Gua mintak maaf sebab gambar dalam entri ni tunggang terbalik, padahal masa gua kasi watermark tu elok je, masuk dalam ni, terus tak elok. Pandai-pandailah julingkan mata ye tengok gambar-gambar dalam ni. :p
Salam,
Ehek! Ehek! Gua sebenarnya tak tau nak mulakan dari mana. Gua
juga segan nak bercerita lebih-lebih sebab entri gua ke Jakarta-Bandung-Jakarta
dulu tu, tergantung. Hihihi. Jangan marah eh. Sebab tuan blog ni busy bebenau. Tu
belum campur lagi part malas yang kerap datang. Ni angina kus-kus sikit, apa
kata gua bagi info and then share gambar, boleh kan begitu? Ah, bolehkan
sajalah.
Trip ni adalah pada 23 Januari 2014 dengan AirAsia. Asalnya nak
pergi berdua je dengan Dila tapi last minute kawan dia nak follow, ok kan saja.
Ni adalah trip paling jimat bagi gua. Sebabnya? Dila tu memang mak dan ayah dia
orang sana, then saudara-mara memang ramai di sana, so hotel tak perlu. Kita duduk
je rumah mak Dila and nenek dia. Dua rumah yang berlainan okay tapi dalam satu kampung
yang sama. Gua takda hal. Lagi suka kalau boleh live like local ni. Sebab boleh lah dapat tahu banyak tentang
kehidupan diorang ni.
Trip ni memakan masa 4 hari 3 malam. Malam pertama di rumah
nenek Dila, dan 2 malam berikutnya di rumah mak Dila. Transportation? Kitorang
sewa Avanza dengan harga Rp1juta iaitu bersamaan RM250 untuk 4 hari. Memang jimat.
Itulah untungnya kalau ke sana dengan orang yang berasal dari sana. Kalau nak
bersupir (read: driver) confirm tak
dapat harga tu. Tapi kalau korang baru-baru lagi di sana, gua nasihatkan amek je la supir sebab jalan dia complicated jugaklah.
Makanan juga tak susah korang. Dah duduk dengan family ni,
makanan diorang yang masak sebab excited nak tetamu rasa masakan Minang. Walaupun
jauh di sudut hati, segan huwooo. Macam susah-susah je. Tapi telan gak. Tiap-tiap
pagi gua sarapan nasi and lauk Minang. Kalau duduk sebulan, confirm semua baju
dah tak muat. Some more, makanan yang dijual di tepi-tepi jalan pun gua agak yakin di sini jika dibandingkan dengan di Jakarta dan bandung. Sebab nampak bersih.
Perjalanan mengambil masa 45 minit je dari LCCT.
Dah sampai. Masa ni tengah tunggu kereta sampai.
Minangkabau Airport, Padang.
Nasi Padang. Ni masa singgah makan masa nak ke Bukit Tinggi. Perjalanan sejam lebih je.
Makan untuk 3 orang termasuk air sekitar Rp127000. Dalam RM30 lebih lah.Which gua consider as murah lah untuk rasa dan suasana restoran ni.
View belakang rumah nenek. Kalau tengok real, macam lukisan. Ada gunung, sawah padi. Cuaca: Dingin nyaman. Loike. Tenang sangat.
Dila dalam misi memanjat pokok jambu.
Nama tempat ni Taruko. Mencabar gak jalan nak ke sini. Tapi bila sampai, worth it. View yang cantik juga menenangkan. Sambil gua menghirup hot choc yang rasa milo, heuheuheu.
Simbolik di Bukit Tinggi. Ini namanya Jam Gadang. Kiranya tempat tumpuan jugak lah.
Motif? Feeling berlakon cerita ' Ada Apa Dengan Cinta' beli kacang rebus. Tapi, sedap. Sama je macam kacang rebus kita. :p :p
Menyinggah beli sate Padang nak makan sekali dengan family nenek. ;) ;)
Puncak Lawang. Ini adalah sangat-sangat tidak dapat dilupakan.
Super LOVE! Gua memang jenis suka tengok view yang cantik. Perasaan sukar nak gambarkan. Puncak Lawang.
Another view of Puncak Lawang. Lepak sini dua jam lebih layan perasaan, kosongkan fikiran, sambil memerhatikan ciptaan Allah SWT. SubhanAllah, cantik sangat. Perasaan yang sukar gua nak gambarkan.
Danau Maninjau. Inilah dia tasik yang tengok dari atas Puncak lawang. Lepak sini sambil main pool. Hehe. Live like local la katakan. Huehuehue.
Martabak brownies adalah terbaik.
Ini roti bakar. K bye!
The making of martabak Brownies. Flavour? Choc cheese.
Beli perfume sini, baunya tahan sama macam perfume ori. Gua lupa nama kedai. Tapi, 3 botol gua sebat.
Suka sangat rumah ni. Rumput dia bila pijak macam karpet. NI salah satu rumah di kampung Dila.
Nampak rumah putih tu? Itu rumah mak Dila. Belakangnya sawah padi. Cantik sangat view dia.
Ini view dari dapur. Hari-hari dapat tengok view macam ni, tenangnya rasa hati. Alhamdulillah diberi kesempatan.
Close up rumah. Cantik kan? Terus gua feeling-feeling berlakon sinetron Malin Kundang. Why Malin Kundang? Sebab lagenda dia asalnya dari Padang.
Gambar-gambar ni semua yang ada dalam camera gua. Kebanyakannya dari camera Dila tapi belum sempat transfer lagi. Kalau korang ada pertanyaan, jangan malu-malu email gua ok. InsyaAllah, gua membantu apa termampu.
Gua tau gua dah lama tak mengupdate. Only few days back jer kan
gua update. Been busy with life. Fuhhh!!~
Gua punya Bumbee (my superb fantastic lovey MyVi) dah
seminggu masuk hospital (baca: workshop). To fix yang dilanggar hari tu.
Janjinya 2 minggu.. *sigh* Lama woi kena tunggu. Tapi gua sabar. Orang kata,
barang baik memang kena tunggu kan..kan..kan.. Alhamdulillah, at least I
received sms saying that the insurance has been approved. Harapnya tak lama lah
dia berkampung di sana. Rindu sudah hati untuk memandumu wahai bumbee. I know
you miss me too, do you? Err, I know you do. Mwahsss… *hugs*
Ok, enough with kemarapikkan (err..just created the word 2 seconds ago). Hari ni gua rasa nak
mengupdate cerita gua di Pulau Perhentian. Kali ni, yang join adalah me (Zana
yaw yaw), my ousem osmet (Boom Boom Pow), and my ex colleague yang dah
bermastautin di Kota Bharu (Cik Sue). Ekceli, dah terbiasa panggil minah ni Cik
Sue masa keja dulu so, lekat dah nama tu sampaikan kawan-kawan gua yang baru
berkenalan dengan minah KB Gangstahh ni akan panggil dia dengan nama yang sama,
Cik Sue. Hauhauhau.. Maafkan saya kawan-kawan. Korang lak terbiasa memanggil
ini gangstah dengan panggilan Cik Sue.
Gua dan Boom Boom Pow dah beli tiket flight pergi balik masa
AirAsia promo on January (if I’m not
mistaken) , and guess what? Return tickets from KL-KB adalah RM35 each!! Hahaha..
seronok kan? Lagi murah dari naik bas maupun train. Masa perjalanan juga sangat
sangat jimat. It took about 55 to 60 minutes yaw. So we took first flight from
KL at 6.35am. Thank you AirAsia. We love you Tony Fernandez (tiba-tiba). Gua
and Boom Boom Pow memang tak tidurlah kan itu malam sebab takut terlajak tidur.
Haruuu jadinya nanti. Ho ho ho.
Kami sampai tepat jam 7.35am kat KB airport, dan yang gua
tak boleh blah dengan minah ni, turun je tangga flight, sambil mendepangkan
tangan dia cakap kuat-kuat, “I LOOOVE KELANTAN”. Which was funny and at the
same time I felt awkward? Hahaha.. Kami pun gelak-gelak syaiton tanpa
mempedulikan keadaan sekeliling. Ok, skema bunyinya. Perenggan seterusnya…
Keluar je dari KB Airport, we waited about 15 minutes for
Cik Sue to arrive and picked us up and we straight head to Jeti Besut. Gua
sangat teruja sebab ni adalah kali ke dua gua nak ke Pulau Perhentian.
Sangat-sangat rindukan pulau sebenarnya and now I realized I love beaches and
islands and nak kawen dengan orang yang boleh bawak gua duduk di pulau (eh?).
The speedboat yang kitorang naik cost us only RM70 (return) per
person, dan mengambil masa selama 45 minutes to reach to pulau. And we decided
to stay on Coral Bay instead Long beach (pulau kecil) sebab maukan ketenangan (ketenangan laa sangat). Sampai je
sana, misi mencari chalet pun bermula, and seems ini adalah percutian bajet
kami memang maukan chalet yang mempunyai basic facilities je pun hokay. Bukan nak
duduk dalam chalet pun. Chalet diperlukan untuk tido, tukar baju, and mandi
jer. Selebihnya, masa banyak dihabiskan di tepi pantai menikmati keindahan alam
ciptaan Allah SWT. Dan kami Berjaya mendapat bilik berharga RM70 per night yaw.
Sangat basic dan syukur sebab ada. Hehehe..
Aktiviti biasa di pulau adalah sesi bergambar (itu mesti). Ambil
gambar sana sini di hari pertama. Start malam je dah mula malas nak pegang
camera and snap pics. Sebab semua keindahan di sana Cuma banyak tergambar dalam
kotak fikiran dan akan tersemat di jiwa (chewah). Owh, bercerita pasal ni pun,
gua macam biasalah gedik-gedik merindui pulau. Adeii..
Makanan sini tak susah pun sebab next to our chalet, ada
kedai makan which mahal sikit jer dari harga luar. Well, biasalah, pulau kan. Susah
nak bawak raw materials ke sini. Pengangkutannya adalah boat untuk menghantar
makanan-makanan ini semua ke pulau. Fuhh~ so, for three days in Perhentian,
kitorang makan kat Mama’s kitchen, next to our chalet, Aur Bay chalet. The BBQ
was really (seriously) ousem. Memang sedap dan puas hati ok. Siap boleh share
lagi sebab memang seriously banyak.
Second day pergi snorkeling. And kuciwa hati gua lagi sekali
sebab tembakan di perut cecair merah keluar and it stops me from menikmati
keindahan ciptaan Tuhan di bawah laut tapi gua gagah follow and lepak sama abang
yang bawa boat tu atas boat. Huahuahua. Amek angin and feeling-feeling sket
duduk dalam boat with my polka dot dress come with topi pantai + shades pinjam
sama Boom Boom Pow. Thanks bebeh pinjamkan. Auwww!~ Ok, gedik situ. Arghh,
panjang sangat nak menulis and gua kasi zasss sama gambar-gambar yang ousem di
Pulau Perhentian.
ahhh..look at that..tiba-tiba kuar dari air..ouwhh..tutup mata tapi selak sikit jari.
and ini yang gua cerita tadi. set ikan ni dengan nasi sebelah tu with free drink RM18.
6 years back when i first came here, the sand was white. i mean, really (seriously) white..
sunset.. owhh
ouhh..kehijauan air laut
anak-anak ikan yang friendly bila ada makanan..
nampak tak? woohooo.. besar kan turtle tu.. sedepa panjangnya (agak je laa)
Kampung Nelayan. singgah makan masa snorkeling.
Abg Jamal.. sadly tak boleh nak keep in touch. sebab masa last day, tak nampak dia di mana-mana. haha. really hope to meet u again bro. Bro yang sangat ousem ni boleh cakap macam-macam bahasa. Teruja tau!
well..yeayy...speechless..
Gambar hiasan..
Abg Jeff yang sangat ousem. Dia kasi gua bawak boat yaww.. haha.
Fuhh!~ Lega gua dapat keluarkan trip Perhentian neh. We went there seminggu sebelum puasa. 13th -15th July 2012. This was one of the best trip for this year. Sangat seronok and really had fun with the girls.
Keterujaan terhadap pulau membuatkan gua terlupa nak memblog pasal trip-trip lain. Next time yer kawan-kawan. Huhu..