Setelah sekian lama gua menunda part paling last untuk trip gua ke Langkawi, kini tiba masanya untuk gua bercerita mengenainya. Part 1 dan Part 2 silalah klik link yer untuk tahu lebih lanjut yaw. Tapi gua rasa, let the pictures do the talking. Kehkehkeh.. sekali-sekala feel speaking London, apa salahnya kan? Jom layan gambar-gambar tak seberapa dari kamera kecil gua.
Dinner kami pada malam terakhir di Langkawi. Lokasi: berdekatan Helang besar tu. Nama kedai: Lupa. Hehehe. Recommended: Caramel pudding terbaek I can say.
Pada hari ke tiga yakni hari terakhir kami berada di
Langkawi, seawal jam 7.30 pagi kami sudah keluar dari hotel dan menuju ke Taman
Lagenda yang gua baca dari internet merupakan salah satu tempat wajib pergi
sebab dia mempunya monument tempat-tempat yang patut kita lawati di Langkawi.
Pandangan gua? mengecewakan, sebab kawasannya seperti tidak terjaga dan sunyi
sepi je taman tu. Tapi, kami tetap tidak gagal untuk mengambil gambar. Yeargh,
walaupun panas menggigit-gigit kulit, gua akan pastikan kenangan gua di Langkawi
di antara kenangan manis dalam hidup gua.
Cuba baca kalau terror.
Cuba teka mana satu gua? :p
Antara yang terdapat di Taman Lagenda. Lokasi: berdekatan Helang besar. Jeti Kuah.
Underwater world. Gua tak masuk sebab ada beberapa blog menyatakan not recommended. Terpulang pada pilihan anda. :)
Kalau nak shopping, gua recommend lu membeli-belah coklat
dan pinggan-mangkuk di Langkawi ni. Memang murah tahap gaban wa cakap lu. Gua
punya itu nafsu mau membeli-belah pinggan mangkuk di Idaman Suri sudah
membuak-buak tapi apakan daya, gua fikir-fikirkan balik, rumah pun gua sewa,
gua bukan jenis masak, so gua batalkan saja niat dan nafsu yang dihasut syaiton
masa tu. Tapi, bab coklat gua tak dapat nak menahan. Gua sambar jer apa yang
gua nampak depan mata gua. hehehe… I’m a chocs lover I tell you.
Tempat si Odiq sibuk shopping membeli-belah baju cotton kaler putih. Naissss… terdapat gak penjualan souvenir dalam ni.
Urghhh.. korang sure dah tau tempat ni kan? Yesss…inilah tempatnya gua habis duit untuk coklat yang sedap dan serius murah. Daim, Ferrero rocher, hershey’s, Cadbury, kinder bueno…ouh, u name it!! Chocs heaven I can say. Murahh wohh..
Hahaha…motif botol gamat besar? Untuk gua pedajal Odiq dan Eni amek gambar sini dan upload dalam facebook. Kehkehkeh… tapi, maaf. Tiada gambar untuk gua upload di sini kecuali ini botol! Yeargh!~
Kalau tak silap ini di kawasan Pantai Cenang. Correct me if I’m wrong.
Can you see the red box? Haha.. Time to go home!~ Bye Langkawi. Till we meet again someday.
So, berakhirlah cerita trip gua
ke Langkawi. Gua memang enjoy dengan percutian gua ke Langkawi walaupun hanya
dalam Malaysia dan budget ciput punya percutian, tapi yang penting gua dan
kawan-kawan seronok spent our time together sebab serius lama tak pergi bercuti
bersama mereka-mereka ini. Apa-apa pun, entri ini agak basi, tapi
kurang-kurangnya gua usaha gak nak habiskan ye dok? Hehehe… Chow
Haa.. korang layanlah gambar-gambar day 2 gua dan
rakan-rakan sepanjang berada di Langkawi, mei lepas. Maaf, entri tak dapat nak
panjang-panjang lagi Cik Yah. Sebab gua agak membusykan diri, lately. Layannnn…
Pagi hari kedua, sini tempat mula-mula yang ditujui. Panasnya time ni, ya ampunnn.. menggigit-giti kulit gua dek kerana panas yang amat time ni. Tapi, gua gagahkan gak pergi demi si Helang. huehuehue
Pemandangan sekitar Helang Gergasi.
Lunch time. Kami ke kedai ni jam 2.30 petang. Ramainya orang masa ni. Sedap. Harga gua tak ingat. Rm4 kot. Murah~ Lalalala
Sekadar menyinggah katanya. Tapi gua bawa balik berbotol-botol nak kasi family gua. =)
Oh yea.. Ini memang terbaik. Lokasi terletak di tepi jalan antara Pantai Cenang dan Kuah. Time panas-panas dan matahari tegak di kepala, perrghhh... TQ Kak Bedah. Nyaman~
Terasa sangat dialau-alukan masa ni. Banyaknya "Selamat Datang ke Kota Mahsuri" punya signboard.
Inilah makam Mahsuri.
Rumah-rumah yang terdapat di dalam Kota Mahsuri.
Gua pun tak tau ni apa. Seperti alatan muzik. Layann..
Lukisan.
lagi lukisan dan gambaran yang terdapat di Kota Mahsuri. Lokasinya, dalam rumah yang dikatakan rumah Mahsuri (kot). :p
Gambar tak clear sebab kurang pencahayaan.
Need I say more? Huhu..Gambar telaganya ada, tapi gambar tak senonoh makhluk 3 ekor di tepi telaga, posing ala-ala American Next Top Model tepi kolam renang, so maaf, tak nak upload! Hehe
Shopping timeeee. *Gambar ihsan google*. Petang tu jugak kami ke 2
tempat di atas. Gua beli dinner set jenama Corelle untuk Zaza di Idaman
Suri. Murah yang amat. 40% lagi murah dari di luar. And, chocolates?
Yeayy, dibeli di Haji Ismail Group. Murah?? Yes, murah yang amattt!
Really worth it.
Itulah serba-sedikit cerita hari kedua kami di Langkawi.
Tunggu sambungan Part 3 plak.
Apa khabar kesayangan gua sekalian? Hari ni gua dah okay. Tak
macam hari-hari sebelum. Asyik meng’emo’kan diri je manjang. Puas membengkakkan
mata selama 3 hari duk berendam air mata, Alhamdulillah hari ni gua dah rasa
lega. Dah boleh senyum. Muka dah tak monyok. Manyak sinyum adik maniiissss. Hehe.
Ok, gua merapu balik dah.
So, berdasarkan tajuk di atas, (skemanya woi) gua nak bercerita trip gua mencari helang kat Langkawi
pada 18 - 20 Mei lepas. Mak aih, punyalah lama dah trip tu, gua baru nak
mengupdate. Bukan apa, tadi gua belek-belek gambar kan, jadi gua macam teruja plak
nak berkongsi pengalaman dan cerita pada korang-korang ni haa.
Gua pergi Langkawi masa ni bertiga, semua dengan
ex-classmates masa study dulu, Eni dan Odiq. Lama dah tak bercuti sama-sama
kan. Jadi, perancangan cuti selama 3 hari 2 malam ni mula tercetus pada bulan
Disember 2012. Sebabnya, masa tu Air Asia promo lagi. Wee.. I love you too,
Tony Fernandez. Eh? Thanks AA! Harga return
ticket KL-Langkawi-KL adalah RM110 each. Murah kan? We managed to pay for
luggage as well tau dengan harga tu. Al-maklumlah ke Langkawi kan. Shopping agak-agak
banyak tak? Jeng.. jeng.. jeng.. kenalah tunggu sampai ke titik habis
penceritaan baru korang tau. Huhu..
Dan seperti biasalah, macam trip gua yang lain-lain,
semestinya gua lah orang yang akan google segalanya. Blog walking from one blog
to another. Cari tempat makan yang best, hotel, tempat pelancongan, dan
semestinya tempat membeli dan blah. Memandangkan kami bertiga ni kali pertama
menjejakkan kaki ke Langkawi, jadi masing-masing gamble je lah untuk trip kali
ni.
Flight kami dijadualkan pada 12 tengah hari. Gua saja amek
tengah hari sebab kalau pagi-pagi, tak boleh nak check in hotel awal-awal. Penerbangan
adalah selama 1 jam dan kami pun sampai ke bumi yang kaya dengan khazanah dan
lagenda tersendiri itu jam 1 tengah hari.
Yeay! Nak landing dah. Excited tahap gaban masa ni~
Keluar je dari airport tu, kitorang dah melilau mencari
kereta sewa. Walaupun masa kat dalam airport lagi, dah banyak kaunter kereta
sewa, tapi berdasarkan pembacaan di internet dan melalui pesanan teman-teman
yang pernah menjejakkan kaki di Langkawi ni, kami berdegil untuk mencari di luar
airport, nak dapatkan yang termurah (kononnya),
dan berbaloi dengan budget dan tadaaaa, kami dapat kereta Viva manual dengan
harga RM50 sehari sebab masa gua pergi bercuti ni bukan peak season so dapatlah
harga tu, Alhamdulillah. Dan sepanjang berada di Langkawi, kami cuma mengisi
minyak sebanyak RM25 untuk 3 hari di sana. Kami ni pulak entah berapa kali
berulang alik dari Kuah ke Pantai Cenang. Dalam sehari, gua rasa, cerita patah
balik, patah balik tu adalah dalam 4 ke 5 kali. Sesiapa yang pernah ke Langkawi
tu, confirm tau jarak perjalanannya cemana. So, minyak kami memang agak jimat. Ditambah
pulak kepanasan di Langkawi, tapi Viva yang kitorang sewa tu, aircond berada di
tahap excellent. Sejuk gila. Syukur lagi sekali.
Haa.. inilah kereta kuda kami. Lalala
Kami pilih Kuah. Hehe. Nak check in derr.
Selesai check in dan lunch, gua berkeras nak naik cable car
hari tu gak. Sebab gua takut tak sempat naik. Sebab apa yang gua baca sebelum
ke sana, kalau angin kuat, cable car akan dihentikan operasi (gua tak pasti sahih ke tak info ni tau).
Dan gua agak cuak kalau-kalau tak naik. Mesti gua kecewa. Sebab one thing yang
gua rasa kena pergi kalau ada di Langkawi is cable car and sees the view from
above. Gua bukak Google map dan cari jalan ke cable car di langkawi ni from
Kuah. Oh ya, kitorang stay di pekan Kuah sebab konon-kononnya nak dekat dengan
kawasan shopping kan. Estimate perjalanan ke cable car ni mengikut kata encik
google dalam 45 minit. Wow, lama kan. Haha. Tapi, our talented F1 driver, Odiq
managed to reach the place within 30 minutes. Pantas ko makcik! I like.~
Di antara kawasan yang dilalui untuk ke cable car.
Kitorang tiba di situ sekitar jam 2.30 petang, dan keadaan
agak lengang. Owh, sesuai sangat jadi port camwhore. Hehe. Snap! Snap! Snap! Masing-masing
dah jadi ala-ala model di tengah panas dan semestinya topi pantai gua tak
dilupakan. Seronok betul jadi topi tu. Kemana-mana gua pergi dia follow. Tiba-tiba
lagu Digi ‘I will follow youuu’
terngiang di telinga gua. Chait, melalut dah. Tiket untuk naik cable car,
sejujurnya gua tak ingat derr harga dia (adoi!maaf,
tak membantu di situ). Tapi kalau tak silap gua RM10 to RM15 each. Maaf,
daya ingatan kurang sangat sekarang. Dah berusia kan. Oopsiee!~
Sampai dah. Alhamdulillah.
Signboard yang banyak membantu pelancong seperti kami. Memudahkan perjalanan tau~
Haa... Inilah cable car nya. :p
View dari puncak bukit.. ke gunung? Indah sangat. Saujana mata memandang.
Dek nak menghilangkan kegayatan dan memandangkan siang masih
muda, kami melepak di tepi pantai yang berdekatan dengan kawasan cable car tu
juga. Makanan yang famous amos harus dicuba yer. Semestinya laksa Penang dan
rojak buah. Dan percayalah, laksa Penang ini adalah yang paling best gua pernah
makan sepanjang hidup gua. Memang marvelous.
Nampak simple tapi laksa tu memang marvelous okay..
Kenyang perut, senang hati. Ngee.. Misi diteruskan lagi untuk melayan perasaan di tepian pantai
sambil melihat matahari terbenam. Ya Allah, indahnya pemandangan masa tu tak
dapat gua gambarkan dengan kata-kata. Kualiti gambar dari kamera gua, tak dapat
menangkap keindahan yang tergambar dari kaca mata kurniaan Tuhan. So, port baik
punya untuk kami melihat keindahan itu adalah dekat dengan lapangan terbang Langkawi.
Tenang~
Sebelah malamnya, melepaskan lelah di hotel, membersihkan
diri dan bersiap untuk makan malam. Lokasi makan malam adalah di Restoran Nelayan,
berdekatan Hospital Langkawi. Agak sukar mencari restoran ni tapi harga memang
berpatutan sangat dan makanan sedap. *Belah
malam tu, gambar tak amek sebab kami semua letih dan takda mood nak bercamwhoring.
:p
Perjalanan diteruskan untuk destinasi terakhir untuk hari
pertama. Kami ke Pantai Cenang mencari tempat urut kaki. Kaki penat wohh.
Bayaran tetap standard, iaitu RM30 untuk 30minit.
Ok, untuk part 1 trip gua ke Langkawi dah selesai. Part seterusnya
gua akan sambung di entri yang lain pulak. Sabar menunggu yer. Gua janji gua
sambung nanti. K bye~
Ya, betol! Gua cari helang gua. APA?? Lu ingat gua ni takda bela menatang tu ke? Haa, betul la tuu. Gua cari helang. Burung helang (ish..ish..ish..apa kome ni tanye sampey gitu?).
Mungkin tatkala entri ini korang baca, gua dah selamat tiba mengejar helang-helang yang ada (sebab nak kenalpasti mana satu helang gua). Gua nak ke Langkawi yaw! First time ni (alolololo...sedih bunyinya kan..haha).
Jadi kalau ade sapa-sapa nampak helang gua seperti bawah ni, rodger la gua. Oklah, gua mintak diri untuk mengejar helang-helang yang ada ni (sambil-sambil menghilangkan stress. ouch!). Nanti gua kasi up entri pasal Langkawi.
Pandangan sisi macho helang gua
Isk..isk..berjaya escape tuu..Cemana gua nak kejar ni..Menyesal ajo terbang dulu..
Gua dah agak dahhhh...dah agak dahh..mesti cari Keanu Reeves..isk isk