Salam,
Alhamdulillah,
gua dah selamat pulang ke KL. Dah pun memulakan rutin dan tugas harian di
pejabat. Sekejap je 11 hari berlalu. Balik ke kampung halaman, melepas rindu
dengan keluarga yang tercinta. Huhu. Perjalanan gua syukur Alhamdulillah, Selamat.
Nak bercerita
pasal raya, takda menda nak diceritakanlah. Sebab straight 5 days since raya
pertama tu gua kena gastrik. Hahaha. Sedeh! Tapi adanya keluarga di sisi,
terasalah diri ini dikasihi. Naaakk jugak anje-anje shkett. Kikiki.
Tapi raya
kali ini sangat bermakna. Entri yang gua post sebelum gua berangkat pulang ke
kampung hari tu, kan kata tak berapa rapat dengan rakan-rakan di sana, tak
berapa mesra katanya. Walaupun tak berkesempatan berkunjung ke rumah
rakan-rakan dan saudara-mara dek kerana serangan gastrik, perancangan Allah SWT
itu adalah sebaik-baik perancangan sebenarnya. Jemputan gua dengan meng’inbox’
mereka di FB untuk meraikan perkahwinan kakak gua Sabtu lepas, walaupun tak
ramai yang hadir, tapi mesej yang dihantar menjadi pengerat silaturrahim. Alhamdulillah.
Tercetus idea
nak create WhatsApp group. Nak imbas kenangan zaman sekolah, memang banyak cerita
gila sampaikan gua sendiri tak percaya tingkah laku masing-masing di zaman
kanak-kanak. Zaman sebelum akil baligh. Hahaha. Bila dapat keep in touch
semula, memang syiok lor. 80’s babies semuanya.
Oklah, dah
takda idea. Kerja menimbun, almaklum first day masuk opis after looonnnggg
holiday kan.
Xoxo,
Zana
No comments:
Post a Comment