Hai gojes!! Ya ampun... Bersawang blog gua. Gua memang teramat busy lately ni. Lambakan kerja, masyaAllah, memang banyak. Tak terhandle gua nak mengupdate blog ni. Susah gua nak terangkan pasal kerja. Yelah, kat luar cerita kerja, FB pun orang tany pasal kerja, takkan dalm blog pun nak cerita pasal kerja, ye dok? So, let's cerita something different plak. Wuuhhuuu...
As per tajuk above, gua nak cerita pasal gua punya trip ke Indonesia. Pertama sekali, terima kasih diucapkan buat AirAsia sebab
menyediakan tambang murah buat gua. Ehem.. ini adalah hasil gua bertungkus-lumus
cuba untuk mendapatkan tiket termurah, dan Alhamdulillah, gua sudah menjejakkan
kaki di bumi Indonesia. Tiket gua dah dibeli seawal April 2012 dengan harga
RM116 untuk return flight KL- Jakarta – KL. Murah kan? Mungkin ada yang dapat
lagi murah dari apa yang gua dapat ni, but still.. gua rasa ini adalah di
antara yang termurah.
Trip kali ni gua hanya pergi berdua dengan ex-housemate gua,
Kak Boom. Selama 5 hari 4 malam gua ke bumi Indonesia, dari 4 Januari 2013
(jumaat) – 8 Januari 2013 (selasa), bermacam-macam pengalaman menarik yang
kitorang lalui. Fuhhh.. gua sendiri tak sabar nak berkongsi cerita dengan
korang-korang ni (eh? Ada ke yang
membaca?). Takpe, gua sorang-sorang feeling pun takda hal.
Flight seawal jam 7 pagi, gua sudah keluar dari rumah jam
2.30 pagi, pick up Kak Boom kat Pantai Dalam, menyinggah rumah Eni di Putrajaya
untuk pass kan kunci spare kereta gua (tujuan:
panaskan enjin..hehe), then 4.15 pagi sampai di Putrajaya Sentral. Park
kereta dan naik first train to LCCT.
Jadual flight yang tepat dan kami berangkat jam 7 pagi ke Jakarta. Masa
ni, gua dah tersenyum-senyum sebab membayangkan perasaan apabila tiba di bumi
Indonesia nanti. Aaahhh…asyikkk…
Ketibaan di Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta |
Perjalanan memakan masa selama 3 jam 10 minit, dan kami tiba
di Bandung station kira-kira jam 1.45 petang, beberapa orang supir menegur kami
dan menawarkan harga untuk menghantar kami ke hotel. Akhirnya, sorang supir
berjaya menambat hati kami.. kehkehkeh.. dengan harga RP60,000, kami dihantar
ke V hotel & residences, lokasinya agak jauh dari hiruk-pikuk kota, tapi
what can I say? Asyiiikkk… sebab hotelnya agak menenangkan dan privacy. Gua prefer
hotel yang macam ni. Owh, hotel ni gua beli dari promosi dalam Groupon untuk 4
hari 3 malam, harganya Cuma RM298, termasuk breakfast. Kira-kira RM50 seorang
untuk 1 malam, murah kan? Yerlah, untuk kami yang travel berdua dan
kedua-duanya perempuan ni, kenalah cari hotel yang agak selamat untuk kami kan.
Setelah check in dan melepaskan lelah seketika di bilik
hotel, kami menuju ke Cihampelas Walk. Kali ni, gua dan Kak Boom decided nak
naik Angkot (Angkutan Kota). Setelah
ditanya beberapa orang dan bertukar 3 Angkot dengan total harga tambang 3
Angkot ini adalan RP7,000 setiap seorang, kami berjaya sampai ke Cihampelas,
dan meronda-ronda kawasan itu, banyak yang menarik di sini. Mungkin pada yang
pernah sampai ke Cihampelas ni juga mengakui tempat ini agak menarik kerana
hampir di sepanjang jalan, kita akan melihat banyak monument kartun-kartun
seperti Spiderman, Batman, Mr. Bean, Iron Men, dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, tempat itu agak macet
(jammed) dengan kenderaan yang lalu-lalang di kawasan itu. Untuk gua yang
pertama kali sampai di sini, owh, sesuatu yang sukar untuk dilupakan. Manakan
tidak, hampir setiap hari di Bandung, dihabiskan di Cihampelas Walk ini. Over
kan? Kehkehkeh..
Jus Alpukat dan Es Nangka |
Soto Daging dan Ayam Bakar |
Pisang Bakar Coksuke (pisang cheese) |
Tempat pertama yang dituju adalan 77 Esteller Resto. Perut
dah berkeroncong minta diisi, makan jer laa jawabnya. Gua makan Soto daging
dengan nasi putih, bersama Jus Alpukat. Desert sudah semestinya ada dalam list
gua. gua amek pisang bakar coksuke with cheese. Adeh, sebut jer pun gua dah
terliur k. Sukar untuk digambarkan rasanya tatkala kali pertama memasukkannya
ke dalam mulut. Terasa seperti di awang-awangan, asyiiikkkk. Memang terbaik.
Berjalan-jalan di Cihampelas Walk juga adalah sesuatu yang menenangkan,
orangnya tidak terlalu ramai (kalau
dibandingkan dengan shopping mall di KL laa), harga barangannya juga tidak
terlalu mahal. Gua hanya mencuci mata, dan memang tidak berniat untuk membeli
apa-apa di sini. Sebelah malamnya, gua dan Kak Boom berjalan di FO (Factory
Outlet) di sekitar Cihampelas. Sehelai T- shirt Bandung sudah menjadi milik
gua. Boleh gua gunakan untuk ke destinasi lain sekitar Bandung. Hehe.. Harganya
juga tidak terlalu mahal, RP60,000 ataupun lebih kurang RM18, kualiti juga
tidak mengecewakan, dan selesa. Sebelum pulang ke hotel, semestinya gua mengajak
Kak Boom ke 77 Esteller Resto semula untuk menikmati desert yang sama. Haha,
gua sangat suka okey. Memandangkan malam sudahpun menginjak ke angka 11, kami
memutuskan untuk pulang ke hotel menaiki teksi, dan dikenakan bayaran RP50,000.
T____T . Takpalah, demi keselamatan kami jugak. A looonggggg day to go for
tomorrow. Nantikan sambungannya..
I Love You in Bandung,
Zana
wahhh...boleh refer nih..hehe
ReplyDeleteowh...boleh je cik zila...sila2...
ReplyDeletep/s: gua tak abis lagi mengupdate trip jakarta - bandung ni...hehehe
Beli tix train online atau terus beli kat kaunter
ReplyDeleteterus beli kat kaunter jer. :)
Delete