Nuffnang Ads

10 March, 2014

Kecewa

Salam,

Bukan apa, gua nak lahirkan kekecewaan yang gua rasa bila terbaca komen-komen di laman sosial. Yang mengupdate status yang tak betul. Kononnya ada saudara terdekat kerja pilot MAS la, orang kuat dekat MAS la, dekat dengan menteri ini menteri itu, berkawan dengan penyiasat la, and the list goes on and on. Sigh…

Gua dah jadi sampai satu tahap hanya scroll dan scroll mana tau ada yang gua rasa boleh percaya, then gua baca sampai habis. Yang menjengkelkan, kita tolak ke tepi. Biarkan. Dengan kaum-kaum bangang yang tak reti menjaga hati dan perasaan ahli keluarga mangsa. Sesedap jari menaip menyalahkan pihak itu, pihak ini. Membuat spekulasi tersendiri yang memedihkan ulu hati bagi keluarga mangsa yang berdepan dugaan MH370 ini. Ada yang membuat insiden MH370 sebagai bahan jenaka. Lain pulak yang mengeluarkan kenyataan di status laman sosial masing-masing membodohkan semua pekerja dan pihak MAS. Eh eh, walaupun gua bukan ada family kerja kat MAS, tapi bila melihat tuduhan melulu tanpa usul periksa, sapa yang bodoh sebenarnya? Sampai mengeluarkan status tak nak naik MAS, bangang ke apa? Lagi best konon kata tak nak ke Beijing? Hahahahahahahahahahaha. Lu memang bodoh. Nampak sangat BIMBO nya. Apa salah MAS? Apa salah Beijing? Ke otak lu yang salah sekarang ni? Sigh…

dari bahasa je pun dah tau dari mana. :)
Kasar sangat bahasa lu. Ini memang gua konfem otak BIMBO. 100% gua konfem.
Amboiii... jentik jari tu baru tau.
 
Takpaa.. Awak pun memang dah tak laku. pasni mesti orang ingat keBODOHan awak ni. Kesian..
Haa... Tu dah mintak maaf tu. Baguslah. Tapi, lain kali be more sensitive okay.
And kalau sesiapa baca WhatsApp bawah ni daripada seorang anak kepada ibunya yang berada di dalam pesawat MH370, ramai yang mengalirkan airmata.


Kesian kan? Sedih kan? Tapi tahukah anda bahawa this goddamn whatsapp adalah FAKE??? Orang lain susah hati dan bersimpati siap mengalirkan airmata tapi this fella sesedap bontot create account twitter dan create cerita hanya untuk meraih publisiti? FUCK.

Read HERE for more info of the fake account.

Sigh.

I know you care but please make it the right way.

Xoxo,
Zana

No comments:

Post a Comment