Nuffnang Ads

31 March, 2014

Dua weekend (Part 2)

Salam,

Hoih.. now ada masa sikit, laju-laju mengupdate minggu lepas punya aktiviti plak. Aktiviti bermula selepas waktu kerja Jumaat (28/3/2014) lepas. Eh, korang jangan ingat aktiviti gua best sangat. Padahal membosankan je pun tapi saja je nak share. Kehkehkeh. Kak Boom mintak tolong gua teman ke rumah Mak Lang dia kat Keramat. Since dia tak drive haritu, gua paksa suruh jalan kaki ke KLCC sebab gua drive setiap Jumaat sampai KLCC. Pergi Keramat and hantar Boom2 ke LRT Sri Rampai padahal boleh je drop kan dia ke Setiawangsa tapi malas. Nanti gua bosan drive sorang walaupun dekat and beza 1 stesen je. Hahaha.

Sampai rumah mandi-mandi Lynn ajak ke uptown Shah Alam. Bersemangat gila minah tu. Gua layankan je sementara ada mood. Malam Sabtu katanya. Enjoy la. Tapi first nak pergi bubur dulu kat Kampung Baru. Kehkehkeh… uptown Shah Alam la sangat. Lepas makan bubur, si Lynn dah menguap-nguap dah. Terus balik je. Pusing Bukit Bintang jap saja nak mencuci mata. Hehehe. Sampai rumah, terus masing-masing good night. Gua salahkan factor usia.

Sabtu plak, gua terjaga pukul 10, tengok Lynn tengah masak French Toast. Bahasa melayunya, roti telur. T___T.  Lepak depan TV sambil layan nescafe panas di hari Sabtu, adalah heaven. Pukul 12, Lynn dah siap, gua terhegeh-hegeh lagi baru nak mandi. Hahaha. Nak beli groceries kat Mydin USJ. Tempat favourite Lynn. Sampai sana, aduaiiiii. Ramai gila orang. Selalunya kitorang keluar rumah pukul 9 am tapi sabtu lepas terlewat plak. Lagi-lagi cuti sekolah dan hujung bulan. Redah je laa. Capai sana, capai sini, then bayar. Beratur panjang tak hengat. Tapi ada kejadian. Masa tu Lynn jalan-jalan cari kaunter yang orang kurang beli barang and lambai-lambai suruh gua tukar kaunter. Gua gigih tolak troli yang penuh ke tempat Lynn. Sampai je, tengok dah ada orang belakang dia dengan troli separa penuh. Buat muka selamba, gua pergi kat Lynn. Tak lama lepas tu, minah-minah tu blah. Dah dalam kereta, baru Lynn cerita, dia dengar minah tu membebel. “Main booking-booking plakkk”. Katanya. Luckily gua tak dengar. Kalau dengar, gua nak pandang muka sekor-sekor pastu nak cakap, “Kenapa? Ada masalah?”. Tu nasib baik je tu gua tak dengar. Bahahahaha. Tapi lantaklah. Pandai-pandailah nak hidup. Kehkehkeh.

Settle di Mydin, pecut ke Equine Park plak. Nak ke kedai Bedah kawan si Lynn. Layan kedai siam pukul 4pm. Lunch takda so marilah early dinner. Pla Pla Seafood. Cari kat Facebook. Makanan siam yang sedappp. Haritu kitorang order sup ekor, ayam paprik, sayur campur, and sotong goreng tepung. Licin makan berdua dengan Lynn. Lepak sampai pukul 6 then bergerak ke Putrajaya. Melayan hot air balloon. Sampai-sampai je banyak dah dilepaskan. Then jalan-jalan beli t-shirt, pastu gua join games kat booth captain America. Kena tembak kat tengah logo Captain America. Sorang dapat dua shot. First shot tepat tengah, semua dah macam “Woaaahhh”. Kagum. Hahaha. Tak payah kagum sangat sebab shot kedua terus peluru lari. Nasib je tu tapi tetaplah gua rasa hebat. Hahaha. Dapat badge Captain America satu. Bangga. Ko hado?

Konon nak tunggu ada show apa entah Lynn cakap. Glow light ke apa. Something macam tu la bunyinya. Tapi dah hujan makin melebat, bergerak pulang je lah. Dah lah parking jauh, dan gua on my first day period plak masa tu. Syabas! Balik pun masing-masing mandi and membongkang. Hahaha. Jiwa tak cukup muda dah ni.

Ahad gua bangun seawal 6 pagi sebab Panthro dok menggesel and mengiau. Serba tak kena. Dunno why. Eh, Panthro tak balik lagi tau. Masuk 3 minggu dah. Entah papa dia tak nak ke apa. Tapi dia keep contact gak la tanya pasal Panthro. Asyiklah delay so takpelah. Gua okay je sebab dah sayang kat Panthro ni. Ok, sambung. Bangun and masukkan Panthro dalam cage. Manalah tau nak terberak ke apa. Gua pulak buat laundry siap-siap sebab kan catuan air and ahad tu supposedly tutup air dah and biasanya diorang tutup pun dalam 10am above. Campak-campak baju kotor dalam mesin and biar je. Later bangun baru sidai. Hehehe.
Masuk bilik gua sambung tidur. Panthro gua biarkan. Around 9 bangun terus sidai baju and mandi puas. Yelah, kalau time period memang manjang tak selesa especially dalam 3 hari pertama kan. Lagi-lagi air plak dah nak tutup. Better mandi siap-siap. Owh, Lynn plak gigih ke Putrajaya semula. Sebab tak puas hati tengok yang hari sebelumnya. Dia nak tengok benda tu naik. 7.30am dah keluar rumah. Fuhh! Aroun 12pm camtu Lynn called ajak lunch. Gua okaykan je. Siap dan zass turun. Lepas lunch ke saloon. Semua unplanned. Lynn gunting rambut and gua buat treatment je, lama kot tak manjakan rambut. Termakan pujukan hairstylist tu, terus Lynn buat rebonding kau. Lain gila. Kalau tak style dia tak habis-habis dengan cap. Kali ni, tak dapek lah kot. Kang patah rambut. Cap itu lambang identity katanya. Ahahaha. Gelak je gua dengar.

Entah apa masalah cepat je rasa lapar lately. Padahal 12.30 dah makan, settle saloon gua lapar balik. Hahaha. Mari ke TooWooMba di Setapak. Gua amek Striploin Steak and Lynn layan Lamb Chop. Owh, sedap gilaaaaa. Just the taste that I want. Over gila. Nanti entri lain gua cerita pasal TooWooMba ni. Owh, dah 3 kali pergi memang rasa dia maintain sedap. Harga adalah sangat-sangat reasonable. Ok, more info nanti gua cerita.

Lepas makan, balik. Gua siap-siap iron baju kurung sampai 5 pasang. Sebab tu kalau Sunday gua suka duduk rumah or else keluar pun, gua akan make sure gua balik before maghrib. Banyak benda boleh buat dan banyak masa untuk rest. Lynn masuk tidur pukul 9pm. Lagi awal. Hahaha. Tapi end up pukul 12 jugak gua masuk tidur but still….. pagi gua rasa fresh. Legaaaa. Eh, dah nak berakhir Monday ni, 4 more days for weekend. Tak sabar.

Oklah, tata.

P/s: MK kena kerja sabtu lepas sebab tu masa gua spent dengan Lynn je. Hahahaha.

Xoxo,
Zana

No comments:

Post a Comment