. Sengih-sengih sambil ber’selfie’ dengan MK yang melayankan saja perangai gua ni. Haha. Biarlahhh. Pre-honeymoon katanya. Haruslah gua mengada-ngada sikit. Sikit je taw. Haha. Sampai di hentian, gua terpinga-pinga nak turun ke tapi MK yakinkan kata jap lagi bus ni akan naik puncak, ni belum puncak. Gila apa nak panjat, tinggi tuuu, katanya. Tunggu sampai bus dah penuh. And guess what? Bus tu meluncur turun ke tempat kitorang mula-mula naik tadi. Damn! Gua jeling MK, dia dah gelak-gelak. Malu kot gua. Mana nak letak muka. Hahaha, and of coz lah gua tak spoilkan percutian berdua ni so haruslah sengih dan teruskan gak berjalan dulu di kawasan bawah tu. Alaa, yang bangunan cantik yang feeling-feeling di oversea tu. Haha. Shuttle bus akan bergerak lagi setengah jam. So, marilah mengambil gambar gedik-gedik sambil menyaksikan pemandangan yang indah. Aaahhhh, nyaman.









Lepas setengah jam, marilah hop on balik shuttle bus tu. Masa ni gua dah berdebar-debar nak memanjat bukit. Hahaha. Biasalah, gemuks nak panjat bukit yang alahai lah tingginyaa bagi gua. tapi gigihkan gak la memanjat. Dah alang-alang sampaikan. Tu pun pancit berapa kali entah. Biasalah badan jenis tak exercise camni. Hikhikhik. Meh layankan gambar dulu. 

Japanese Tea Garden ni.

Japanese house kot.




Tatami Spa


Ni dah kat Botanical Garden.





Gua dan MK spend less than 4 hours kot kat sana. Animal farm ke, tempat kuda langsung tak singgah. Well, knowing MK, memang gitulah dia. So gua ikutkan sahaja. malas nak komplen banyak. Some more, penat memanjat tak habis. Kang bergaduh pun penat. Haha. Baik diamkan je.

Bila meninggalkan Bukit Tinggi, MK drive dan masuk jalan ke Kuantan. Waahhhh, surprise apakah menanti. Kenapa tak amek jalan pulang ke KL?Ahaks, drama sangat. Rupa-rupanya nak bawak gua ke Bentong dan rasa aiskrim famous katanya. Not bad, sedap gak lah. At least jauh perjalanan sikit. Haha. 

Inilah kedai aiskrim famous tu.
Balik KL gua drive dan MK yang demam dah berdengkur sampailah ke Ampang. Haha. Awal okay. Pukul 6 dah sampai. Perghhh. Puas berjalan, hati banyak gembira, badan banyak penat. Malam tu, tidur lena tanpa mimpi. 

Xoxo,
Zana

13 February, 2014

Kisah Januari

Salam,

Hamboi… tak beragak tajuk. Takdalah kisah best sangat pun. Kisah gua ni kebanyakannya makan, jalan, makan, jalan jer. As itu sajalah kegemaran gua. Woah, kegemaran sangat. Hikhikhik. Ni trip ke Kuala Selangor bersama kesayangans. Siapakah? Bersama MK dan Lynn (housemate gua). last minute je punya plan ni, tapi fun gila. We did enjoy ourself.


Gerak pun masa matahari dah mencanak atas kepala. Zasss je bersiap, pick up MK dank e Kuala Selangor lah kami. Apa-apahal makan dulu. Of cos ke restoran kegemaran, Riverview Seafood. Korang kena gak try makan kat sini. Lokasi? Pasir Penambang. Alaa, Waze kana da, gunalah teknologi yang hado yer.

Cuaca cerah dan cantik je hari tu. Lu tengok awan tu. 

Special steam bawal. TERBAIK!!!

Omelette oyster

Sayur campur masak telur masin. Meleleh.

Chinese bread. Kena makan dengan ketam bawah ni.

Fresh milk crab. Telan lioq lagi. Haizzz...
Selesai bersantap, mohla berjalan-jalan di kawasan sekitar. Hehe. Bukit Melawati lorr. Kena naik shuttle bus. Bayaran RM5 per person kalau tak silap. Sebelum naik tu, gua beli kekacangs sebab nak kasi makan sama siamang. Wooohhhooo…. Memang banyak gila, tapi jinak. Pakej siap panjat bahu okay. Terjerit-jerit gua. haha.. gambar siamang banyak tapi dalam phone Lynn. Takda kat gua. Heuheu. 

Puas dah bergomol bersama siamang, baru pukul 4.30 petang, jom layan sunset di Pantai Remis. Cuaca panas lagi. Feeling jap tepi pantai berjalan dengan MK. Perasan diri tengah honeymoon di Bali, bejalan di persisiran pantai. Haha. Phuiii, berangan lebih. Biarlaaaa!!!  Gua memang suka berangan. Mana tau jadi kenyataan kan. Hahaha. Tapi kan korang, kalau macam tu, memang perasaan dia lain macam sikit kan? Ke gua je macam tu? Hikhikhik.

Telan lio lagi. Dia punya pencicah tu, peerrrggghhhh... memang ini yang sepatutnya dicontohi wahai peniaga kerang sekalian alam. menangis kesedapan. eh? Sesuatu sangat. Bye!

The view. Owh, tenang!

Sunset. Hati ada sinyummm.

Suasana... owh, love!

Ok, dah habis. Bye.

Xoxo,
Zana