Salam,
Sabtu lepas macam biasa keluar dating dengan kekasih hati
*muntah hijau*. Ke mana? Pusing-pusing cari kedai makan nak lunch, singgah
workshop jap nak check balik brake kereta gua tu, and jom ke Genting since
jerebu dan panas gila duduk KL. Owhhh, nyaman sungguh kedinginan cuaca di sana.
Kalau memanjang sejuk camtu, alangkah seronoknya bumi Malaysia ni. Hahaha. Dunia
nak kiamat agaknya kalau tiba-tiba dingin macam tu.
Ok, sampai Genting pun dah hampir pukul 3 petang. Sampai-sampai
je si MK dah nak power nap. Stop kat public place dekat-dekat Batu Berayun tu,
si MK dah tido. Gua pun melepak dengar lagu. Kasi chance MK rest jap sebab
malam sebelum tu tak cukup tidur katanya. Malas nak bergaduh so layankan sahaja.
45 minit je dia tidur. Bangun je terus ke parking First World dan jalan-jalan
indoor First World sambil melayan show magic Fantastica 2. Kagum kejap. Then sambung
jalan lagi, window shopping. Pusing dua tiga kali gua dah lapar balik. Hahaha. Orang
gemuk memang selalu lapar.
Berjalan ke Oldtown dan gua ni kan dah nak masuk 2 bulan tak
makan nasi lemak, terus order nasi lemak. Heuheuheu. Sedap sangat dapat nasi
lemak panas masa sejuk-sejuk. Sambung jalan balik dalam indoor and pukul 7 dah
nak gerak balik. Apakah rasa macam lama tapi rupanya kejap je? Hahaha. Adakah sebab
berjalan? Terus balik jer. Hantar MK ke Ampang, sebelum pukul 9pm gua dah
sampai rumah.
Fuhhh! Memang nasib gua sampai awal sebab malam tu dah nak
start catuan air okay and kawasan gua adalah tersenarai. Gua tadah air dalam
apa-apa bekas yang ada. terus mandi puas-puas malam tu. Jam 11 dah tutup air
okay. Kekejaman apakah??? Memang nasib baik balik awal and sempat simpan
beberapa bekas. Cukuplah buat pakai apa yang perlu. Tapi by the time isnin
petang dah kering. And dengar khabar air cuma akan dibuka jam 4pm Selasa. Again,
kekejaman otak Israel sangat macam ni. Cakap tak serupa bikin. Bosan. So,
larilah ke Gombak ke rumah abang gua. nasib baik sana ada air. Puas gua dapat
mandi kalau tak badan rasa lemau je sebab mandi tak cukup air. Faham tak? Ok,
abaikan.
Dengan jerebu dan cuaca tak menentu sekarang. Gua takut gak.
Lain sangat rasa cuaca sekarang. Penas melampau, hujan pun kadang-kadang. Memang
terasa sangat sekarang ni kemarau.
View dari 42nd floor. Jerebu tebal gila. |
View dari 81st floor. Lebat menggila hujan sampai apa pun tak nampak. |
Eh, dah lah. Tiba-tiba ada kerja. Later sambung.
Love,
Zana
No comments:
Post a Comment