Nuffnang Ads

04 October, 2013

Makan dan bola

Salam,

Terasa lama benar diri ini tak mengupdate blog ni. Selalu sangat kata blog kesayangan, tapi memang kesayangan pun. Walaupun jumlah reader gua takdalah sebanyak blog-blog gah yang lain, ecehwah, tapi gua tetap nak tinggalkan kenangan gua barang sekerat dua di blog ini. Hewhewhew..

Ok, ini cerita minggu lepas. Cerita minggu yang lagi lepas-lepas tu, kang gua ingat gua update okeh. Memang full of activithies. Nangis jap sebab kepenatan yang terlampau. Yerla, usia dah tua *urut buah dada*, tapi hati masih lagi nak melonjak-lonjak berterusan membuat aktiviti remaja *ehem*. Owh, tak adalah aktiviti remaja sangat sebenarnye, tapi more to aktiviti mengeratkan silaturrahim, Haaa, gitueewww...

Sabtu seawal tengah hari (awal laa sangat), gua dah bangun and bersiap-siap nak keluar. Lama gua tak jumpa MK so haruslah jumpa dengan buah hati dulu. Rinduuu... Menyinggah ke rumah Eni di Setiawangsa sebab sang Eni nak pinjam beg tarik, nak bawak p outstation katanya. Takpa, gua baik hati pergi hantarkan. Lagipun, memang laluan gua rumah Eni ni. Hoiii, punyalah lama si Eni ni gua tunggu di bawah, call tak angkat, mesej haram nak reply. Hanginn, tapi mood tengah baik dan nak ceria jer hari tu. So gua melayan je la mesej-mesej/whatsapp dengan kawan-kawan yang lain. Lepas 10 minit, baru Eni called. Rupa-rupanya dia dah turun bawah (Note: Rumah Eni apartment), tapi tak nampak kereta gua. Padahal gua tunggu belakang sikit sebab kang tunggu tempat biasa dekat lif, tak boleh tunggu lama sebab dia one way. Tak pasal-pasal kena alihkan kereta gak nanti kalau Eni tak muncul-muncul. Dia siap naik atas ambil balik telefon sebab dia tertinggal telefon kat atas. Well, takpa. Dah selamat dah beg itu di tangannya.

Gua dah teruskan perjalanan ke Ampang. Dalam kereta dok layan radio, terdetik nak karaoke. Lamaaaaaaaa sangat-sangat dah tak karaoke tau. Kesian kat diri sendiri. Sampai depan rumah MK, terus sms cakap dah sampai. Cuaca yaa hampun, panas gila kat luar. MK masuk kereta, gua tanya dah makan ke. MK cakap breakfast roti canai. Dalam hati gua dah gelak syaiton kejap, sebab MK dah isi perut, bolehlah terus pergi karaoke. Hikhikhik.

Gua: Erm, dah lama kan kita tak karaoke... *mukadimah*
MK: Tak payahlah membazir.
Gua: (sebenarnya dah nak hangin, sebab teringinnn sangat)... Alah setakat sejam tu, apalah sangat. Lagipun memang dah betul-betul lama ni. Kalau siang-siang mesti murah.
MK: Ikut dia lah. Sejam je taw. Orang tak nak nyanyi, sejam tu dia sorang-sorang je nyanyi.
Gua: Tengkiuuu. Sayang dia sangat-sangat.. *muntah hijau*

Waaa, suka sangat. Sorang pun sorang lah kan. Gua betul-betul dah teringin nak melalak ni. Terus memecut ke Plaza Ampang City. Alaa, yang sebelah Flamingo tu. Tau kan?? Gua sendiri tak pernah pergi situ tapi MK ajak ke situ, so marilah. Dan, gua sukaaa sangat karaoke situ. Orangnya tak ramai, dan murah teramatt untuk satu bilik kecil boleh memuatkan 5 orang. Belah siang, RM10 je okay untuk sejam. Murah tak? Murah tak? Murah kan?? Kan?? Kan?? Pantas je gua pilih lagu Wings, Sejati. Hahaha. Lagu tak nak kalah. Suara tak sedap, biarlaaaa. Gua nak releasekan stress keja seminggu. Lepas pilih, gua suruh MK pilih je lagu. Sekaliiiiiiiiii, hamekkkk. Tak nak nyanyi laa sangat, phuiiiiiii!!! Sejam tak cukup okay. Gua nak tambah lagi sejam, kena jeling. Redha jer laa. Habis sejam, laju-laju keluar.

MK plak teringin asam pedas. Seriously gua lupa nama kedai tu. Tapi dia terletak kat Taman Dagang. Kedai biasa jer, tapi asam pedas dia, memang MELETOP. MK amek asam pedas ikan kembung, gua amek pari. Dua-dua amek set. Set dia plak siap ada telur masin separuh bijik, sayur kobis goreng biasa, dan sambal belacan. Nasi of coz la ade. Satu set RM8. Really worth it. Korang pergilah try. Sedap gila.

Inilah set dia. Pekatkan kuah ittew. Sedapp wehhh

Serve dalam claypot lagi. Special sangat.
Itu jer gambar yang gua sempat amek untuk asam pedas ni sebab gua memang dah tak sabar. Amek gambar pun kelam-kabut. MK dah geleng kepala. Malu katanya. Biarlaaa. Gua kan nak masukkan dalam blog sambil menunjuk-nunjuk kat korang. Hahahaha. Buruk perangai. Hamekkk... Sekarang dah telan air liur. Cis sangattt...

Lepas makan, balik. Bosan kan couple dah umur-umur macam ni. Sebab dah tak tahu nak bergembira apalah sangat. Gua pulak macam dah mengantuk tapi dalam pada tu, adik gua dah call banyak kali, diikuti abang gua, dan cousins gua pun call ajak tengok bola kat Stadium MPS, Selayang malam tu. Hantar MK balik, buat laundry sejam (baju banyak gila tak basuh lagi...hikhik). Sempat gak gua tertidur. Abang gua dah call suruh amek diorang (sekali kakak ipar dan anak-anak buah gua) lepas maghrib. Set aje. Adik gua dah menunggu di stadium. Semangat sangat adik gua tu. Hahaha...

Gua sampai pun game dah start around 5 minutes. Terkocoh-kocoh jalan. Whewww... Sikit pun gua tak rasa berada di bumi Semenanjung Malaysia. Sokongan dari penonton Bujang Senang lu toksah pertikaikanlah. Gua rasa 95% dari penonton adalah dari Sarawak. Feels like home. Seronok. Walaupun hanya seri 0-0, tapi puas hati dapat bersorak bakar semangat pemain. Berkobar-kobar gua rasa. Khabarnya minggu ni main kat Sarawak plak. Huhu. Harapan dari gua yang jauh ni semoga pasukan Sarawak menang. Amin.

Haha.. Tiba-tiba gua rasa malas nak sambung, boleh? Ekekeke... Later gua update lain k. Mula-mula tadi pakai laptop and semangat nak update sebab gambar senang nak upload. Haha. ni dah pakai fon balik. Takpe, lu layan je pics kat stadium MPS yang sikit je gua snap. Happy weekend. Lol.

Ku yang dulu bukanlah yang sekarang (motif?) ,
Zana





No comments:

Post a Comment