Nuffnang Ads

15 October, 2013

Happy Aidiladha / Happy Birthday Maya Zahrah

Salam,

Korangggggggg, SELAMAT HALI LAYA KORBAN dari gua untuk lu, lu dan errr, lu. Oh, today semestinya tidaklah gua meng'update pasal diet gua. Gua tau la gua memokkk, tapi tak payah la nak perli-perli. Phuuiiiii!!!

Ok, ni nak sekalikan benda-benda happened today and last saturday. Sabtu lepas, abang gua yang duduk di Gombak buat makan-makan. Supposedly gua kena attend wedding ex-colleague gua pada hari dan waktu yang sama. Padahal, dah lama plan nak pergi tapi whatever it is, FAMILY comes first. Bukan pasal abang gua buat makan-makan then gua nak ke rumah abang gua, tapi adalah disebabkan gua punya pakcik dan makcik datang ke KL, so belum jumpa proper lagi, maksudnya belum lagi gua meluangkan masa bersama-sama mereka. Kami adalah agak rapat hokayyy.

Saja nak menunjuk. Ayam masak kicap, bawal goreng, sayur labur pucuk paku masak lemak dan ulam-ulaman. Superb! #diethancus


Gua adalah amat tergoda kalau dihidangkan lauk-lauk di atas, so moh makan. Malam harus gua telan Detox tea sampai 1.5 liter. Hikhikhik. Legaaaa esoknya.

Today is Maya Zahrah Birthday. She turns 3. Kebetulan plak, jatuh pada Hari Raya Aidiladha 2013. So, haruslah kakak ipar gua ittew buat kek. Rainbow cake okay. Sekali lagi, diet hancus. Tapi kan hari ni raya. Celebrate and I DID TRY TO CONTROL, tapi FAILED!!!

T_______T

By the way, gua beraya di rumah mertua abang gua nun di Rawang sana. Pukul 9 pagi, dah terpacak sana. Tolong mak mertua abang gua masak and susun atur apa yang patut, then tunggu cousins gua berkunjung ke rumah. Just for your info, gua dengan family mertua abang gua ni dah bagaikan family sendiri. Dah tak kekok ke sana. So, marilah menjadikan diri bagaikan di kampung rumah sendiri.

Sampai je cousins gua ke rumah, gua duduk sekali bagaikan tetamu. Haaaaaaaa, hamekkkkkk, ada nasi beriyani, ayam masak ungkep (masakan jawa), kari daging, sambal sotong, ayam goreng berempah, sup tulang, bihun, kuih-kuih raya (biskut tembikai, blueberry tart, pineapple tart, popia nestum & semperit). Owh, juga ada kek. Banana toffee, Butter cake, Red Velvet dan juga seri muka.

T______T

HOW CAN YOU SAY NO TO ALL THE FOODS MENTIONED ABOVE??????

Ok, abaikan. Gua tak makan semua. Nasi amek 1 senduk je. Betul taw. tarak TIFU punya. Kalau TIFU lu, seumpamanya gua tifu diri-sendiri. Semuanya gua amek sikit-sikit buat rasa. Habis makan, baru celebrate birthday my niece yang dah 3 tahun itu.

Happy Birthday Maya. Me lovesssss you so much! Semoga jadi anak yang solehah dan berbakti kepada ibubapa dan keluarga. Aminnnn...

Nampak tak kek ittew??? Rainbow cake yang super sedappppp. Homemade. Kakak ipar gua kalau bab baking, sila kasi sama dia. Just imagine, untuk sebiji kek ni, dia guna 5 buku butter, termasuk 2 buku butter untuk buat icing. Ngeeeeee, tapi gua tetap gigih amek sikit2 je. Juga tidak TIFU lu. Mohon percaya.

Gua balik agak awal. Tapi sempat menapau itu sup tulang yang super yummy. Hahaha. Ada sikit hajat di hati nak kasi MK, tapi MK plak kerja. So, takda rezeki MK, makanya rezeki gualah itu sup tulang. Hikhikhik *gelak sopan*. Ikutkan nak gerak pukul 1pm, tapi ditahan sebab adik ipar abang gua yang super sweet si Nani nak masakkan Butter Cheese Chicken. Hamagaddddd sedap gila okayyy. Gua makan seketul, memang yummmmsssss. Thanks Nani, leppew muchie much. :)

Ggua gerak dari Rawang around 3pm. Sebabnya??? Gua kena buat kerja. Gigih enough? Yea, I know and thank you. Sampai rumah, buat laundry sambil-sambil nak buat kerja, on laptop, damnnnnnn, line slow. Jadi, moh la kita ke Oldtown berhampiran untuk buat kerja. Fokus gila gua buat kerja, dan SIAPPPPP. Settle dan update blog. Hahahaha. Angin rajin tiba-tiba menyerbu.

I know caffein is no good for diet but how can I say NO when I am already here? Sila maafkan gua untuk ini hari sahaja.

Ok, dah habis cerita. Gambar adalah ihsan semuanya dari Instagram gua. Meh follow gua. Sila klik sini----> INSTAGRAM ZANA.

Lerp,
Zana

No comments:

Post a Comment