Salam,
Bahahahaha… kalau rajin mengupdate, kemain hari-hari gua
update. Sampaikan sehari 2 ke 3 entri keluar. Bila tahap malas, rasakan terus 2
minggu tak update. Gua busy actually. Kejap ke tower 2, kejap ke tower 1. Everyday
macam tu. Eh, gua keja di KLCC. Untuk yang tak tau ler. Yang dah tau, abaikan
statement tadi. Kalau weekend jangan ditanya lah. Memang gua tak update punya
unless datang mimpi tiba-tiba je tu. Adalah muncul di hujung minggu. Hehehe.
Last 2 weeks apa gua buat eh? Sabtu (22/3/2014) ke Taiping
sebab nak attend 2 kenduri. Travel bertiga dengan Boom Boom and MK. Balik hari
jer, tapi jammed ya ampun. Kejap clear, kejap jammed. Hoih, end up 5 jam masa
habis atas highway. Dengan panas lagi, siap gua berjubah hitam nak attend
kenduri. Hahaha. Gigih gila. Jam 5 dah bergerak balik KL. Takda jalan-jalan pun
di Taiping. Tak menyempat sebab hati dah nak balik je rasa. Masing-masing
kepenatan. MK drive until RnR Tapah. Gua dengan Kak Boom dah bawak baju
siap-siap so mandi dengan puasnya. Fuhhh, fresh gila rasa. Sebab masa tu nak
jimat air laaa sangat. Kan tengah krisis air. Mandi siap-siap kat RnR then
balik tak payah membazir air. Heh. Pukul 9 baru sampai KL. Lega nampak bangunan
KL jangan cakaplah. Relief gila. Hahaha. Sakai!
Dan gua tak tau si Kak Boom tu mana dapat tenaga. Dia siap
boleh kuar balikjumpa kawan-kawan and balik 2.30am. gua hantar MK balik,
singgah makan jap and by 10.30pm dah sampai rumah. Memang gua tak sedar
langsung bila Kak Boom sampai. Sedar-sedar tengok dah berdengkur. Tu pun gua
sedar sebab sakit perut. Sakit gila seolah-olah peranakan mengeras camtu. Dalam
mamai-mamai tu, gua ingat gua nak membuang. So ke toilet, lama duduk membuang
tapi sakit tak hilang-hilang. Keluar bilik air, terus berbaring dekat katil
Lynn. Owh, masa tu Lynn kat kampung. Lepas 10 minit, tak hilang gak, gua decide
nak cari painkiller dalam fridge. Bila bangun je, tertunduk-tunduk gua berjalan
menahan sakit. Tak jadi ke fridge terus ke bilik gua, and kejut Kak Boom. Mintak
tolong carikan painkiller. Dalam mamai tu dia bangun cari painkiller, tapi
takda. Apa ke malang nasib. So ada Panadol 650 tu, dia kasi and gua telan 2
biji. Kak Boom capai bantal, sambung tidur kat hall sebab nak kasi gua rest. Masa
tu rasa tak boleh nak kena kipas. Siap pesan kalau sakit lagi, dia nak bawak
pegi hospital terus. Gua cakap tunggu dulu. Tengok dalam 2 jam lagi cemana. If sama
gak, no choice. Gua akan ke hospital gak. Alhamdulillah, selepas makan ubat
beransur-ansur kurang rasa sakit kat peranakan tu. Dan gua still wonder why.
Masa sakit tu kan, kan gua baring bilik Lynn, masa tu si Oli
tengah tidur atas meja. Terus dia bangun merenung gua, cuma gua tak mampu nak
tegur je. And masa lepas gua makan ubat, Oli masuk bilik, naik atas tilam dan
mengiau. Yang gua mampu cakap, “Oli,
sakit sangat Oli.” Merintih kot masa tu as if Oli faham. Oli ni jenis akan
tidur atas karpet je kalau alam bilik gua. ni siap dia naik atas tilam gua. Sekali
tu gua nampak dia dah keluar bilik, and gua pun dah terlelap. Tak lama lepas
tu, gua terjaga sebab rasa Oli picit kat kawasan yang sakit tu. Oh, terharu
gila gua yang Oli faham. Tau kan cara kucing picit cemana. Dia tekankan kaki
dia yang depan tu silih berganti kiri dan kanan. Dia punya effort nak kurangkan
sakit gua masa tu, adeh, nak menitik air mata rasa. Walaupun tak rasa apa. Gua usap
kepala dia dan cakap thanks. Oli beralih tempat baring dekat sebelah gua dan
peratikan gua. Terus gua usap kepala dia lagi. Memang good girl sangat Oli ni walaupun
garang. At last gua terlelap dan tejaga pukul 8. Oli ada lagi sebelah. Betul-betul
dia jaga gua masa tu. Alhamdulillah, gua rasa syukur sangat walaupun hanya
seekor kucing, tapi besar rahmat Tuhan beri bila kita sayang binatang ni. Menjadi
peneman bila saat gua perlukan.
Ok, dah abis ceta pasal kucing satu perenggan. Hahaha. Gua terjaga
cari tukang urut plak. Teringat Yati pernah bagi contact number ada sorang akak
Indon ni. Pandai mengurut katanya. So, gua contact and set appointment nak
jemput akak tu ke rumah. Akak tu duduk area Ampang. Sesat-sesat gua cari rumah
kakak tu. Hahaha. Janji pukul 10, 11.30 baru jumpa tempat akak tu tunggu. Dia bagi
direction pelik-pelik. Klinik Warta, ada signboard kucing besar, orang jual goreng
pisang. 10 kali kot gua call dia tanya itu ini. Ke lebih 10? Tak ingat. Hahaha.
Menangis nak cari. Masa tu ajak Yati sekali sebab dah alang-alang kat kawasan
rumah dia. Amek Yati dan cari rumah akak tu. Fuhh, jumpa jugak. 12pm sampai
rumah then akak tu urut gua dalam sejam lebih. Lega gila rasa badan, memang
sedap akak tu urut. Tak sakit sangat dan melegakan. Tapi kawasan sakit tu akak
tu cuba gak lah nak urut tapi gua ni badan je besar tapi takut sakit. Hahaha. Dasarrrr.
Petang tu just lepak kat rumah je. Makan ubat dan tertidur. Memang
nak rest kaw-kaw je rasanya. Satu lagi lupa nak cerita. Gua dengan Kak Boom
sama-sama kena cirit birit. Hahaha. Hikmah kitorang jimat air mandi kat Tapah. Air
yang nak dijimatkan boleh buat berak. Hikhikhik. Entah berapa kali ke toilet
masing-masing. Gua tertidur awal malam ahad tu and sama gak dengan Kak Boom. Isnin
dah rasa lemah gemalai, terus mc sama-sama. Duduk rumah je pun sebab
masing-masing lemau. Belah petang baru keluar amek mc dan ubat.
Ahahaha… dah mula dah malas ni. Kita sambung part 2 untuk
weekend lepas nanti eh. Nak sambung keja jap. Hehehe.
Xoxo,
Zana
No comments:
Post a Comment