Nuffnang Ads

31 October, 2013

Cuti-cuti keluarga secara kecil-kecilan

Salam,

Haa.. banyak update nak diceritakan dalam entri kali ini. Ekekeke, macam ada je orang nak baca, ada ke? Takde takpelah. Gua memang suka nak menulis di kala gua ber’mood’ begini. Hikhik.

Memula sekali nak story kat korang ni, gua kena pindah rumah. Sebabnya, owner rumah cakap nak duduk situ balik. Dan gua, redhoooo sangat. So, zassss cari rumah lain, Alhamdulillah jumpa. Hati manyak happy. 
Supposedly gua kena chow 1 December tapi gua gigih dapat rumah awal, jadi 1st November sudah blah. Yelaa, gua dah jumpa rumah yang okay dan kena dengan jiwa gua. haaa, gittew! Barang-barang gua dah 80% packing. Banyak gila barang-barang yang dibuang. Almari gua yang 4 pintu dan TV juga dah jual. Sebab? Gua dah tak gigih nak pindah rumah lain lagi pasni and angkut barang banyak-banyak. So letgo kan je. Alhamdulillah, memang HOT sebab dapat call bertalu-talu. Mahaplaaa, dah sold out. Gua dah turunkan iklan dari Mudah. Hahaha. Tengs Mudah sebab mudahkan kerja gua.

Last week, kakak gua satu family datang. Bunyi macam ramai je kan. Haha. Jangan tertipu. Kakak gua datang dengan laki dia and anak dia je. Gua punya sexcited excited tu sampai tahap gua amek half day dan jemput mereka di LCCT petang tu. Plan asalnya gua jemput di KL Sentral je. Gua ajak makan di Saba Restaurant di Cyberjaya, pekena Nasi Arab. Kesian, tak pernah makan. Sedehhhh sangat then terus memecut ke Midvalley sebab kakak gua tu dah tak keruan nak shopping, katanya. Tapi takda plak membeli apa-apa di situ. Pfffttttt.. then gua ajak ke Wangsa Grill by Chef Zubir. Tengok menu, tengak environment, tengok harga, terus rasa tak berbaloi. So ke Nasi Lemak Antarabangsa di Kampung Baru, requested by my brother in law. Mari layankan. Gua dah tak mampu nak makan. Laki bini ni berselera je makan. So gua layan kelapa laici. Daaaapppp… gambar? Tiada. Sebab henfon gua battery kong. Around 12am, gua hantar mereka ke rumah abang gua di Gombak dan gua pecut balik rumah. Berlengas je rasa sebab tak mandi kan.
Keesokannya.. Haha. Ayat macam buat karangan Bahasa Melayu sangat.. ok sambung.. Keesokannya, seawal 6 pagi gua keluar dari rumah ke Gombak. Jemput mereka-mereka ini sekali dengan anak buah gua si Adam. Jom ke Penang. All the way from KL to Penang, gua drive. Terasa kegagahan gua drive. Motif tak kasi abang ipar drive? Sebab dah di Penang, gua nak serahkan tugas kat dia. Gua tak sanggup drive di Penang dengan jammed menggila lagi, sesat nak cari jalan lagi. So biarlah gua yang menjaga GPS dan kasi arahan. Gua tak boleh terima arahan. Kang arahan salah kasi, gua salah masuk jalan, nanti bisa jadi naga. Tapi kalau gua salah bagi arahan, haaa, yang tu takpe… kehkehkeh.

Sampai Penang, tukar driver jap, terus ke Nasi Kandar Line Clear. Gila lengang. Padahal masa tu dah 12 tengah hari lebih kot. Haha. Rupa-rupanya hari jumaat, patutlah lengang. Jeling abang ipar gua, takpe, musafir. Hehehe. Terus check in di Chulia Heritage hotel. Takdelah jauh sangat dari Nasi Kandar Line Clear tu. Hotel tu so-so je lah. Around 3 pm, dah keluar semula. Kononnya nak ke Bukit Bendera tapi misi adalah gagal. Sebab sesat dan GPS tidak membantu. Huh!!! Tukar plan, ke Padang Kota Lama nak makan Mi Goreng Sotong Hameed. Memang terbaikkk! Tapi tempat adalah sedikit kotor. Coconut shake di kedai sebelahnya adalah sooooooooooo sedaaaappppppp! Recommended.

Dari situ plan nak ke Hard Rock CafĂ© Penang. Last time masa gua ke Penang bersama MK tu kan gua tak pegi HRC ni sebab MK taknak bawak. Kenapa entah. Huh. So sampai ke HRC adalah sakai untuk gua. Di situ adalah tidak keruan. Sambar sahajalah sehelai HRC t-shirt untuk SIG U2 punya. Hakhakhak. I am a proud customer. Layanan dari staff HRC Penang adalah 5 bintang gua kasi. Dari HRC, singgah Paragorn Mall. Nampak kedai Victoria Secret dan beli sebotol perfume. Why laaa susah nak tahan nafsu untuk membeli ni. Haizzz. Pusing-pusing nampak kedai Michael Kors. Nampak macam menarik. So gua masuklah dengan kakak gua. Layanan adalah -5. Negative okayyyy, negative gua kasi! Huh! Lu bayangkan, gua masuk situ semua staff buat muka. I mean like, why??? Nampak apa? Nampak macam tak mampu ke? siap sekor-sekor peratikan gua dan kakak gua from head to toe. Lain pulak yang mengekor kitorang tu muka mencuka. Ek eleh. Hilang mood gua, terus keluar. Haha. Konon hilang mood kan. Tapi tu la typical mentality Malaysian ni. Kang orang luar masuk, ko layan macam raja yang nak membeli. Adoilaa, ubahlah attitude tu. Don’t judge a book by its cover!! So, dari gua sendiri, gua banned Michael Kors Paragorn Mall Penang. Titik.

Malam tu gua keletihan gila, jalan jauh katakan. Tak lalu dah nak makan berkari-karian di malam hari. Tapau dominos saje dan pulang ke hotel. Makan, mandi, dan zassss tido. Dah tak mampu menahan mata. *kantoi tak jaga makan di penang* Esoknya, siap-siap dan check out jam 10 pagi terus ke area Chowrasta, membeli souvenir. Banyak gila kakak gua memborong. Gua temankan je sambil membeli jeruk mangga kiriman officemate gua. bergerak dari Penang ke ibu kota sekitar 12 tengah hari. Haha. Bahasa jiwa bangsa sangat ayat ni.

4.30pm sampailah di KL. Hantar Adam balik Gombak dan gua hantar kakak gua check in di area Bukit Bintang. After maghrib, gua temankan mereka ke KLCC. Plan nak makan di Chilis tapi ramai sangat yang queue so tak sanggup. Marilah kita berjalan-jalan sahaja. Sekejap je pun pusing KLCC then gua hantar balik sebab pelancong dah keletihan. Huhu. Gua pecut balik rumah sebab ada janji dengan orang yang nak datang collect almari jam 11 malam. Tidur lena gua malam itu. Tapi still tak cukup sebab esok jam 9.30 kena ada di BB dah. Haha. Gua bawak kakak gua ke Kenanga Wholesale City. Hamek ko. Rambang mata okayyy. Gua rasa baju untuk anak dia je lebih 10 helai. Untuk mak, mak mertua dan juga pengasuh anak dia tak ketinggalan. Untuk diri sendiri, adik-adik ipar, anak buah. Gua cuma mampu gelakkan je kerambangan mata mereka.

As along the way from KL to Penang to KL, most of the expenses untuk makan ke, beli air minuman ke, semua diorang yang bayarkan, termasuk minyak kereta dan hotel. Gua macam tak sedap hati, so gua ingat nak treat them someplace nice to eat. And then, as recommended by Hanis Zalikha, gua zasss ke Publika. Moh kita ke Picknik. Memang hamagaddddddd sedappp gila. Gua order sirloin steak, lembut sangat dan the gravy memang awesome! Seriously recommended I tell you. So, you better go. Kakak gua order grilled chicken and chips yang portion besar gilaaa dan sedappp tak terkata. Abang ipar gua order Fish Pie yang juga portion besar dan tak habis. Hahaha. Tak habis sebab dia melampau banyak okay. As of dessert, of coz gua amek Pavlova yang memang super love. Pendek kata, semuanya gua suka di Picknik dan surely gua akan datang semula. Layanan? 4.5 bintang.



Journey shopping tak habis di situ, gua bawak pulak ke Ikea. Konon nak tengok-tengok dan beli sikit-sikit kan, sekali memborong tak hengat. Siap dengan pakej susah hati takut tak muat dan kena tinggalkan barang. Muahahaha. Tu laa, lainkali beli baggage besar sket. Luckily, muat jer. Cuma masa datang KL bawak satu beg besar. Time balik, ada tambahan. Yang tu, biasakkklaaa.. wuwuwu… balik dari Ikea, ke Shah Alam nak jumpa adik gua plak. Lepak I-City tapi disebabkan hujan so memang tak berapa nak syok. Around 9pm, gerak hantar adik gua balik dan kami memecut ke KL.

Part ending yang tak berapa nak best. Patutnya gua yang nak hantar diorang ke airport. Tapi gua kena attend training plak. Dah la compulsory. Gua cancel cuti on Isnin tu and pergi training. Kakak gua satu family gua tinggalkan di hotel area Brickfield. Senang sket diorang nak balik. Mudah sebab boleh naik bas ke LCCT dari KL Sentral. Eh, jangan salah faham. Abang gua takda di KL yer sebab tu tak boleh nak hantar. Sedih je rasa masa nak tinggalkan mereka. Dari khamis kot gua lepak dengan diorang sampai ahad. Huhu. Excited lain macam bila family datang KL dan luangkan masa bersama-sama. So begitulah ceritanya, short vacation dengan kakak gua.

K bye.

Nukilanku (pffffffffttttttttttt),

Zana

No comments:

Post a Comment