Salam,
Sedar tak sedar dah masuk bulan March. Hoi, apesal kejap
sangat rasa ni hoi? Heuheuheu. Sebenarnya nak cerita keterharuan yang terbuku
dalam hati sampai sekarang. Gua ceritakan di perenggan seterusnya okeh.
Ceritanya macam ni, selama gua bekerja ni, Alhamdulillah gua
adalah bagi sedikit dari pendapatan gua kat mak. Tiap-tiap bulan kirim kat mak
je. Kat bapak gua, takdalah pulak sebab gua fikir bapak gua ada duit pencen dan
juga dia kan bukak kedai kat rumah, jadinya dia ada duit sendiri. Entah macam
mana gua tergerak hati nak bagi duit kat bapak gua bulan lepas, sebab gua fikir
kalau dalam islam sendiri menyatakan, kita mesti utamakan mak dalam apa jua
perkara, and macam manapun mak kita tu layan kita, baik atau buruk, dia tetap
mak yang dah melahirkan kita. Gua sudah bekerja 5 tahun, duit bulanan yang tak
seberapa dari gua, gua hulurkan selalunya pada mak, dengan bapak gua, cuma di
hari raya baru merasa duit dari gua.
Gua sendiri ada rasa malu bila amount yang gua kirimkan tu
adalah terlalu sedikit berbanding apa yang bapak gua bagi nak membesarkan gua,
menyekolahkan gua, dan cuba menyediakan keperluan gua untuk mengenggam segulung
ijazah. Tapi, gua nekad nak bagi dan mendiamkan diri. Biarlah bapak gua tak
tahu gua ada mengirimkan duit. Gua Cuma mendiamkan diri sehinggalah jumaat
lepas gua dapat panggilan dari bapak gua.
…
Bapak: Assalamualaikum.
Ko dah balik kerja?
Gua: Waalaikumsalam.
Sudah bapak. Tengah menunggu turn nak masuk wayang. Kalau balik sekarang pun,
jalan jammed gila.
Bapak: Owh camtu.
Bapak nak tanya ni. Selama ni ko ada tak kirim duit kat mak ko?
Gua: Ada. Tapi
takdalah banyak sebab lately ni pun sesak sikit. Sebab tu takda bagitau mak apa-apa
sebab segan bagi tak banyak. (malu taw
kena mengaku macam ni)
Bapak: Eh, bapak tanya je. Nak tanya lagi. Ko ada kirim kat
bapak tak?
Gua: Erm, ada. tapi
tu lah. Orang bagi tak banyak. (entah
mengapa gua rasa sedih sebab segan tak bagi banyak)
Bapak: Jangan cakap macam tu. Terima kasih sebab ingat kat
bapak. Bapak tak mengharap, cumanya bila pergi bank, terkejut sebab ada duit
dalam tu and tak pernah-pernah dapat duit yang tak diketahui. Selalunya bapak
tau berapa balance duit dalam bank tu. (suara
bapak gua happy)
Gua: Yelah, orang pun dah mula nak bagi kat bapak. Cuma tu
lah, amount nak bagi tak banyak. Kalau dapat bagi banyak, orang bagilah banyak.
Bapak: Bukan jumlah yang jadi ukuran. Ingatan itu yang
penting. Alhamdulillah. Bapak doakan rezeki ko murah. Terima kasih sangat sebab
bagi duit kat bapak. Berkat duit kita dapat kalau kita ingat kat mak bapak.
Gua: Eh, takda apa sangat apa yang orang kasi tu. Sebab memang
sikit.
Bapak: Takpe, bapak berterima kasih sangat kat kau. InsyaAllah,
murah rezeki ko nt.
…
Macamtu lah lebih kurang perbualan gua dengan bapak gua. gua
pun tak tau berapa kali ucapan terima kasih bapak gua kasi. Erm, tapi gua happy
bila dia happy walaupun kiriman gua tak seberapa berbanding pengorbanan ibu
bapa gua selama ni. Tapi bila dengar suara happy dari bapak gua, gua sendiri
happy dan terharu sangat. Sampai macam tu sekali penghargaan dari bapak gua
dengan pemberian dari anak. Alhamdulillah, syukur ya Allah.
Entri ini ditulis bukan nak menunjuk-nunjuk. Gua Cuma nak
kita sama-sama amek manfaat dan iktibar. Kita ni bila berjaya sikit, jangan
sampai lupa pada tanggungjawab pada mak bapak walaupun gua terkhilaf jugak
sekali-sekala tapi Alhamdulillah diberi kesedaran. Kalau kita tak kedekut
dengan mak bapak, insyaAllah Tuhan juga tak akan kedekut nak kurniakan rezeki
pada kita. Rezeki juga datang dari segala sudut. Rezeki gaji naik, rezeki kerja
baru, rezeki anak, rezeki beli rumah, dan macam-macamlah. Semuanya dari Allah
SWT. Dunia ni pinjaman je untuk kita.
Bukan ustajah pilihan,
Zana
No comments:
Post a Comment