Nuffnang Ads

Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

27 August, 2014

Allah Selamatkan Kamuuuuuu, Boom Boom!

Salam,

Tak da masa banyak nak update cuma nak mengabadikan ucapan SELAMAT HARI JADI kepada Kak Boom. Adalah beberapa entri gua tulis pasal Kak Boom ni, my ex-housemate semasa tinggal di Equine Park satu masa dahulu. Dan pernah beberapa kali travel bersama-sama tapi langkah dia jauh dari gua. Takpe, gua slow-slow dulu travel ni. Kasi can dia explore. Huhihe.

To Kak Boom,

Ayat ni memang sesuwai untuk ko --->Age is strictly a case of mind over matter, if you don't mind, it doesn't matter. Happy Birthday! p/s: aku tau ko mana ada kisah! hahaha.

Nah, pic birthday girl di bawah.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SCROLL DOWN.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
SCROLL DOWN.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
KEEP SCROLLING.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
TADAAAAAAA
.
.
.
.
Ini masa pergi Langkawi hari tu.


:-)

Love, 
Zana

04 March, 2014

MK is 31. 03/03/1983 – Part 2

Salam,
 
Amboi… siap part 2 bagai. Kemainnn. Hehehehehe… tak payah nak cebik-cebik bibir sangat. Menyampah lettew. Gua tak kisah. Korang cebik-cebik pun gua tak nampak. Tak suka, sila klik pangkah. Hehe..
Kisah yang semalam tu kan, gua dah bagitau MK siap-siap yang gua nak jumpa dia untuk spend sikit masa malam birthday MK tu sama-sama la kiranya. Dah minta maaf bagai ni sebab cakap tak dapat nak bagi apa-apa. MK yang selalunya tak mintak apa-apa pun dari gua tetap being cool dan tak kisah pun (dalam hati siapa tahu). Huehuehue.

And knowing MK for more than a year now, MK dulu orang susah dan MK pernah bagitau yang dia tak pernah celebrate birthday and tak pernah dapat kek sendiri. Alahai, sedih sangat tu. Memandangkan gua prihatin, gua pun nak lah juga happykan kesayangan gua ni walaupun tak seberapa.

Jumaat lepas gua dah survey kek kat Bisou KLCC. Ada lah the whole cake tu harga memang reasonable la, and gua dah target nak belikan kek Red Velvet untuk MK. Being me yang degil nak mampus ni, gua tak nak booking dulu sebab gua tak confirm nak buat hari apa birthday tu and last minute gua baru decided nak celebrate on the same day. Apalah maknanya nak belated belated while boleh celebrate on the same day kan. So gigih gua keluar dari opis around 3PM lari kejap kat Bisou nak belikan and guess what? Sold out okay. Adoiii, bukan rezeki MK lah kek tu. Gua dah kecewa sebab gua memang peminat nombor 1 Bisou and gua nak jugak kasi kek favourite gua kat dia since si MK ni jenis tak kisah. Owh, and since dia tak pernah makan Red Velvet. Kihkihkih. Kesian… end up, gua belikan cupcake Blue Velvet untuk diri sendiri je. Hahaha

Ok, since gua pun dah memang niat nak juga belikan kek untuk MK, Cake Sense will be my second choice. Sempat jer gua menyinggah masa on the way nak balik. Haha. Walaupun a bit kecewa sebab tak dapat nak belikan Bisou tapi not bad gak kek kat Cake Sense. Kalau tak silap, gua pilih Red Berry. Sebab bosan rasa-rasa common kek ni. Ada vanilla, chocs, mocha, etc. tapi since Red Berry ni nampak menarik di mata gua, so bungkus satu and menggigih bersesak dalam LRT sambil mempertahankan kotak kek gua. hahaha. Dibuatnya terbalik, nangis. T___T Nasib baik selamat.

Gua pulang ke rumah, rest jap and hampir pukul 9 baru gerak pick up MK dari tempat kerja. Haruslah gua menyorok kotak kek bawah bantal yang memang ada dalam kereta. Memang MK tak perasan. Kononnya nak pergi makan dulu tapi MK dah sakit perut. Singgahlah rumah MK kejap, kasi dia masuk toilet and gua tunggu dalam kereta. Gua yang takda plan apa-apa, nampaklah mak si MK masih bangun, and ‘kaaaccchinnngggg!!!!’. Kan best kalau celebrate sekali dengan mak MK kan? Terus gua keluar jumpa mak dia and cerita plan. Mak MK sporting, so ok kan saja lah plan gua. gua siap-siapkan kek kat dapur, pasang lilin and dengar suara MK tengah bersembang dengan mak dia. Gua keluar dari dapur bawak kek, mak MK yang cakap ‘SURPRISE’. Hahaha. Tersengih-sengih MK dapat kek. Hoi, sukanyaaaa.

Cantik kan kotak dia? ahahaha. Kotak pun gua kagum okay.
Red Berry nama diberi. Sedap. Tak muak sebab tak banyak icing.


Birthday 'boy' yang happy.


Siap tahap cair dah lilin lama sangat sebab sibuk nak amek gambar. Hahahaha.
At least gua dah make someone happy, so gua happy. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki MK. Love you to the moon and back. Auwww. Tata.

Love,
Zana

03 March, 2014

MK is 31. 03/03/1983

Salam,

02/03/2013 @ 11.58pm.
...
Gua:  Hello. Hai sayang, buat apa?

MK: Tengah tengok TV. Tunggu awak call.

Gua: Waaahhh, saya baru sampai rumah. Tadi lepak dengan Yati.

MK: Hmm, ok. (ini adalah normal. Dia bukan busy body nak tau apa gua buat the whole day. Kalau gua nak cerita then gua cerita je)

Gua: Tau tak, tadi kan….bla…bla…bla…

MK: Eh, nape plak camtu…bla…bla…bla… (ok, memang selalu camtulah conversationnya. Dia akan tanya bila cerita dah bermula)

03/03/2013 @ 12:03am.

Gua: Ada sesuatu nak bagitau. Tapi, jangan marah.

MK: Apa dia? Tak marah, cakap je.

Gua: Janji tak marah?

MK: Tak lah. Apa dia?

Gua: Takpelah. Nanti je lah cakap.

MK: Huh. Cakap je lah.

Gua: HAPPY BIRTHDAY TO YOU. HAPPY BIRTHDAY TO YOU. HAPPY BIRTHDAY TO BABY. HAPPY BIRTHDAY TO YOU. (I sang happily)

MK: Thank you sayang. Abang dah tau dah.

Gua: Cemana tau? Saya ingat awak fikir saya lupa.

MK: Heh… Tak pernah lagi awak lupa tarikh.

Cis sangat!

FOINE!
Xoxo,
Zana

27 February, 2014

Throwback: The Last 20’s Celebration: Officially 29 y/o

Salam,

Gua baru perasan rupa-rupanya gua takda cerita pasal ni lagi. Hahaha. Biasalah mood memanjang ke laut nak mengupdate blog. Takda lah celebration sangat. Cuma rasa bahagia dikelilingi kawan-kawan gua yang tak berapa nak ramai tapi cukup menyayangi dan menghargai keberadaan gua. Auwww, thanks korang. And biasalah gambar tak berapa nak banyak amek sebab gua tidaklah tegar sangat sebagai seorang blogger. 

Victoria Station, Jalan Ampang (gambar curi dari IG Zaza)
On the day itself, Zaza paksa gua pilih nak makan apa dan di mana. Alahai, segan plak gua padahal gua tak kisah tapi tekak ni terasa-rasa and terliur-liur nak makan steak. Hahaha. Mengada sangat taw. Memandangkan hari bekerja, VS Jalan Ampang paling dekat. Sebab gua tak pernah makan VS. hahaha. Makanan adalah not bad tapi service adalah very bad. Tak habis makan lagi, without tanya, dia main angkat je pinggan. Haizzzz... Thanks Zaza for the treat. Really appreciate it. Love you since I knew you looongggg ago.

Chillis, KLCC
Esoknya plak, Dila lepak dengan gua after work. Dila turun KLCC and moh ke Chillis. Gua dapat jam tapi gambar lupa nak amek. Sebab dah merasa steak, so gua amek set ayam je kali ni. Apa ntah nama set tu. Daappp. Lepak sambil bercerita. Owh, i love you sista. Dari zaman kolej, she's been so kind to me. Tak pernah membezakan gua. Tetap sayang gua dan hormat gua. Memang dah anggap macam adik sangat budak kecik ni sebab dia matang, and sometimes ada masalah gua senang mengadu dengan dia and she'll calm me down. I know she will be around me if ever I need a shoulder to cry on. Eh, thanks for the treat. Looking forward to the next trip together again.

Seoul Garden, Paradigm Mall

On the weekend, hari Sabtu (tak ingat tarikh) Salmi dah booking gua siap-siap. For my birthday treat, ke Seoul Garden yang first time gak gua try. Keh keh keh. Apsal sedeh sangat manjang je first time ni. Haizzz… sekurang-kurangnya gua mengaku kan. Janji nak jumpa jam 4 petang kat Paradigm Mall ni. Gua gigih drive sorang since MK kerja hari tu. Cari jalan ke Paradigm pun cabaran sebab jalan masuk ke parking macam mencabar gak lah. Hahaha. Bangang plak rasa. Waze tetap penyelamat sebab siap kasi jalan menuju ke parking. Makanan adalah sedap sebab gua memang skip lunch and amek light breakfast je hari tu. Hampir 3 jam lepak sambil masak sambil bercerita. Eh, kenyang sangatlah perut masa tu. Sambung lepak malam tapi gua patah balik ke Ampang nak amek MK lepak sekali. Janji jumpa balik area Rasta and lepak lagi sampai 11 malam until dapat happy news. Salmi baru buat pregnancy test and it was positive. I am one happy friend bila dengar berita tu. Kira diantara yang terawal tau lah. Penantian one year plus dia dengan Syuk akhirnya tercapai. Congratulations! Happy sangat bila kawan-kawan happy. Tak sabar nak buli baby baru. Thanks bebeh for the treat.

Heh, hari ahad plak dah janji dengan si Odiq. Bersteamboat lagi di Hotel Royal plak. Lama tak catch up session dengan minah ni. So pergi berempat dengan MK and Teratai (kawan Odiq). Mabuk stemboat gua minggu tu. 2 hari berturut-turut melayan steamboat tapi gua tak kisah. Sedap je gua telan. Semua gua suka. Hehehe. Ni geng keras zaman kolej. Diantara kawan yang terawal masa gua di kolej. Alhamdulillah, sampai sekarang still contact and lepak-lepak adalah acara wajib sambil ber’busy-body’. Haizzz, geng makcik-makcik sangat. Terima kasih sangat-sangat belanja gua. Gambar tak dan nak amek sebab biasalah bila nampak makanan terus rasa berdebar-debar, cemas, tak keruan semua ada. Alasan je semua tu. Tapi memang tak sempat je.

Buat lain-lain yang wish birthday gua yang ke 29 hari tu, terima kasih banyak-banyak. Yang belanja makan, belanja wayang, belanja minum, ehhh, semua gua hargai. Org kata, the thoughts that count. Seriously, even without the treat, tetaplah gua hargai semua wish dan ingatan kat gua. dah umur-umur macam ni kan. Hahaha. Age is just numbers uols. Jiwa gua tetap muda dan rock! Eh eh… tiba-tiba je ni.

To All,
I WILL ALWAYS LOVE YOU TO THE MOON AND BACK. MUWAAAAHHHHH.

I am one happy girl,

Zana
11/11/1984 - ??????
:)

15 October, 2013

Happy Aidiladha / Happy Birthday Maya Zahrah

Salam,

Korangggggggg, SELAMAT HALI LAYA KORBAN dari gua untuk lu, lu dan errr, lu. Oh, today semestinya tidaklah gua meng'update pasal diet gua. Gua tau la gua memokkk, tapi tak payah la nak perli-perli. Phuuiiiii!!!

Ok, ni nak sekalikan benda-benda happened today and last saturday. Sabtu lepas, abang gua yang duduk di Gombak buat makan-makan. Supposedly gua kena attend wedding ex-colleague gua pada hari dan waktu yang sama. Padahal, dah lama plan nak pergi tapi whatever it is, FAMILY comes first. Bukan pasal abang gua buat makan-makan then gua nak ke rumah abang gua, tapi adalah disebabkan gua punya pakcik dan makcik datang ke KL, so belum jumpa proper lagi, maksudnya belum lagi gua meluangkan masa bersama-sama mereka. Kami adalah agak rapat hokayyy.

Saja nak menunjuk. Ayam masak kicap, bawal goreng, sayur labur pucuk paku masak lemak dan ulam-ulaman. Superb! #diethancus


Gua adalah amat tergoda kalau dihidangkan lauk-lauk di atas, so moh makan. Malam harus gua telan Detox tea sampai 1.5 liter. Hikhikhik. Legaaaa esoknya.

Today is Maya Zahrah Birthday. She turns 3. Kebetulan plak, jatuh pada Hari Raya Aidiladha 2013. So, haruslah kakak ipar gua ittew buat kek. Rainbow cake okay. Sekali lagi, diet hancus. Tapi kan hari ni raya. Celebrate and I DID TRY TO CONTROL, tapi FAILED!!!

T_______T

By the way, gua beraya di rumah mertua abang gua nun di Rawang sana. Pukul 9 pagi, dah terpacak sana. Tolong mak mertua abang gua masak and susun atur apa yang patut, then tunggu cousins gua berkunjung ke rumah. Just for your info, gua dengan family mertua abang gua ni dah bagaikan family sendiri. Dah tak kekok ke sana. So, marilah menjadikan diri bagaikan di kampung rumah sendiri.

Sampai je cousins gua ke rumah, gua duduk sekali bagaikan tetamu. Haaaaaaaa, hamekkkkkk, ada nasi beriyani, ayam masak ungkep (masakan jawa), kari daging, sambal sotong, ayam goreng berempah, sup tulang, bihun, kuih-kuih raya (biskut tembikai, blueberry tart, pineapple tart, popia nestum & semperit). Owh, juga ada kek. Banana toffee, Butter cake, Red Velvet dan juga seri muka.

T______T

HOW CAN YOU SAY NO TO ALL THE FOODS MENTIONED ABOVE??????

Ok, abaikan. Gua tak makan semua. Nasi amek 1 senduk je. Betul taw. tarak TIFU punya. Kalau TIFU lu, seumpamanya gua tifu diri-sendiri. Semuanya gua amek sikit-sikit buat rasa. Habis makan, baru celebrate birthday my niece yang dah 3 tahun itu.

Happy Birthday Maya. Me lovesssss you so much! Semoga jadi anak yang solehah dan berbakti kepada ibubapa dan keluarga. Aminnnn...

Nampak tak kek ittew??? Rainbow cake yang super sedappppp. Homemade. Kakak ipar gua kalau bab baking, sila kasi sama dia. Just imagine, untuk sebiji kek ni, dia guna 5 buku butter, termasuk 2 buku butter untuk buat icing. Ngeeeeee, tapi gua tetap gigih amek sikit2 je. Juga tidak TIFU lu. Mohon percaya.

Gua balik agak awal. Tapi sempat menapau itu sup tulang yang super yummy. Hahaha. Ada sikit hajat di hati nak kasi MK, tapi MK plak kerja. So, takda rezeki MK, makanya rezeki gualah itu sup tulang. Hikhikhik *gelak sopan*. Ikutkan nak gerak pukul 1pm, tapi ditahan sebab adik ipar abang gua yang super sweet si Nani nak masakkan Butter Cheese Chicken. Hamagaddddd sedap gila okayyy. Gua makan seketul, memang yummmmsssss. Thanks Nani, leppew muchie much. :)

Ggua gerak dari Rawang around 3pm. Sebabnya??? Gua kena buat kerja. Gigih enough? Yea, I know and thank you. Sampai rumah, buat laundry sambil-sambil nak buat kerja, on laptop, damnnnnnn, line slow. Jadi, moh la kita ke Oldtown berhampiran untuk buat kerja. Fokus gila gua buat kerja, dan SIAPPPPP. Settle dan update blog. Hahahaha. Angin rajin tiba-tiba menyerbu.

I know caffein is no good for diet but how can I say NO when I am already here? Sila maafkan gua untuk ini hari sahaja.

Ok, dah habis cerita. Gambar adalah ihsan semuanya dari Instagram gua. Meh follow gua. Sila klik sini----> INSTAGRAM ZANA.

Lerp,
Zana

02 June, 2012

Happy Birthday Daddy

Salam,

Tadaaa...semangat berblogging bulan June ni lain macam tau. Haha... Tengokla dah mengupdate 2 kali berturut-turut dalam bulan June ni. ehehe.

Kali ni seperti tajuk di atas, gua nak ucapkan Selamat Hari Jadi pada bapak gua. Gua saja-saja tulis Daddy kenkonon nampak keomputehannya di situ, padahal gua panggil kesayangan gua ni, bapak. :) Ok sambung. Semoga bapak panjang umur dan dimurahkan rezeki melimpah ruah ke atas kita sekeluarga. Saya sayang bapak saya.

Tadi gua baru call bapak gua, mereka-mereka ini semuanya sedak seronok berpiknik...Waaahhhh, jeles! Takpalah, nanti tengah bulan June ni mereka-mereka ini akan ke KL jugak dan kami akan spend time together. Woohhooo... piknik jugak.. Haa, yang tu nanti gua akan cerita ke mana plak destinasi gua bulan 6 ni. Hehe... Dekat-dekat je pun tempat yang gua nak pegi ni. :) Yang penting dapat meluangkan masa dan bercuti bersama kesayangan-kesayangan gua. Hopefully yang dirancang akan menjadi, tiada aral yang melintang, harap-harapnya punnnn.

Oklah, nanti gua sambung lagi. Nak bersiap-siap menjadi lone ranger menonton Snow White. Oh ya, for information, ini adalah aktiviti yang gua lakukan untuk spend masa dengan diri sendiri. Sometimes, we need to be alone. Lagi chill! Yeargh.. Untung-untung ketemu jodoh. Eh? Kbai.

Tukang karut,
Zana