Nuffnang Ads

10 March, 2014

#PRAY4MH370

Salam,


Gua turut merasa kesedihan insiden MH370. Teringat lagi, pagi sabtu (8/3/2014) gua bangkit dari tidur terus scroll Facebook dan terbaca berita mengenai MH370 lost contact dengan pusat kawalan udara Subang. Berderau rasanya bila MH370 yang sepatutnya tiba di Beijing jam 6.30AM tidak sampai seperti dijadualkan, dan sampai sekarang tidak tahu ke mana perginya MH370. Dari sabtu lagi gua menunggu dan menunggu update terbaru mengenai insiden kehilangan MH370.

Sedih.

Ya, gua boleh merasakan kesedihan dan kerisauan ahli keluarga mereka. Doa dari gua dan semua akan terus ada bersama kalian. Tak dapat gua nak bayangkan sekiranya gua berada di situasi ahli keluarga mangsa. Entah hidup, entahkan mati. Sebak gua rasa. Hebatnya dugaan dari Allah SWT untuk mereka. Tempiasnya turut kita merasakan.


Hentikan spekulasi, hentikan sifat tuding jari mencari kesalahan yang lain. Pasukan keselamatan kita dengan bantuan Negara-negara hebat yang lain sedang berusaha mencari mangsa. Lautan luas untuk diduga. Bukan satu kerja yang mudah. Sama-samalah kita berdoa. Semoga semuanya baik-baik sahaja. InsyaAllah. Amin.



Love,
Zana

No comments:

Post a Comment